Followers

U Click Me...I Click U Back

Monday, September 21, 2009

Raya Pertama

salam lebaran 2009...

utk pengetahuan semua, kami actually dah lama tak balik beraya di Penang, (kg Mr Hubby), tapi alhamdulillah, utk raya 2009 ni, kami berkesempatan untuk beraya di sini dengan suasana yang agak meriah ku kira, tambahan, ramai anak2 sedara and sepupu2 belah suami aku nih (kopak duit raya, hehehe)..

alhamdulillah, dapat jugak tahun ni beraya di Penang, dapatla merasai balik suasana kampung instead of raya di KL, hampeh, serius, raya pertama jek happening, raya ke2 dh siap2 pakai baju biasa jek, nak tggu org dtg berkunjung pun susah, inikan pulak nak kua g beraya, huhuhu...

ok, berbalik cite raya kami di sini, raya pertama, pagi2 lagi semua keluarga dah siap2 dengan baju raya memasing, semuanya sakan sangat, termasuk anak2 aku, pagi2 lagi dah kujirah dengan air sejuk, terpaksa sbb menurut kata org2 tua, hari raya kena awal2 lagi dh siap2 pakai baju baru, betulkan???

termasuk la aku, hehehe, tema tahun ni ungu, tapi Mr Hubbykan dah Tuan Hj, so dia pakai jubah serba putih, mmg sebijik macam pak haji(ayat kureng asam), hehehe...

raya pertama juga kami sempat beraya di rumah sedara mara belah Mr Hubby, area2 dekat rumah ngan kat Kepala Batas, budak2 la sonok dapat duit raya, yang dh rasa diri dia tua, dok diam2 la yek, kena bg duit raya lagi, ada, adoiaaiii...

to be cont...insyaAllah...:-)

Saturday, September 19, 2009

Persiapan Hari Raya

salam bersiaran dari Penang (rumah MIL) semua,

semua dah bersiap sedia nak beraya,wah sakan nampak,aku actually dah lama siap untuk raya, cuma banyak lebihkan anak-anak, aku, cukupla dengan sepasang baju kurung moden untuk dipakai pada pagi raya...:-)

hmm..aku masih teringat dengan Arwah Kak Min..al-Fatihah

persiapan raya untuk tahun ni agak meriah sikit berbanding dengan tahun lepas sebab kami sekeluarga akan pulang beraya di kampung Mr Hubby di Penang, so agak berlebih sikit la kami berbelanja, sebabnya, kalau raya di kampung, sure ada banyak tempat untuk dikunjungi, so kenala sediakan lebih baju untuk anak-anak buat tukar, alhamdulillah, rezeki anak-anak,:-)

adalah 2 kali aku shopping dekat sogo, bukan apa, pertama beli baju raya anak-anak dan kedua pergi semata-mata beli belt alyaa, sambil-sambil tu sempat jugak aku rembat lagi baju-baju untuk anak-anak aku yang masih sales, hehehe, sakan!!

kasut pula aku belikan dorang crocs, khas untuk raya tahun ini, even mahal tapi aku nak kualiti tu, bukan selalu pun aku beli barangan branded, setakat kasut jelah, kalau baju mmg tak beli sangat yang mahal-mahal, setakat Poney, bolehla...

ada cerita kelakar yang happened semalam, kuikui...

u all caya tak aku tertinggal semua baju anak kecik aku kat umah termasuk baju-baju kurung untuk dipakai raya semalam, masa dah on da way ke penang, dah sampai Gopeng, baru aku ingat, bising giler la Mr Hubby, aku dah sangat cuak, as semua baju anak kecik aku tu aku susun dalam bakul tuh, nak pakai apa kat kampung nanti plus baju kurung dorang semua dalam tu termasuk baju-baju raya yang aku beli kt sogo, adoiaaiii!!

then kebetulan, nak jadikan cerita, kami terserempak dengan kawan Mr Hubby dekat area Tapah sebelum aku tersedar pasal kes tertinggal tuh, terus aku bagi cadangan why not kita kirim kunci rumah then bagi pada abah aku, so terus Mr Hubby call kawan dia tuh dan jumpa disatu tempat, so selesai satu bab, sekarang ini bakul tu dah ada kat umah mak aku, akan dibawa oleh my bro, kebetulan dorang sekeluarga akan pulang ke kedah tengahari nanti, huhuhu, alhamdulillah, merasa jugak anak-anak aku nak pakai baju baru, insyaAllah...amin..

habis cite...

*************************************************************************************

Here's wishing all my FB's Friends Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin and for those planning for their balik kampung this weekend, have a safe journey and Selamat Pulang ke Kampung Halaman!!!

Tuesday, September 15, 2009

Kehilangan MU amat dirasai...:-(

salam semua,

aku masih lagi berada di situasi 'recovering'....

actually dh lama nak buat entry khas utk ini, tp entah kenapa, tangan aku ni berat je rasa, mgkin sbb aku terlalu merasai kehilangan kawan baik aku aka my beloved sister ever, dan paling aku ralat sekali sebelum 'pemergiannya', dia dh bg pelbagai petanda yg aku sndri tak notice pun masa tuh..:-(

hmm, tak tahu nak mula dr mana, tp rasa sunyi je skang ni especially di libary sekolah, tempat kami lepak2, cite2, gosip2 hal sekolah, meluahkan perasaan tak puas hati memasing, banyakla lagi kenangan yang aku sndiri tersenyum sendirian bila mengenangkannya, kak min, kenapa cepat sangat pegi tinggalkan kami...TAPI AKU REDHA...

menyingkap salam perkenalan aku ngan kak min, ialah sewaktu aku memula posting kat sekolah tu, waktu tu jujur kukatakan kak min bukan seorang yang peramah bagi aku, masa aku kat kantin pun dia jarang tegur aku, masa tu aku tak ditugaskan mengajar tahun 4 bersama2 kak min, aku diletakkan di tahun lima utk mengajar subjek sc dan math...

mgkin disbbkan faktor aku muda dan baru, kak min tidak berminat utk bertegur sapa dengan ku, atau mgkin dia rasakan aku yg sombong, entahla tak sempat plak nak tanya kisah tuh, berbalik kepada perkenalan kami, disbbkan aku selalu menegurnya, dan setiap kali aku ke kantin, sure kak min pun ada juga kat kantin, dan bersembang2 kosong, so dari situ lama kelamaan aku seakan serasi bersama ngan kak min...alhamdulillah

kak min ni seorang ustazah, jadi aku bykla belajar perkara2 yg menyentuh soal keagamaan, yela, kak min ni blh dikatakan agak arif bab2 agama ni, so dia jd seronok melayan aku, sampai la tahun 2009, di mana aku ditugaskan sebagai Penyelaras Tahun4 dan kak min sbg Penolong Penyelaras, jadi hubungan kami makin rapat, sehingga kak min penah meluahkan anggapanya kepada aku sebagai adiknya sndiri...

hubungan kami sampai tahap tidak ada rahsia lagi, kak min pun selalu dtg lepak2 umah aku masa weekend, cite2 hal keje hingga ke hal2 peribadi, jd serba sedikit aku agak tahu perihal peribadi kak min secara tak langsung, bila dia susah, org pertama dia mntk tolong adalah aku, contohnya suami dia tak dpt nak ambik dia dr sekolah, jadi aku dengan rela hati menghantarnya balik sbb umah dia tak la jauh sngat ngan sek, even tak on the way pun, aku willing jugak sbb kesian nak biar dia naik taxi...

dipendekkan cite, tahun 2009 ni merupakan tahun yg agak pahit utk kak min, tapi tak perlu la aku detailskan kt sini, cuma aku rasa agak terkilan sbb dek kerana hal pahit ini, dia sakit, dan memendam sorang2 perasaan sedihnya, dia runsing mungkin memikirkan masalah2 yg bagi aku hanya dicipta oleh 'pihak satu lagi'...

aku agak terkilan sbb minggu kedua puasa, kak min ada menyatakan hasrat utk meminta pertukaran sekolah secara online, tp disbbkan masing2 sibuk, jd kak min berpesan ngan aku nak mntk tolong aku online pd jumaat lepas (minggu ke3 ramadhan), so aku pun ckp, aku akan bwk lappy n broadband aku hari jumaat, then jumpa kt libary..

"lepas raya ni tak dpat dah ko jumpa aku rine",itula ayat kak min pada 2minggu yang lepas semasa kami lepak2 di libary, terus aku balas, "kak min nak g mane?", then kak wafa interrupted, "akak kalau dpt pindah pun, tahun depankan kak?", terus kak min jwb dia dh kemas2 umah, takut tak sempat nak kemas bila dpt tukar nnti...:-(

then, minggu lepas, kak min ditugaskan utk menjaga UPSR di sekolah di daerah Gombak yang lain, maka tak dptla kami berjumpa selama 3hari pada minggu tu, last aku berjumpa ngan kak min, bila dia dtg umah aku utk menghantar kajian tindakan utk diserahkan kepada pentadbir sekolah, masa tu aku agak pelik kenapa kak min tak hanta sndiri, rupa2nya aku tak ingat yang esok tu dia tak de kt sek sbb jaga exam, huhuhu, aku yang forgetful...

hari terakhir kak min menjaga exam, tetiba dlm pukul 3.45 aku dpt pgglan daripada suami kak min memberitahu kak min pengsan secara duduk dengan tiba2, pada mulanya suami kak min tak anggap serius, tapi bila disapukan air kat muka kak min, kak min tak sedar2, then pihak sekolah telefon ambulance, paramedik memeriksa tekanan darah kak min masa tuh, terkejut sbb mencecah 200, terus kak min dikejarkan ke hospital Selayang utk rawatan lanjut...

kebetulan pd hari yang sama aku ada kelas, so lepas habis kelas kul10 tuh, aku terus gerak ke hosp utk jenguk kak min, kak min masih tidak sedarkan diri didiagnosis mempunyai pendarahan dalam otak disbbkan strok yg dialaminya semasa pengsan di sekolah dan tidak sedarkan diri selama 3 hari, akhirnya kak min telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15malam, hari sabtu 12 September, bersamaan dengan 22 ramadhan, dan pada masa itu aku turut bersama2nya sehingga kak min meninggalkan aku, yang secara kebetulan aku datang hanya utk melawatnya sahaja, bertukar menjadi berita yang sangat sedih utk aku terima, kehilangan kawan susah senang, kawan suka duka, kawan meluahkan perasaan dan aku menganggapnya seperti kakak kandung ku sndiri...



....agak terkilan sbb tak sempat nak tolong kak min apply pertukaran secara online, kak min juga teringin nak makan mee goreng yg aku buat yg penah dia rasa sebelum ni, tapi aku janji nak masakkan utk dia lepas raya, sedih memikirkan kak min pengsan dengan tekanan darah yang tinggi, menyebabkan DR menyatakan kak min terlalu memikirkan 'sesuatu' yang serius, which is i knew it, sedih sbb kak min tak sempat merasai duit tunggakan gaji dia lulus PTK band 4...:-(

SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DALAM KALANGAN PARA SOLEHAH...AMIN

Thursday, September 10, 2009

Renungan Ramadhan 20

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Perkara yang menukar arus perjalanan sejarah sering berlaku di dalam bulan Ramadan. Seperti yang disebutkan beberapa malam lepas, peristiwa turunnya al-Quran begitu bererti kepada sejarah umat manusia. Setelah al-Quran diturunkan, dengan kommunikasi langsung dari Allah, Rasulullah (saw) terus giat berusaha berdakwah mengajak manusia kembali mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Baginda berjaya mendapat sokongan beberapa individu tetapi mendapat tentangan hebat dari seluruh kepemimpinan Makkah. Lalu Allah memerintahkan Nabi(saw) berhijrah ke Yathrib dan menjadi pemimpin bagi masyarakat Madinah.

Puak anti-Islam Quraish di Makkah tidak berdiam diri. Mereka tetap berusaha menghancurkan gerakan dakwah Nabi (saw).

Pelbagai tektik dan cara digunakan sehingga akhirnya terjadilah Ghazwah (Perang) Badar. Ghazwah Badar yang terjadi pada 17 Ramadan tahun kedua hijrah merupakan satu lagi titik tolak yang penting dalam sejarah umat Islam, bahkan sejarah umat manusia.

Pada saat itu, segerombolan manusia Muslimin bersama Nabi mereka; satusatunya kumpulan manusia di dunia yang menyembah Allah yang satu akan berhadapan dengan tentera Quraish yang anti Islam, anti Tauhid, anti penyembahan kepada Allah semata-mata. Ianya merupakan pertembungan Iman melawan kekufuran, Islam melawan jahiliyah, tauhid melawan syirik, perhambaan kepda Allah melawan perhambaan kepada selain Allah. Ini merupakan saat dan ketika yang amat genting. Ditambah pula dengan bilangan dan keadaan kelengkapan yang tidak saksama. Quraish dengan 1000 orang tentera; 600 daripadanya berbaju besi, serta 100 ekor kuda dan beratus ekor unta. 313 orang tentera Muslimin hanya...

Wednesday, September 9, 2009

090909@Renungan Ramadhan 19

salam semua,

Wahyu suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadan di Gua Hira’ merupakan titik tolak penting dalam sejarah umat manusia. Wahyu yang bermula dengan menyuruh manusia membaca, “Iqra’ “ mempunyai makna yang mendalam.

Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur.

“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (Surah al-Isra’: ayat 106)

Di sisi Allah, faktor atau dimensi masa tidak mempunyai apa-apa makna kerana ia Maha Mengetahui dan Maha Meliputi. Namun, bagi kita makhluknya yang kerdil, tempoh masa tersebut begitu penting. Sepanjang tempoh tersebutlah kita merasa begitu istimewa kerana kita mempunyai saluran yang langsung kepad/daripada Allah melalui Rasul-Nya.

Monday, September 7, 2009

Renungan Ramadhan 17

salam semua,

message ni aku selalu dpt dari inbox facebook aku, so agak interesting utk dikongsi bersama kwn2 bloggies...

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kita perlu berdamping dengan al-Quran sepanjang Ramadan; bahkan sepanjang hidup kita seharian.

Untuk mendapatkan manfaat terbaik dari al-Quran, adalah penting untuk kita memastikan kita menghampiri al-Quran dengan cara yang betul.

Dr. Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Quran” telah meletakkan beberapa pra-syarat asas bagi kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perhubungan kita dengan kita hidayah dari Yang Maha Pencipta ini.

Pertama: Hampirilah al-Quran dengan keyakinan yang mendalam bahawa ia adalah kalam Allah; Pencipta dan Pemilik Alam Semesta. Kitab ini bukan buku biasa tetapi ia adalah kitab hidayah dari Allah. Bayangkan keagungan Ilahi dan Rahmat-Nya menurunkan kitab ini atas belas ihsan-Nya kepada kita makhluk-Nya yang kerdil di dunia fana ini.

Kedua: Bacalah al-Quran dengan tiada tujuan atau niat selain dari untuk menerima petunjuk dari Allah, untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya dan untuk mencapai keredhaan-Nya. Apa yang kita akan dapati dari al-Quran akan bergantung kepada apa yang kita niatkan. Jika kita berniat untuk mendapat hidayah, maka itulah yang kita akan diberikan. Jika kita berniat membaca sekadar untuk keseronokan kajian ilmiah, untuk menunjuk-nunjuk, itu juga yang kita akan perolehi. Jika kita berniat untuk menunjuk-nunjuk, maka sekadar itulah yang kita akan dapati.

Ketiga: Pastikan kita sentiasa sedar dengan nikmat al-Quran yang sedang kita baca dan besyukur kepada Allah ke atas pemberiannya itu. Apabila kita insaf akan nilai al-Quran yang berada di tangan kita, semakin mudahlah bagi kita menerima saranan, arahan dan pengajaran yang terkandung d dalam ayatayatnya.

Keempat: Terimalah dengan yakin tanpa sebarang keraguan setaiap ilmu dan petunjuk yang terkandung di dalamnya. Dengan pasrah, penyerahan yang total, kita menerima segenap kenyataan dan arahan yang diberikan. Tiada bahagian di dalam al-Quran yang kita tolak sebagai tidak relevan atau tidak sesuai dengan zaman moden. Tiada tempat di dalam al-Quran yang bercanggah dengan ilmu sains yang sahih.

Kelima: Sediakan diri untuk memahami dan menurut segenap titah perintah di dalam al-Quran dan menukar cara hidup kita yang sedia ada jika perlu. Untuk memahaminya, maka perlulah kita cuba memahami bahasa Arab. Jika itu tidak mungkin, kita boleh membaca terjemahan, atau tafsir atau merujuk kepada pihak yang mempunyai ilmu mengenai itu.

Keenam: Sentiasa ingat bahawa Shaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang kita dari mendekati al-Quran dan menyebokkan diri-diri kita dengan hal-hal lain yang tidak memberi manfaat kepada dunia dan akhirat kita. Shaitan juga akan berusaha memalingkan kita dari cuba mamahami dan mengahyati ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.

Ketujuh: Yakinlah dengan Allah yang akan membimbing kita ke arah mendapat pahala yang besar dari bacaan al-Quran kita. Dengan rahmat Allah-lah kita menerima anugerah al-Quran dan dengan rahmat Allah jugalah kita akan dibimbing untuk membaca, memahami dan memperolehi hidayah darinya. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk membolehkan kita memperbaiki kualiti bacaan al-Quran kita kali ini.

Melatih Anak Berpuasa

salam semua,

BUKAN hanya golongan dewasa menantikan hadirnya Ramadan malah juga bagi sebilangan kanak-kanak.

Ada juga si kecil yang tidak sabar belajar berpuasa bersama ibu bapa. Ibu bapa yang bijak pula wajar berperanan memastikan ibadat puasa diamalkan anak sejak mereka kecil walaupun puasa tidak wajib bagi kanak-kanak belum baligh.

Tidak salah melatih mereka sejak awal sebagai persediaan menunaikan ibadat berkenaan secara sempurna apabila baligh nanti.

Melatih anak berpuasa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melaksanakannya. Tidak kurang ada ibu bapa terpaksa berhadapan dengan anak yang sudah sepatutnya berpuasa, tetapi belum melaksanakannya dengan alasan tidak mampu menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Ada pelbagai cara boleh disarankan supaya anak rajin berpuasa dan seeloknya, setiap ibu bapa digalakkan mendidik anak berpuasa dengan cara menyeronokkan.

Didikan itu boleh dimulakan dengan melatih anak berpuasa separuh hari terlebih dulu. Untuk keesokan harinya, panjangkan pula tempoh berkenaan. Begitulah seterusnya hingga dia berjaya berpuasa penuh sehari.

Ini dapat mengelakkan anak daripada rasa dipaksa. Selain itu, beri galakan dan semangat untuk anak seronok berpuasa.

Cara terpenting melatih mereka berpuasa hendaklah dimulakan dengan niat. Kebanyakan ibu bapa lupa kedatangan Ramadan adalah waktu terbaik untuk mendisiplinkan anak kerana berpuasa pada bulan ini banyak melatih mereka bersabar dan berdisiplin.

Panduan menggalakkan anak berpuasa:

# Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama si kecil itu berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga anak berjaya puasa sepenuhnya.

Usah lupa berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka berpuasa.

# Bagi anak kecil yang berpuasa, raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa serta berkongsi kegembiraan dengan keluarga.

# Ajar anak berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur serta persiapan hari raya.

# Ajar anak untuk mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta meningkatkan amalan bersedekah.

# Berbuka bersama keluarga di rumah. Hidangkan makanan yang digemari anak kerana ini boleh menimbulkan keseronokan.

# Selepas berbuka, amalkan niat berpuasa bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.

# Kejutkan anak untuk bersahur. Bangun pagi untuk menikmati makanan adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan kanak-kanak.

# Jangan biarkan si kecil begitu aktif termasuk bermain kerana ini boleh memenatkan mereka.

# Pastikan jika anda mempunyai anak kecil berusia empat tahun atau kurang, jangan biarkan mereka makan di hadapan anak yang sedang berpuasa.

# Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh menggugat si kecil.

# Menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok serta telekung supaya anak dapat berasakan kepentingan bulan yang mulia ini.

# Bercerita sejarah wajib puasa, syarat, rukun dan sunnah di samping hikmah berpuasa supaya anak melakukan ibadat dengan penuh kefahaman serta penghayatan.

# Ingatkan anak supaya menjalani ibadat puasa dengan penuh sabar. Pesan pada mereka, Allah sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.

# Jaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Bawalah anak untuk bersolat fardu dan tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana anak kecil, mereka boleh solat fardu dan tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.

# Beritahu anak, al-Quran diturunkan pada Ramadan, jadi kita perlu mengingatkan anak supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membacanya.

# Sebaik-baiknya, ajak anak bertadarus bersama supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Mereka juga boleh digalakkan menghafal surah pendek.

# Ingatkan anak kelebihan 10 akhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan pada hari berkenaan. Sambutlah ia dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Hati/20090902101855/Article/index_html

p/s : alhamdulillah, anak2 dara aku yg umo 8 n 6 tahun tu so far masih berpose penuh lagi, syukur

Sunday, September 6, 2009

Kering idea...

salam semua,

sejak kebelakangan ni aku selalu terpikir2 nak masak apa utk berbuka bila tibanya weekend, huhuhu, yela, weekend yg panjang plakkan, esok cuti sehari lagi sempena nuzuk al-Quran, jd area Selangor semua holiday, :-)

hari ni nak masak apa ye??

td dh kua g pasar beli ikan, udang, sotong, as dh kehabisan stok dlm fridge, benda2 ni semua bahan wajib mesti ada dlm fridge, termasuk ayam, even Mr Hubby tak makan ayam, tp anak2 still craving on it, hehehe.

hmm, apa kata today goreng meehun just utk berbuka jek, then aku masak lauk2 jela utk makan nasik, so dh settled la lauk for sahurkan, tp yg pencuci mulut ni, nak masak apa ye, aku bercadang nak buat agar2 santan pandan, sedap gakkan, tgokla kalau rajin, tak rajin buat esok jek, kuikuikui.

ala, sekali masak agar2 tahan 3hari tau, sampai 3kali pose tu dpt tahan sbb sekali buat mmg byk le dpt, satu loyang beso tuh, jimatkan?? tu kalau rajinla, katakanla m*&^s aku dtg tahap gaban punya, so aku g la param sekejap kt area2 sini, belambak, just tunjuk2 jek, ngeh ngeh.

ok2, bulan2 pose ni kurang pahala dok cite2 psl makan, selamat berbuka semua, alhamdulillah dh 16 hari berpuasa, dh sampai 2nd term of ramadhan dahkan, so raya is coming, korang semua dh settled ke baju2 u all n anak2, mostly yg dh ada family tuh, sure anak2 n suami didulukan, kan?? me either, dh settle dh baju anak2 cuma baju Mr Hubby saje belum as cerewet sikit la dia nih, huhuhu.

p/s : baju raya aku bila nak siap yek???

Saturday, September 5, 2009

15th of Ramadhan

salam semua,

hmm, dh lama tak update psl berbuka pose, nothing special pun, as mostly berbuka ala kadar jek, khamis n jumaat ada kelas kt UKM dh mmg kompem kena berbuka di luar, pun belasah mane tmpt yg sempat nak benti utk berbuka selain bwk bekal kurma dlm keta khas utk berbuka, huhuhu.

banyak keje menimbun2 ats kepala utk diselesaikan, mana lagi ngan keje sekolah, pastu assignments belambak2 belum settle pun lagik, adoooiiaaaiii, sampai tahap tido pun termimpi2 tak siap lagik assignments, pastu dh ckp dlm hati tak mo pikir2, tapi pikir jugak, argghhh!!!

camni rupanya letih further study yek??

bukan nak merungut atau mengeluh, tapi hanya manusia2 yg senasib ngan aku jek faham, mane masa ngn anak2 lagi, keje umah, keje sekolah, sakit pening family, smua kena ambik tahu dlm satu2 masa, yela dh menjadi my responsibilitykan, sapa suruh dh beranak pinak baru gatai2 nak belajakan??? hah rasakan, hehehe.

assignment yg ada belum di submit ada 5, 2 subjek PA(1), kertas projek 1, 2 assignments sek dan masyarakat, adusss, leh ke settle ni before end of this sem, hmm, kalau diingat previous sem pun, cam gini gak byknya assignment tapi still maintain siap, hehehe, cuma pangai suka buat last minute tu yg aku kena ubah tuh, bukan suka2 buat last minute, tapi cuba kejar masa yg tak terkejar, huhuhu (alasan!!!)

ni pun dok tgh siapkan kertas kerja related to isu pendidikan di Malaysia, aku kena present on this coming Thursday, ni bila tension jek aku mulala merapu2 kt blog, lawat blog kekawan, visit FB aku, tu kes tensi la tuh, tensi gaban seeyyyy!!!



dah2 benti merapu, gi siapkan keje nuh...

Thursday, September 3, 2009

My Little Precious...AMIRAH

salam semua,

dah lama rasanya tak bercerita psl anak kecik aku, la dolce amirah, huhuhu

budak kicik ni sekarang dh sangat suka mengamuk yek especially bila dia tak cukup tido plus masa kami ada kt umah mak aku, kompem dia akan cranky2, nak berkepit jek ngan aku, then ngan sapa2 pun tak mo even sebelum2 ni dia mmg suka mcm PAKSU dia le, huhuhu.

so kalau berbuka kt umah mak aku, mmg tak berapa nak ringan tangan le jdnya aku, sbb terpksa kelek dia kesana kemari, adoiiaaiii!!!

hah lagi 1, amirah skang ni dh pandai menari, pantang kita nyanyi n suruh joget, terus jek dia goyang2 kepala dia, hentak2 kaki, mmg kelaka gaban le dia menari (tersengih), hehehe...

apa lagi yek, ermmm, suka kacau aku kalau tgh buat keje pakai lappy, siap dia nak tekan2 le keyboard lappy aku, adusss, agak payah le aku nak buat keje ke, mentenet ke kalau dia tak tido n segar bugar, huhuhu, kdg2 dia behave jek, tp kena bg dia something else le, bg dia asyik sikit, so tak le dia ingat nak kaco umi diakan..