U Click Me...I Click U Back

Monday, November 22, 2010

Cemburu

salam semua,

Semua tahu apa itu CEMBURU

Adakah anda rasa anda seorang daripada mereka yang suka cemburu atau kuat cemburu??

dulu-dulu aku pun jenis yang cemburu, cemburu dekat husband le, bukan cemburu dekat orang lain2, aku pesen susah nak cemburu kat orang lain melainkan husband aku sendiri, tapi cemburu aku cemburu bertempat..

dulu husband aku buat bisnes sendiri, dan aku belajar di UPSI, so kami kiranya suami isteri jarak jauh gitu...

oleh sebab itu, perlulah aku cemburu sebab husband alone kat KL, aku berhempas pulas kat Tanjong Malim with anak2..(masa tu anak baru 2 orang)..

dan aku seorang yang suka berterus terang kalau aku tak suka apa2 perbuatan atau perangai husband aku, contoh, aku tak suka dia keluar berdua dengan staf perempuan dia untuk hal kerja, even mmg terpaksa bawak staf tu untuk urusan bank atau anything else, sebab bagi aku, kalau sekali tu okla, kalau dah banyak2 kali, nanti jadi cerita lain, uols get me rite??

so kat situ aku cemburu bertempat..kan??

fortunately, husband aku dengar nasihat aku, dan dia memang tak keluar bersama dengan staf perempuan dia kecuali adanya aku, bila aku ada time cuti sem, atau, staf lelaki yang lain akan bwk staf perempuan ni pergi mana2 atas urusan kerja...

kebetulan aku memang baikla dengan staf perempuan husband aku ni, so apa2 hal, masalah company husband aku dia cerita kat aku, memang kami closed le, dan aku tahu hal2 secret yang husband tak cerita pun...hahaha

ok, tu cerita dulu..

lepas aku keluar UPSI dan posting di sekolah sekarang, aku dah kurang cemburu sebab kami duduk sekali, dan memang husband banyak habis masa dengan family instead of hanging around with his friends, or lepaking tak tentu pasal ok...

so dekat situ dah tak dela perasaan cemburu timbul..

masalahnya sekarang, sejak aku kerja, husband aku cemburunya makin menjadi2...

so bila tanya kawan2 aku kenapakah husband sedemikian rupa (ayat tak boleh blah!!), mereka membuat andaian bahawa beza umur husband aku dan aku agak ketara, that's y he behaved like that...

aku tak kisah kalau sikit2 je cemburu dia tu, but its getting worth, sampai tahap aku stressed la, sebabnya bila hp aku masuk sms, he will be the 1st person will ask about the sms, sapa sms, semua la dia nak tahu..

bab dia nak tahu no hal la pada aku, sebab memang kompem2 kawan2 perempuan aku yang sms, dan selalunya closed friends la, aku ni pesen mmg tak de kawan baik jantan, sebab aku faham sangat tahap kejelesan husband aku..

ok, ok back to the story, masalahnya sekarang ni dia macam curious sangat bila ada some one yang called atau smsed aku, bukan tu aje, bila ada salah faham ke, sure tetiba dia ambik hp aku and checked inbox sms aku, hahaha (memang lawaks kan??)

apa yang korang rasa??

aku rasa dia dok ingat aku macam dok bersms ngan JANTAN...

tang tu yang aku tak berkenan tu, sebab aku memang tak buat la benda2 camtuh, insyaALLAH, even di masa akan datang, i will always faithful to him, doakan ye...dan aku kawen pun bukan nak kawen sekejap, insyaALLAH, sehingga akhir hayat aku...

kadang2 aku pernah terfikir sebab2 husband jadi macam tu, aku rasa sebab dia ada feeling unsecured because of aku sekarang dah kerja, belajar pun tinggi daripada dia, so dia ingat aku nak cari husband better than him kot, nauzubillah... aku masih waras dan ingat his JASA pada aku sewaktu aku buat 1st degree dulu, and until now, he still be by my side, supporting me in his way (suka bebel2 kalau aku malas g kelas kt UKM), was helping me when i faced financial problem, and always be my BIG supporter when deal with study...

sometimes, even aku pakai lawa2 g ngajar pun, husband suka usik2, aku nak tayang kat sapa pakai lawa2...hmmm...adoaiaii..makin menjadi2!!

camne nak handle erk?? kadang2 tu aku buat2 tak paham je la, sebab malas nak cari gaduh, serius, aku lebih suka dengar jela gurauan dia tu, dan senyum, dan kadang2 paling tidak pun aku jawab.."nak pakai baju buruk2 ke g sek?"...

dah tak tahu camne nak handle kadang2 tu, sebab terang2, dia suka fikir benda yang memang tak berlaku pun..sampai tahap aku just abaikan aje masalah ni sebab menganggu je bagi aku, tapi alhamdulillah, tak de la kerana masalah ni, kami bergaduh or tak bercakap, atau perang besar ke, tak de la, cuma sometimes benda remeh ni le boleh jadi besar, itu je yang aku takutkan...

aku ada dapat satu doa untuk sejukkan hati suami, ada sorang ustazah kat sek aku bagi,aku adala cerita kat dia yang husband ni agak cemburu, so dia tuliskan kat aku supaya suami sentiasa sejuk dan dengar cakap isteri, jangan salah faham pulak, ini hanya doa je, tak bermaksud nak bodoh2kan suami ikut cakap kita, tapi doa ni untuk membuatkan suami sentiasa sejuk hati dengan kita, dengar nasihat kita, insyaAllah, kalau ada doa tu dalam internet, nanti aku akan post dlm entry yang lain k..

sentiasa berdoa semoga our marriage will always blessed by HIM...amin

2 comments:

iina said... Reply Comment

Tak try slow talk ngan dia ke?? tanya elok2.. mana tau dia ada prasangka ke?/ kdg2 elok juga bila berbincang ckp pelan2.. sbb mungkin dia ada rasa curiga yang tak bertempat.. Doa tuh mmg mak saya pun ada bg mmg elok sgt diamalkan untuk sejukkan hati dia.. satu lagik.. masa kita masak nasi tuh.. masa basuh beras tuh baca selawat dan doa biar anak2 dan suami berbaik2 dan mendengar kata ;)

Rine said... Reply Comment

thanks kak ina for visiting my blog, yup, i tried slow talk ngan dia, tapi bila time dia merajuk tu sure berlarutan dan sure timbul isu-isu yang tak patut, nampakla cemburu tuh...huhuhu