U Click Me...I Click U Back

Monday, April 27, 2009

Kesah Minggu Sudah

salam semua,

i've been through a lot of things lately, then tak tahu nak mula cite kat sini camne, act dh banyak kali je menaip entry baru, tapi separuh jalan je, tido daaa, tak larat sesangat, at last end up, aku tido terbongkang depan lappy, huhuhu, sungguh kesiankan?

ermm,mula-mula nak cite pasal aku pegi ke book fair khamis lepas, aku pegi dengan kekawan aku (cikgu2 SKGS), act tak plan pun, tapi aku dok sebut kat kawan aku ni nak cari buku Asas Statistik untuk final exam aku kt UKM, then coincident dia ajak aku join g book fair ngan Robi, Liza, Kak Shuba ngan Kak Mun.

disebabkan semua tak tahu camne nak g PWTC naik keta, so aku offerkan diri untuk drive dorang ke sana, lagipun tak kose le nak naik tren or bus sbb pegi pun dh petang, lepas sekolah, then mane tahu byk benda nak borong ke, hehehe, itu HARUS, sbb bukan selalukan?

lebih kurang 15minit, kitaorang sampai, then cari parking kat area Kedutaan Indon, kat situ legal then free plak, hehehe, nak hidupkan, tapi menapak la sikit kekawan ye. sampai kat PWTC, punyala ramai umat manusia, even weekday pun gitu punya ramainya, tu belum tggu weekend.

firstly, kami terjah gerai Alaf 21 dulu, itu acara wajib sbb yang pegi ni smua GILER GABAN novel ye, aku ulang GILER GABAN!!!jangan tak tahu gila b*** punya murah tu, tak silap kalau dihitung2, adalah dekat 15hinggit kurangnya, tapi KARANGKRAF pandai, dia buat pakej tiga novel RM48, tapi latest punya novel la, yg belum ada lg kat kedai2, tapi pajek tu dh ditetapkan tajuk novel-novelnya, korang faham tak ni??kalau tak, korang buat2 faham jela, tak masuk peksa pun, hehehe.

buku-buku dan novel-novel yang telah diborong

buku ni rega sehinggit, hehehe, tu yang beli.


lepas setel novel, singgah gerai buku-buku berciri akademik plak, al maklum le, yg bersoping ni semua cikgu cikgi, jd haruslah singgah digerai2 yang disebutkan td. hah, kali ni pun murah le sesangat, buku2 latihan dijual dengan rega sehinggit je, korang caya tak?? baikla pecaya ye, sbb aku pun terkejut dia boleh lelong2 gitu je, tebal gak buku2 tu, kwn aku siap tapau utk satu kelas tu, sanggup dia hangkut, ikut suka suki hangpa je yek, tapi aku pun byk gak habis kat gerai tu, beli buku rujukan adik yg nak ambik PMR tu dekat 6 buah jugak, beli utk anak dara aku 4 buah, untuk aku 2 buah je, cukup le, kenala budget, kang nnti bulan ni kena makan buku je kang, susah, hikhik.




lepas setel semua, singgah gerai majalah-majalah, hmm, byk gak aku borong kat sini, mane yg aku rasa best aku rembat, siap dapat beg kertas, tu pun ada max price dia baru leh dapat beg tu. then jalan-jalan lagi kat gerai2 lain sampai la kitaorg dh tak larat sesangat, then decided nak makan plak. as usual, aku dh biasa ngan area2 kat situ, so aku bwk dorang g makan kt lower ground floor kat The Mall, as diaorg pun tak cerewet. lepas makan terus balik, as nak kejar Asar, huhuhu.



be cont...ngantuksss....zzzz

Tuesday, April 21, 2009

Good News...Yehaa!!!

salam semua,

hari ni aku online SPP dan tak sangka menerima berita baik bahawa aku sudah dilantik secara sah sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG41...alhamdulillah...semoga Allah permudahkan segala urusan...AMIN

SEMAKAN ATAS TALIAN
SELAMAT DATANG NORAZRINE BT ABDUL TAHAR @ARIFFIN
Berikut adalah maklumat permohonan anda.

NO. KAD PENGENALAN BARU :
NO. KAD PENGENALAN LAMA : -
NO. RUJUKAN : SPP/08/DG3/BS1438/

--------------------------------------------------------------------------------

1 PERMOHONAN STATUS : LENGKAP
TARIKH PERMOHONAN : 30-09-2008


2 PANGGILAN TEMUDUGA TARIKH TEMUDUGA : 03-03-2009
MASA TEMUDUGA : 7.30 PAGI

TEMPAT TEMUDUGA : BILIK TEMUDUGA 1,ARAS 1, BLOK B3, KOMPLEKS J.P.M,SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN,62526,PUTRAJAYA,WP KUALA LUMPUR

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Hadir Temuduga


3 KEPUTUSAN TEMUDUGA DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP

4 SURAT TAWARAN TIADA
5 PAKEJ SETUJU TERIMA TAWARAN (PSTT)

6 SURAT PENGESAHAN PELANTIKAN TIADA

Friday, April 17, 2009

Padat

salam semua,

minggu ni jadual aku padat sekali, cewah, ayat macam artis gitu, tapi memang sungguh, bila di letakkan dalam organizer aku, everyday ada je aktiviti atau program yang akan aku attend, insyaALLAH.

semalam aku dapat panggilan dari PK 1 aku, dia suruh arrange satu seminar berkenaan dengan Maths Problem Solving untuk Tahun 4 dan 5. so dia arahkan aku buat satu surat untuk meminta duit dari murid-murid. so jadilah aku kerani tak berbayar semalam draft surat yang tak penah-penah aku buat sebelum ini.

setel satu bab, langkah seterusnya nak collect duit dari murid-murid, masalah besar jugak ni as murid-murid kelas hujung kompem tak mo joint seminar ni. itu satu masalah, satu lagi seminar tu di adakan pada 22-23hb ni, alamak, ada ke masa nak kutip duit ni, dah la hari isnin mggu depan kami semua cuti peristiwa sukan sekolah, pastu ada masa 1 hari je untuk collect duit, adoooiaaaii!!

Act seminar ni dijalankan oleh lecturer dari UM, dah lama pihak sekolah merancang untuk mengadakan seminar yang sebegini supaya murid-murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan dan juga how to solve Maths problem by using Problem Solving Models.

Ok..ok habis cite psl seminar, suppose tomorrow got proposal presentation untuk Kaedah Penyelidikan 2 kat U, tp aku dapat call daripada La, katanya DR JAMIL nak postpone ke hari Ahad, alamak, camne aku nak present as Ahad aku kena bertugas untuk sukan sekolah aku. Ni satu lagi masalah. Pikir punya pikir, better for me to call DR JAMIL and ask his permission to present with DR RAMLEE, insyaALLAH on 26th after final paper. Tapi no hp DR JAMIL aku plak tak de, ni La janji nak bagi esok. Hope so.

So nampak gayanya esok aku free, tak payah g UKM, so blh setelkan kertas kerja aku yg masih dok bertangguh, tak buat-buat lagi, no time okeh!! Then Selasa aku ada presentation by group, tapi yang tu dh setel power pointnya, tggl nak print out ngan buat copy for kwn2.

Minggu depan Selasa dan Rabu aku akan busy dengan seminar, sbb seminar tu mula dari kul 8 pagi sampai tghri. Then Selasa tu jugak aku ada kursus pendek kat SK Prima Selayang kul 2.30, ada taklimat untuk Penyelaras PPSMI dan Guru Data. Aku hanyalah S/U PPSMI jek tapi mungkin PK aku nak aku attend sbb aku masih baru dan suruh cari pengalaman la kot. Nasib sekejap je, sampai kul 4.30.

Hmmm, padatkan jadual aku. Nak buat camne, kalau dh namanya “Saya Yang Menurut Perintah”, so kenala tunaikan seikhlas hatikan. Hopefully semuanya berjalan lancar.

Monday, April 13, 2009

Ermmm...

salam semua,

rasa macam dah lama tak layan blogging, actually tak da cerita yg best nak cite kat sini. sekarang ni musim demam ngan musim hujan, huhuhu, bab bz tak yah cite le, tahap gaban punya!!!

aku pun baru baik dari sakit kepala, tak tahu le kenapa, mybe migrain datang balik setelah sekian lama mendiamkan diri, al-maklum le dok asik kena hujan je 2-3 hari ni, mane tak sakit kepala kan?

cite pasal sekolah pulak, dh nak dekat sukan sekolah on this coming sunday, sekarang ni, merata-rata cikgu-cikgu lelaki kat sek aku dah mula membizikan diri dengan acara-acara saringan di padang sek, tu belum masuk tugas membuat garisan balapan di padang, jenuh le akunya menyiapkan relief untuk cikgu-cikgu yang tak dapat masuk mengaja.

aku pulak sibuk dengan menyiapkan Pelan Strategik Tahunan sekolah, nak jadi cite dh penat-penat aku buat (mcm penat sangat jek), file tu aku save masuk kat pen drive aku then nak bukak tak boleh plak, tetiba korup, ni semua sebab virus durjana, aku rasa banyaknya sampai tahap boleh bela kuda-kuda tu, adoiiiaiii!!!

hah, amirah dah 10 bulan secara rasminya pada 9hb lepas, budak kecik ni dah pandai mengamok yek, kalau mengamok punya le buroknya pangai, adusss, tak tahu le ikut pangai sapa ni, as kakak-kakak dia tak plak camtuh. kalau dia nak berdiri tu, nak paut-paut kat kerusi ke apa, ikut suka suki dia jek, tak kira leh kat mana-mana jek dia boleh landing. pastu kalau halang dia buat apa-apa yang dia nak buat, mula la dia mengamok, siap lentok2 badan bagai, hudoh anak UMI ni..:-)

nnti le aku upload gamba dia berdiri dengan sendirinya, tanpa pertolongan sesape pun, hehehe, i'm off rite now, ni aku tgh bizi menaip, amirah plak bizi belatih berdiri dengan bahayanya, huhuhu, bye!

Wednesday, April 8, 2009

Musim

salam semua,

sekarang ni betul-betul musim demam, bukan apa, risau gak takut sbb lainkan. ni hah, anak aku Amirah dh 2 hari demam, ON n OFF, semalam aku mntk kebenaran GB untuk keluar bawa Amirah ke klinik, tapi today dia flat masa pagi-pagi nak hanta ke rumah pengasuh, so aku decided nak ke sekolah dulu, punch dan selesaikan kerja untuk guru-guru yang tak de di sekolah, then aku lagi sekali meminta kebenaran kat GB yang aku nak balik.

alhamdulillah, GB aku seorang yg amat memahami.

terus gerak ke HKL, jumpa DR kerajaan pulak, buat blood test semua, alhamdulillah, semua ok, cuma DR kata sekarang ni musim, so virus merebak sana sini, that's why la ramai rakyat jelata, kecik beso, tak sihat.

tak payah tengok contoh lain, murid-murid sekolah aku pun dh cukup. recently berderet jek dalam register murid-murid tak hadir ke sekolah, bila dorang mai, memang sah le bwk surat MC, sampai tebal fail simpan MC murid-murid kelas aku. hehehe. kayala klinik-klinik swasta semasa musim virus merebak nie, huhuhu.

Sunday, April 5, 2009

Rindu pada kekawan UPSI

salam semua,

tadi saje bukak gamba-gamba lama dalam lappy aku nih, kebetulan nak susun balik folder dan burn cd, so that boleh delete gamba-gamba yang memberatkan lappy aku ni, huhuhu.

tiba-tiba teringat kt kekawan UPSI, yelah, almost 4 years there, suka dan duka, susah senang kami menghadapi paper yang susah-susah, tu belum cite bab dapat soalan spot (bocor sebenarnya, syyhh!!!), rasa mcm tak nak habis je belajar kat sana, tapi camnekan, setiap permulaan pasti ada penghabisan, takkan nak belajo dah tak mo keje, nak jugak merasa dapat gaji cam orang lain gak kan?

RINDU KEPADA SEMUA GENG PSR 2003-2007

semasa menjalani kursus Biologi 2006


my classmates


malam pra-graduan kt Equetorial Hotel, Bangi


di Cameron Highlands 2006


kawan rapat


with Beton and Nizah at Proton City Lake


kawan-kawan kat Cameron Highlands


'Microteaching'


semasa praktikal di SKTM

Kisah Minggu Ini

salam semua,

minggu ni dah masuk weekend, tapi nampak mcm tak da time free pun untuk aktiviti bersenggang, huhuhu, kenapa yek? cuti pun mcm tak cuti, hubby aku komplen cakap, "sibuknya isteri i!", heh?

sepanjang minggu ni sekolah aku mempunyai pelbagai program, dan aku pulak tak menyibukkan diri dengan program sekolah, sbb aku terpaksa menyelesaikan analisa penyelaras untuk semua kelas tahun 4, bayangkanlah, tahun 4 aje dah ada 7 buah kelas, analisa untuk murid yang mendapat gred A, B dan C, begitu juga those yang failed. argghh!!! sangatla menyusahkan, bayangkan kena mengadap komputer beberapa jam tanpa henti, dan yang paling penting, jangan sapa ganggu aku, huhuhu, itu WAJIB sbb bila membuat sesuatu yang melibatkan nombor, tumpuan harus diberi sepenuhnya, kan?

itu baru sibuk di sekolah, kerja-kerja study aku belambak-lambak utk diselesaikan, adehhh, camne ni, rasa tak cukup masa je 24jam sehari ni. sekarang dah masuk minggu study week kat UKM, tapi beberapa kertas kerja yang sudah dibentangkan, masih belum didokumenkan. mujur my PROF bagi due date sebelum habis semester ni. alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan pengajian aku bagi semester 2, yeay!!! nak masuk sem 3 dah, got 1 year to go, insya Allah.

semalam kuliah DR JAMIL sampai pukul 1.30, bayangkan 5 jam kuliah, aku dibelakang menguap2, sambil bersms, dh bosan sangat. lagipun dah sah-sah tak masuk, sbb duduk belakang sekali, masuk lewat 1/2jam. dah la eden pakai empat mata, mana ler nak nmpk tulisan DR JAMIL yang kemetot tu. hehehe. alasan la tu. then masa balik mintak tolong kwn hanta kat komuter sbb aku tak bwk kereta, beloved hubby hanta, katanya aku nmpk letih, as malam sebelum tu sakit kepala, gatal hidung, lenguh-lenguh badan petanda virus influenza dah datang menyerang, huhuhu. sampai kat KL Sentral, aku bertukar naik tren ke Ampang Park, hubby aku tunggu kat sana.

hari ni, masih lagi flu, gatal-gatal hidung, tapi ku tahan je Jebat, sbb aku memang pesen manusia yang cukup payah nak MC, demam pun datang sekolah, bukan nak jadi cemerlang pun, sbbnya aku tak suka kerja aku tertangguh sbb tak datang sehari, menyusahkan cikgu lain plak me'relief' kelas untuk aku, kan susah tu? selagi ada kudrat, aku cuba jugak datang bekerja untuk bangsa dan negara, CEWAH!!! (perasan sekejap).

panjangnya aku melalot...

nak cite sikit perkembangan Amirah yang dh nak masuk 10 bulan, insyaAllah 9hb ni. sekarang ni dah pandai nak memanjat, berani tuh, aku ler yang susah hati, kang jatuh kompem sakit, kalau aku ada depan mata tak pe, ni buatnya dia buat masa dok ngan kakak-kakak dia, mmg kompem ler sakit sbb kakak-kakak dia kdg2 tak tengok pun, dok syok melayan diri sendiri.

okla, panjang cite plak, nak mula masak, lauk semua dah bwk kua, cadang nak masak simple jek.hehehe. masak pe yek, any suggestion??