KUALA LUMPUR 31 Okt. - Anak sulung
kepada Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya telah menjalin ikatan
pertunangan bersama Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Majlis
yang diadakan di rumah Arwah di Gombak malam tadi telah menamatkan
spekulasi hubungan percintaan Erni Dekritawati Yuliana Buhari (Rita)
dengan kekasih yang kini merupakan tunang beliau, Kamarulazlan Mohamad
Hanafiah.
Rita yang
juga merupakan Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd juga dilaporkan
bakal menerima hantaran dianggarkan RM30,000 serba satu manakala majlis
persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember.
Kira-kira
500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat termasuklah Dr.
Mashitah dan suami menghadiri majlis pertunangan, yang diadakan secara
tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu.
Acara
bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan
pakaian berwarna ungu tiba pukul 8.45 malam membawa tujuh dulang
hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh
pihak perempuan.
Tahniah kepada Rita dan bakal suami...:-)


3 comments:
hntrn dia mhal gila kot
NT - anak orang kaya.. biasala..
ouh..
serius tak tahu! singgah sini baru tau pasal pertunangan dorang!!
Post a Comment