Followers

U Click Me...I Click U Back

Saturday, March 28, 2009

Updates



salam semua,

dah lama rasenya tak menulis cerita baru, actually banyak sangat citer, tapi tak sempat nak post kat blog sebab masa sangatla mencemburui aku. ermm, kat mane ye nak mula..??

recently banyak sangat keje yang nak disetelkan, sepanjang 1 week lepas dan minggu ni aku tak menang tangan langsung, mane dengan marksheet ujian selaras 1, pas kena bising ngan pentadbir Pelan Strategik Tahun 4 2009 belum buat lagik, huhuhu, mane dengan presentation untuk paper perubahan sosial, aduss, so scared!!

tapi alhamdulillah, semua tu aku dapat setelkan even last minutes punya keje, hehehe, have to, dah tak da pilihan, lagipun banyak benda nak kena buat, hal rumah lagi, makan minum anak, mengemas, semuanya nak kena buat jugak. sapa kata jadi cikgu keje setengah hari je..??

hari Rabu lepas husband aku ajak jalan-jalan PWTC, katanya dah lama tak bwk aku ngan anak-anak jalan-jalan KL, yela, biler fikir-fikir balik, macam tak da masa je nak jalan-jalan, tapi takkan nak keje jek, kenala take a break sikitkan..??

so hari Rabu tu, kami keluar petang sikit lepas Asar, sebab Alyaa ada sekolah agama then ngaji pulak, so aku tak nak dorang miss benda-benda tu kerana nak bersuka ria, so setel semua baru aku kua. cepat jugak aku sampai KL then cari parking kat Kedutaan Indonesia as kat situ banyak parking kosong. so sampai je aku tunggu husband aku dari Ampang, punya la lama, mujur baby kecik aku tido, so apalagi kami pun bergambar suka-suka sebab dah tak de keje nak buat.

my first daughter...ALYAA


The Sisters...ATIHIRAH & ALYAA


ANAK-ANAK DARA AKU BERPOSING


UMI TO ANAK_ANAK DARA...hehehe..ntah apa-apa posing


SEDAPNYA TIDOOOO....ZZZZ


AMIRAH DAH BANGUN DAH


ermm, bercerita pasal kelas aku, semalam baru selesai presentation kedua dan terakhir untuk semester ni secara individu la, then after this hanya tinggal 2 Projek berbentuk thesis yang nak kena buat, present dan submit kepada Puan sri. hopefully tak ade masalah masa membuatnya, insya Allah.

hari ni aku kena ke sekolah, menguruskan jamuan untuk cikgu-cikgu kursus Pendidikan Seni Visual, mujur aku tak terpilih untuk sama-sama mengambil kursus tersebut sebab pada mulanya PK 1 ada bertanya aku sama ada aku nak joint, jawapan dia sudah pasti "tidak" sebab aku tak sempat lagi rehat disebabkan menyiapkan kertas kerja untuk presentation semalam, sungguh, now i feel so sleepy and tired as well, buat no enough time to sleep as i have to settle all KIV things, membasuh, menyapu umah, huhuhu, which is tak sempat nak buat during week days. sungguh kesiankan..?

jap lagi 12.30 nak kena datang balik ke sekolah untuk setel jamuan makan tengah hari pulak, mujur makan semua dah setel, tinggal lagi datang just nak tengok-tengok keadaan je, kalau lepak kat sekolah dari pagi td rugi sebab masa itu emas, so better for me balik dan siapkan segala benda yang tertangguh. sekarang ni weekends pun dah rasa tak cukup untuk buat segala keje tertangguh...camne tu...???lu fikirla sendiri azrine!!!

1 comment:

E-Marlin said... Reply Comment

Amboi, bukan main lagi anak-anak dara awak berposing ye....
Berapa umur awak ye, anak dara yang sulung tu dah besar, awak maintain je nampak mudanya hehhee...