Followers

U Click Me...I Click U Back

Tuesday, February 15, 2011

Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris




jom join contest sedih2 plak

aku suka contest camnih...best

nak join klik SINI

tarikh tutup : 11 March 2011

actually dh lama nak buat entry khas utk ini, tp entah kenapa, tangan aku ni berat je rasa, mgkin sbb aku terlalu merasai kehilangan kawan baik aku aka my beloved sister ever, dan paling aku ralat sekali sebelum 'pemergiannya', dia dh bg pelbagai petanda yg aku sndri tak notice pun masa tuh..:-(

hmm, tak tahu nak mula dr mana, tp rasa sunyi je skang ni especially di libary sekolah, tempat kami lepak2, cite2, gosip2 hal sekolah, meluahkan perasaan tak puas hati memasing, banyakla lagi kenangan yang aku sndiri tersenyum sendirian bila mengenangkannya, kak min, kenapa cepat sangat pegi tinggalkan kami...TAPI AKU REDHA...

menyingkap salam perkenalan aku ngan kak min, ialah sewaktu aku memula posting kat sekolah tu, waktu tu jujur kukatakan kak min bukan seorang yang peramah bagi aku, masa aku kat kantin pun dia jarang tegur aku, masa tu aku tak ditugaskan mengajar tahun 4 bersama2 kak min, aku diletakkan di tahun lima utk mengajar subjek sc dan math...

mgkin disbbkan faktor aku muda dan baru, kak min tidak berminat utk bertegur sapa dengan ku, atau mgkin dia rasakan aku yg sombong, entahla tak sempat plak nak tanya kisah tuh, berbalik kepada perkenalan kami, disbbkan aku selalu menegurnya, dan setiap kali aku ke kantin, sure kak min pun ada juga kat kantin, dan bersembang2 kosong, so dari situ lama kelamaan aku seakan serasi bersama ngan kak min...alhamdulillah

kak min ni seorang ustazah, jadi aku bykla belajar perkara2 yg menyentuh soal keagamaan, yela, kak min ni blh dikatakan agak arif bab2 agama ni, so dia jd seronok melayan aku, sampai la tahun 2009, di mana aku ditugaskan sebagai Penyelaras Tahun4 dan kak min sbg Penolong Penyelaras, jadi hubungan kami makin rapat, sehingga kak min penah meluahkan anggapanya kepada aku sebagai adiknya sndiri...

hubungan kami sampai tahap tidak ada rahsia lagi, kak min pun selalu dtg lepak2 umah aku masa weekend, cite2 hal keje hingga ke hal2 peribadi, jd serba sedikit aku agak tahu perihal peribadi kak min secara tak langsung, bila dia susah, org pertama dia mntk tolong adalah aku, contohnya suami dia tak dpt nak ambik dia dr sekolah, jadi aku dengan rela hati menghantarnya balik sbb umah dia tak la jauh sngat ngan sek, even tak on the way pun, aku willing jugak sbb kesian nak biar dia naik taxi...

dipendekkan cite, tahun 2009 ni merupakan tahun yg agak pahit utk kak min, tapi tak perlu la aku detailskan kt sini, cuma aku rasa agak terkilan sbb dek kerana hal pahit ini, dia sakit, dan memendam sorang2 perasaan sedihnya, dia runsing mungkin memikirkan masalah2 yg bagi aku hanya dicipta oleh 'pihak satu lagi'...

aku agak terkilan sbb minggu kedua puasa, kak min ada menyatakan hasrat utk meminta pertukaran sekolah secara online, tp disbbkan masing2 sibuk, jd kak min berpesan ngan aku nak mntk tolong aku online pd jumaat lepas (minggu ke3 ramadhan), so aku pun ckp, aku akan bwk lappy n broadband aku hari jumaat, then jumpa kt libary..

"lepas raya ni tak dpat dah ko jumpa aku rine",itula ayat kak min pada 2minggu yang lepas semasa kami lepak2 di libary, terus aku balas, "kak min nak g mane?", then kak wafa interrupted, "akak kalau dpt pindah pun, tahun depankan kak?", terus kak min jwb dia dh kemas2 umah, takut tak sempat nak kemas bila dpt tukar nnti...:-(

then, minggu sebelum kak min meninggal, kak min ditugaskan utk menjaga UPSR di sekolah di daerah Gombak yang lain, maka tak dptla kami berjumpa selama 3hari pada minggu tu, last aku berjumpa ngan kak min, bila dia dtg umah aku utk menghantar kajian tindakan utk diserahkan kepada pentadbir sekolah, masa tu aku agak pelik kenapa kak min tak hanta sndiri, rupa2nya aku tak ingat yang esok tu dia tak de kt sek sbb jaga exam, huhuhu, aku yang forgetful...

hari terakhir kak min menjaga exam, tetiba dlm pukul 3.45 aku dpt pgglan daripada suami kak min memberitahu kak min pengsan secara duduk dengan tiba2, pada mulanya suami kak min tak anggap serius, tapi bila disapukan air kat muka kak min, kak min tak sedar2, then pihak sekolah telefon ambulance, paramedik memeriksa tekanan darah kak min masa tuh, terkejut sbb mencecah 200, terus kak min dikejarkan ke hospital Selayang utk rawatan lanjut...

kebetulan pd hari yang sama aku ada kelas, so lepas habis kelas kul10 tuh, aku terus gerak ke hosp utk jenguk kak min, kak min masih tidak sedarkan diri didiagnosis mempunyai pendarahan dalam otak disbbkan strok yg dialaminya semasa pengsan di sekolah dan tidak sedarkan diri selama 3 hari, akhirnya kak min telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15malam, hari sabtu 12 September 2009, bersamaan dengan 22 ramadhan, dan pada masa itu aku turut bersama2nya sehingga kak min meninggalkan aku, yang secara kebetulan aku datang hanya utk melawatnya sahaja, bertukar menjadi berita yang sangat sedih utk aku terima, kehilangan kawan susah senang, kawan suka duka, kawan meluahkan perasaan dan aku menganggapnya seperti kakak kandung ku sndiri...

....agak terkilan sbb tak sempat nak tolong kak min apply pertukaran secara online, kak min juga teringin nak makan mee goreng yg aku buat yg penah dia rasa sebelum ni, tapi aku janji nak masakkan utk dia lepas raya, sedih memikirkan kak min pengsan dengan tekanan darah yang tinggi, menyebabkan DR menyatakan kak min terlalu memikirkan 'sesuatu' yang serius, which is i knew it, sedih sbb kak min tak sempat merasai duit tunggakan gaji dia lulus PTK band 4...:-(

kenangan bersama kak min tahun 2009 - lawatan ke petrosains dan aquaria

AKU MASIH TERASA KEHILANGAN SEORANG KAKAK YANG AMAT AKU SANJUNGI DAN HORMATI, AKU TAKKAN MELUPAKANMU KAK MIN...AL-FATIHAH
SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DALAM KALANGAN PARA SOLEHAH...AMIN

2 comments:

pieyaris said... Reply Comment

very touching....al fatihah tuk arwah kak min...

Chekgu Azrine said... Reply Comment

thanks..semoga arwah di tempatkan dalam kalangan para solehah..amin..