KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2011: Sekali lagi, hos bagi
program popular TV3, Nona bertukar wajah apabila pengacara dan penyampai
HotFM, Fara Fauzana serta pendatang baru, Neelofa dimumkan sebagai
pengacara untuk musim baru program tersebut.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad
Izham Omar berkata dua pengacara tersebut bakal meggalas tugasan sebagai
pengacara program Nona pada Januari depan bagi menggantikan Vanidah
Imran.
"Setiap tahun, Nona sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk
penonton setianya. Saya yakin gandingan mereka berdua bakal memberi
tarikan yang baru terhadap Nona.
"Selain memberi kelainan, saya yakin dua orang hos ini bakal
memantapkan lagi program kegemaran ramai ini. Lagipun Farah Fauzana
layak dipilih menjadi hos program ini kerana dia seorang selebiriti yang
punya ramai pengikut.
"Tidak kurang hebatnya, Neelofa. Biarpun masih baru dalam industry tapi
dia dilihat sebagai bintang baru yang sedang meningkat naik," katanya
dalam sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima
2012, petang semalam.
Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja apabila
dipilih sebagai pengacara baru Nona yang dilihat sejajar dengan usia dan
pengalamannya dalam bidang pengacaraan.
"Tahun hadapan usia saya pun dah masuk 32 tahun dan Nona dilihat
sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang
meningkat ini.
"Disamping itu juga, saya teruja kerana ia adalah sesuatu pengalaman
baru buat saya kerana sebelum ini lebih banyak mengacarakan program
berbentuk hiburan atau santai seperti Melodi," katanya.
Biarpun pendekatannya akan berbeza dengan pengacaraan yang pernah
digalas sebelum ini, namun Fara memberitahu dia tetap akan menggunakan
gaya tersendiri dalam memberi pembaharuan pada Nona.
"Saya diambil oleh kerana pihak pengurusan percaya kepada kebolehan
saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa program itu ke satu
peringkat lain untuk memastikan ia terus mendapat perhatian penonton,"
tambahnya lagi.
Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri
Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai
lagi.
sumber : Murai


3 comments:
Dh lama tk tgk Nona..
Jepun xda nona...hehe
bile la fafaw nak kawen..hewhew
muka mereka sma la =)
Post a Comment