Followers

U Click Me...I Click U Back

Friday, February 25, 2011

Contest Nama Baby Saya


mengjoinkan diri dalam contest anjuran Idma Textile

tarikh tutup : 1 Mac 2011

aku mempunyai tiga orang anak perempuan yang dh besar2

PILIHLAH NAMA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK!

( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan
dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh
memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.


Nama anak Pertama : Nur 'Alyaa
Umur : 10 Tahun
Maksud Nama : Cahaya Ketinggian dan Kemuliaan

Nama ini diberi oleh Mak aku (nenek Alyaa) sebabnya masa tu aku dan Mr Hubby berpakat untuk memberi peluang kepada nenek dan tok ayahnya untuk memberi nama kepada anak sulong aku, kiranya memberi penghormatan kepada mereka merasai saat memberi nama kepada cucu sendiri dan ironiknya, mak aku dapat nama ni semasa dalam perjalanan ke kelas mengaji dan terus tersebut nama Nur Alyaa..hehehe..so bila mak aku cakap nak bagi nama tuh..terus kami setuju untuk menamakan puteri sulong kami sebagai Nur Alyaa..alhamdulillah

Anak Kedua aka Kak Ngah : Nur Athirah
Umur : 8 Tahun
Maksud Nama : Cahaya Yang Utama dan Mulia
Nama anak kedua aku ni pulak diberi oleh aku sendiri..sebab aku terfikir nak cari nama yang pangkal dia Nur dan A jugak, so masa nih kami siap2 beli buku nama2 Islam, so rujukla buku tersebut sebagai panduan dan makanya tercipta nama Nur Athirah untuk puteri kedua aku nih...alhamdulillah...

Anak Bongsu akak adik : Nur Amirah
Umur : 2 Tahun setengah
Maksud Nama : Cahaya Puteri / Ratu
nama Nur Amirah diberi oleh Mr Hubby, masa dapat anak ketiga nih kami macam kekeringan idea sebab tak tahu nak letak nama apa sebab most of the names macam dh common, amani, adilah and banyak lagi jadi sebutan kami, ended up, letak nama Nur Amirah sebab maksud Puteri itu memberi sesuatu kelebihan kepada kami memilih nama tersebut, tapi bukan nak cakap ler, memang macam puteri pun minah cinonet nih, asyik nak berdukung je, kalau g pasar malam, sopink ke, sure dia akan suruh abah dia dukung, tu baru jalan sekejap, betul2 macam TUAN PUTERI DAAA!!

~SEMOGA MENJADI ANAK2 YANG PATUH KEPADA IBU BAPA DAN SOLEHAH..AMIN~





3 comments:

Ely Hasrul said... Reply Comment

good luck! mcm besh aje contest nih

Chekgu Azrine said... Reply Comment

thanks 4 dropping by...yup..mmg best..jom join

EZAN IDMA said... Reply Comment

tiga2 girl. tiga2 comel. semoga berjaya dan tq sebab sudi join :)