Followers

U Click Me...I Click U Back

Tuesday, November 8, 2011

Penyakit itu Hikmah

As salam

terpaksa tinggal 2 hari blog tanpa updated.. 

bkn apa.. saya dan family tak sihat.. kali ni demam sangat teruk.. tangkap urat.. demam urat kata orang..

maka hanya dengan rehat sahaja mampu membuat saya bangun.. masak.. membasuh dan sebagainya..


faham2 sahaja.. being a mother.. CUTI itu memang tak wujud dalam kamus seorang ibu.. kena masak bagi anak2 dan suami makan.. laundry pun kena setel sebab bertimbun2 hasil daripada balik ke kampung raya haji..

kami balik ke Penang hari Sabtu sebab ada korban.. jalan masyaAllah.. jammed on n off.. letih kami dalam perjalanan sebab sekejap hujan sekejap benti.. sekejap sejuk n panas.. maka badan pun mungkin lelama tak leh terima keadaan ini.. makan jadila demam..

Alhamdulillah.. selesai sudah rezeki kami untuk membuat korban.. kali ni.. giliran nama aku dan Mr Hubby masuk dalam senarai korban.. alhamdulillah.. rezeki kami pula.. anak2 dah lepas 2 tahun lepas..



inilah lembu yang dinamakan MOK sebab dia gemuk kot... 

ada 4 ekor lembu sudah dikorbankan depan rumah kampung Mr Hubby di Kepala Batas.. alhamdulillah.. semuanya adik beradik dan sedara mara Mr Hubby.. 

Mr Hubby pulak diserang demam sakit urat on that day.. sampai tak larat sangat nak bangun katanya.. nak kena rest and tido.. our planned nak dok semalam je di Penang.. terpaksa jadi 2 malam due to that matter.. Mr Hubby terpaksa ditahan di wad Klinik Aqib selama 5 jam untuk masuk air.. huhu.. cuak sebab langsung tak larat nak balik KL kalau condition dia camtuh kan??


going to discharge after 5 hours warded...

apa2 pun syukur padaMU ya Allah sebab kurniakan kesihatannya kembali.. alhamdulillah...syukur


Imam al-Ghazali menyenaraikan 15 faedah dan hikmah sakit yang diperolehi oleh pesakit sekiranya pesakit itu benar2 redha dan pasrah menurut cara yang dikehendaki ALLAH dan Rasul-NYA :

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada ALLAH
2. Menghasilkan rahmat dan hidayah ALLAH
3. Mmeperoleh sebutan dari ALLAH dihadapan hamba2 pilihan
4. Membimbing hati dengan mengingati dan menyebut nama ALLAH
5. Melepaskan diri dari azab
6. Memelihara diri dari gangguan syaitan
7. Mendatangkan kebahagian dunia dan akhirat
8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi ALLAH
9. Memberi sinaran kepada hati dan menghilangkan kekeruhan jiwa
10. Menegakkan satu rangka dari iman dan Islam
11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan pada hari kiamat
12. Melepaskan diri dari penyesalan
13. Memperolehi penjagaan dan kawalan dari para malaikat
14. Menghasilkan keampunan dan keredhaan ALLAH
15. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi ALLAH.

semoga kami pasrah dengan dengan kurnia sakit daripada Allah S.W.T..

thanks for reading and dropping by...

p/s : semoga kami sekeluarga cepat sembuh... amin