Followers

U Click Me...I Click U Back

Saturday, October 23, 2010

Yah yang Berdikari

salam Sabtu...

sekarang ni she is getting so naughty, semua benda dia nak buat sendiri, contoh, mandi nak cebok sendiri, pastu nak pakai baju dia pun susah, dan dia sangat memilih okeh..



kalau baju tu tak lawa, dia tak mo pakai, so aku kena pujuk betul2, dan kena puji dulu baju tu lawa, baru dia nak pakai, kalau baju tu memang burok, ko pujukla camne, puji tinggi melangit pun, haram, dia takkan pakai!!

"yah nak wat yi"(mirah nak buat sendiri), tu la ayat dia kalau aku nak pakaikan pampers dia, semua benda la nak buat sendiri, nak makan tak mo bersuapnya, pakai baju pun sendiri, susah cam mana pun semua nak buat sendiri..

aku rasa benda-benda ni dia belajar kat rumah pengasuh dia, sebab pengasuh dia sangat suka ikut cakap dia, kat rumah pengasuh tu ada 3 budak yang older than her, but she is the king and queen at there (rumah pengasuh). kalau ada budak2 lain bwk mainan ke apa, jangan la tunjuk, sure dia akan conquer punya, sebabnya, Kak Nor ikut je telunjuk dia, huhu...



aku risau gak tapi nak buat camne, aku harap tak bawak sampai ke besar, really hope so. lagi satu janganla puk ke, pukul dia even sikit pun, kompem dia akan nangis meraung2, mcm kena cubit tau, pastu dia datang kat kita bagitahu kita buat dia sakit, sambil nangis2 tu dia cakap "sakit" sambil tunjuk tempat dia kena puk tu. nangis beria2 tu ko...huhuhu (kadang2 tengok cute je, kesian lak bila dia ckp sakit tu, hahaha)

kesimpulannya, dia memang anak aku yang sangat lain dari yang lain, serius, kalau balik sekolah tak sabar nak g ambik dia, tapi selalunya pengasuh dia suruh ambik petang sebab tengahari selalunya nap time dia, so aku ambik dia petang sekali ngan kakak2 dia habis sekolah agama...

nikmat mempunyai anak2 yang pelbagai ragam memang menyeronokkan, especially bila kita ada anak yang dah besar ngan anak yang masih kecil, tak paham hakikat dunia, melayan ragam mereka yang macam2 peel, even penat pun, tapi menyeronokkan dan paling penting aku menghargai nikmat yang Allah berikan pada aku dan tak semua orang merasai nikmat ini...alhamdulillah...



pssttt...cam mana lak ragam ada anak lelaki erk...TERINGIN!!

2 comments:

Syima Syaz said... Reply Comment

sama lah dengan anak buah saya yg baya anak aku tu...nak pakai baju sendiri, baju nak pilih sendiri, pastu becoooookkkk sgt!

sama lah kalau dah budak kot kak...harap2 pasni rezeki akak anak lelaki..=)

Nad Nazira said... Reply Comment

kak rine..thanx! nad suke baca blog akak..tengok camne akak layan anak2..macam meriah je hidup ni kan dikelilingi anak2..hehe. kuatkan semangat untuk diri sendiri! :)