Followers

U Click Me...I Click U Back

Monday, May 17, 2010

Recently...:-)

salam semua,

sabtu lepas sekolah aku mengadakan gotong royong perdana bagi membersihkan kawasan sekolah, tapi nak kata bersungguh-sungguh sangat aku bergotong royong, nampak gayanya idok pun, ats sebab mengheret Amirah turut sama ke sekolah, sebab pengasuh dia kena bawak anak dia ke Balai Seni Lukis Negara, untuk bertanding pertandingan mewarna, jadi aku mintak tolong dia bawak sekali Alyaa sebab Alyaa turut mendaftar...

sempat berposing dengan anak murid...hehehe


Then tadi aku menyambut Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010 dengan meriahnya dan sangat happening, sekali sekala guru-guru bergumbira setelah penat lelah mengajar, dok asyik dengan kerja jek, so tadi kiranya hari untuk guru meronggeng and bersuka ria la kiranya, wink!!..

Layan gamba ajela yek, tak de masa nak menaip, nak settlekan kerja untuk Dr Anuar nih, esok nak kenal email him progress kerja...




semoga ceria selalu kekawan...

Sunday, May 16, 2010

Terimakasih Guruku.flv

Teacher's World

salam semua

it's already 2 years aku menjadi seorang cikgu, actually menjadi seorang cikgu bukan la cita-cita sebenar aku, aku telah 'dipaksa' oleh Mr Hubby atas sebab-sebab tertentu, maka menjadila aku seorang cikgu dan aku sangat menyukai dan menyayangi kerjaya ini, serius...



pada mulanya, aku merasa sangat takut untuk masuk UPSI, sebab aku rasa "eh, layak ke aku jadi cikgu erkk, nanti kalau budak-budak sekolah lebih terror dari aku camne?", itula ayat-ayat yang selalu terngiang-ngiang kat telinga aku...

tapi aku tekadkan diri aku untuk teruskan perjuangan sebagai students di UPSI, korang percaya tak, semasa sesi orientasi, most of the students kept on asking me if me already a teacher before, dalam hati aku, "aku nampak macam cikgu ke?", seriously, even sekarang pun aku pegi mana-mana semua orang akan tanya soalan yang sama, penah sekali tuh aku bawak Alyaa pegi klinik, DR bertugas tu tanya, "are u a teacher?", hmm, camne tuh??...

so aku buat kesimpulan sendiri, memang aku ni born to be a teacher kot, sebab mungkinla personaliti aku sesuai sebagai seorang guru, plus point, aku memang manusia yang suka bercakap, especially semasa mengajar, so murid-murid akan suka beri tumpuan sekiranya aku bercerita something yang out of learning and teaching process...(kadang-kadang pupils nak dengar jugak cerita yang lain dari dalam buku teks kan??)

pengalaman menjadi seorang guru kadang-kadang membuatkan aku letih, serius, tu baru 2tahun aku mengajar, camne cikgu-cikgu yang dh veteran, yang mengajar more than 20 years, aku tabik betul, bukan apa, tiap-tiap hari nak kena mengadap murid-murid yang sangat nakal, langsung tak beri attention semasa dalam kelas, mengajar 10x benda yang sama pun masih tak paham-paham, huhuhu, bukan merungut, tapi sesapa yang bukan cikgu memang tak kan faham apa yang cikgu alami, tak bagi kerja sekolah parents bising, walhal, kalau bagi, taknya buat pun, buat sakit hati jek, baik buat latihan dalam kelas, at least aku boleh bagi tumpuan dan boleh find out what's their weakness...

kadang-kadang apa yang aku noticed bukan masalah pandai tak pandai, masalah penyakit M tu lebih menguasai mereka, nota bagi bertimbun-timbun pun idok dibacanya, bila bagi latihan belum apa-apa nak mai dtg tanya jawapan kat aku, padahal jawapan ada dalam notes yang aku bagi, kalau korang camne, sakit hati tak??

masa exam lagi la sakit hati, apa yang diajar tak jugak diaplikasikan kat soalan-soalan yang diberi, masa marking paper, sure tension beb, macam-macam jawapan ada, dan semua jawapannya memang menyakitkan hati, dan rasa sangat frust sebab apa yang kita ajar, masih tak terkesan oleh mereka...:-(

bagi aku, murid-murid sekarang ni dah kekurangan rasa hormat pada cikgu-cikgu dorang, dulu kalau kita, nak angkat muka tengok muka cikgu pun dh seram, especially cikgu-cikgu yang memang kita sendiri tahu tahap garangnya macam GABAN, tapi murid sekarang boleh tunjuk muka, tarik muka masam, menjawab, bergurau tak kena tempat, mcm2 lagi la yang aku noticed, tapi bila kita sentuh, cepat aje parents call sekolah dan ada tuh yang kenyataannya dah siap diputarbelitkan, even kes mcm ni tak penah jadi kat aku, tapi di sekolah benda-benda ni dah jadi perkara biasa, dan kesalahan sure diletakkan atas pundak cikgu (pinjam bahasa indon sat), semua cikgu salah, padahal mereka tidak ingat dan sedar, kebanyakan masa anak-anak mereka di sekolah instead of di rumah, para ibu bapa kena ingat jugak tuh...

eh, dah panjang aku melalut...nak g masak sat...hehehe

apa-apa pun, ingatlah, aku bukan nak membela para guru sebab aku seorang guru, tapi kerja kami tak pernah habis sehingga hayat masih dikandung badan, dan even kerja kami hanya dari 7.30 - 1.10 petang, kami masih lagi bekerja hingga malam hari, sometimes suami di rumah merajuk sebab sang isteri masih mengadap laptop even dah pukul 12 tgh malam, waktu rehat di sekolah, curi-curi buat unfinished work...

INILAH DUNIA SEORANG GURU...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

P/S : SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN JASAMU, KONGSI PENGETAHUANMU, MEMBENTUK AKU MENJADI INSAN YANG MULIA DAN BERJAYA, AKU SENTIASA MERINDUI TAWAMU, MARAHMU, JENTIKANMU, CUBITANMU KETIKA AKU MENUNJUKKAN KENAKALANKU, SEMOGA CIKGU TERUS BERJUANG MEMBENTUK BANGSA DAN NEGARA YANG CEMERLANG, TERBILANG DAN GEMILANG...

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Umi, Ibu, Mama, Mak, Mummy...

me with my mom...


salam semua,

Some mothers are kissing mothers and some are scolding mothers, but it is love just the same, and most mothers kiss and scold together. ~Pearl S. Buck

hmm, esok hari ibu, tak habis-habis mulut anak-anak aku bagitahu, "umi esok hari ibu", so touching!!

tak kisah la kan sebab dorang kecik lagi, not expected more than their happiness, and i hope our loves will remain until the end, amin...



tak ada SAAT YANG ISTIMEWA menjadi seorang ibu melainkan apabila saat melahirkan anak-anak aku, alyaa, athirah dan amirah, they are the most sweetest girls that i ever had...

1st daughter...ALYAA




my 2nd...ATIRAH


my 3rd...AMIRAH








pengalaman melahirkan anak-anak aku semuanya berbeza, ada yang betul-betul memberikan keperitan saat-saat melahirkan mereka, tapi aku menganggap ia hanyalah dugaan ALLAH berikan untukku dengan mengurniakan anak-anak yang comel, cerdik dan menghormati ibu bapanya...insyaAllah..:-)

UMI AND ABAH SAYANG KAKAK..KAK NGAH NGAN ADIK!!!

Monday, May 3, 2010

ENTRY perap....

salam semua...

hmm, sejak ada mukabuku nih, aku merasakan makin malas betul nak menghupdate blog ni, sebab dengan muka buku, cepat aje maklumat tu sampai kepada kawan-kawan, pendek kata cepat dan sangat convenient digunakan, wah, ayat mempromosi facebook nampak...

eh, tapi betulkan??

nak habaq mai nih, lately aku selalu sakit-sakit kepala, migrain selalu datang menyerang tak kira masa, then mengganggu la jugak kerja-kerja aku, dan kadang-kadang tu terpaksa KIV kerja-kerja sekolah ngan master aku, mujur hanya tinggal kajian bebas je to be submitted, yang lain dah lama settled n submitted...

so sekarang ni tinggal dua papers aje yang aku nak kejar, dan insyaAllah tahun depan aku akan grad pada bulan OGOS, tepuk tangan untuk diri sendiri, hehehe...

anak-anak, alhamdulillah, semua sihat, minggu lepas, kakak demam tapi dua hari je, then dah sihat walafiat, syukur ke hadratMU, as minggu sebelum tu adik keciknya demam, mujur tak lama jugak, bukan apa, cikgu ni if nak cuti jaga anak, kena ambik Cuti Rehat Khas (CRK), so dalam setahun ada 7 hari jek CRK, so aku nak simpan untuk emergency cases, in case kematian ke, apa2 yg melibatkan emergency, mujur pengasuh amirah tak cerewet bab menjaga anak aku bila demam, alhamdulillah...

kenangan terakhir bersama kawan2 sarjana di UKM...bergambar kenangan with Prof Dr Amla


*******************

dapat award...thanks so much to aznie



1st time la kiranya aku dapat award ni, okla, at least ada yang sudi memberi kan...

*********************



aktiviti jalan-jalan bulan lepas tak banyak, jalan-jalan secara tak sengaja tuh mmg banyak, hehehe, tapi tak syok sbb kena tggl kakak-kakak sebab dorang sekolah, bawak adik Amirah aje, hmm, skang ni masa very limited , sabtu kadang-kadang terpaksa attend kelas tambahan untuk murid Tahun 6, then kadang-kadang sekolah ganti, haihh, hmm, bila masa nak spend masa with family nih?? ahad kompem busy ngan aktiviti housekeeping, huhuhu,acara WAJIB tuh, hehehe....





ok, got to go, i have 2 more classes to be thought, till then, SALAM...:-)