U Click Me...I Click U Back

Sunday, December 18, 2011

Gaji Pemegang Ijazah Sarjana RM2,600 Sebulan


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kebanyakan pemegang ijazah sarjana muda yang bakal bekerja menjangkakan gaji mereka adalah sekitar RM1,800 hingga RM2,600 sebulan, menurut kaji selidik terbaru Jobstreet.com.
Manakala bagi pemegang diploma, gaji yang diminta adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.
Menurut kaji selidik itu, dari jumlah 1,830 lepasan universiti berkata, mereka memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.

''Terdapat 29 peratus responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.

''Realiti sebenarnya, sebanyak 54 peratus pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35 peratus lagi kurang dari RM1,800 sebulan.

''Manakala sebanyak 37 peratus pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan,'' katanya.

Sementara itu, lepasan universiti tersebut berkata, sebab utama menyebabkan mereka tidak diterima bekerja adalah persaingan sengit (32 peratus) diikuti oleh kekurangan kemahiran yang diperlukan (31 peratus).
Sebanyak 23 peratus daripada responden merasakan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris dan selain skil komunikasi rendah (22 peratus) merupakan antara sebab kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan.
Dari segi mendapatkan pekerjaan, sebanyak 74 peratus dari 773 lepasan universiti yang sedang bekerja berjaya memperoleh pekerjaan kurang dari tiga bulan dan 16 peratus menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Bagi mereka yang tamat pengajian pada 2011, 65 peratus pemegang ijazah sarjana muda dan 59 peratus pemegang diploma masih belum bekerja dan 70 peratus dari mereka baru sahaja menamatkan pengajian tiga bulan lalu.

sumber : Utusan Malaysia Online

chekgu azrine : harga barang sekarang mostly dah naik.. apa sangatla kalau gaji 3k pun.. huhu.. hope dengan adanya skim baru SBPA ni dapat sedikit sebanyak membantu us as a goverment servant..insyaAllah..

6 comments:

Si DauN CeRi said... Reply Comment

hurmmm... kalau profesi sy pulak katanya elaun oncall dah nak kena tarik sebab nijam die nak mansuhkan sistem oncall.. tp pak uda sy kata, sistem shift yg baru tu tak efektif utk proses belajar bg dokter2 muda.. macam2...

deqlis said... Reply Comment

hmm...itulah masa kecik2x dulu bila mak suh pergi sekolah belajar pandai2x nanti masuk u.... nanti bila besar dapat gaji besar...tp nampaknya yg tak masuk u pulak dapat gaji lagi besar ni macam mano??

klu fresh graduate patut bg 3K/month...yg dah grade lebih 5 tahun nie patut gajinya berapa ya??

jgnlah hege barang shj makin naik....

Mama Zharfan said... Reply Comment

inflasi ie purchasing power kat msia tak sama mcm kat negara2 maju...so negara maju versi msia takkan sama mcm negara yg dh lama maju cthnya UK...

Mrs.Qarlista said... Reply Comment

betul tu.. duit keluar macam air je rase.. cepat betul susut. yg keprluan, yang kehendak, etc. semua nak kene tanggung costnye. yg penting sekarang kene bijak uruskan duit.. :)

Teratak Hami said... Reply Comment

Saya baru dapat kerja baru tapi gaji ciput jer ... takpe, takpe .. asalkan kerja ikhlas dan niat nak bantu suami (kata2 untuk sedapkan hati .. huk, huk)

Cik Anita said... Reply Comment

kalau bab gaji ni memang sensitip lah Nita, lagi2 kalau dengan orang yang kerja gomen. Memang jeles habis! :P tulah, tapi rezeki orang kan masing2,, hehe