Followers

U Click Me...I Click U Back

Tuesday, December 29, 2009

Meeting oh Meeting

salam semua,

td kul 8pg ada meeting HEM, Koko ngan Kurikulum, adala beberapa nama aku dalam semua bahagian tu, ingat dah tak de la byk jawatan lagi tahun depan ni, rupa2nya...

its ok la, semoga aku dapat buat dengan seikhlasnya..

esok meeting lagi, meeting guru plak, nila meeting yg aku rasa paling lama, tak pecaya???tggu esokk!!!

Monday, December 28, 2009

Outing



salam semua,

tadi dah tak de keje nak buat dah.. so MR HUBBY ajak jejalan The Mall... aku pun dah lama tak pegi.. so aku layan kan aje la pelawaan MR HUBBY.. apa2 pun kami happy dapat keluar sefamily... tak beli apa pun... cuma anak2 teringin nak makan KFC... huhuhu... layankan ajela... salam...

p/s : esok meeting kat sekolah, sure ada info dan isu yang menarik nih, hmmm...

Sunday, December 27, 2009

Lega..

salam semua,

hari ni, terbang ratusan ringgit aku, setel beli barang2 sekolah anak2, habis mydin ngan giant aku terjah, so alhamdulillah, jumpa segala benda yang aku nak n anak2 aku nak, beg sekolah kena beli jenama Swan, tahan sikit instead of beli memurah tapi pakai tak sampai setahun.

letih sikit badan hari ni, bulan plak tengah mengambang, habis lenguh segala badan, hmm, lusa dh start 1st meeting 2010 sekolah aku, hmm, layankan aje, tapi thankful sesangat sbb aku tak pegang byk jawatan dah mcm tahun lepas (2009), dan harap kerja aku tahun ni tak banyak n blh beri perhatian lebih banyak kepada pengajaran dan pembelajaran more than kerja2 lain, insyaAllah...:-)

we are happy family...

Thursday, December 24, 2009

Amirah is recovering

salam semua,

actually last 2 days amirah was not feeling well, she had been so cranky all the time...

happy time


firstly, i took her to UKM with her sisters, just accompanied me to meet my SV, her babysitter unable to look after her because she have to babysit her nephew for a two weeks, so, its hard to her to look after Amirah, so i just said okla eventhough i was not so satisfied with her alasankan...

then i have to bring them along, on the way back to KL then i realized that she had a mild fever, oohh, no!!

just look at her... pity of her!!!

kesian... kan??

My Name is Khan

Rizwan Khan (Tanay Chheda) is a Muslim child he grew up with his mother (Zarina Wahab) in the Borivali section of Mumbai. Rizwan has Asperger syndrome. As an adult (Shahrukh Khan), Rizwan falls in love with a Hindu single mother, Mandira (Kajol) who ...lives in San Francisco. While not focusing on the events of 9/11, the storyline explores the period afterwards. At that time, authorities arrest and detain Rizwan, after interpreting the visible aspects of his condition as "suspicious" behavior. After his arrest, he meets Radha (Sheetal Menon), a therapist who helps him overcome the ordeal. Rizwan then begins a journey to find and meet President Barack Obama (Christopher B. Duncan) in order to clear his name.



p/s : will be released on February 2010... will ask MR HUBBY to watch it.. can't miss this... hehehe

Tuesday, December 22, 2009

Kisah Kami...

salam semua,

firstly, aku just nak bgthu MIL aku dah tiada lagi di dunia ini dan sudah kembali ke rahmatullah pada 12/12/2009 yang lepas di Penang kerana sakit tua, dan segalanya telah pun selamat, dan kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan ini dengan sebaiknya, dan jgn lupa sedekahkan al-fatihah kepada yang mereka yang telah pun meninggalkan kita.



kenduri tahlil pun sudah selamat diadakan sampai hari ke7, so menunggu ketibaan hari ke-40, insyaAllah pada 23hb Januari 2010 nanti.

dan aku juga sangat bersyukur kepadaNya kerana telah memberikan aku peluang merasai nikmat memperolehi keputusan cemerlang dalam exam aku yang lepas, ALHAMDULLILAH!!

cuti sekolah pun hampir sampai ke penghujungnya, dan aku masih rasa tak puas bercuti sakan sbb kekangan masa MR HUBBY yang sibuk kerja, yela nak buat camne, keje dia, so aku kenala terima seadanya.

my precious


dalam tempoh cuti sekolah ni adala 2-3 kali aku ke balik Penang, seronok actually, melayan anak2 sedara belah suami yang semua dan mcm bapak orang dan mak orang, maklumla MR HUBBY paling tua dalam family sana, so anak2 sedara semuanya dah besar2.

me in penang


korang semua dh beli baju sekolah anak2? hmm, for those yang anak2 dia nak masuk tahun 1, or else yang anak2 sedang bersekolah, sure akan merasa saat yang tak dapat digambarkan dengan kata2, yela, seronok, anak2 dh besar, nak sekolah, then terasa plak diri semakin tua, huhuhu, apa nak buat, kenala terima kenyataankan, umur pun dah 30 tahun, cuma rasa bangga tu ada sbb anak sulong dh nak mencecah umur 9 tahun tahun 2010, syukur alhamdulillah, hmm, dah semakin pandai menjawab dah ni, kadang2 buat hati aku panas je manjang, yg no2 nak masuk tahun 1 tahun depan, so keperluan sekolah dia aku dh beli sikit2, tinggal beg sekolah dia ngan kakak dia je belum setel lagi, akan diusahakan dalam masa terdekat ni, hopefully!!



amirah skang dah semakin noty, dh pandai melawan jugak anak dara cinonet ni, tak kena jek, kompem aku pun dipukulnya tau, haru minah kecik ni, suka menyebai kata org utara, menyebai tu suka marah2 ler, kalau tak kena or tak dapat apa yang dia nak, sure dia mcm hentak2 barang or apa2 benda yang ada kat tangan dia, hehehe, apa daaa, macam2 kisah anak2 ni kalau dapat bercerita, sampai tahun depan pun tak habis, huhuhu.

ooo ye, kita pun dh hampir dengan tahun 2010, apa azam baru u all??

aku macam biasa, meneruskan perjuangan yang masih belum selesai, dan sangat berharap akan ada berita baik pada tahun 2011 nanti...INSYAALLAH...DOAKAN UTK AKU YE KEKAWAN SEMUA...:-)

okla nak bersiap ngan nak gerak anak2 bangun, dorang semua tgh sedap bermimpi lagi, aku nak attend appointment ngan SV aku kul 1.30pm nnti at Pusat Perkembangan Pelajar, UKM, kena berangkut semua askar ke sana as MR HUBBY ada keje sepanjang hari ni then my parents still in Kelantan, so what to do, nak batal mmg tak boleh sbb susah sangat nak dapat appointment dengan my SV ni, huhuhu, adala 2-3kali aku g dia tak de, g BALI la, semalam aku g dia ada meeting plak, jenuh!!

selamat hari selasa kepada semua, SALAM...

Thursday, December 10, 2009

bosannya...:-(

salam semua,

dah tak tahu dah nak buat apa, kerja umah dari sehari settled, cuma tahap bohsan tu dh sampai ke tahap gaban, bukan ler nak pegi jejalan ke apa, entah, mungkin kena muhasabah diri, lebih belajar bersyukur, baru tahap kebosanan ni lenyap kot...

setiap hari aku dok pikir apa la nak buat hari ni, esok nak buat apa, nak pegi mana, nak masak apa, nak ajak MR HUBBY window shopping, ada plak kejenya, dulu2 masa belum cuti sekolah, asik dok menghitung hari je, bilala nak cuti, nahhh, sekali dah cuti, ambikk ko, tak tahu nak buat apa dah??huhuhu, kalau kaya sangat, blh la terbang sana sini, malam ni kt london esok kat paris, hehehe, day dreaming, kehkeh...

okla, nak makan jap, anak2 layan UPIN IPIN, adala 10 ratus kali tgok, tp masih lagi nak tengok gak, aku skang ni lebih suka layan cite korea, tapi siang jela, bkn sepanjang masa pon, tak syok betul, main setengah jam je siri2 aku tuh, then dh kul 4 habis siri2 tuh, tak syok betul...

ok, sampai sini je, nak layan FB sat, heehhe, SALAM...:-)

Saturday, December 5, 2009

Kenapa la malas sangat...

salam semua,

huhuhu, memang aku macam dah malas nak menaip cerita dekat dalam ni, tapi bila tengok orang lain rajin je meng'update' blog memasing, kenapa aku tidak??

sungguh banyak alasannya...kuang, kuang, kuang

nak mula dari mana ye??

okla, cerita pasal Amirah dulu, alhamdulillah she is getting smarter and smarter, maksud aku bukan la aku perasan dia terlebih pandai ke apa, cuma Amirah sekarang ni dah pandai tiru aksi orang besar, ni yang membuatkan aku sesangat la risau sebab dia bukan tahu baik buruk apa yg orang besar tu buatkan, tapi yang peliknya cakap langsung tak mahu lagi, bunyi-bunyian je yang aku dengar, kehkehkeh.



sekarang ni dia cukup suka makan nasi, pantang le sesapa makan nasi, 10x orang lain makan, 10x jugak le dia nak, camna tu, kalau tak bagi kesian, lagi satu dia suka nak makan sendiri, tak mahu suap2nya, tak dapet nak nolong cik senah oiii!!!

ada jugak ajar dia sebut2 perkataan 'kakak' ke, 'umi' ke, hmm, dia cuba gak sebut, adala dengar2 jugak bunyi2 hujung tu, aku tak la risau sangat sebab dia faham apa aku cakap semua tau, cuma abah dia je la over sikit, keep on asking and worrying why her Amirah still cannot speak, saba ye abah, lama2 cakap la tuh, silap hb tak berhenti2 until tak dapat nak tepis soalan2 cepu emas anak kita ni nanti, hehehe.

cerita cuti sekolah dan raya haji

semua tahu sekarang ni cuti sekolah, aku sebagai cikgu pun kira syokla as terbabit sama cuti sekolah ni, syok memang syok la, tapi keje2 kat umah tak penah habis wooo, semakin hari semakin banyak plak aku rasa, cabaran MR HUBBY supaya gosok baju keje aku 10 pasang sehari dapat dilaksanakan dengan jayanya, siap ada sehari tu aku gosok sampai 15 pasang, caya tak korang??percayalahhhhhh....(sebut mengikut rentak lagu ct), hehehe.

aku raya nun jauh di Penang, kampung MR HUBBY, maklum la mak mertua aku dah terlantar sakit, jadi kami kena kerap balik beraya bersama walaupun dia dah tak kenal kami semua, sedih, tapi nak buat camna, rezeki memasing, :-(

raya pun macam tak raya sebab sibuk dengan KORBAN LEMBU untuk anak2 aku, ni kira pertama kali la buat korban untuk anak2 aku, alhamdulillah, berjaya jugak, dan syukur ALLAH permudahkan urusan kami dan memurah rezeki kami tahun ini..:-)





korban dibuat pada hari raya kedua, jadi raya ketiga tu kami bercadang nak melawat sedara mara yang masih ada di Kelantan, walaupun kedua2 datuk dan nenek sebelah mak abah aku dah meninggal, tapi aku masih mempunyai tok tiri yang perlu diziarah juga, yela, aku pun agak rapat jugak dengan dia, walaupun bukan darah daging aku, at least rezeki aku tahun ni dapat melawat dia, dan alhamdulillah dia sihat walafiat, SYUKUR.

aku sempat duduk semalam je kat situ, nak jejalan pantai memang tak dapat, sebab hujan tak berhenti-henti, kesian jugak aku tengok orang Kelantan, asal akhir tahun je, cenggini ler keadaannya, bak kata orang kelate, nak wak guano weyyy...!!!



aku bertolak balik dari Kelantan ke KL dah malam, lebih kurang dalam pukul 8 malam, banyak kali jugak la kami berhenti kat RnR sebab MR HUBBY was so mengantuk, nak harap aku drive memang tak dapat la, sebab Amirah ada, jadi terpaksa berhenti tidor kat RnR, adala dalam 2x berhenti tido, last sekali suboh kat Gua Musang, then terus gerak balik KL.

tetiba plak MR HUBBY buat surprise terus naik Cameron Highlands, katanya saje nak bwk anak jalan2, yela kat kelantan memang dah tentu tak dapat nak jalan2 sebab hujan, so konon2 nak ganti balik la tu. on the way naik CH, sempat la kami berhenti bergambar berlatarbelakang kabus pagi, memang sejuk giler la jalan nak naik ke CH tu, mujur bawak jaket kat anak2 n me also, kalau tak mau menggigil, ni baru SEJUK kat CH, kalau depa2 yang dok luar negeri tu, camne citer yek??


okla sampai sini saje coretan diari orang pemalas nak menulis ni, sekali tulis panjang berjela daaa...gamba ada nak attach.. tapi failed to upload..kang malam cuba lagi yek...sekian sahaja...














SALAM

Wednesday, December 2, 2009

Cikgu ohhhh Cikgu!!!

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.

Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.

''Apabila tiada minat, mereka ini sekadar melepaskan syarat sahaja mengajar murid-murid di sekolah tanpa ada sebarang kesungguhan dan komunikasi dua hala.

''Inilah punca sebenarnya membuatkan pelajar berasa bosan berada dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 178 murid ditahan di kafe siber dalam Operasi Ponteng Ayuh Ke Sekolah! di sekitar Sri Rampai, Keramat dan Wangsa Maju di sini kelmarin.

Salah seorang murid terbabit memberitahu, dia bertindak demikian kerana bosan berada dalam kelas.
Hashim menegaskan, kumpulan guru seperti ini perlu mengubah sikap dan memperbaiki diri bagi memikat pelajar untuk datang ke sekolah.

''Jangan kerana tidak ada minat maka pelajar-pelajar ini menjadi mangsa pemberontakan mereka.

''Cara ini salah, mereka perlu mencari jalan agar pelajar-pelajar ini mempunyai minat untuk belajar selain bantuan yang diberikan oleh ibu bapa,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, pula berpendapat, kegiatan ponteng sekolah berlaku kerana tiada aktiviti dianjurkan oleh pihak sekolah pada penghujung akhir tahun.

''Guru pada masa ini sibuk kerana terpaksa memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun di samping penyeliaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,'' katanya.

Beliau berkata, waktu senggang pelajar pada masa ini amat sesuai diisi dengan program bermanfaat seperti kegiatan sukan, kelas kemahiran teknologi maklumat (IT) dan aktiviti perkhemahan.

''Maka saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya dapat memikirkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.
''Banyak perkara dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar ini daripada membuang masa tidak berbuat apa-apa di sekolah,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia