U Click Me...I Click U Back

Saturday, May 30, 2009

Selamat Berhujung Minggu

salam semua,

entah le tak tahu le kenapa tetiba tak boleh tido, bangun kul 5.30 tadi lagik, perut pun tak berapa sedap, siap tido termimpi-mimpi kwn aku ngan murid-murid kat Ma Daerah, risau di hati tak dapat nak dipadam, selagi dorang tak balik la tuh.

anak-anak aku smua tgh nyenyak tido nih, aku sorang-sorang mengadap lappy, Mr Hubby pergi ke Johor, tapi dah on da way balik KL katanya.

dah tak de cite nak cite, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...!!!

Friday, May 29, 2009

School's Out and Global Warming

salam semua,

hmmm, suppose i'm going to Ma Daerah, Terengganu, but the plan was changed, because nobody can look after my daughters, so decided to ask Kak Shuba to replace me. what to do? mybe it's not my 'rezeki' to go there, always pray for their success, aminnnn!!!

tinggal cerita psl Ma Daerah, esok bermula la tempoh cuti sekolah yang panjang, 2 weeks, tapi isnin hingga jumaat aku kena gak ke sekolah untuk kelas tambahan UPSR. tak pela, pengorbanan seorang cikgu ni, insya Allah dibalas Allah, lagipun aku bukan buat apa pun kat umh cuti sekolah ni, planning nak bercuti pun tak kot, maklumla Mr Hubby keje sendiri, ada rezeki kami gi mana-mana, adalaa, or else, dok umah pun stil ok with me, hehehe.

sepanjang cuti ni keje sekolah masih tak habis gak, memang sampai bila-bila pun takkan habis, murid-murid baru lepas exam, for sure cikgu-cikgu sibuk marking paper, satu paper pun aku tak mulakan lagi, as sepanjang mggu ni aku busy melatih murid-murid yang nak ke Ma Daerah ni. actually murid-murid ni ke sana ats sbb dipilih mewakili Selangor selain dari 3 buah sekolah lain untuk pertandingan 'Bp myScience Project 2009'seperti sembang sains dan presentation mengenai Global Warming.

apa tu global warming?? hmm, u all boleh google je, byk info yang u all akan dapat, more to save the earth le. pemanasan global ini boleh didefinisikan sebagai peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan
oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi. yela, lagipun skrang dunia kita tgh mengalami pemanasan global, terlalu bnyk peninggalan karbon (carbon footprint) seperti peningkatan penggunaan kenderaan yang mengeluarkan byk karbon monoksida, penjanaan tenaga elektrik, dan pelbagai2 lagi. hmm, pasti u all tahu serba sedikit informasi berkenaan dengan pemanasan globalkan.

sape-sape yang berminat dengan project Bp yang melibatkan sekolah-sekolah di negeri Selangor, KL, Kuantan dan Terengganu, dont hesitate to visit the website for further info, okeh.

selamat tinggal kepada guru praktikum yang tersangat rajin...siti azerah, semoga tak lupa kepada kami semua.

Sunday, May 24, 2009

Kursus dan Ma Daerah



salam semua,

dari hari ke hari aku makin tak de mood nak melayan tenet, esp weekend, mybe weekend aku bz ngan hal-hal membersih umah, maklumla tu jek masa yang ada. kdg-kdg datang satu penyakit berjangkit plg ditakuti iaitu, M***S,huhuhu, harap dpt dielakkan secepat mgkin.

semalam aku menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kat sekolah aku, kursus ni amatla menarik dan langsung tak bosan, kalau sebut kat sini kompem terkejut, KURSUS PENYEMBELIHAN DAN PENGURUSAN JENAZAH, "wei, ada ke sekolah buat kursus gini?", adala, korang je tak tahu, siap PENCERAMAH tu bgthu nak buat gak kat sekolah dia, hehehe, nak cilok, sekali sekala kan?lgpun benda yang baik, perlu dilaksanakan, hehehe.

lepas sessi teori, so adalah practikalnya, aku mmg tak boleh tengokla org-org sembelih binatang ni, kesian, dorang kata kalau kesian tak leh makan, yek? tapi aku tengok jugak walaupun dh tak larat nak kata kesian dalam hatiku ini, huhuhu. adala dlm 10 ekor ayam berjaya disembelih dengan sah dan halal utk dimakan, hmmm, mujur lepas habis kursus kami tak sempat dihidangkan dengan ayam yang baru disembelih td, katanya tak sempat nak uruskan dan masak. kalau tak, mmg aku kompem tak makan, okeh!!

sebut psl Ma Daerah ni, sure ada yang tertanya-tanya, "apa kebenda tu?", ada yang tanya macam mana ejanya, "mmg nama dia gitu ke?", hehehe, apa daaa, aku pun tak penah sampai tempat ni, tapi insya Allah akan sampai ke sana pada Jumaat akan datang 29hb ni. Ma Daerah terletak di Terengganu, ala tempat pembenihan penyu kalau tak silap aku. tujuan aku ke sana adalah bg mengiringi 4 org murid mewakili sekolah dalam pertandingan Bp MyScience organized by KPM dan pihak Bp sndiri.

actually aku tak de hati nak pergi tempat ni, seriously, sbb pertamanya, masa terlalu singkat utk kami berlatih bg membuat presentation berkenaan dengan Global Warming, kedua, tak tahu la hubby aku boleh ikut tak aku ke sana, so kalau tak, aku kena pisah ngan anak kecik aku tu, adoiaaiii, ni buat aku sewel sekejap ni, adehhhh. ketiga, aku mmg tak de mood nak bejalan-jalan pun, siap aku swh PK aku cari cikgu lain, tapi PK aku ni degilla, nak jugak aku yg g, ish, haru!!!ni kompem saat-saat akhir baru aku packing ni, punyala tak mo g nya. ada sapa-sapa nak ganti aku tak???

ada la aku google Ma Daerah ni tempat camne, so leh le kongsi ngan u all kat luar sana.

adakah pemandangan ini membuatkan aku masih tidak ada mood untuk ke sini???

Wednesday, May 20, 2009

Sambutan Hari Guru di SKGS - 18 Mei 2009

salam semua,

hmm...sambutan hari guru suppose on 16th mei lepas, tapi sekolah-sekolah di daerah Gombak mengadakan sambutan pada Isnin lepas bagi menghargai jasa-jasa guru di sekolah. alhamdulillah, walaupun tak mengharap hadiah dari anak-anak didik, tapi mmg tak cukup tangan nak mengangkut hadiah-hadiah yang diberi. thanks to my beloved pupils, even though i did punished them almost everyday, but i did it for their own sake juz for their future.

sedih gak cite psl anak-anak murid ni tapi aku mmg takkan bg peluang kepada anak-anak murid aku untuk mengada-ngada ngan aku, kdg2 aku pasan dorang nak bermanja dengan aku, tp aku just ignore it, buat-buat kering hati, huhuhu, have to. okla, tak mo cite panjang, aku tempek gambar-gambar untuk tatapan pembaca.

guru menyanyikan lagu tema hari guru..guru pembina negara bangsa




murid-murid memberi hadiah masing-masing kepada guru-guru


persembahan dari kami...guru Tahun 4...cayala


persembahan aci-aci bukak pintu by year 3 teachers


menunggu untuk poco-poco...yehaaa...




murid-murid yang setia menonton...


cikgu-cikgu giler glamour....huhuhu




sukaneka time...

Saturday, May 16, 2009

Amirah 11mos old....yeeehaaa!!!

salam semua,





letih sikit today, as pagi td ada kursus pembinaan item subjek sains UPSR kat PPD dari kul 8am until 2pm.

alhamulillah, amirah dh 11 bulan 1minggu, going to be 1 year old on 9th June, very soon rite?? tak saba rasanya nak tggu amirah setahun. skang ni dia boleh berdiri dan melangkah beberapa langkah sebelum menjunam kat atas org yang dekat dengan dia, apa daaa, suka suki jek.

dh tersangat la cengir bak kata org utara, nak habaq mai, suka gigit org nih, huhuhu, tak kena jek, terus gelupur sesuka hati, nangis tak yah kira le, mcm org cubit kuat-kuat, satu lg pangai dia, sapa-sapa larang dia buat benda-benda yg dia nak buat, dia cuba le nak gigit ke, kutir (cubit) ke, apa-apa balasan that she able to do it on that time.

dh tak boleh ckp agak kasar sikit, KOMPEM nangis, jiwang sikit minah kecik ni, ckp 'cannot' pun dh buat rupa sebik, rupa nak nangis, manja anak UMI ni. UMI doakan cepat le anak dara kecik UMI ni bejalan dan semoga sentiasa memberi keceriaan dan kebahagian kepada UMI dan ABAH selamanya...AMIN

Happy Teacher's Day



Don't try to fix the students, fix ourselves first. The good teacher makes the poor student good and the good student superior. When our students fail, we, as teachers, too, have failed - by Marva Collins

Monday, May 11, 2009

Bz tak hingat dunia

salam semua,



HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOTHERS OUT THERE, "No gift to your mother can ever equal her gift to you", hmmm, ini adalah ungkapan dari hubby aku yang mendengarnya sewaktu kutbah solat jumaat yang lepas, hubby aku ada menyimpulkan bagaimana kita terasa hati, kecil hati, tersinggung, atau lebih bermakna jika kita mempunyai duit yang banyak untuk diberikan kepada ibu kita, masih tidak sama nilainya dengan pengorbanan ibu yang melahirkan kita, sungguh bertuah seorang ibu yang melahirkan anak.

tajuk ats tu tak sesuai langsung dengan perenggan di ats, tp juz ignore it. hmm, entry sebelum ni tak sempat nak sambung, me, too busy, terkejar-kejar dengan pelbagai kertas kerja untuk sekolah dan UKM, due date dekat-dekat pulak tu, jenuh gaban aku. aku kompem tak da sapa yang nak hidup tak tenang mcm aku ni, terkejar ke sana ke mari.dh tak de rupa orang dah, hubby aku dh bising sangat sbb isteri dia dh makin "kecik"

skang ni aku cuba avoid dari PK 1 aku, bila aku naik punch kt opis, make surekan dia tak nmpk aku, then balik time aku suruh cikgu lain punchkan,hikhik, sbb sure macam-macam benda nnti dia suruh aku handle, aku surrendered okeh, aku nak balik waktu tido aku yang dulunya lena, bukan dengan lappy yg on tak tutup-tutup masa tido, bangun kul 3a.m. sambung unfinished works. adoiaaii, tak kose dah nak layan.

berita baiknya di sini, i'm officially finished my 2nd sem at UKM, alhamdulillah, segala mak nenek kertas (5 kertas kerja...bengong sekejap masa siapkan), due date 8hb Mei lepas, so already sent it to all beloved lecturer. tu yang sibuk sampai tak de masa nak updates blog ni. so lepas ni, merdeka sekejap until July, aku akan masuk balik sem seterusnya, kali ni lebih besar responsibility aku, as on next semester, i will start my thesis, so tak leh le nak bersenang lenang jugak cuti sem ni as nak kena setel chapter 1-3, yela, tak kan nak tayang tajuk je kat Mentor aku. tajuk dah ada tapi tak tahu la relevan ke tidak??

so those kekawan yang tolong aku revised paper statistic last months, thanks a lot, hope we will meet again. To my hubby, thanks for your support and willingness to sent me wherever i wanted to go, love u bebeh!!! and last but not least to my 3 daughters, thanks for your sacrificed, UMI will not forget it!!! insya Allah.


p/s: Now that... my kids are grown, I understand how much work and love it takes to raise and to keep a family together. The example of your strength, devotion, and patience is now rippling through the generations. Thank you! ~Forest Houtenschil