U Click Me...I Click U Back

Friday, December 24, 2010

Perempuan atau Lelaki??

salam semua,

untuk mereka suami isteri di luar sana, mungkin yang baru kahwin, tidak berapa memikirkan tentang jantina anak pertama mereka, tapi kadang-kadang ada segelintir daripada mereka yang teringinkan anak pertama mereka lelaki atau pun perempuan

tapi bagaimana untuk mereka yang dah ada anak lelaki atau anak perempuan..sudah tentu inginkan anak jantina lain selepas anak pertama kan??

macam aku la..ada 3 anak perempuan...kuciwa..tp still bersyukur sesangat sebab dikurniakan anak yang cerdas, aktif tak hingat dunia dan sangat chomell, hehehe (sempat puji anak sendiri)

dulu masa first pregnancy, lambat jugak detect jantina anak aku, almost 8 months, baru leh detected, menyorok kata DR..

menurut artikel yang aku baca, penentuan jantina bayi ditentukan oleh ciri-ciri kromosom dan ia juga akan ditentukan berdasarkan kepada sperma lelaki, sekaligus menentukan jantina sama ada lelaki atau perempuan

naturally, telur wanita hanya membawa kromosom X sahaja, manakala sperma lelaki membawa kedua-dua kromosom X dan Y yang membolehkan sama ada kromosom dari sperma X atau Y berjaya bercantum dengan kromosom X yang dibawa oleh telur..

secara ringkasnya

X + X = perempuan
X + Y = lelaki

tetapi pernahkah kita terfikir yang kita boleh menentukan jantina anak kita sendiri??

dulu-dulu masa memula mana ada fikir manfaat pengetahuan ni, tetapi bila dah ada 2 anak perempuan, aku cuba gak berusaha dengan mencari pelbagai ilmu pengetahuan daripada internet la mostly untuk dapatkan anak lelaki pulak, tapi belum rezekila gamaknya...

untuk menentukan jantina bayi anak anda semua, bolehla membaca dengan lebih lanjut daripada sumber-sumber yang sahih seperti di internet, membeli buku-buku berkaitan, bertanya DR peribadi anak, atau pakar-pakar (gynae) dan sebagainya..

kalau nak cuba sendiri pun boleh...

1) korek pengetahuan tentang masa yang sesuai untuk melakukan "intercourse"

2) sebolehnya bagi isteri-isteri, cuba ketahui waktu subur anda berdasarkan ovulasi anda secara bulanan atau rujuk Ovulation and Fertility Calculator

3) paling penting di sini, para isteri perlulah melakukan "intercourse" dengan pasangannya apabila ovulation is around the corner, u got what i meant, rite??

4) bagi mendapatkan bayi lelaki, anda hendaklah melakukannya berdekatan dengan waktu ovulasi isteri kerana kromosom Y tend to get the egg first.

5) untuk mendapatkan anak perempuan, pasangan perlulah melakukannya 3-4 hari sebelum menjalang waktu subur atau ovulasi

6)selain itu, pasangan wanita bolehlah menggunakan alatan yang boleh menentukan PH faraj anda, sekiranya berasid, chances to get girl is more than boy, while alkaline, more to boy.

Nota : sesetengah wanita mempunyai ciri-ciri asid yang tinggi mempunyai kebarangkalian untuk mendapatkan baby boy sangat rendah...(aku mungkin kategori ni)

7) akhir sekali, untuk mendapatkan baby boy, pasangan lelaki haruslah banyak minum minuman berkafein sebelum melakukannya...(tips bagus ni, nanti kena bagitahu MR HUBBY,hehehe)

sudahkah anda bersedia, mari kita usahakan bersama untuk mendapatkan jantina baby yang anda mahukan, yang penting kita berusaha, dan selebihnya leave it to HIM..

SELAMAT MENCUBA!!

1 comment:

armouris said... Reply Comment

info tentang lelaki tidak subur di SIHAT SELALU - Lelaki Punca Tidak Subur