U Click Me...I Click U Back

Friday, January 28, 2011

Bebas tuduhan bunuh bayi dalam tandas

PULAU PINANG 25 Jan. - Seorang pekerja kilang berusia 21 tahun menangis teresak-esak apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membebaskan Nurul Syuhada Shamsudin tanpa dipanggil membela diri selepas beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas wanita tersebut.

''Terima kasih, terima kasih, terima kasih,'' kata Nurul Syuhada yang berjubah putih dalam keadaan terpaku selepas hakim tersebut selesai membacakan penghakimannya di akhir kes pendakwaan.

Sebaik sahaja garinya dibuka oleh polis mahkamah, Nurul Syuhada terus berlari memeluk ibunya, Misbah Rabudin, 44, dan ayahnya, Shamsudin Yahya, 50, yang berada di galeri awam.

Suasana mahkamah bertambah hiba apabila ketiga-tiga mereka saling berpelukan sambil Misbah dan Shamsudin tidak berhenti-henti mencium anaknya itu.

Perlakuan mereka itu menyebabkan beberapa ahli keluarga yang lain serta semua yang hadir turut mengalirkan air mata.

Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Zamani berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan tertuduh telah membunuh bayi yang baru dilahirkannya di dalam tandas kilang tempatnya bekerja, dua tahun lalu.

Ini kerana, menurut beliau, keterangan yang ada tidak dapat memberi penjelasan dan bukti mengenai punca kematian bayi itu yang sebenar sama ada akibat faktor alam seperti kurang oksigen, lemas atau pendarahan.

Katanya, saksi kesembilan pendakwaan iaitu pakar patologi sendiri juga tidak dapat mengesahkan punca sebenar yang telah mengakibatkan bayi itu mati.

''Untuk membuktikan elemen bunuh, bayi itu mesti sudah sempurna dilahirkan iaitu mampu bernafas sendiri tanpa perlu bantuan ibunya serta berlaku pembunuhan dengan niat dan pengetahuan oleh tertuduh.

''Namun dalam kes ini keadaan bayi tidak dapat dipastikan sama ada dia lahir dalam keadaan hidup dan kemudiannya meninggal dunia atau memang sudah meninggal dunia (ketika dalam proses kelahiran),'' katanya.

Menurut Hakim Zamani lagi, keterangan saksi-saksi pendakwaan juga tidak langsung dapat memberi penjelasan mengenai keadaan bayi yang sebenar sama ada kelahirannya telah sempurna atau sebaliknya.

''Justeru, apabila berlaku ketidakpastian seperti ini, mengikut peruntukan undang-undang negara ia memihak dan memberi kelebihan kepada tertuduh.

''Oleh itu, saya perintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,'' katanya.

Mengikut pertuduhan, Nurul Syuhada didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya di antara pukul 3 pagi dan 7 pagi, 31 Disember 2009 di dalam tandas perempuan di kilang Jabil Circuit yang terletak di kawasan Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas di sini.

Mayat bayi tersebut dijumpai tersangkut dalam lubang tandas kira-kira pukul 2.15 petang keesokkan harinya oleh seorang tukang cuci selepas menerima aduan tandas tersumbat.

Pertuduhan terhadapnya yang berasal dari Parit Buntar, Perak dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar dan L. Umma Devi manakala tertuduh diwakili peguam bela, E. Gnasegaran.

Akhbar sebelum ini melaporkan tukang cuci tersebut memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada pengurusan kilang yang kemudian membuat laporan polis.

Bedah siasat mayat bayi berkenaan dijalankan di Hospital Balik Pulau.

p/s : aku pelikla camne senang2 pompuan ni terlepas...bukan apa..terang2 baby tu tersangkut dalam lubang tandas..takkan dia tak de niat nak membunuh baby tuh...KOMPIUS AKU!!

Suami Kepada Pelakon Wilma Meninggal Dunia - Al-Fatihah


PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.


Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.


“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.


“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.

"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.


Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.

ANAKKU SAYANG, ANAKKU RIANG with LITTLE FINGERS


jom join contest by eB

nak join klik SINI













Gambar Amirah di Taman Tasik Titiwangsa sedang bersuka ria



Nama Anak : Nur Amirah Hj Abdullah
Umur : 2 Tahun
Nama Ibu : Norazrine Abdul Tahar

Soalan: eB kerja apa??

Jawapan: Professional Designer

Tarikh Tutup:
28 Februari 2011

Tag :
Semua Blog Reader yang sudi melawat blog ini yang mempunyai anak umur 1-3 tahun

Thursday, January 27, 2011

Jom Bercakap dengan HANTUUUU!!

salam semua,

saja bagi tajuk tak boleh blah sikit

eh, korang suka tak tengok GHOST WHISPERER

aku tak pernah missed menontonnya setiap selasa 9.30pm @8tv

serius, memang best, and makin lama makin best dari season 1 sampai sekarang, plot makin berkembang dengan baik..

and last but not least, aku suka gile ngan minah Jeniffer Love Hewitt

sedikit sipnosis Ghost Whisperer : newlywed with the ability to communicate with the earthbound spirits of the recently deceased overcomes skepticism and doubt to help send their important messages to the living and allow the dead to pass on to the other side.







CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !



jom join contest "CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !"

nak join klik SINI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ini gambar yang dipertaruhkan

Tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011

KALAU AKU MENANG RM100, INSYAALLAH NAK JADIKAN TAMBAHAN TABUNGAN UNTUK ANAK2 DALAM TABUNG HAJI MEREKA..

Wednesday, January 26, 2011

Aksi Ke Sekolah Giveaway Contest

me joining the above contest

to join click HERE

Me joining Kategori B (Sekolah Rendah)
  • untuk bebudak Darjah 1 - Darjah 6


here my pic of entry


Hadiahnya?
- satu pemenang sahaja untuk setiap kategori. Duit poket sekolah RM 10 untuk setiap pemenang.

Tempoh contest?
10.01.2011 hingga 11.02.2011.

Contest Senyuman Si Cilik


me joining the above contest

to join click HERE

this is my daughter pic
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Name : Nur Amirah Hj Abdullah
Age / DOB : 2 Tahun Setengah (9 June 2008)

Tarikh Tutup:
12 Februari 2011

Tuesday, January 25, 2011

GIVEAWAY EYSHA


me joining the above GA

to join click HERE

nak tag :
HELDA
AZNIE
TIMAH

17 cara suami boleh membahagiakan isteri

Ramai dikalangan suami menuding jari untuk menyalahkan isteri jika berlaku masalah rumah tangga. Isteri tidak pandai jaga suami la…isteri aku tak macam tu…isteri aku tak macam ni… Hakikat sebenar, jika isteri begitu dan begini suami juga mungkin menjadi punca kepada isteri bersikap sedemikian oleh kerana suami tidak memenuhi hak dan kewajipan sepatutnya kepada isteri.

Disini saya senaraikan 17 Cara Untuk Suami Membahagiakan Isteri diambil dari majalah wanita(Majalah ni lagi???)


1. Membina Pertemuan yang Manis

Setiap kali pulang dari kerja pulanglah dengan muka yang manis bukannya membawa masalah di tempat kerja kerumah. Berilah salam sambil melemparkan senyuman kepada isteri ketika pulang bekerja. Isteri pula sambut le…nanti suami tersengih sorang-sorang orang ingat gila pulak.

2. Mengucapkan Kata-kata yang Baik

Setiap kali berbicara dengan isteri, pilihlah kata-kata yang baik yang boleh memberi kesan positif. Elakan menggunakan perkataan-perkataan yang negatif. Memberi perhatian kepada isteri ketika isteri ingin bercerita sesuatu. Ini akan membuatkan isteri akan terasa dihargai lebih-lebih lagi jika suami memanggil dengan nama panggilan mesra.

Bagaimanapun, kebanyakan suami biasanya akan buat-buat pekak apabila isteri mula bercerita mengenai nak langsir baru,kerusi baru,gelang baru dan baju baru. Kalau setahun sekali mungkin akan dengar kalau setiap kali gaji masuk…Mesti suami tiba-tiba jadi pekak.

3. Meluangkan Masa Bersama Isteri

Walaupun sibuk dengan urusan harian dan kerja. Teman hidup tidak boleh diabaikan. Kalau pada hari biasa sudah sibuk dengan urusan kerja apa salahnya pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri.

Bukan tiap-tiap minggu nak main golf dengan Datuk-datuk??


4. Bergurau Senda

Jika sebelum kahwin “U ni klaka la…suka buat lawak…I like” apabila sudah kahwin. “Abang ni kelawar dah tak kelako!!!”. Hidupkan suasana ceria dirumah agar kehidupan rumah tangga kita lebih ceria.

Mungkin alasan yang biasa si suami untuk keluar melepak sampai 2,3 pagi “Bosan la duk umah”. Kalau suami bosan pastinya isteri pun bosan. Jangan pentingkan diri
.

5. Bantu Isteri dalan Tugasan Harian

Bantu isteri dalam menguruskan rumah tangga. Basuh baju,masak, jaga anak dan apa sahaja berkaitan. Sebernarnya ini antara bahagian yang agak sukar untuk suami lakukan…ehem!!!

6. Sentiasa Berbincang

Setiap masalah suami perlu berbincang dengan isteri terutamanya berkaitan dengan masalah rumah tangga. Ini menunjukan pendapat isteri amat penting bagi suami dan isteri akan terasa dihargai. Jadi suami juga perlu mendengar pendapat isteri bukan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.

7. Menziarahi Sanak Saudara Kedua Belah Pihak

Suami tidak boleh mengabaikan pihak isteri. Jika sanak saudara kita selalu diziarahi maka begitu juga sanak saudara belah isteri.

8. Apabila Meninggalkan Isteri

Kadang kala suami mungkin perlu kerja luar (jangan makan luar yea). Jadi sebelum meninggalkan isteri ada beberapa perkara dicadangakan suami lakukan :

- Ucapkan selamat tinggal dengan mesra dan memberi nasihat yang baik kepada isteri

- Baca doa safar

Sunday, January 23, 2011

Posing ala2 ?





sekadar entry penutup tirai siang..hehehe

Jom Buat $ dengan HeartBeat

wah..nampak teruja jekan bila bercakap bab2 buat duit nih

and yang penting, HeartBeat langsung tak effect status Glitterati Nuffnang..so not to worry okeh

sangat mudah untuk join



just click banner di atas dan cari join HB/affiliate di bawah website tersebut dan klik...

selepas itu, kena register macam biasa kita register nuffnang..

selepas regiter..log in ke account anda..dan akan ada menu GET CODE

dapatkan atau copy kod yang sesuai untuk blog anda dan paste kan di blog anda..

MUDAHKAN??dengan klik2 kita boleh kumpul duit!!

apa lagi..join sekarang!!

I-City, Shah Alam

salam semua,

ini cerita tahun lepas, masa bulan puasa, kami pergi melawat sedara bersalin di Darul Ehsan Medical Center, dah terlajak ke Shah Alam, why not we just pergi tengok bandar I-City yang dikatakan cantik dan berkilauan itu..(hahaha..ayat tak boleh blah)

with my lovely daughters

bandar I-City..so bright!!

posing keseorang disinun...
at rumah salji



selamat tinggal I-City..kami akan datang lagi..insyaAllah..

Mira Abu Bakar aka RedMummy.com keluar Berita Mingguan



Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

untuk berita lebih lanjut..sila dapatkan di kedai2 surat khabar berdekatan anda...

"Halimah Jongang" kurang ajar??

PENERBIT syarikat A. Aida Productions Sdn. Bhd. tetap akan meneruskan hasrat menyaman pelakon utama drama terbitannya, Halimah Jongang, Sheera Iskandar. Biarpun mengetahui tindakannya itu pasti mengundang kesan untuk jangka masa panjang, tetapi A. Aida muktamad dengan keputusannya.

‘‘Belum pernah saya berjumpa dengan artis yang kurang ajar dan buat tindakan tak guna otak macam dia. Melanggar kontrak dengan menerima tawaran berlakon filem lain sehingga terganggu kesinambungan drama Halimah Jongang yang sepatut menjadi keutamaanya.

‘‘Saya terpaksa menanggung kesan atas kelakuannya itu. Saya rombak skrip keseluruhan drama dan cari props sesuai untuk wataknya itu terutama rambut palsu.

‘‘Saya tak faham mengapa dia tergamak memotong rambut pendek untuk filem tersebut, sedangkan dia tahu siri Halimah Jongang memerlukan banyak babak penggayaan rambut,’’ katanya penuh emosi pada pertemuan Rabu lalu.

Penerbit drama Fatimah Juling dan Dolah Hapak ini juga tidak berpuas hati dengan tindakan Sheera yang mencacatkan keseluruhan drama dengan memakai rambut palsu termasuk sebelum tidur.

Perubahan watak tersebut boleh dilihat di kaca televisyen bermula dari episod 27 hingga 39 yang dijangka disiarkan minggu depan.

Wanita ini menjelaskan bahawa watak Halimah Jongang itu sentiasa berwarna-warni terutama di bahagian rambut dengan mengemukakan fesyen tocang dua atau ikat rambut tinggi yang dipelbagaikan pada setiap siri drama.

Bila ditanya adakah tindakannya itu dilakukan atas dasar emosi, pantas anak kelahiran Besut, Terengganu ini menafikan.

‘‘Saya tidak main-main dalam isu ini. Saya mahu dia terima pengajaran atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, mahu pelakon di luar sana belajar kesilapan yang dilakukan Sheera agar tidak berulang lagi.

‘‘Sebab itu, saya meminta peguam dari syarikat guaman Zulkifli Yong Azmi & Co untuk membuat satu notis pemecahan kontrak dan tuntutan ganti rugi kepada Sheera.

‘‘Saya mahu Sheera membayar semula segala masa, kos dan tekanan saya alami sepanjang kelakuan dia itu. Sheera telah mengingkari terma perjanjian dengan membintangi filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd. iaitu Aku Bukan Tomboy tanpa pengetahuan saya.

‘‘Sebelum ini dia pernah melanggar perjanjian pada siri drama Halimah Jongang siri pertama dahulu. Dia ambil tawaran berlakon dengan Sabree Fadzil di Langkawi. Saya terpaksa tangguh penggambaran seminggu tetapi kali ini saya tidak sanggup lagi,’’ katanya menyingkap cerita lama.

Ditanya bilakah dia akan menyerahkan notis berkenaan kepada Sheera, Aida memberitahu dia akan berbuat demikian dalam tempoh dua minggu lagi.

‘‘Notis tuntutan sudah lama siap dibuat tetapi disebabkan orang Astro mahu saya tangguh niat saya dulu, saya akur. Namun, notis ini tetap akan disampaikan kepada Sheera.

‘‘Saya betul-betul ikhlas dan serius untuk membawa dia ke puncak kemasyhuran. Bagi dia banyak projek berlakon sama di bawah produksi saya seperti telefilem Ku Ingin Di sampingmu, Aku Bukan Mama dan Amarah. Biar orang kenal siapa dia sebenarnya dengan memberi watak berat dan diingati iaitu Halimah Jongang.

‘‘Soal bayaran juga saya tidak pernah berkira. Untuk Sheera, saya pastikan dia mendapat bayaran berpatutan. Malangnya, dia pula yang buat hal dan tabur pasir pada periuk nasi sendiri. Itu yang membuatkan saya cukup kecewa dengannya,’’ katanya.

sumber online : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Saturday, January 22, 2011

Yet the world is not without good people















Gambar santai-santai bersama si dara kecil



gambar santai bersama anak kedua aku yang aku selalu usung kemana sahaja aku pergi sebab dia satu sekolah dengan aku, so memang 24 jam la berkepit ngan umi dia

gambar ni kami ambil masa dia ikut aku pergi UKM sebab nak ada meeting dengan Dr Razaq..

Zaquan: Ayu Semangat Baru Saya



ALOR SETAR, 22 JANUARI 2011: Selesai majlis akad nikah pada siang harinya, majlis resepsi pasangan pengantin baru, Zaquan Adha, 23, dan Ayu Raudhah, 25, berlangsung dengan meriahnya malam tadi.

Majlis yang diadakan di Taman Mawar, Alor Setar itu dihadiri lebih seribu tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, rakan media, sahabat handai dan peminat yang teruja untuk menyaksikan kedua merpelai bersanding.

Keadaan penuh sesak ini membuatkan perjalanan majlis agak terganggu kerana peminat mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin.

Zaquan dan Ayu yang mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini tiba lebih kurang jam 9 malam dan majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis tepung tawar dari keluarga kedua-dua belah pihak.

Zaquan yang ditemui ketika majlis, menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh bermakna buat dirinya. Sambil menyifatkan isterinya itu sebagai satu semangat baru bagi dirinya, Zaquan bersyukur kerana percintaan dia dan Ayu akhirnya tiba ke jinjang pelamin.

"Syukur, Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai di sini. Cuma menunggu majlis di sebelah pihak saya pula. Untuk bulan madu pula, saya belum fikirkan lagi sebab selepas ini saya akan kembali berlatih bersama Negeri Sembilan. Jadi mungkin kami berbincang perkara ini kemudian.

"Soal anak pun saya masih belum terfikir lagi. Segalanya terpulang pada rezeki," ulas Zaquan sambil tersenyum.

Bagi Ayu Raudhah, mengahwini Zaquan adalah ibarat satu impian yang kini tercapai. "Alhamdulillah, jodoh saya sememangnya dengan Zaquan.

"Seperti Zaquan cakap tadi, kami masih belum memikirkan soal bulan madu atau anak. Segala-galanya terpulang kepada rezeki.

"Selepas ini saya akan meneruskan karjaya saya sebagai pelakon. Zaquan sendiri tidak menghalang saya dari meneruskan karier dalam bidang ini.

"Cuma dia ada berpesan, perlu pandai menyesuaikan diri dan memilih antara karier dan kerjaya," jelas Ayu penuh mempersona.

Majlis resepsi ini turut menyaksikan majlis memotong kek di mana Zaquan dan Ayu menukar persalinan menggunakan pereka yang sama iaitu Rizman Ruzaini. Turut hadir ke majlis itu ialah pemain-pemain bola sepak tempatan yang mana majoriti darinya ialah pemain skuad Kedah iaitu Khairil Muhymeen, Sabri Abu, Helmi Eliza dan jurulatih skuad Kedah sendiri, Haji Ahmad bin Yusof.

p/s : TAHNIAH TO BOTH OF THEM

Friday, January 21, 2011

FAKTA @ AUTA?

salam semua,

hari ni macam Friday Blues je ke sekolah

mood cuti sudah dirasai

tadi masa mengajar muzik kelas 2 wawasan

tetiba ada sorang anak murid ni namanya Fareena

dia datang tanya aku..

Fareena :teacher tahu tak moyang saya sapa?

Aku : sapa?

Fareena : Tok Janggut

speechless sekejap

and the way dia cakap ngan aku tuh macam eksyen sikit tau

dalam hati aku siap ckp.."dia ni nak bg amaran kat aku ke, takut2kan aku moyang dia Tok Janggut"

apa2pun korang percaya ke??

susah nak percaya rite??

tapi layankan aje..budak tahun 2..bukan tahu FAKTA atau AUTA

Salam Takziah kepada Keluarga Mas Afzal (blogger)

salam semua,

rest in piece at Sungai Marong, Bentong, Pahang

actually dah lama aku tengok blog arwah tak berupdate, suka baca perjalanan hidup arwah, salah seorang penghidap cancer, and I just found out that he passed away on December 18th 2010, semoga rohnya arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman...amin

untuk lebih mengenali arwah, bolehla melawat blog beliau at NOT THE PRIMROSE PATH

Thanks to Segmen : JOM GEGAR BLOG by Ben Ashaari

thousand thanks to BA sebab sudi sesangat meletakkan my blog link at HERE at number 489

TERIMA KASIH BANYAK2 BEN ASHAARI sebab follower saya tetiba mencanak naik since semalam, dan alhamdulillah, lebih daripada 70 visitors sudi visited my small blog, cuma aku je tak sempat nak BW sebab kekangan masa...will do that sooner or later, InsyaAllah...

to those yang masih nak join boleh klik SINI

Thursday, January 20, 2011

Wednesday, January 19, 2011

suatu ketika dulu…..1st contest bersama annurkasehcollections



jom join contest!!

nak join click SINI

gambar yang dipertaruhkan ialah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



suatu ketika dahulu aku memang sangat aktif di sekolah. Aku bersekolah di SM (P) Jalan Air Panas atau lebih dikenali sebagai Air Panas Girls School (APGS). Gambar ini adalah salah satu kenangan yang paling tak dapat dilupakan sebab sekolah kami masuk pertandingan boria antara sekolah-sekolah daerah KL dan kami sangatlah PERASAN ingat kami akan jadi juara sebab kelihatan macam kami THE BEST jek, tup2 tak dapat nombor langsung, and memang tak puas hati la, sampai tahap peri berdepan juri sebab tak PUASHATI sekolah lain menang, wakaka, betul2 budak2 punya peel, sekarang bila fikir balik, itu semua hanya kenangan, MENANG KALAH ADAT BERTANDING, KAMI REDHA!!


p/s : tapi kami punya persembahan memang antara THE BEST la..(tak puas hati nampak??)