Followers

U Click Me...I Click U Back

Saturday, October 23, 2010

Yah yang Berdikari

salam Sabtu...

sekarang ni she is getting so naughty, semua benda dia nak buat sendiri, contoh, mandi nak cebok sendiri, pastu nak pakai baju dia pun susah, dan dia sangat memilih okeh..



kalau baju tu tak lawa, dia tak mo pakai, so aku kena pujuk betul2, dan kena puji dulu baju tu lawa, baru dia nak pakai, kalau baju tu memang burok, ko pujukla camne, puji tinggi melangit pun, haram, dia takkan pakai!!

"yah nak wat yi"(mirah nak buat sendiri), tu la ayat dia kalau aku nak pakaikan pampers dia, semua benda la nak buat sendiri, nak makan tak mo bersuapnya, pakai baju pun sendiri, susah cam mana pun semua nak buat sendiri..

aku rasa benda-benda ni dia belajar kat rumah pengasuh dia, sebab pengasuh dia sangat suka ikut cakap dia, kat rumah pengasuh tu ada 3 budak yang older than her, but she is the king and queen at there (rumah pengasuh). kalau ada budak2 lain bwk mainan ke apa, jangan la tunjuk, sure dia akan conquer punya, sebabnya, Kak Nor ikut je telunjuk dia, huhu...



aku risau gak tapi nak buat camne, aku harap tak bawak sampai ke besar, really hope so. lagi satu janganla puk ke, pukul dia even sikit pun, kompem dia akan nangis meraung2, mcm kena cubit tau, pastu dia datang kat kita bagitahu kita buat dia sakit, sambil nangis2 tu dia cakap "sakit" sambil tunjuk tempat dia kena puk tu. nangis beria2 tu ko...huhuhu (kadang2 tengok cute je, kesian lak bila dia ckp sakit tu, hahaha)

kesimpulannya, dia memang anak aku yang sangat lain dari yang lain, serius, kalau balik sekolah tak sabar nak g ambik dia, tapi selalunya pengasuh dia suruh ambik petang sebab tengahari selalunya nap time dia, so aku ambik dia petang sekali ngan kakak2 dia habis sekolah agama...

nikmat mempunyai anak2 yang pelbagai ragam memang menyeronokkan, especially bila kita ada anak yang dah besar ngan anak yang masih kecil, tak paham hakikat dunia, melayan ragam mereka yang macam2 peel, even penat pun, tapi menyeronokkan dan paling penting aku menghargai nikmat yang Allah berikan pada aku dan tak semua orang merasai nikmat ini...alhamdulillah...



pssttt...cam mana lak ragam ada anak lelaki erk...TERINGIN!!

Kalau Tak Suka...Pulangkan...

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Ragam si Kecil...

my little sweety pie loves having biscuits with tea...see how lovely she was when having this...a

Tuesday, October 19, 2010

Perhimpunan Kebangsaan Guru 1 Malaysia

salam 1 Malaysia...eceh...



KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, jika beliau berbuat demikian, ia akan membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

“Sebab itu, sehabis-habis baik ialah dapat memberi Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah.

“Kerajaan bermurah hati, kita panjangkan pemberian berkenaan kepada pesara kerajaan, walaupun mereka barangkali tidak ada anak di sekolah,” katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, semalam, yang dihadiri kira-kira 14,000 guru.

Presiden CUEPACS, Omar Osman kelmarin berkata, CUEPACS gembira dengan Bajet 2011 yang memenuhi sebahagian besar tuntutan 1.24 juta penjawat awam selama ini, tetapi masih berharap kerajaan akan dapat memberikan bonus dua bulan gaji kepada mereka tahun ini.

Najib berkata, walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Sementara itu, Najib mahu empat perkara diberi perhatian dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara, termasuk melahirkan masyarakat yang fasih dan mahir dalam dwibahasa, kerana setiap rakyat wajib dapat bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik dan juga perlu fasih dan mahir dalam bahasa Inggeris.

“Jika boleh, mahir dalam tiga bahasa kerana ia dapat meningkatkan daya saing rakyat dan negara,” katanya.

Najib berkata, sistem pendidikan juga perlu mampu membangunkan keintelektualan generasi muda, iaitu tahu berfikir secara kreatif serta inovatif dan bukan menghafal serta memberi jawapan dalam peperiksaan.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Beriikutmampu/Article/

Sabtu lepas aku telah terpilih untuk menghadiri Perhimpunan Kebangsaan Guru 1 Malaysia yang julung kali di adakan di Stadium Putra Bukit Jalil...

Kata GB aku, ada amanat hendak disampaikan oleh PM kita...



hari itu bermula dengan berkumpul di sekolah pada seawal jam 6.15 pagi. Kata bos kami Zamani, those yang mai lewat akan ditinggalkan oleh driver bas yang disediakan oleh pihak JPN untuk membawa kami ke Stadium Putra Bukit Jalil..

almaklumla, kalau dah namanya janji Melayu, maka datangla bas kami pada pukul 7 tepat, just imagine, dari gelap gulita kami sudah berada di sekolah, sudah terang pagi baru kami bertolak..

dalam perjalanan, kami dibekalkan dengan nasi lemak hasil tempahan dari kak mahani, sangat sedap okeh..

kami sampai lebih kurang pukul 8 pagi dan terus bergerak ke stadium dan tempat duduk telah disediakan mengikut negeri masing-masing...







lebih kurang pukul 10 pagi, mereka mengumumkan ketibaan PM kita Datuk Najib dan tepukan gemuruh diberikan kepada beliau...

setelah lebih sejam berucap, terdapat beberapa nyanyian dan laungan yang diminta oleh pengerusi majlis untuk kami nyanyikan dan laungkan...



dengan itu, maka berakhirla perhimpunan tersebut...lebih kurang pukul 2..kami semua selamat tiba di sekolah...

apa yang dapat aku simpulkan di sini, pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang aku berada di sini, dengan pelbagai ragam para guru Malaysia, dan sesungguhnya aku BANGGA menjadi sebahagian daripada warga pendidik...!!

Thursday, October 14, 2010

Merapu Meraban...

salam semua,

how are uols today??

hope everything will be just fine..

aku jeles betul dengan those yang selalu updates blog, ada masakan, aku pulak bila sampai mood nak updates tu, tak de story lakkan...

okla..okla..aku MALAS!!

amirah dah besar..:-)


ni aku ada masa pun sebab nak ambik feel nak masak makan malam, huhuhu..

saje nak cerita kat sini, yang aku suka singgah blog blogger2 tegar yang memang best bab2 menulis blog, macam2 ada, sedih, gembira, kelakar, tak kurang juga menjadikan blog sebagai diari kehidupan, menceritakan masalah, their experience, especially those yang further study peringkat PHD...

hmm, at least bila baca cerita mereka, aku menjadi semakin bersemangat untuk teruskan perjuangan aku, insyaAllah...

paling memberi semangat ialah those yang belajar tapi dalam masa yang sama sudah berkeluarga dan beranak pinak, just imagine, how they handle all the things and at the same time being as housewives, looking after their kids, cooking, laundry, sebab aku dah rasa experience tu, dengan tak tido, curi2 buat assignments during my working time (tapi tidak waktu P&P, waktu free okeh)..

sometimes rasa macam nak give up je, serius, bila fikir pasal keje sekolah, teringat segala macam assignments yang belum siap satu hapa pun, at the end, terjadila kisah membuat assignment secara last minutes, eh penah tau aku siapkan slide pagi2 di sekolah untuk dibentangkan petang nanti, dan kelas aku selalunya pada hari Jumaat, so aku memang freekan hari Jumaat aku daripada sebarang P&P dari pukul 9. Meaning that, kalau ada kelas pun, pagi sampai pukul 8.50, pastu aku free until balik time...

korang tahu kenapa boleh suka2 aku je ada jadual macam tu..??

sebab...

jadual untuk cikgu cikgi sekolah aku, aku yang bikin, so aku punya suka suki la nak letak aku free bilakan??

hahaha...

tu yang seronok kalau jadi guru jadual waktu(ala setakat jadi guru jadual waktu apa kelas!!)

budak tecit ni selalu membuatkan aku rindu2an bila aku kat sek, tak sabar rasanya nak balik ambik dia tau!!


sekarang aku berasa sangat happy sebab kehidupan aku bakal menjadi aman pada tahun depan, sebab segala huru hara due to my kebizian bakal hilang, insyaAllah...

kalian doa2kan ye...

semoga aku akan lebih rajin updates entry baru...

sekarang ni makin bertambah tembam, see!!

Sunday, October 10, 2010

... pelbagai due date.. bikin gilos

salam semua,

Lepaking at KLCC with the 2 daughters on 4th Oktober 2010


Raya dah habis, welcome Zulkaedah, till we will meet again Syawal, i am gonna miss you!!

hm, minggu yang sangat busy, macam-macam hal berlaku, aku tak mo cerita kat sini sebab sangat memalukan, tapi tersangat menjadi pengajaran kepada aku, serius!!

sambung cerita pasal kebusy-an

yup, maklumla dah nearly end of 2010, cepat je kan masa berlalu...

rasa macam sayang je nak tinggalkan tahun 2010 (banyak kenangan sadis beb!!)

sebab, aku rasa tahun ni merupakan tahun kemuncak kepada pengajian sarjana aku, yess, aku bakal menamatkan pengajian Sarjana Pendidikan (Sosiologi) by the end of this year, InsyaAllah, doakan ye...



kenapa aku cakap aku sayang??

sayang nak tinggalkan kekawan master yang sama-sama berjuang, bersengkang mata, berdiskusi bersama, menyiapkan kertas kerja, konsep, projek bersama, kelentong lecturers bersama-sama (yang ni apabila memasing tak siap kerja then mintak tangguhkan kelas, hehehe),saat paling indah ialah kena present kertas konsep, memang best, sebab aku rasa ini merupakan experience yang aku gained once when only i was a students. kalau mengajar ni satu pengalaman yang berlainan daripada membentang (my point of view ler)...

with Dr. Razak yang sangat sporting tetapi bila fasting month terus jadi unsporting sebab rasa lapar tak dapat makan kot, hehehe...


so disebabkan itu, bulan ni merupakan segala kemuncak aku sebagai seorang students, dengan mana nak kejar silibus murid-murid nak final by the end of OKT, dengan aku kena siapkan pembentangan dapatan kajian aku regarding leisure among teachers, and most important thing is KERTAS PROJEK bab 4 dan 5 yang bakal diayat oleh aku starting minggu depan...

itu baru hal pengajian aku, hal-hal sekolah, tak payah citer le, sure terkejut beruk aku kalau aku list out kat bawah ni, huhuhu, the nearer the end of year, the busier the me, hahaha (hypothesis sendirik bikik!!)

busy..busy ko pun ada hati nak posing konon2 ko hebat nak tunggang motor erk, tengok lesen ko ada??


ok okla...nanti sambung lagi citer lain dalam entry yg lain pulak (sambil perasan ramai readers yang akan baca)

til then...SALAM

Sunday, October 3, 2010

Open House Sana Sini...:-)

salam semua,

Semalam warga SKGS telah beramai-ramai atau katanya modennya berkonvoi bagi menghadiri rumah terbuka Kak Azrina di sekitar Gombak, berdekatan dengan sekolah kami.

posing sebelum bertolak ke rumah kak azrina


bab berposing, serah pada kami!!


setelah berjanji pukul 11.45 jumpa di sekolah, biasalah bila janji Melayu ni, drag sampai pukul 12.30 baru kami bergerak ke rumah terbuka tersebut.

dalam pukul 12.45, sampaila kami ke rumah Kak Azrina...



balik dalam pukul 1.45, hanta kekawan yang tumpang kereta, terus balik rumah untuk acara rumah terbuka seterusnya, hehehe.

supposedly, aku menghadiri rumah terbuka kekawan lama di Ampang dan satu lagi di Serdang, tak de rezeki sebab Mr Hubby kena outstation, so better for me just duduk rumah je, nak pegi drive sendiri jauh la pulak...:-(

malam pulak, anak-anak aku peringat katanya ada majlis sambutan hari raya untuk semua penduduk taman perumahan aku, kebetulan tahun lepas aku pergi, dulu-dulu ada buat, aku tak minat nak joint, tapi bila umur dan macam ni rasa better aku pergi, bukan sekadar nak melapik perut, tapi aku rasa perlu aku bercampur dengan jiran tetangga bagi mengikat silaturrahim, dah namanya kita duduk sekampung, eh, sebandar, ye ke?hahaha...



anak dara aku pun dah pandai posing skang ni, siap buat ayat, "nanti gambar ni Ummi masuk Facebook kakak ye"..boleh??


habis la episode beraya sepanjang Sabtu...Ahad punya citer di entry lain...k

salam..