U Click Me...I Click U Back

Thursday, February 24, 2011

La Dolce Amirah...

As salam,

dah lama tak bercerita pasal minah cinonet sorang nih.. so kali nak update sikit pasal La Dolce Amirah kita nih..

1st sekali umur dah meningkat 2 tahun setengah, bulan 6 ni cukupla 3 tahun, insyaAllah...

sangat kuat merajuk okeh, jangan la marah dia even sikit je kita tegur, memang dia nangis mcm kena cubit...memang sangat over okeh kalau nangis, menitik2 air mata tak benti2..mcam telenovela la..

bab makan no.1.. memang suka sangat makan dan happy tengok anak2 senang makan semuanya... dan kalau sepuluh kali ko mengadap..dia pun join sekaki...hehehe

ha..tang ni memang syok, dulu tak mo bercakap sangat, aku risau, sekarang dah bercakap tak benti2 pulak.. cakap memang lagak orang tua tak hingat, cuma pelat tu masih pekat lagi, bila time dinner selalunya dia akan tak benti2 bercakap sambil makan (tak tahula tabiat pesen apa ntah).. sat g aku tegur la..."adik, makan dulu, jangan cakap2".. huhuhu... letih mak tau!!

jangan tunjuk dia kamera, sure dia nak main, nak pegang semua, siap nak ambik gambar semua orang... tapi aku bagi main kamera lama aku yang dh rosak, kalau bagi yang baru, mahunya MR Hubby hempuk aku...hahaha

bab menukar baju, melawa bagi kat dia, yang ni since dia masuk 2 tahun dia dh pandai pilih baju sendiri, even pengasuh dia dah faham sangat, pengasuh dia siap sorok baju yang aku bawak sebab nanti dia nak pakai baju yang aku bawak lawa bagi dia, dia tak mo pakai dah baju lain kalau dia nampak baju lain lawa dari baju yang pengasuh nak pakaikan...korang fahamkan??(buat2 faham jela yek)

kalau abah dia ada, abah dia akan jadi tumpuan utama dia, maksudnya nak tido berkepit ngan abah dia le (anak abah le katakan), tp kalau abah dia tak de, akula pengganti abahnya...sob2..selalu jadi pilihan kedua anak2 tau, tak aci2...:-(

she's so helpful person, yang ni memang tak de kt kakak2 dia, bila aku lipat kain, dia mmg sangat nak tolong angkat, cuma aku tak bagi sebab sure kucar kacir balik baju yang aku dah lipat, tp dia akan menangis kalau aku tak bagi, punyala helpfulnya... bila hp aku bunyi, dia nak ambikkan, janganla orang lain ambik, kompem dia ngamuk, huhuhu..DASAT!!

~ semoga semua anak2 aku menjadi anak yang solehah dan obey to parents~


amirah when she was 1 month born



3 comments:

Tina Othman said... Reply Comment

salam kenal & folow

nadia said... Reply Comment

salam cikgu! ;)
nadia singgah sini jugak, follow cikgu kembali dan klik jugak HB cikgu.. ;)
amirah ni dari kecik sampai besar, muka xberubah sngt kan.. comey!

Chekgu Azrine said... Reply Comment

THANKS NADIA..YUP..MUKA TAK BERUBAH LANGSUNG...