Followers

U Click Me...I Click U Back

Wednesday, December 29, 2010

Sapa kata jadi cikgu relax??

salam semua,

wah sejak 2-3hari ni malas betul nak nak update blog,kata nak buat 2-3 entries sehari, nampak gaya harapan tinggal harapan aje ler...

sejak Isnin eden dh busy melayan my new school..

ok..back to the topic..

ada yang kata.."jadi cikgu relax..ngajar setengah hari..pastu dah boleh relax2 kat umah erk"?

eh, ko mai sini jadi cikgu tengok...!!

hehehe, gempaq je tuh nak marah2...

tak de la kan...aku kurang setuju lar bila korang kata jadi cikgu relax, keje cikgu relax, ngajar separuh hari,pastu balik rumah, buat air liuq basikan??

hmm, jadi cikgu dulu, baru tahu bahananya...

aku memang suka jadi cikgu nih, aku rasa kerjaya ni memang cocok sungguh dengan aku, tapi bab2 kerja-kerja sampingan selain daripada mengajar ni lebih banyak dari kesibukan mengajar tu sendiri..

eh, korang fahamkan apa aku cakap?? kalau tak paham buat2 je la faham k..

masa memula aku masuk UPSI dulu, memang ramai sangat tanya aku, "dulu cikgu ke"? bila dah ramai sangat tanya, aku terpaksa mengaku yang aku ni born to be a teacher, erk...

sebab mungkin muka aku ni muka seorang cikgu..

tapikan..korang tahu tak mengikut kajian..tahap stress dalam kalangan guru ni adalah paling tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai kerjaya yang lain..

so ini dah menunjukkan bukti bahawa jadi seorang cikgu ni amatlah tinggi stressnya, tak payah tanya orang lain, tanya aku jek, aku pun penah kena hypotension masa awal tahun 2010 due to stress at work, korang bayangkan, rasa macam batu dok je atas kepala tu bila berada di sekolah..

ada sampai tahap aku tak mo naik pejabat sebab nak elakkan diri dari berjumpa dengan Penolong Kanan 1, sebabnya, bila PK1 nampak je muka aku, KOMPEM dia akan panggil aku punya, tanyala keje itu ini dah siap ke...kuikui..

nasib Allah kurniakan aku ni dengan sikap yang selamba rock, so aku tak jadikan benda2 ni sebagai tekanan, tapikan even ko buat2 tak tahu je bebanan keje tu banyak, still kita teringat2, sampai bawak masuk dalam tido, dan itu yang membuatkan kita stress, tahap stress aku sampai aku pitam ler kat umah, mujur tak pengsan terus, dah la sorang2 kat umah masa tuh...:-(

memang tak dinafikan, ada segelintir cikgu yang datang ke sekolah hanya mengajar je, tidak memegang apa jawatan dalam badan-badan seperti HEM, KoKu, Koko.. so kalau macam tu memang relax habis la, mostly guru-guru yang mengajar pada sesi petang, serius, memang rilex sikit...

aku just nak citer yang aku pun bakal berelax2 tahun 2011 nih, sebab aku kena mengajar sains tahun 2 pada sesi petang di SKTM 2 nanti, hehehe, wish me luck okeh!!



mentang2 la ko jadi cikgu tahun 2, ko budget ko cikgu comel macam murid2 ko ler kan??

ada aku kisah??

2 comments:

Amy Syaquena said... Reply Comment

tapi kan dalam banyak2 pekerjaan gurulah yang paling banyak dapat cuti.. best apa kan..

Azrine said... Reply Comment

best amy, tapi cuti2 kena mai sekolah gak,mcm skang akak kena dtg sek cuti2 pn..husband dh agak bebel2,hehe...pendek kata mmg banyak cuti, tp byk keje pn yer..cuma jd guru ni pahala ler byk klu kita ikhlas...insyaAllah...