U Click Me...I Click U Back

Thursday, March 31, 2011

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.

As salam

Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)


Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.


sebar2kan ye.. SHARING IS CARING...

2 comments:

rohaadam said... Reply Comment

thanks 4 sharing.Alhamdulilah saya dah lama tak pakai style cam gitu dah...1st sebab rasa macam tak selesa,la ni biar jer tudung tu jatuh ke bahu....

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Rohaadam

samala kita..saya pun rasa kurang selesa jika pakai tudung camtuh..

mmg ketara macam rahib kan??