Followers

U Click Me...I Click U Back

Tuesday, December 28, 2010

Selesai Masalah

salam semua,

agak busy sejak hari semalam atas sebab mesyuarat guru kali pertama untuk sesi persekolahan tahun 2011 telah pun bermula..

seperti biasa guru-guru WAJIB hadir seperti biasa mereka menghadiri mesyuarat..

yang lainnya tahun ni, aku bakal bertugas di sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2) yang diberi taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)..

ada segelintir umat manusia yang mengatakan aku bertuah kerana dapat mengajar di sekolah yang antaranya sekolah cemerlang di daerah Gombak, tapi ada yang berkata sebaliknya atas sebab ibu bapa murid-murid yang agak educated dan lebih perihatin berbanding dengan ibu bapa sek lama aku yang mostly bekerja buroh dan bertaraf sederhana..

hmm..hari pertama meeting, aku dapat rasakan kebanjiran guru-guru seramai 100 lebih guru, agak mengejutkan sebab SKTM (2) merupakan sekolah ramai murid dengan bilangan setiap satu tahun sebanyak 10 kelas disediakan...huhuhu..

dan unfortunately, aku ditempatkan disesi petang yang pada mulanya memberikan masalah kepada aku sekiranya meneruskan untuk mengajar di sesi petang..sebab anak-anak aku kedua-duanya belajar di sesi pagi di SK Taman Setia (SKTS)..

untuk pengetahuan semua, hanya SKTS sahaja sekolah terdekat yang sesi persekolahannya hanya disatu sesi iaitu pagi, jadi aku tidak mempunyai pilihan untuk mengekalkan anak-anak aku belajar di SKTS, tapi menjadi masalah sekiranya aku mengajar petang, anak-anak aku sapa nak tengok??

so setelah berbincang dengan suami, dan mengambil kira faktor kurang stress sekiranya mengajar petang, aku decided untuk mengekalkan anak sulong aku iaitu Alyaa di SKTS, manakala Athirah (kak ngah) aku akan bawak bersama ke SKTM sekolah tempat aku mengajar, dan kebetulan aku ditugaskan mengajar Sains Tahun 2...

dan Alyaa akan transit di rumah pengasuh Amirah untuk makan dan menukar baju untuk ke sekolah agama...

so far ini sahaja jalan terbaik yang dapat aku fikirkan dan pengasuh amirah pun dah setuju untuk look after Kakak lepas balik sek pagi...ALHAMDULILLAH...

p/s : harap sangat tak de masalah yang timbul selepas ini, aku sentiasa beringat apa sahaja yang berlaku tentu ada hikmah dariNYA

3 comments:

Sephi Sephia said... Reply Comment

Salam

Kak, saya pun guru juga tapi masih baru. Sedikit teruja untuk memulakan khdimat. Harapan kita sama, semoga segalanya berjalan lancar tahun hadapan.

=)
Salam perkenalan.

Azrine said... Reply Comment

salam perkenalan untuk sephia jugak ye

Eyra Rizal: Your MUA said... Reply Comment

PROMO FOR BASIC TO ADVANCE MAKEUP CLASS FOR 9/1/11 IS STILL AVAILABLE FOR THOSE WHO WANTS TO REGISTER!!!
FEES: (NORMAL) RM350 (PROMO) RM295 ONLY!!
LOCATION: LAMAN SERI HOTEL, SEK 13, SHAH ALAM
DATE: 9/1/11

PM OR SMS TO 016-2128740 TO REGISTER. HURRRY!!!!!!!!!
*ONLY COUPLE SEATS AVAILABLE!