U Click Me...I Click U Back

Sunday, February 27, 2011

Contest 'Aku dan Buaian'


jom join contest dari Nana

nak join klik SINI


gambar yang dipertaruhkan sangat hudoh ye..sila abaikan sekiranya aku kelihatan macam mak orang perasan budak2..hehehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

jeng jeng...


tarikh tutup : 6 March 2011

~JANGAN BACA JE..JOM JOIN RAMAI2 !!~

Ct Arina 1st GiveAway


join 1st Giveaway dari Ct Arina

nak join sila klik SINI

tag semua yang sudi singgah sini...:-)

Jom Jadi Member Faceblog!!

As salam

aku dah jadi member Faceblog..anda bila lagi??

sekurang2nya aku dah cuba satu cabang untuk mempromosi blog kecik aku nih... maklumla..aku hanta blogger biasa... hehehe

JOM SAMA2 JOIN FACEBLOG

Our Memory Photo Contest



contest lagi bersama weebitbear
nak join klik SINI

Tarikh tutup 01/04/2011 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kenangan terakhir di SK Gombak Setia.. bersama geng2 borak..rindu kamu semua.. tersangat!!

semoga kita still keep in touch ye...

sekarang aku bertugas di SK Taman Melawati (2)

tag semua yang sudi singgah blog nih..okeh

Saturday, February 26, 2011

Peminat Filem Hindi / nantikan Mujhse Dosti Karoge Hari ini di TV3 kul 2pm


nantikan kemunculan filem ini di TV3 tetap jam 2 petang...

tak sabar nak menontonya..dengan lagu yang sedap..aku suka heroins and hero dia..mmg lawa2 n hensem la.. KK, Rani Mukherje dan Hrithik Roshan...

~SELAMAT MENONTON~


P/S : macam duta filem hindi malaysia lak erk..hehehe

Friday, February 25, 2011

Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari Fitrihadi.com


joining the GA from FitriHadi

jom join Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari Fitrihadi.com

tarikh tutup : 14 March 2011

Rindu Nak Belajar Lagi

As salam

wah... tajuk macam tak boleh blah gitu.. ko budget ko rajin belajar la kan..

eh..serius la.. aku mmg tak sabar dah nak sambung belajar lagi selepas selesai master aku kat UKM recently.. tinggal nak bentang kertas kerja kat seminar je belum lagi sebab tahun lepas jadual so packed.. cuma aku tengah fikir2kan untuk bentang di mana... so many choices.. cuma nak yang convenient.. sebab aku ni dah ada anak... payah kalau kena buat jauh2

tapi Mr Hubby bagi green lite untuk aku buat pembentangan di Universitas Bandung, Indonesia on this coming June.. but still thinking...hmmm... sebab pilihan yang ada adalah di USM tapi kena jadi survivor la..sebab kalau aku pergi bandung.. aku akan pergi dengan students master yang lain...kalau USM..sendiri2...huhuhu

tak tahula kenapa aku rasa recently aku dah malas nak mengajar di sekolah.. mungkin sebab aku mengajar murid tahun 2 dan pertama kali mengajar tahap 1 ni memang agak parah sikit sebab karenah dorang tu ada 1000 macam karenah.. dan nak melayan tu jenuh gak la... memang tension la sesikit.. sampai aku rasa hypostress aku makin menjadi2 lately, tengkuk aku lebih kerap sakit kalau aku masuk kelas Tahun 2 instead of mengajar murid2 tahap 2 masa di sekolah lama (SKGS)...

Kenangan Tahun 2009 menghadiri kelas sekolah dan masyarakat di Kolej Ibu Zain, UKM bersama rakan2 seperjuangan

my friends who same course as me Kak Zahiah.. missing u!!

we were waiting for Academic Writing class lectured by Prof Datin Dr. Amla

friends who share the same struggles

last lecture with Prof Datin Dr. Amla

the sociologists

kenangan-kenangan yang tidak akan aku lupakan...susah senang.. penat lelah.. bersengkang mata.. duit ringgit.. mengantuk masa driving.. jalan jam mostly Friday... semua akan aku abadikan dalam hatiku.. dan tak lupa to my beloved Mr Hubby for supporting me and thanks for lending me your shoulder to cry on... always love u and to my daughters...umi sentiasa ingat pengorbanan kalian... insyaAllah...

Salam Jumaat - 10 Gangguan Syaitan dalam Solat


1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
- (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"
- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

~ SELAMAT HARI JUMAAT DAN JANGAN TINGGAL SOLAT ~

Daphne Iking Peluk Islam dan Sudah Berkahwin

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.

Menurut KakInaKL.com semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.

Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.

Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!

pic credit to Oh Bulan



sumber : Oh Bulan dan KakInaKL.com

Contest Nama Baby Saya


mengjoinkan diri dalam contest anjuran Idma Textile

tarikh tutup : 1 Mac 2011

aku mempunyai tiga orang anak perempuan yang dh besar2

PILIHLAH NAMA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK!

( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan
dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh
memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.


Nama anak Pertama : Nur 'Alyaa
Umur : 10 Tahun
Maksud Nama : Cahaya Ketinggian dan Kemuliaan

Nama ini diberi oleh Mak aku (nenek Alyaa) sebabnya masa tu aku dan Mr Hubby berpakat untuk memberi peluang kepada nenek dan tok ayahnya untuk memberi nama kepada anak sulong aku, kiranya memberi penghormatan kepada mereka merasai saat memberi nama kepada cucu sendiri dan ironiknya, mak aku dapat nama ni semasa dalam perjalanan ke kelas mengaji dan terus tersebut nama Nur Alyaa..hehehe..so bila mak aku cakap nak bagi nama tuh..terus kami setuju untuk menamakan puteri sulong kami sebagai Nur Alyaa..alhamdulillah

Anak Kedua aka Kak Ngah : Nur Athirah
Umur : 8 Tahun
Maksud Nama : Cahaya Yang Utama dan Mulia
Nama anak kedua aku ni pulak diberi oleh aku sendiri..sebab aku terfikir nak cari nama yang pangkal dia Nur dan A jugak, so masa nih kami siap2 beli buku nama2 Islam, so rujukla buku tersebut sebagai panduan dan makanya tercipta nama Nur Athirah untuk puteri kedua aku nih...alhamdulillah...

Anak Bongsu akak adik : Nur Amirah
Umur : 2 Tahun setengah
Maksud Nama : Cahaya Puteri / Ratu
nama Nur Amirah diberi oleh Mr Hubby, masa dapat anak ketiga nih kami macam kekeringan idea sebab tak tahu nak letak nama apa sebab most of the names macam dh common, amani, adilah and banyak lagi jadi sebutan kami, ended up, letak nama Nur Amirah sebab maksud Puteri itu memberi sesuatu kelebihan kepada kami memilih nama tersebut, tapi bukan nak cakap ler, memang macam puteri pun minah cinonet nih, asyik nak berdukung je, kalau g pasar malam, sopink ke, sure dia akan suruh abah dia dukung, tu baru jalan sekejap, betul2 macam TUAN PUTERI DAAA!!

~SEMOGA MENJADI ANAK2 YANG PATUH KEPADA IBU BAPA DAN SOLEHAH..AMIN~





NUTP Bantah Penswastaan Sekolah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada Isnin berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Lok berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.

Sumber : Bernama

p/s : semua benda nak swasta, dahla bengang sebab kami sebagai guru semua kena cut cost.. budget konon..pelik dulu kalau g mana2..kami sure akan dapat claim..skang dah susah betul nak claim..mana pergi duit untuk KPM..kami terasa cikgu2 sangat di anak tirikan sebab kalau kena pergi kursus sure kena pikir 44 kali... sebab susah nak claim... bengang seyhh!!

~WHAT SAY YOU?~

Thursday, February 24, 2011

La Dolce Amirah...

As salam,

dah lama tak bercerita pasal minah cinonet sorang nih.. so kali nak update sikit pasal La Dolce Amirah kita nih..

1st sekali umur dah meningkat 2 tahun setengah, bulan 6 ni cukupla 3 tahun, insyaAllah...

sangat kuat merajuk okeh, jangan la marah dia even sikit je kita tegur, memang dia nangis mcm kena cubit...memang sangat over okeh kalau nangis, menitik2 air mata tak benti2..mcam telenovela la..

bab makan no.1.. memang suka sangat makan dan happy tengok anak2 senang makan semuanya... dan kalau sepuluh kali ko mengadap..dia pun join sekaki...hehehe

ha..tang ni memang syok, dulu tak mo bercakap sangat, aku risau, sekarang dah bercakap tak benti2 pulak.. cakap memang lagak orang tua tak hingat, cuma pelat tu masih pekat lagi, bila time dinner selalunya dia akan tak benti2 bercakap sambil makan (tak tahula tabiat pesen apa ntah).. sat g aku tegur la..."adik, makan dulu, jangan cakap2".. huhuhu... letih mak tau!!

jangan tunjuk dia kamera, sure dia nak main, nak pegang semua, siap nak ambik gambar semua orang... tapi aku bagi main kamera lama aku yang dh rosak, kalau bagi yang baru, mahunya MR Hubby hempuk aku...hahaha

bab menukar baju, melawa bagi kat dia, yang ni since dia masuk 2 tahun dia dh pandai pilih baju sendiri, even pengasuh dia dah faham sangat, pengasuh dia siap sorok baju yang aku bawak sebab nanti dia nak pakai baju yang aku bawak lawa bagi dia, dia tak mo pakai dah baju lain kalau dia nampak baju lain lawa dari baju yang pengasuh nak pakaikan...korang fahamkan??(buat2 faham jela yek)

kalau abah dia ada, abah dia akan jadi tumpuan utama dia, maksudnya nak tido berkepit ngan abah dia le (anak abah le katakan), tp kalau abah dia tak de, akula pengganti abahnya...sob2..selalu jadi pilihan kedua anak2 tau, tak aci2...:-(

she's so helpful person, yang ni memang tak de kt kakak2 dia, bila aku lipat kain, dia mmg sangat nak tolong angkat, cuma aku tak bagi sebab sure kucar kacir balik baju yang aku dah lipat, tp dia akan menangis kalau aku tak bagi, punyala helpfulnya... bila hp aku bunyi, dia nak ambikkan, janganla orang lain ambik, kompem dia ngamuk, huhuhu..DASAT!!

~ semoga semua anak2 aku menjadi anak yang solehah dan obey to parents~


amirah when she was 1 month born



Wednesday, February 23, 2011

Kenapa Tidur Awal??

As salam

terpaksa tidur awal dan tak bestnya tak dapat nak BW banyak2 kat blog yang best2

esok aku kena ke sekolah sesi pagi

ada tugasan yang menanti

kena jadi pegawai untuk kejohanan balapan dan padang di SK Taman Permata

sejak bila tak nama aku glemer kena pergi lak berkenaan dengan benda2 macam nih..tak paham aku..masa dok sekolah lama tak penah kena... huhuhu

semoga aku yang tak berapa nak cerah ni tidak menjadi bertambah gelap la ye...

jangan rentung sudah

SELAMAT MALAM SEMUA, HAVE A NICE DREAM OKEH!!

~SALAM~

Monday, February 21, 2011

Cute Baby Style Contest

join contest lagi

jom join.. klik SINI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
budak bergaya itu ialah Amirah Hj Abdullah (my youngest)
Baby's name : Nur Amirah
Age : 2 and the 1/2 years old
DOB : 9 June 2008
Mother's name : Azrine

contest closing date : 24 Feb 2011

Sunday, February 20, 2011

PhotoGediks Contest


jom join contest oleh mumlittlemonster

nak join klik SINI

closing date : 15 March 2011

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

gediks tak? hehehe
Nama Peserta : Nur Amirah Hj Abdullah
Umur : 2 tahun setengah

tag :

Helda
Timah
Kak da




Contest Mata Bulat

joining the above contest

closing date : 13 March 2011

to join click HERE


here my pic...
Name : Nur Amirah Hj Abdullah
DOB : 9 June 2008

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


aku join segmen abang BEN lagi...
nak join..klik SINI

CONTEST AKU, DIA & KAMU by unguisme


joining the above contest
excited to join...click HERE

closing date : 27 February 2011


gambar yang dipertaruhkan..
ini gambar TUAN BELOG with her daughters at KLCC.. lepak2 sambil menunggu Mr Hubby sampai.. and we tak de keje lain.. suka2 snap gambar sendiri.. dan hasilnya.. anak aku yang tengah aka Kak Ngah buat muka TOYE!!


~ SEKIAN.. harap anda terhibur ~


Tuesday, February 15, 2011

Calon-calonnya ialah...



As salam

maklumat terbaru daripada contest senyuman comel

korang boleh cek anak2 uols group mana kat SINI

amirah kategori Group I

~ best of luck to all contestants~

Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris




jom join contest sedih2 plak

aku suka contest camnih...best

nak join klik SINI

tarikh tutup : 11 March 2011

actually dh lama nak buat entry khas utk ini, tp entah kenapa, tangan aku ni berat je rasa, mgkin sbb aku terlalu merasai kehilangan kawan baik aku aka my beloved sister ever, dan paling aku ralat sekali sebelum 'pemergiannya', dia dh bg pelbagai petanda yg aku sndri tak notice pun masa tuh..:-(

hmm, tak tahu nak mula dr mana, tp rasa sunyi je skang ni especially di libary sekolah, tempat kami lepak2, cite2, gosip2 hal sekolah, meluahkan perasaan tak puas hati memasing, banyakla lagi kenangan yang aku sndiri tersenyum sendirian bila mengenangkannya, kak min, kenapa cepat sangat pegi tinggalkan kami...TAPI AKU REDHA...

menyingkap salam perkenalan aku ngan kak min, ialah sewaktu aku memula posting kat sekolah tu, waktu tu jujur kukatakan kak min bukan seorang yang peramah bagi aku, masa aku kat kantin pun dia jarang tegur aku, masa tu aku tak ditugaskan mengajar tahun 4 bersama2 kak min, aku diletakkan di tahun lima utk mengajar subjek sc dan math...

mgkin disbbkan faktor aku muda dan baru, kak min tidak berminat utk bertegur sapa dengan ku, atau mgkin dia rasakan aku yg sombong, entahla tak sempat plak nak tanya kisah tuh, berbalik kepada perkenalan kami, disbbkan aku selalu menegurnya, dan setiap kali aku ke kantin, sure kak min pun ada juga kat kantin, dan bersembang2 kosong, so dari situ lama kelamaan aku seakan serasi bersama ngan kak min...alhamdulillah

kak min ni seorang ustazah, jadi aku bykla belajar perkara2 yg menyentuh soal keagamaan, yela, kak min ni blh dikatakan agak arif bab2 agama ni, so dia jd seronok melayan aku, sampai la tahun 2009, di mana aku ditugaskan sebagai Penyelaras Tahun4 dan kak min sbg Penolong Penyelaras, jadi hubungan kami makin rapat, sehingga kak min penah meluahkan anggapanya kepada aku sebagai adiknya sndiri...

hubungan kami sampai tahap tidak ada rahsia lagi, kak min pun selalu dtg lepak2 umah aku masa weekend, cite2 hal keje hingga ke hal2 peribadi, jd serba sedikit aku agak tahu perihal peribadi kak min secara tak langsung, bila dia susah, org pertama dia mntk tolong adalah aku, contohnya suami dia tak dpt nak ambik dia dr sekolah, jadi aku dengan rela hati menghantarnya balik sbb umah dia tak la jauh sngat ngan sek, even tak on the way pun, aku willing jugak sbb kesian nak biar dia naik taxi...

dipendekkan cite, tahun 2009 ni merupakan tahun yg agak pahit utk kak min, tapi tak perlu la aku detailskan kt sini, cuma aku rasa agak terkilan sbb dek kerana hal pahit ini, dia sakit, dan memendam sorang2 perasaan sedihnya, dia runsing mungkin memikirkan masalah2 yg bagi aku hanya dicipta oleh 'pihak satu lagi'...

aku agak terkilan sbb minggu kedua puasa, kak min ada menyatakan hasrat utk meminta pertukaran sekolah secara online, tp disbbkan masing2 sibuk, jd kak min berpesan ngan aku nak mntk tolong aku online pd jumaat lepas (minggu ke3 ramadhan), so aku pun ckp, aku akan bwk lappy n broadband aku hari jumaat, then jumpa kt libary..

"lepas raya ni tak dpat dah ko jumpa aku rine",itula ayat kak min pada 2minggu yang lepas semasa kami lepak2 di libary, terus aku balas, "kak min nak g mane?", then kak wafa interrupted, "akak kalau dpt pindah pun, tahun depankan kak?", terus kak min jwb dia dh kemas2 umah, takut tak sempat nak kemas bila dpt tukar nnti...:-(

then, minggu sebelum kak min meninggal, kak min ditugaskan utk menjaga UPSR di sekolah di daerah Gombak yang lain, maka tak dptla kami berjumpa selama 3hari pada minggu tu, last aku berjumpa ngan kak min, bila dia dtg umah aku utk menghantar kajian tindakan utk diserahkan kepada pentadbir sekolah, masa tu aku agak pelik kenapa kak min tak hanta sndiri, rupa2nya aku tak ingat yang esok tu dia tak de kt sek sbb jaga exam, huhuhu, aku yang forgetful...

hari terakhir kak min menjaga exam, tetiba dlm pukul 3.45 aku dpt pgglan daripada suami kak min memberitahu kak min pengsan secara duduk dengan tiba2, pada mulanya suami kak min tak anggap serius, tapi bila disapukan air kat muka kak min, kak min tak sedar2, then pihak sekolah telefon ambulance, paramedik memeriksa tekanan darah kak min masa tuh, terkejut sbb mencecah 200, terus kak min dikejarkan ke hospital Selayang utk rawatan lanjut...

kebetulan pd hari yang sama aku ada kelas, so lepas habis kelas kul10 tuh, aku terus gerak ke hosp utk jenguk kak min, kak min masih tidak sedarkan diri didiagnosis mempunyai pendarahan dalam otak disbbkan strok yg dialaminya semasa pengsan di sekolah dan tidak sedarkan diri selama 3 hari, akhirnya kak min telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15malam, hari sabtu 12 September 2009, bersamaan dengan 22 ramadhan, dan pada masa itu aku turut bersama2nya sehingga kak min meninggalkan aku, yang secara kebetulan aku datang hanya utk melawatnya sahaja, bertukar menjadi berita yang sangat sedih utk aku terima, kehilangan kawan susah senang, kawan suka duka, kawan meluahkan perasaan dan aku menganggapnya seperti kakak kandung ku sndiri...

....agak terkilan sbb tak sempat nak tolong kak min apply pertukaran secara online, kak min juga teringin nak makan mee goreng yg aku buat yg penah dia rasa sebelum ni, tapi aku janji nak masakkan utk dia lepas raya, sedih memikirkan kak min pengsan dengan tekanan darah yang tinggi, menyebabkan DR menyatakan kak min terlalu memikirkan 'sesuatu' yang serius, which is i knew it, sedih sbb kak min tak sempat merasai duit tunggakan gaji dia lulus PTK band 4...:-(

kenangan bersama kak min tahun 2009 - lawatan ke petrosains dan aquaria

AKU MASIH TERASA KEHILANGAN SEORANG KAKAK YANG AMAT AKU SANJUNGI DAN HORMATI, AKU TAKKAN MELUPAKANMU KAK MIN...AL-FATIHAH
SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DALAM KALANGAN PARA SOLEHAH...AMIN

CONTEST CANDID TERBAIK

As Salam

aku join contest dari http://mrs-vip.blogspot.com/2011/02/contest-candid-terbaik.html

nak join klik link kat atas ye...

gambar perempuan tengah berlari tu ialah aku yang baru saje memecahkan belon dan terus berlari untuk pas kat orang lain...burok giler gambar ni sebab nampak montot and belakang badan aku je..hahaha

masa ni aku tak hingat jurugambar pro mana ntah ambik gamba candid burok aku nih...hehehe
gambar ni diambil semasa hari guru SKGS 2010...
last hari guru there as me now servicing at new school SKTM (2)
~ENJOY THE PIC~

aku tag :
timah
helda
kak da

Contest Simanja Mandi


joining the above contest by Ibu Balqis

tarikh tutup : 28 February 2011



Nama Anak : Nur Amirah Hj Abdullah
Umur Anak : 2 Tahun 1/2


nak tag :
timah
kak da
Semua bloggers yg sudi singgah blog kecik aku ni...earlier thanks k...

Monday, February 14, 2011

Contest Senyuman Paling Ceria


joining this contest

to join please click HERE


gambar ni kalau nak tahu diambil secara jarak jauh sebab masa ni kami menjadi ahli mesyuarat tingkap (kami berada berdekatan dengan tingkap) dan fotografer pro kami (cikgu faizul) mengambil gambar kami menggunakan kamera DSLR dan kami apalagas, terus posing tak malu, hahaha (sempat lagi even jauh sangat tau).. korang nampak tak curtain merah tu, itu ialah tingkap yang telah dibuka cerminnya semata-mata memudahkan kami para guru yang bertugas masuk ke pentas untuk majlis penyampaian hadiah semasa Hari Kecemerlangan 2010 SK Gombak Setia..(kenangan terakhir sebab aku dah bertukar ke sek lain...sob..sob)

aku tag :
helda
timah
kak da

Sunday, February 13, 2011

Contest Pose Menarik




jom join contest ni

untuk join sila klik SINI

ini pose paling menarik aku kot...hahaha..bedal ajela LABU!!

gambar aku agak2 rock gitu...UMMI ROCK!!
enjoy ye organizer

tag :
helda
kak da
timah

Contest aku dan kereta

As Salam


aku join contest di atas

nak join klik SINI

Tarikh contest :
9 Januari 2011 - 14 Februari 2011









ini ialah gambar yang dipertaruhkan
gambar aku bersama waja tersayang
~gambar semasa dalam perjalanan bercuti ke Cameron Highlands~

kalau nak cerita pasal kereta waja aku ni cukup sadis
pendek kata kereta susah senang aku
sebab aku dapat kereta ini sempena hadiah aku melahirkan anak sulong aku iaitu Nur'Alyaa daripada Mr Hubby tersayang...

waja ini aku dapat pada bulan Dec 2001 beberapa bulan selepas aku selamat melahirkan anak sulong dan untuk pengetahuan semua semasa dapat kereta ni aku belum pun bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan, dan pada masa itu, Mr Hubby yang membayar installment bulanan sebanyak RM1k plus sebab aku ambik loan 5 tahun aje

selepas business Mr Hubby down, aku pulak masa tu sambung belajar UPSI, memang parak la nak bayo every months 1k lebih, tapi alhamulillah, we succeed to manage it...

dan sekarang aku masih lagi sayang kereta waja aku ni, even dah lebih 10tahun...kira umur anak sulong aku la

dan sekarang aku guna kereta ni sebagai kereta kedua kami sebab tahun lepas aku telah membeli sebuah MPV untuk memudahkan kami berjalan jauh...

aku nak tag :
helda
kak da
Deqlis


Saturday, February 12, 2011

Saya Nak Shawl Ini!!!


joining the above GA

to join click HERE

umur anak organizer contest :

Auni Zara : 2 Tahun 5 Bulan

Aniq Zaquan : 9 Bulan



due date : 300 Penyertaan atau 15 March 2011

tagged : helda, kak da, dan Niniezane

Kelebihan jadi Cikgu aka Guru

As salam,

baca tajuk je macam gempaq je kan...??

tapi serius la, banyak kelebihan yang aku dapat sepanjang kerjaya aku sebagai cikgu

semasa mengajar di Sk Gombak Setia (2008-2010)

sebab jadi cikgula aku menjadi seorang penjawat awam, bukan senang tau nak keje ngan gomen ni, tapi alhamdulillah, banyak benefit yang aku dapat bila menjadi kakitangan awam nih

orang kata jadi cikgu ni..kita kena jadi semua...betul ke??

kita lah cikgu, kitala ibu dan bapa sementara mereka di sekolah, kitalah doktor kalau mereka cedera, sakit atau buat2 sakit...and kitala pakar psikologi bila mai tang students yang tak mo belajar tuh..dan kita jugala tetiba jadi pakar tak berapa nak motivasi apabila ada program2 motivasi (selalunya mereka jemput dalam kalangan guru juga untuk memberi motivasi)


ada satu quote yang dipetik dari Zig Ziglar

"You don't have to be great to start, but you have to start to be great".

memang sesuai dengan karakter seorang guru iaitu kita tak perlu menjadi hebat untuk memulakan sesuatu, tetapi kita perlu mulakan sesuatu dengan hebat

lihat, betapa hebatnya orang memandang kerjaya guru, tapi aku tahu ada yang tidak berminat untuk menjadi seorang guru kerana mungkin bagi mereka, mereka tidak sesuai menjadi guru, tidak pandai menjadi guru, tak suka menjadi guru sebab gajinya kecik, macam2 alasan kalau kita tidak suka untuk menjadi sesuatu..kan??

aku dulu pun macam tuh, masa memula nak buat degree bidang perguruan, aku sentiasa terfikir, "eh, boleh ke aku mengajar orang lain nih, diri sendiri pun belum tentu betul, ilmu tak setinggi mana", tapi alhamdulillah, I am blessed to be a teacher and kalau korang tanya aku sekarang pun, aku masih cakap aku nak jadi seorang guru, jiwa aku memang sesuai untuk bidang perguruan ini..

tapi ada jugak kes yang jadi cikgu hanya untuk mudah mendapat kerja, sebab habis je belajar samada daripada IPG, KPLI, DPLI, atau Ijazah Perguruan daripada universiti2 yang menawarkan bidang ini.. tambahan macam sekarang ini memang susah untuk masuk sebab ada sesi temuduga semua, dan zaman sekarang most of them mempunyai kualiti dari segi akademik, so it's hard to choose who is the right one to be a teacher...

selain itu, seronoknya jadi cikgu ni sebab banyak tempat yang belum pernah aku lawati, alhamduillah, dapat jugak aku jejaki, walaupun kedengaran macam "perak" tapi serius, sebab jadi cikgu, aku pergi banyak tempat and anak2 aku dapat tumpang sekaki..hehehe


tahun 2009 - menghadiri kursus Bp MyScience at Kuantan

tahun 2009 - melawat Petrosains bersama murid-murid tahun 4 dan 5

berposing di Aquaria - 2009

Malam Jubli Emas SK Gombak Setia Genap 50Tahun di Dynasty Hotel pada tahun 2009

kalau saje2 nak mai makan hotel, takde la erk..disebabkan aku menjadi AJK untuk majlis ini, so merasala jugak lepak2 and dinner di hotel...best!!

we had hi-tea at Chorus Hotel for celebrating all our prefects in 2009

menghadiri kursus Bp MyScience Challenge at Kuala Selangor tahun 2009, this is the best moment that we ever had when we were here... walking along the jungle

while we were at K.Selangor, our students did perform the drama related to environment

we had been posing like a poyo

had hi-tea at citrus hotel - 2009

2010 - zoo negara - lawatan tahun 5

selepas ke zoo negara, we had fun at desa water park - 2010

hi-tea at Grand Season - 2010

hi-tea at Menara KL - 2010

kalau ikutkan memang banyak betul kenangan2 aku di Sk Gombak Setia, dan aku sangat merindui segala momen yang aku gone through there

~ DAN KENANGAN ITU MERUPAKAN KENANGAN TERAKHIR AKU KERANA AKU DITUKARKAN KE SK TAMAN MELAWATI 2~