U Click Me...I Click U Back

Sunday, March 29, 2009

Kegilaan Melanda...!!!

salam semua,

ni bukan nak story pasal gila atau benda-benda yang seangkatan dengannya, tapi nak cite psl kegilaan bersoping, hehehe.

aku suka ke soping..??:-)

kalau ikut kata hati aku, KOMPEM la aku suka, tapi kalau ikut kata akal fikiran aku, alhamdulillah, aku seorang yang berpada-pada dalam berbelanja, tapi kalau dulu-dulu aku main belasah jek membeli apa yang aku suka, serius, tapi sekarang ni aku dah pandaila sikit budget apa yang perlu dan apa yang tak perlu.

aku berubah menjadi orang yang mcm ni sejak aku mempunyai suami yang tersayang, dia selalu ingatkan aku supaya bijak berbelanja, bukan 'pandai' berbelanja, bila dah ada 3 orang anak ni, aku selalu mendahului keperluan dorang dulu, then baru aku fikir untuk aku pulak. kadang-kadang dalam sebulan tu langsung tak beli barang-barang aku, then bulan akan datang, mungkin aku akan berbelanja lebih sikit untuk diri aku.

hehehe, tapi semalam aku telah bersoping sakan di PWTC, hah, tapi aku tidakla berbelanja lebih, sebab kebetulan semalam hari terakhir gerai-gerai kat PWTC tu dibuka, so mostly semuanya mengadakan acara melelong barang, aku apa lagi, sakanla membeli tudung yang harganya tak masuk dek akal, serius, tudung bawal no1, kelilingnya berbatu yang pesen baru tu (aku pun tak tahu nak describe sebab kurang ambik tahu, hehehe), dijual 2helai RM30 dengan macam-macam warna tuh, rembat jangan tak rembat, kain ela yang boleh dikira designnya lawa-lawa gak, 4 pasang RM50. aku beli jugakla 4helai sebab nak bagi kat pengasuh yang jaga Amirah.

husband aku beli songket Trengganu yang dilelong dengan harga RM50 sehelai untuk dibuat sampin katanya. wah! sakan sungguh sampai tak hingat dunia, tapi bukan selalukan, lagipun murah-murah, bukan boleh dapat selalu. lagipun soping tu satu terapi pe..???aku beli jugak tudung ekin yang corak abstract untuk pakai buat sahan, kain elok sangat dan sejuk. suppose RM45 tapi dapat RM15 jek. murahkan?

FYI, dah 3 kali actually aku ke PWTC, tapi mula-mula tu sekadar cuti mata jek, kali kedua aku beli gak tudung sehelai sebab yang lain tak murah-murah lagi masa tu, lagipun husband aku kata tunggu hari last, sure lelong, hehehe. ermm, agak terkilan sebab tak dapat nak beli kain batik Kelantan Trengganu sebab harga dia tak turun banyak sangat, faham, batik ori bukan murah, yang biasa-biasa pun dah RM120, huhuhu, tu yang ramai kakitangan awam pakai batik tiruan jek, apa nak buat, itu je yang mampu.

p/s : soping...soping jugak, tapi jangan ler jadi mcm 'si dia' di bawah ni...

Saturday, March 28, 2009

Updates



salam semua,

dah lama rasenya tak menulis cerita baru, actually banyak sangat citer, tapi tak sempat nak post kat blog sebab masa sangatla mencemburui aku. ermm, kat mane ye nak mula..??

recently banyak sangat keje yang nak disetelkan, sepanjang 1 week lepas dan minggu ni aku tak menang tangan langsung, mane dengan marksheet ujian selaras 1, pas kena bising ngan pentadbir Pelan Strategik Tahun 4 2009 belum buat lagik, huhuhu, mane dengan presentation untuk paper perubahan sosial, aduss, so scared!!

tapi alhamdulillah, semua tu aku dapat setelkan even last minutes punya keje, hehehe, have to, dah tak da pilihan, lagipun banyak benda nak kena buat, hal rumah lagi, makan minum anak, mengemas, semuanya nak kena buat jugak. sapa kata jadi cikgu keje setengah hari je..??

hari Rabu lepas husband aku ajak jalan-jalan PWTC, katanya dah lama tak bwk aku ngan anak-anak jalan-jalan KL, yela, biler fikir-fikir balik, macam tak da masa je nak jalan-jalan, tapi takkan nak keje jek, kenala take a break sikitkan..??

so hari Rabu tu, kami keluar petang sikit lepas Asar, sebab Alyaa ada sekolah agama then ngaji pulak, so aku tak nak dorang miss benda-benda tu kerana nak bersuka ria, so setel semua baru aku kua. cepat jugak aku sampai KL then cari parking kat Kedutaan Indonesia as kat situ banyak parking kosong. so sampai je aku tunggu husband aku dari Ampang, punya la lama, mujur baby kecik aku tido, so apalagi kami pun bergambar suka-suka sebab dah tak de keje nak buat.

my first daughter...ALYAA


The Sisters...ATIHIRAH & ALYAA


ANAK-ANAK DARA AKU BERPOSING


UMI TO ANAK_ANAK DARA...hehehe..ntah apa-apa posing


SEDAPNYA TIDOOOO....ZZZZ


AMIRAH DAH BANGUN DAH


ermm, bercerita pasal kelas aku, semalam baru selesai presentation kedua dan terakhir untuk semester ni secara individu la, then after this hanya tinggal 2 Projek berbentuk thesis yang nak kena buat, present dan submit kepada Puan sri. hopefully tak ade masalah masa membuatnya, insya Allah.

hari ni aku kena ke sekolah, menguruskan jamuan untuk cikgu-cikgu kursus Pendidikan Seni Visual, mujur aku tak terpilih untuk sama-sama mengambil kursus tersebut sebab pada mulanya PK 1 ada bertanya aku sama ada aku nak joint, jawapan dia sudah pasti "tidak" sebab aku tak sempat lagi rehat disebabkan menyiapkan kertas kerja untuk presentation semalam, sungguh, now i feel so sleepy and tired as well, buat no enough time to sleep as i have to settle all KIV things, membasuh, menyapu umah, huhuhu, which is tak sempat nak buat during week days. sungguh kesiankan..?

jap lagi 12.30 nak kena datang balik ke sekolah untuk setel jamuan makan tengah hari pulak, mujur makan semua dah setel, tinggal lagi datang just nak tengok-tengok keadaan je, kalau lepak kat sekolah dari pagi td rugi sebab masa itu emas, so better for me balik dan siapkan segala benda yang tertangguh. sekarang ni weekends pun dah rasa tak cukup untuk buat segala keje tertangguh...camne tu...???lu fikirla sendiri azrine!!!

Monday, March 23, 2009

Kembali ke Sekolah



salam semua,

hari ni merupakan hari yang agak memenatkan aku, seawal pukul 5 aku dah bangun untuk menyediakan keperluan aku dan anak-anak.

kenapa tak sediakan semalam?

hmmm, sebabnya aku tak da mood untuk ke sekolah (apa punya cikgu daa...), tapi sungguh, kenapa pun aku tak tahu, aduhaiii!!!

pagi tadi sebelum berangkat ke sekolah, anak sulong aku mengadu sakit perut dan terasa ingin nak muntah, pulak dah, aku pun membawanya ke rumah mak aku, memintanya berehat, tap sebaliknya dia berkeras jugak nak ke sekolah, siap memakai kasut bagai, terus masuk ke perut kereta abahku (tokayahnya), sampai aku pun dh tak reti nak kata apa dah.

then, sampai di sekolah aku called abahnya supaya pergi tengok anak di sekolah sebab aku mmg dah sah-sah susah nak keluar as jadual aku pack sangat kalau hari Isnin ni, mane lagi cikgu-cikgu nak markah, nak memulangkan kertas kepada pupils, arghh, banyakla kejenya.

so, abah dia pun pergi la ke sekolah, mmg confirm Alyaa tak sihat, then abah dia bawak balik Alyaa ke rumah nenek dia sebelum pergi kerja dan sempat memesan kalau badan Alyaa panas, bawak ke klinik. kebetulan masa tu dia cuma pening-pening dan loya-loya je, suhu badannya masih lagi normal.

lebih kurang dalam setengah jam, aku called pulak Alyaa bertanyakan kabarnya, alhamdulillah, menurut pakciknya dia tak demam, mungkin salah makan, or else, cacing. so next time kena bg makan ubat cacing la kot. hehehe.

okla, nak kena keluar dulu. banyak keje nak disetelkan. nak buat persediaan untuk mengajar esok, ada lagi kertas yang berbaki untuk disemak. kadang-kadang bila fikir-fikir balik, tak cukup cuti seminggu untuk aku menyelesaikan perkara-perkara yang tertangguh, rasanya kalau diberi sebulan pun belum tentu cukup, huhuhu. Oleh itu, bersyukurla pada apa yang dh diberi.ALHAMDULILLAH

Sunday, March 22, 2009

Aduhai... Anak-anakku

salam semua,

semalam aku membawa anak-anakku menemani aku ke UKM, kebetulan nenek dorang balik Kelantan, Amirah macam biasak aku tinggalkan kat Kak Nor, cuma aku heret anak dara aku yang berdua tu je sekdar menemani masa driving aku dari KL ke Bangi, kadang-kadang kenakalan dorang ni boleh menjadi ubat mengantuk aku masa driving, hehehe.

berbalik pada cite telatah anak-anakku ni, tak terasa sungguh yang anak-anak aku sedang meningkat besar, aku rasa macam semalam je aku melahirkan mereka, serius, terasa lagi pahit manis sakit melahirkan mereka dengan menempuhi pelbagai pengalaman yang sungguh berbeza-beza.

bila saat sunyi tanpa Abah mereka, dorangla menjadi peneman setia aku sepanjang Abah dorang travel ke sana sini, even sometimes they make me angry, tapi bila tak da dorang aku akan terasa sangat sunyi, bosan, nak masak pun tak da mood, sebab tak da sapa pun akan cakap "umi masak pe tu?", "lambatla Umi masak, kakak dah lapar", tu ayat yang paling biasa aku dengar, even aku masak awal pun, tu lah selalu dikomennya, hehehe.



untuk pengetahuan kawan-kawan, anak sulong aku, NUR "ALYAA dah bersekolah di Tahun 2, alhamdulillah juga dia seorang anak yang agak lembut tutur katanya, tapi kuat mengamuk ni, peel mengamuk dia tu sure bila dia penat, lepas tu dia nak lepaskan penat dia tu kat orang lain, macam-macam perangainya.



yang kedua Athirah, sekarang Pra-sekolah, hah! yang ni agak kasar sikit perwatakan dia, walaupon kekawan aku kat sekolah cakap muka dia lembut, tapi tangan dia tu suka sangat dok mencubit adik dia yang kecik sekali, sikit-sikit dia tariknya pipi adik dia, cium kuat-kuat, cubit belakang adik dia, huhuhu, ikut suka hati dia jek. aku rasa dia bukan suka-suka nak buat, tapi itu caranya dia nak tunjukkan tahap kegeraman dia kat adik dia, hehehe.



yang bongsu ni plak, belum ketara lagila behaviour dia sebab masih terlalu kecik untuk menilainya, tapi satu yang aku perasan sangat, aduhaiii, minah ni manja terlebih, pantang aku baringlah, sure dia akan golek-golek atas badan aku, cium-cium, raba-raba muka aku, kadang-kadang tu terus letak kepala dia ats peha aku kalau aku duduk dekat ngan dia. yang paling ketara sekali, kalau aku nak masak, punyala payah yang amat, kena bagi dia tido dulu, kalau tak, dia dok kat pintu dapo tu dengan duduk ats walker, dia akan menjerit-jerit suruh aku layan dia, or else angkat dia sambil memasak, ish..ish... ada ke patut?? sekarang ni Amirah dah masuk 9bulan lebih, dah pandai nak panjat-panjat, then dah pandai duduk sendiri, cuma aku rasa anak-anak aku ni semua pesen tak merangkakla, aku pun tak tahu kenapa??



i thanks to Allah for gives me a daughters who is the sweetest of the sweet.

Special Dedicated to My Daughters'

I have this little angel. For me she left her wings.
She has no idea how much happiness she truly brings.
She brightens up my days with her smiles and her laughs.
She helps me to remember all the blessings that I have.

Her face, it is so perfect, she's sweet and soft and pure.
Sometimes she can be willful and sometimes she is demure.
She tries her very hardest to please and do what's right.
She gives the greatest hugs from morning until night.

Every person that has known her sees this light within her soul
I know that in this whole great world, she has a special role.
She's helpful and considerate to everyone she knows
This light in her shines brighter as my angel grows.

When she sees someone is sad, it opens up her heart.
She wants to do all that she can; she wants to do her part.
She'll squeeze away the sorrow and make me forget about my pain.
She shows me where the sun is when we're hiding from the rain.

I know that God must love me, He showed me with His Grace
I knew just how completely when I saw my angel's face.
And in that very moment when she came into my world,
I knew that she was so much more than just my baby girl.

She would be my sunshine, with a sweetness that won't end.
And when she grows up one day she would be my closest friend.
She would be the reason I would always try my best.
For my little angel baby girl would be my greatest test.

When God entrusts to you an angel, who has left her wings for you.
Encircle her with love with everything you do.
Let her know God made her, and that He trusts you with her care.
Be sure to make time for special moments with her to share.

And when at night she finally says her prayers and goes to sleep
I Thank Him for my angel, and ask for him to always keep
A watchful eye and hand to protect her from this world.
Protect my little angel; protect my baby girl.


By : Tina M. Marascia

Friday, March 20, 2009

Just a simple celebration - February Babies' Birthday

salam semua,

actually malas nak citer panjang lebar pasal entry kali ni...lets the pictures describe it...huhuhu.

The cake


Birthday Girls










My Sweety Pie

Wednesday, March 18, 2009

Tugasan 1 selesai dan Aku yang penat

salam semua,

semalam aku tido lebih kurang kul 3 pagi sebab menyiapkan tugasan kertas kerja yang telah diberikan oleh Prof aku. sebenarnya tugasan itu diberikan sudah lama, tapi dah menjadi kebiasaan aku untuk membuat kerja last minute sebab aku rasa sangat berpuas hati dengan resultsnya, aku tak kisah pada siapa yang tak setuju dengan aku sebab semua org mempunyai hak untuk kata apa aje...kan?

bercerita mengenai kerja last minute ni, my point of view, sebenarnya ada pro and con nya, terpulang kepada setiap individu untuk menilainya, tetapi aku jenis orgnya suka mencari bahan-bahan dan maklumat-maklumat sampai ke saat-saat akhir, sampai aku puas hati dengan apa yang aku dah perolehi, lepas tu baru aku akan mulakan langkah seterusnya iaitu memasukkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam slide untuk tujuan presentation, maka dengan itu bermulala satu episod tak tido malam, ngeh..ngeh..ngeh

hari ni aku kua umah agak awal sebenarnya sebab kelas aku bermula pukul 10 pagi, jadi aku fikir mungkin sempat untuk bersarapan bersama hubby aku dulu memandangkan dah lama tak berdating berdua-duaan gitu...hikkss... ngadas.

selesai makan-makan tambah dengan sembang-sembang, jam dah menunjukkan pukul 9, dengan riak belagaknya aku cakap "masih awal lagi abang", sebabnya aku boleh sampai UKM lebih kurang 35 minit je (kalau jalan tak jam), tu yang belagak je. nak dijadikan cerita, tak dan sampai Setapak, traffic dah slow giler, aku mula cuak sebab hari ni aku kena present, adusss, camni nih, kalau lambat sampai sure PN SRI tak puas hati, dah la cuti sekolah, so no excuse at all.

biler tengok Setapak mcm slow sangat, aku masuk ke Setiawangsa, alhamdulillah, traffic agak lancar, aku masuk highway dalam kul 9.30 gitu, alhamdulillah jugak, tepat kul 10 aku sampai UKM, aku sampai dulu sebelum PN SRI masuk kelas, pheww, lega!!!

okla, tak sempat nak hbskan citer, to be cont later, aku penat, dan mengantuk sangat, anak-anak dah mula bentang tilam utk bergolek-golek, dan aku sangat TERGODA...

sambungan...

sudah selesai memasak, memberi anak-anak makan, sementara menunggu hubby sampai dari Pahang (on the way actually...should be arrive here anytime), aku nak membuat sambungan pada cite semalam.

presentation aku berjalan dengan baik walaupun aku rasa aku bercakap mcm bullet train, sebabnya? sebabnya slide aku banyak plak, lebih dari 50 slides, hahaha. tapi during presentation tu aku sempat jeling-jeling kat PUAN SRI, so that aku dapat meneka, melihat dan merasa, apa yang dia teka, lihat dan rasa jugak, hehehe, hope so.

selesai pembentangan, aku diasak dengan pelbagai soalan oleh students lain, bertanya itu ini, soalan-soalan yang agak memeningkan kepala jugak, soalan yang tak masuk topik pun ada, tapi aku menganggap ianya hanya sebagai satu perbincangan yang bermanfaat, ada jugak jawapan aku itu diback up oleh PUAN SRI, thank you PROF, hehehe.

habis kelas ALIRAN EKONOMI almost 1 pm, aku bergerak ke bilik siswazah, lepaking, bersembang2 dengan classmates aku, pastu menyelesaikan urusan ALLAH, terus gerak ke bilik Gerak Minda 16 untuk kelas yang lain plak (PERUBAHAN SOSIAL), tula dah namanya cuti sekolah, himpunkan semua kelas dalam masa 1hari, mudah untuk those yang duduk jauh especially outside KL. tak da apa yang menarik untuk diceritakan.

dalam kul 5 aku dah gerak untuk balik ke KL, alhamdulillah traffic berjalan lancar. aku sampai dalam kul 6 lebih. aku gembira apabila melihat wajah anak-anakku gembira apabila aku menjemput mereka di rumah pengasuh..SUCH A HAPPY MOMENTS

Sunday, March 15, 2009

it's always been survival of the fittest

aku baru jek bukak email... then ternmpk video ni... sent by my sis... so funny... so kita ENJOY..!!!

video

Surirumah Yang Terdesak dan Betty Yang Hodoh

HMMM... these two series are always my favorite series since season 1 till the latest one... below are the synopsis about the series...

DESPERATE HOUSEWIVES - TUESDAYS - 10.30PM @8TV

About nine years ago on a sunny day in the loveliest of suburbs, in a town called Fairview, housewife Mary Alice Young (Brenda Strong) decided to end it all. Now she takes us into the lives of her friends, family and neighbors... Her circle of girlfriends on Wisteria Lane includes Bree Hodge (Marcia Cross), the owner of a thriving catering business and on the verge of publishing her first cookbook; Lynette Scavo (Felicity Huffman), who struggles with raising troublesome teenaged boys who have an affinity for breaking the law; Susan Mayer (Teri Hatcher), a single mom who is on a never-ending quest for love; the ex-model turned housewife Gabrielle Solis (Eva Longoria Parker), who finds herself chasing after two daughters and looking drastically different from the model she once was. The ladies have welcomed the now single Katherine Mayfair (Dana Delany), who lived on the street once before when Mary Alice was alive, into their small, tight-knit group. However, their disdain for their prodigal neighbor, Edie Britt (Nicollette Sheridan), remains.

Then there are the men: Mike Delfino (James Denton), the father of Susan's son; Lynette's adorable husband, Tom (Doug Savant), who always stays by his wife's side despite many challenges; Gabrielle's husband, Carlos (Ricardo Antonio Chavira) who was left blind in the storm that ravaged Wisteria Lane; Mary Alice's widowed husband Paul (Mark Moses), who is currently in prison for the murder of his neighbor; and Orson Hodge (Kyle MacLachlan), a devoted husband to Bree.

Joining the neighborhood is Edie's new husband, Dave (Neal McDonough), who has his share of secrets. And finally there are the gay couple, Bob (Tuc Watkins) and Lee (Kevin Rahm), who moved from the city for a more quieter, peaceful life, and local busybody Karen McCluskey (Kathryn Joosten).

From her unique vantage point, Mary Alice sees more now than she ever did alive, and she's planning to share all the delicious secrets that hide behind every neighbor's closed door in this seemingly perfect American suburb.

"Desperate Housewives" stars Teri Hatcher as Susan Mayer, Felicity Huffman as Lynette Scavo, Marcia Cross as Bree Hodge, Eva Longoria Parker as Gabrielle Solis, Nicollette Sheridan as Edie Britt, Brenda Strong as Mary Alice Young, Dana Delany as Katherine Mayfair, Ricardo Antonio Chavira as Carlos Solis, James Denton as Mike Delfino, Doug Savant as Tom Scavo, Andrea Bowen as Julie Mayer in seasons 1 through 4, Kyle MacLachlan as Orson Hodge from season 3 onwards, Mark Moses as Paul Young and Cody Kasch as Zach Young in seasons 1 and 2, Steven Culp as Rex Van De Kamp in season 1, Richard Burgi as Karl Mayer in season 2 - recurring otherwise, Roger Bart as George Williams in seasons 1 and 2, Alfre Woodard as Betty Applewhite and Mehcad Brooks as Matthew Applewhite in season 2, Shawn Pyfrom as Andrew Van De Kamp, Joy Lauren as Danielle Van De Kamp, Neal McDonough as Dave Williams in season 5, Jesse Metcalfe as John Rowland in season 1 - recurring later, Josh Henderson as Austin McCann in season 3 and Lyndsy Fonseca as Dylan Mayfair in season 4 and in the series' most notable recurring role, Kathryn Joosten as Karen McCluskey.

Marc Cherry ("The Golden Girls") is executive producer and creator. "Desperate Housewives" is produced by Touchstone Television and is the winner of both the 2005 and 2006 Golden Globe Award for Best Television Series - Musical or Comedy.



UGLY BETTY - TUESDAYS - 9.30PM @8TV

Betty Suarez has always had one goal in life: to make it into the publishing business. Despite being smart, hard-working, and productive, her dream has always been shadowed by the fact that she isn't as traditionally beautiful as her cover ready colleagues. But despite it all, she is determined to do whatever it takes to fulfill that ultimate dream.

Ugly Betty stars America Ferrera in the title role. The show is based on the wildly popular Colombian telenovela which has already been successfully translated in Mexico, India, Russia, Greece and Germany - all to stellar ratings.



p/s : kekadang tu aku terkantoi gak nak tengok sampai habis siri desperate housewives tu sebab siang tu timetable aku full, sampai umah pun dah kul 7.30mlm... so biler sampai time siri tu... bukan aku tengok tv... tp tv tengok aku... kuang3x

Saturday, March 14, 2009

YEAY...i'm 9mos old now!!!

salam semua...

baru jek balik dari UKM ni... then terus balik rumah masak bubur untuk Amirah sebab pagi tadi apa ke sebabnya... letih sangat kot... bangun lewat daa... tak sempat nak buat bubur bagi kat pengasuh... then nak dijadikan cerita aku pergi UKM hanyalah membuang masa dan minyak keta aku jek... huhuhu... kelas Statistik DR JAMIL ditangguhkan... itula notis yang tertampal dipapan kenyataan kat foyer Falkulti Pendidikan...

ceh... buat penat je aku datang... dah la aku memang jenis malas nak drive... pastu nak terus balik... aku rasa mcm fresh sgt kua dari keta... so aku pun decided to stay sekejap sambil menyelesaikan beberapa problem statistik yang diambil dalam buku "Research Methods and Statictics, A Critical Thinking Approach" by Sherri L. Jackson. selepas duduk menelaah... datangla sekumpulan geng aku yang tiba agak lewat 15 minit dan terus aku melaungkan..."no lecture today..."... terus aku nampak bengang jek muka geng aku tu... mereka semua datang dari Jerantut... ada yang dari Segamat... Trengganu pun ada... demi memenuhi cita-cita dan impian untuk menggenggam segulung sarjana pendidikan di dalam bidang masing-masing...

sebelum aku melalut ngan cite lain yang tak de kena mengena ngan tajuk... hehehe... sory... dah lama actually aku nak masukkan entry Amirah dah turns 9 bulan tapi asyik tak berkesempatan aje... dah terlebih 5 hari dah amirah officially 9mos old... dah beso anak UMI ye...

progress Amirah... dah sangat pandai bye...bye orang... pantang disebut bye... sure akan angkat tangan... dah nak panjat situ sini... pendek kata memang tak dok diam anak dara kecik aku sorang ni... ermm... masih suka mengutip benda-benda masuk dalam mulut... suka membebel yang aku sendiri tak faham... dah jadi anak manja ABAH dia dah... pantang tengok ABAH dia... KOMPEM bunyi... bunyi-bunyian yang memberi makna suruh angkat dia... hehehe

okla tak mo melalut panjang-panjang... nak gerak ambik my child... 2 kat umh my mom dan sorang lagi kat umah pengasuh... huhuhu... sian... hari cuti pun dorang terpaksa berkorban... insya Allah pengorbanan ANAK-ANAK UMI takkan UMI sia-siakan...


yeay...UMI... ADIK dah 9bulan dah....yeay...!!!!

Friday, March 13, 2009

Mesyuarat PIBG

hehehe... untuk pengetahuan semua ini adalah pertama kali aku menghadiri mesyuarat PIBG sekolah bukan sebagai AJK ibu bapa tetapi sebagai AJK guru (pelik camne pentadbir boleh letak nama aku)... yang selalu dikatakan mesyuarat yang penuh dengan isu dan kontroversi... aku pun tak tahu actually sebab ini adalah mesyuarat kali kedua... yang mana mesyuarat yang pertama aku tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat dalam kursus selama 3 hari sekitar KL...

actually aku pun tak tahu tang mana dikatakan kontroversi itu... tetapi menurut guru-guru yang menghadiri mesyuarat kali pertama yang melibatkan semua ibu bapa dan guru-guru SKGS... mesyuarat itu memang penuh dengan kontroversi... dengan lagak seorang parents yang secara membabi buta menyalahkan guru-guru dengan asyik mencari salah guru tanpa memikirkan kelemahan anak-anak mereka sendiri...

di sini aku bukan ingin membela para guru... tetapi niat aku hanya untuk menyedarkan para ibu bapa semua bahawa tanggungjawab memberi ilmu dan nilai-nilai yang baik bukan 100% tanggungjawab guru sahaja... tetapi ibu bapa juga patut dan harus mengambil tahu dan memainkan peranan yang sama penting terhadap perkembangan anak-anak mereka di sekolah... betulkah anak-anak mereka belajar atau mainkah anak-anak mereka... belum masuk bab anak-anak murid biadap dengan guru... mengutuk dengan cara menulis keburukan guru dalam diari dan kemudian menyebarkannya dalam kelas... ini berniat untuk menjatuhkan maruah guru yang mengajar mereka sendiri... adusss... walaupun ia tidak terkena batang hidungku sendiri tetapi sedikit sebanyak ia menjatuhkan maruah guru-guru di sekolah...

ini semua berlaku di sekolah ku... begitu mengejutkan ia berlaku dalam kalangan kelas yang dikatakan pencapaian akademiknya cemerlang... murid-murid menggunakan kepandaian dengan cara cukup biadap... tambahan pula bila dipanggil ibu bapa murid berkenaan... tidak dibantahnya perbuatan anaknya tetapi menunding jari kearah pentadbir dengan mencari salah guru tersebut seolah-olah menyokong kesalahan anak mereka... huhh... macam-macam... aku pun tak faham...

ermm... berbalik kepada cerita aku attended meeting PIBG tadi... baru aku faham tak mudah sebenarnya menjalinkan hubungan yang baik antara guru-guru dan pihak ibu bapa kerana konflik sentiasa bermain di minda masing-masing... begitu juga aku... apabila mendengar gaya percakapan mereka... melihat telatah mereka... aku dapat menyimpulkan bahawa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka... jika aku ditempat mereka... mungkin aku juga akan berkelakuan sedemikian... wallahualam





p/s: mesyuarat PIBG tadi dari kul 5 hingga 7.30... waktu tu aku tak berapa bekenan sebab waktu bz aku ambik alya dari sekolah agama... ambik amirah dari umah pengasuh... huhuhu... mujur ada abah aku (tokayah)... muaaahhhh!!!!

Tazkirah Jumaat



WANITA SOLEHAH...

" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

" Sabda Nabi S.A.W:

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Kursus....busy dan busy....

salam semua... ni aku tengah boring menunggu panggilan yang aku buat tak dijawab-jawab... pelik betul aku ada hp tapi tak reti nak guna... meh bagi kat aku.. bio aku yang pakai... ngeh..ngeh.. ngeh... apa da ngarut pagi-pagi nih...

ermmm...panggilan ku sudah dijawab... hehehe... rupanya akak ni tak dengar... dok jaga exam...

aku tension ni dok menyiapkan headcount pupils for year 4... tak pasal-pasal tugas penyelaras tahun plak buat benda-benda ni... aku kompius sungguh... bukan nak merungut tau tapi factnya terlalu banyak keje yang perlu aku tanggung sepanjang memegang jawatan penyelaras ni... huhuhu

ooo... aku nak cite psl semalam aku menghadir satu bengkel Support Ticketing System (STS) dekat Pusat Kegiatan Guru Ulu Kelang (dekat dgn SK Klang Gate) untuk guru-guru Penyelaras ICT Sekolah... at first aku pun tak faham apa menatangnya STS ni... so lepas dengar dengan lebih lanjut baru aku faham tentang sistem ni.. actually sistem ni hanya membantu untuk tujuan memberitahu kerosakan-kerosakan barangan atau kemudahan ICT di sekolah... kebetulan sekolah aku baru jek ada lab baru... hhuhuhu... best giles... tenet pun dah ada... ni aku dok pakai la ni (school net)... siap dengan flat screen lagi komputer-komputernya... tak fahamla aku kalau cikgu-cikgi masih lagi tak tercelik matanya dengan IT ni... in fact... no reasons at all... plez... dunia sekarang di hujung jari je...

p/s : uittss... aku nak sambung buat headcount... still got 2classes left... chan chin chau...:-)

Thursday, March 5, 2009

Aku Fenings...cont

hehehe... tu je mampu aku luahkan di sini... as dh lama act aku nak sambung entry kat bawah tu... tapi hajat aku tak kesampaian nampaknya... so better for me to do new entry isn't...?

actually last month on 18th was Atirah's 6th Birthday (my 2nd daught)... tapi sampai sekarang masih belum lagi menyeleberet harijadinya itu... tapi alhamdulillah merasa jugak dia potong kek kat sekolah dia (pra-sekolah) as dorang every month memang akan celebrate budak-budaknya birthday mengikut bulan... kebetulan pula memang rezeki Atirah sebab bulan Feb hanya dia sorang je... so syokla dia konker kek tu sorang-sorang... huhuhu

ok tak mahu cite panjang-panjang... ada sedikit pics yang sempat aku mintak guru atirah ambikkan... lupa nak cite... sempena sambutan birthdaynya kat 6 itu... aku telah sediakan untuk 50 orang kawan-kawannya... setiap sorang mendapat satu bungkusan berisi coklat-coklat dan biskut (sory no junk food at all) dan alhamdulillah... niat aku untuk menyediakan aiskrim untuk semua kawan-kawan Atirah dan guru-gurunya termakbul atas pertolongan tuan kantin sekolah aku... terima kasih bebanyak...

SELAMAT HARI JADI YANG KE 6 SAYANGKU ATIRAH...SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI









Sunday, March 1, 2009

Aku Fenings...

aku fenings memikirkan esok aku bertugas di hadapan murid-murid sewaktu monday assembly as FYI... inila 1st time aku kena bercakap kat depan ... aku fenings memikirkan lusa aku akan menghadapi temuduga pengesahan jawatan (DC 41 - DG 41)... aku fenings memikirkan bilala aku nak balik menjenguk mak mertuaku yang tidak sihat... as abang every weekend ajk aku balik tapi ended up dengan dia balik sorang diri as minggu lepas aku ada 3day courses kt KL... then weekend ni abang plak hanta pekerja-pekerja asing ke Tg. Rambutan... so surela dia kena hanta sorang-sorang then sorang-sorang jugakla melawat ibu mertuaku iteeewww kat kg as dah on the way... aku juga fenings sebab terlalu banyak cita yang aku nak hupdate kat entry kali ni tapi aku fenings nak mula yang mana dulu...hikksss

okla firstly aku cita pasal aku kena dan sudah pun menghadiri kursus Bp myScience Inspiring Malaysians Students khas untuk guru-guru Sains dan ICT at KL International Hotel pada 20hb hingga 22hb lepas... actually kursus ini adalah kerjasama KPM dan Bp (British Petroleum) dan sebanyak 23 buah sekolah TERPILIH... aku ulang... TERPILIH sahaja yang dijemput untuk menghadiri bengkel yang dianjurkan... actually para guru dikehendaki untuk mendaftarkan diri pada 20hb tu pukul 3pm... tapi aku telahpun menelefon pihak KPM yang aku akan mendaftarkan diri pada 8pm as i got a class on that day...

lepas mendaftarkan diri sambil ditemani suami terchenta... abang suruh aku menemani kak fizar makan malam kat hotel yang disediakan oleh penganjur... so abang makanla sorang-sorang kat luar... sian... then lepas makan-makan ada sedikit taklimat and ice breaking by organizer... til 10pm... then tetiba dapat sms from my youngest bro that amirah was crying tak benti-benti... ya Allah kuatkan semangat ku ini... then called abang kata nak balik then esok datang balik... so tak yah tido hotel... lagipun dekat... setengah jam je.... so abang setuju... sampai umah mak dah almost 11pm... tengok-tengok amirah dah tido... siann sangat tengok dia... anak manja Umi ni mmg tak nak kat orang.. tambahan plak dah malam... kompem cari Umi dia... hehehe

so esoknya (sabtu) as usual mintak tolong kak Nor (pengasuh amirah) babysit her for a while til 2.30pm... then i asked my Abah ambik... then dalam kul 5 abang akan ambik amirah bwk ke hotel... so that abang leh jaga... dan during my free time leh jenguk dan main-main with her... :-) dan during coursing dapatla berita baik... organizer kata kalau leh setel malam ni... so esok no more coursing and those from outside KL such as Trengganu and Kuantan... tomorrow will be their shopping time... yehaaaa...!!!(mcm la aku yang nak shopping)... TO Bp... thanks for being a such wonderful hospitality for us... delicious foods... comfort room even though we have to share...hehehe... and hoping that we will meet again...insya Allah

p/s : 29th-31st Mei.. we will goin to Ma Daerah, Kerteh, Trengganu... yehaaa...!!!




bilik hotel yang disediakan oleh penganjur...thanks


banner Bp myScience Inspiring Malaysians Students


ice breaking by Bp staff


its me... purak-purak membizikan diri... hikkss


Bp staffs


Kak fizar yang cute mute giteww... :-)


para cikgu cikgu sedang sibuk menyiapkan web page masing-masing

okla dah mengantuk sesangat... next stories will be continued... zzzzzz