Followers

U Click Me...I Click U Back

Sunday, May 24, 2009

Kursus dan Ma Daerah



salam semua,

dari hari ke hari aku makin tak de mood nak melayan tenet, esp weekend, mybe weekend aku bz ngan hal-hal membersih umah, maklumla tu jek masa yang ada. kdg-kdg datang satu penyakit berjangkit plg ditakuti iaitu, M***S,huhuhu, harap dpt dielakkan secepat mgkin.

semalam aku menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kat sekolah aku, kursus ni amatla menarik dan langsung tak bosan, kalau sebut kat sini kompem terkejut, KURSUS PENYEMBELIHAN DAN PENGURUSAN JENAZAH, "wei, ada ke sekolah buat kursus gini?", adala, korang je tak tahu, siap PENCERAMAH tu bgthu nak buat gak kat sekolah dia, hehehe, nak cilok, sekali sekala kan?lgpun benda yang baik, perlu dilaksanakan, hehehe.

lepas sessi teori, so adalah practikalnya, aku mmg tak boleh tengokla org-org sembelih binatang ni, kesian, dorang kata kalau kesian tak leh makan, yek? tapi aku tengok jugak walaupun dh tak larat nak kata kesian dalam hatiku ini, huhuhu. adala dlm 10 ekor ayam berjaya disembelih dengan sah dan halal utk dimakan, hmmm, mujur lepas habis kursus kami tak sempat dihidangkan dengan ayam yang baru disembelih td, katanya tak sempat nak uruskan dan masak. kalau tak, mmg aku kompem tak makan, okeh!!

sebut psl Ma Daerah ni, sure ada yang tertanya-tanya, "apa kebenda tu?", ada yang tanya macam mana ejanya, "mmg nama dia gitu ke?", hehehe, apa daaa, aku pun tak penah sampai tempat ni, tapi insya Allah akan sampai ke sana pada Jumaat akan datang 29hb ni. Ma Daerah terletak di Terengganu, ala tempat pembenihan penyu kalau tak silap aku. tujuan aku ke sana adalah bg mengiringi 4 org murid mewakili sekolah dalam pertandingan Bp MyScience organized by KPM dan pihak Bp sndiri.

actually aku tak de hati nak pergi tempat ni, seriously, sbb pertamanya, masa terlalu singkat utk kami berlatih bg membuat presentation berkenaan dengan Global Warming, kedua, tak tahu la hubby aku boleh ikut tak aku ke sana, so kalau tak, aku kena pisah ngan anak kecik aku tu, adoiaaiii, ni buat aku sewel sekejap ni, adehhhh. ketiga, aku mmg tak de mood nak bejalan-jalan pun, siap aku swh PK aku cari cikgu lain, tapi PK aku ni degilla, nak jugak aku yg g, ish, haru!!!ni kompem saat-saat akhir baru aku packing ni, punyala tak mo g nya. ada sapa-sapa nak ganti aku tak???

ada la aku google Ma Daerah ni tempat camne, so leh le kongsi ngan u all kat luar sana.

adakah pemandangan ini membuatkan aku masih tidak ada mood untuk ke sini???

1 comment:

E-Marlin said... Reply Comment

Ma Daerah? Peliknya nama...walaupun saya ni dok kat Ganu dah lama.....tapi tak pernah tahu pun kewujudan nama tempat MA DAerah hehehe...