U Click Me...I Click U Back

Monday, March 23, 2009

Kembali ke Sekolah



salam semua,

hari ni merupakan hari yang agak memenatkan aku, seawal pukul 5 aku dah bangun untuk menyediakan keperluan aku dan anak-anak.

kenapa tak sediakan semalam?

hmmm, sebabnya aku tak da mood untuk ke sekolah (apa punya cikgu daa...), tapi sungguh, kenapa pun aku tak tahu, aduhaiii!!!

pagi tadi sebelum berangkat ke sekolah, anak sulong aku mengadu sakit perut dan terasa ingin nak muntah, pulak dah, aku pun membawanya ke rumah mak aku, memintanya berehat, tap sebaliknya dia berkeras jugak nak ke sekolah, siap memakai kasut bagai, terus masuk ke perut kereta abahku (tokayahnya), sampai aku pun dh tak reti nak kata apa dah.

then, sampai di sekolah aku called abahnya supaya pergi tengok anak di sekolah sebab aku mmg dah sah-sah susah nak keluar as jadual aku pack sangat kalau hari Isnin ni, mane lagi cikgu-cikgu nak markah, nak memulangkan kertas kepada pupils, arghh, banyakla kejenya.

so, abah dia pun pergi la ke sekolah, mmg confirm Alyaa tak sihat, then abah dia bawak balik Alyaa ke rumah nenek dia sebelum pergi kerja dan sempat memesan kalau badan Alyaa panas, bawak ke klinik. kebetulan masa tu dia cuma pening-pening dan loya-loya je, suhu badannya masih lagi normal.

lebih kurang dalam setengah jam, aku called pulak Alyaa bertanyakan kabarnya, alhamdulillah, menurut pakciknya dia tak demam, mungkin salah makan, or else, cacing. so next time kena bg makan ubat cacing la kot. hehehe.

okla, nak kena keluar dulu. banyak keje nak disetelkan. nak buat persediaan untuk mengajar esok, ada lagi kertas yang berbaki untuk disemak. kadang-kadang bila fikir-fikir balik, tak cukup cuti seminggu untuk aku menyelesaikan perkara-perkara yang tertangguh, rasanya kalau diberi sebulan pun belum tentu cukup, huhuhu. Oleh itu, bersyukurla pada apa yang dh diberi.ALHAMDULILLAH

2 comments:

E-Marlin said... Reply Comment

Hehehe... ingatkan murid-murid je malas gi sekolah, cikgu pun ada rasa malas gak hehe...

Saya pun ada kawan keja cikgu, asyik penat je dia, asal blk umah je tido.. sian plak.

Faiza said... Reply Comment

Salam Perkenalan dari saya di bumi UK ini buat Akak di Malaysia...:-)

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya...:-)

Salam dari bumi Preston,Lancashire UK:
-Faiza-