U Click Me...I Click U Back

Monday, July 25, 2011

Formula Kejayaan

Mari kita bercerita tentang kejayaan. Kejayaan merupakan impian semua orang. Semua orang ingin berjaya. Ada orang mungkin ingin berjaya di dunia sahaja. Ada orang mungkin akhirat sahaja. Ada orang inginkan keduanya. Yang mana satu pilihan kita, kita yang memilihnya.

Banyak program motivasi yang meceritakan tips-tips untuk berjaya. Bermula dengan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup, senaman setiap hari, belajar dengan kosisten dan macam-macam lagi. Pendek kata, andai kita menghadiri program motivasi, pasti jenuh tangan menulis dan menyalin tips untuk berjaya. Mudahnya, berjaya tidak semudah dikata =)

Kejayaan mempunyai daya tarikan yang unik. Semua orang akan tertarik kepada kejayaan. Cuma yang peliknya kenapa bukan semua orang berjaya?

"Kejayaan adalah tabiat!"

Orang yang berjaya adalah orang yang secara konsistennya berjaya. Keupayaan untuk menjadikan kejayaan itu sebagai satu tabiat adalah satu kejayaan sebenarnya.

Kejayaan itu bersifat 'konsisten dan terus', sebab itulah ia merupakan satu 'tabiat'. Tabiat itu adalah sesuatu yang selalu kita ulang-ulang dan akhirnya menjadi kebiasaan. Maka kalau kita selalu berdampingan dengan kejayaan maka kita akan sentiasa mengulang kejayaan.

Untuk mula berdampingan dengan kejayaan, mulakan dengan perkenalan dengan orang-orang yang berjaya. Memahami kehidupan orang yang berjaya akan memastikan kita jelas jalan untuk berjaya.

"Point yang kedua adalah kejayaan merupakan satu proses."

Proses memerlukan masa. Sabar dan istiqamah adalah dua persediaan diri yang perlu ada untuk berjaya. Semakin besar kejayaan yang ingin kita capai, semakin tinggi kesabaran dan istiqamah yang perlu ada dalam diri kita.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Cukup tepat sekali pepatah lama yang sudah berkurun usianya.

"Yang terakhir, kejayaan itu cukup untuk semua orang. Namun hanya yang berusaha untuk berjaya sahaja yang akan mendapat kejayaan!"


sumber : www.iluvislam.com