Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang
dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak
mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya
ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini
disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka
mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama
seminggu supaya mereka boleh berehat. Nani dan Shidi bersetuju lalu
Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun
merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan
bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak
ketiadaan anak-anak mereka. Namun, mereka dikejutkan dengan berita
penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap
kerana terlibat dengan sindiket menjual budak.
saksikan malam ini di slor cekerama pada pukul 9 malam..
selamat menonton!!
2 comments:
aloh malam ni nk tgk final MLM lah :P
tiz ni memang cantik, tapi remy ishak seriously memang tak hensem dan tak kemas! jumpa dia depan2 tempoh hari, oh tidakkkkk~ terus x minat. HAHA
Post a Comment