Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
Kami difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Sekiranya anda kakitangan awam kerajaan dan diberi pilihan, mana satu yang menjadi pilihan anda.Kenaikan gaji untuk kakitangan awam? Atau bonus dari kerajaan?Mana Satu Pilihan Anda?

4 comments:
i pilih kenaikan gaji....
follow u ^^,
mana2 pun ok asalkan dpt :)
tak nak pilih kedua2nya..huhuu
nanti pekerja sektor swasta mcm sy kena tindas :(
kenaikan gaji kut..long term gitu kan...
Post a Comment