Followers

U Click Me...I Click U Back

Wednesday, February 17, 2010

Bukan senang nak senang

salam semua,

semua benda dalam dunia ni tak semudah dengan petik jari aje kita boleh dapat, bagi aku bukan senang nak senang, dan perjalanan hidup aku untuk sampai sehingga ke hari ini, huhuhu, aku rasa tak de sapa pun mahu went through it even me as well, but as i mentioned, semuanya sudah ditulis olehNYA, kita sebagai umatNYA, REDHA dengan ketentuannya, however, i'm sooo grateful, ALHAMDUILLAH...

asalnya, aku bukan murid yang cemerlang dari segi akademik, aku hanya murid yang sederhana sahaja dan juga results exam aku hanya setakat lulus2 sahaja, PMR aku pun berapa A aje yg aku dapat, tak la mcm adik beradik aku yg lain, kalau nak dibandingkan ler, aku rasa aku the worst dalam bidang akademik ni berbanding dengan sibs aku yg blh di katakan better dan ada yang cemerlang...

tapi alhamdulillah, dengan setakat cukup2 makan jek dalam SPM, aku applied UiTM (masa tu ITM) dalam bidang hospitaly, masa tu aku pikir kalau aku mntk bidang gempak2, kompem aku tak dapatnya, tup2 aku dapat tawaran buat diploma in building, hohoho, in building?? aku sendiri terkejut sbb aku rasa bidang ni lebih menjurus kepada kejuruteraan bangunan which is i am not into it, aku keep on asking what this field is all about, at the same time aku juga bertekad nak sambung belajo selepas SPM, so i just took the offer and i went ITM in 1998...

untuk pengetahuan semua, masa masuk ITM tu, aku baru belajar nak pakai tudung forever and ever, hehehe, sbb masa sekolah, aku pakai bukak tutup, ikut suka2 aku jek, kekeke, and at the same time jugak, aku dh kenal suami aku skang ni, actually aku kenal MR HUBBY masa aku belum masuk ITM, and he the one who are extremely encouraged me to further my study, dialah tulang belakang aku, teman suka dan duka aku masa aku kat ITM.

pada masa tu juga kolej aku jauhla sangat dr tempat kuliah aku, so have to menapak jauh le, kalau kelas malam, adoiaii, sungguh la haru, tapi aku harungi juga demi mendapatkan diploma masa tu, kalau aku pandai, kompem aku dh masuk matriks ke foundation ke masa tuh, so diploma je la yg aku qualified, terima jela..

dalam tempoh tiga tahun aku buat dip tu, ITM mendapat pengiktirafan menjadi sebuah universiti, maka bertukarlah ITM ke UiTM, wah, masa tu mcm bangga ler sbb aku bakal grad kat U kan!! hehehe. alhamdulillah, walaupun bagai nak rak aku belajo, sbb semua subjek dia bagi aku la susah giles, mcm tak sesuai je orang pompuan ambik bidang ni, seriously, tapi aku berjaya habiskan even though aku tak grad on time, what?? iye, aku ada repeat satu paper add maths yang dipanggil mekanikal maths, entah apa2 la yang di suruh kira, aku pun tak paham, tapi aku terpaksa paham2kan supaya lulus, hehehe.

so dapatla aku pegang diploma aku sambil mengandungkan anak kedua (atirah), oppss, lupa nak cite yang masa sem kedua aku telah pun berkahwin dengan MR HUBBY aku skang ni pada usia 18 tahun, jadi masa aku grad anak sulong aku alyaa dah setahun lebih dah, hehehe, alhamdulillah...



lepas habis dip, aku tolong2 MR HUBBY kat opis dia, masa tu suami aku meniaga, so aku just tolong2 apa2 yang patut disamping teman dia kesana sini, tolong2 mana yg patut le orang kata.

lebih kurang dalam 2 tahun aku berehat dari belajar, MR HUBBY suruh aku apply jadi cikgu kat UPSI, masa tu aku langsung tak setuju sbb aku mmg tak suka jadi cikgu selain dari aku memang takut sangat nak mengajar orang lain, bagi aku orang tak pandai macam aku ni mana boleh jadi cikgu, huhuhu, tapi ALLAH MAHA BERKUASA, aku apply jugak utk menjaga hati MR HUBBY, dan aku dapat masuk ke UPSI dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Sekolah Rendah, so bermulalah pengajian aku sebagai seorang bakal guru selama 4 tahun, struggled gak masa tu sbb bisnes MR HUBBY getting down and down, memang teruk la sikit ekonomi kami masa tuh, mana nak hanta anak kt orang untuk babysit masa aku g kelas,then makan minum lagik, sewa rumah, mujur ada PTPTN masa tu, agak membantu jugak ler...

selepas 2 tahun lebih belajar di UPSI, MR HUBBY tak dapat meneruskan bisnes dia sbb ramai yang cuba menipu, payment entah ke mana, MR HUBBY tak dapat nak tanggung bebanan hutang yang banyak, jadi better for him to close his business, instead of so many debt burden, to me, setakat itu ajela rezeki kami, aku REDHA...

mujur MR HUBBY ada sedikit harta seperti rumah2, tanah2, dan dapat jugakla dia jual untuk tampung kami sehingga aku habis belajar, dan alhamdulillah, aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang sudah semestinya tak disangka langsung untuk aku merasainya, aku sebagai pemegang ijazah??? sungguh, memang aku tak sangka langsung, sebab aku rasa aku hanya akan habis setakat diploma aje...

setelah setahun menunggu untuk konvokesyen dan posting, aku telah mengandung anak ketiga (amirah) dan iye, sekali lagi aku berkonvo dengan membawa perut 6 bulan, hehehe...(tak penah lagi aku konvo dapat pakai kebaya tau)



sebelum konvo, aku telah 'dipaksa' sekali lagi untuk menyambung pengajian ke peringkat masters, masa tu aku lebih eager dari MR HUBBY untuk further dan actually semangat tu datang dari MR HUBBY gak dan aku cuba applied masuk UPM, unfortunately, they (UPM) called me and asked me to apply it again after my convocation is done, then i was applied UKM, and alhamdulillah i was offered by them, and i am so glad and here i am now doing my sociology in education, and i hope i will pass with flying colours and and very much hope that i can get the good results in every semester,insya-Allah...

dan sekarang aku bertugas di SK Gombak Setia dengan mengajar subjek sains dan juga menjadi part timer student di UKM, dan tinggal lagi 2 semester sahaja untuk aku menamatkan pengajian masters aku, dan amat berharap aku dapat selesaikan dalam tempoh tahun 2010 ini dan berharap kalian semua dapat mendoakan aku supaya dapat menamatkan pengajian aku on time...AMIN!!

5 comments:

ajnie's said... Reply Comment

amin......rajin dan bersemangat kak rin....

kak rine said... Reply Comment

salam, aznie, bukan dah rajin dah ni, kira terpaksa sbb dh buat lebih dr separuh jalan, doa2kan akak berjaya yek...insyaAllah

cik cibil said... Reply Comment

akak kawen umur 18 ke? waa muda tu.. tapi ok gak kawen awai bila anak2 dah besar akak still muda lagi.. hehe.. nora dah 9 thn lambat dari akak ni.. hihi

kak rine said... Reply Comment

cik cibil sayang : hmm..no hal u always look ageless...btw..haah..akak kawen muda la dik.. tahap kegatalan dtg dulu..nak wat camne..camnepun..skang family akak ler yg byk jd tulang belakang akak...especially MR HUBBY yg sentiasa teman akak g kelas n don forget to appreciate my daughters sbb guna masa dorang utk g kelas..i owed them a lot sis...:-(

zahra said... Reply Comment

rajin akak belajar ekkk...!!