Followers

U Click Me...I Click U Back

Thursday, March 31, 2011

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.

As salam

Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)


Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.


sebar2kan ye.. SHARING IS CARING...

NAK JOIN BLOGLIST IRMA A. WAHID


jom join bloglist Irma Wahid

nak join klik sini

Dapur Chekgu Azrine - Asam Pedas

As salam

last weekend punya hidangan lunch

layankan aje ye... anak2 makan tak angkat kepala dah...

untuk resepi..

klik SINI

Wednesday, March 30, 2011

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Kalau kita saja dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup menelan mereka, saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!!


Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100 xzoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan??


gambar ini pula hanyalah seekor lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah anda.. bengiskan wajah dia nih??


Jackie Chan Dies of Heart Attack???

As salam

korang percaya tak Jackie Chan dah mati.. susah aku nak percaya.. sebab sure dh kecoh sedunia kalau JC mati.. tapi kenapa erk orang suka buat citer bukan2 psl kematian dia.. actually dh banyak kali orang wat rumor dia dh mati

sumber : SINI dan SINI


Tuesday, March 29, 2011

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..?
heh.heh..

4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Monday, March 28, 2011

segmen cikgu bertanya: best ke couple?


jom join segmen Cikgu Suraya yang cun melecun nih...hehehe

nak join klik SINI

antara soalan2nya ialah :


1) kamu couple ke tak?
couple..dengan husband sendiri... hehehe.. eh kira couple la tuhkan..kata couple=berpasangan

2) kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple? (pada yg single, citer sal org yg kamu suka )
hmm.. kalau ikut dah berpasangan 12 tahun dah.. tapi masa berkenalan.. tiga bulan je berkawan dan terus mendirikan rumah tangga... berkenalan pun cam kelakar je citer kat sini..(pstt.. dia adalah BOSS saya masa saya kerja sebelum masuk sambung belajar di UiTM).. hehehe...masa memula tak berkenan langsung kat dia.. sebab dia cam suka usik2 je.. lama2 bila saya dah benti kerja.. dia datang plak menjadi regular visitor kat UiTM... sangat tak malu okeh.. bak kata dia.. dah nak sangat.. sanggup buat apa sahaja... yeke??

3) best ke couple?
bestla.. sebab ada orang sayang kita.. care about kita.. macam husband.. dia sangat caring sampai skang.. jumpa tiap2 hari pun.. waktu saya bekerja sure akan kol... itu sudah pasti!!

4) pernah gaduh besar?
of coz pernah la.. biasala sedangkan lidah lagi tergigit...

5) ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
kekal menjadi tempat untuk saya mencurahkan segala masalah dan kegembiraan saya.. cakap omputih...shoulder to cry on...

6) tag kawan2 korang (ikut la berapa orang pun)

nak tag:
bella
si daun ceri

Saturday, March 26, 2011

Kalau Pergi Bandung...

As salam..

dah ada cikgu2 yang memesan kat aku... kalau pergi ke Bandung, Indonesia.. pergila ke tempat2 yang telah diberitahu oleh mereka untuk tujuan menghabis atau meranap segala RM aku bagi mencapai kepuasan bershopping.. hehehe

KALAU KE BANDUNG WAJIB PERGI TEMPAT2 NIH..
>
>
>
>
>
>

Factory Outlet

Pasar Baru
Isola Resort.. nearby Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Images of Tangkuban Perahu, Bandung
This photo of Tangkuban Perahu is courtesy of TripAdvisor

Paris Van Java

ada lagi tak tempat menarik untuk shopping??

nanti share2 la kat sini erk...

Note : entry syok sendiri tak sabar nak ke Bandung... hehehe

Friday, March 25, 2011

Kenapa Kita Perlu Nak Sombong??

As salam

aku tak paham la kenapa kita mesti nak menyombong dengan sesama kita umat Islam

Islam juga melarang umatnya bersikap sombong sesama kita...

Sombong adalah membanggakan diri sendiri, mengganggap dirinya yang lebih dari yang lain. Membuat dirinya terasa lebih berharga dan bermartabat sehingga dabat menjelekkan orang lain. Padahal Allah telah melarang kita dalam QS. Al Luqman {31}:18

aku cukup pantang betul ngan orang yang suka menyombong nih.. wat apa ko nak sombong... sepatutnya dengan kelebihan2 yang Allah berikan pada kita, nikmat bersiraturahim sesama Islam.. sepatutnya dijadikan sebagai peluang kepada kita untuk berbuat baik sesama Islam

ada segelintir guru2 di sekolah aku mempunyai penyakit sombong nih... kalau berjalan berselisih bahu pun buat2 tak tahu je.. jenuh ko senyum.. sengih.. dia buat DERK je!!

korang pernah alami situasi seperti di atas??

yang peliknya orang yang menyombong tu dalam kalangan para ilmiah.. mengajar pulak subjek agama Islam.. camno nak jawab tuh..?? aku sendiri kompius... muka pun tak pernah senyum bila bersua.. dan dalam kalangan kawan2 aku yang sekepala.. semua pun bercakap2 belakang terpksa menambah dosa mengumpat mereka2 yang sombong... nauzubillah...

kepada mereka2 yang merasakan diri mereka sombong... beringatla untuk sentiasa muhasabah diri.. jangan ingat dengan lagak kita sebegitu.. orang lagi akan hormati kita.. bukankah SENYUM ITU SATU SEDEKAH..??

~sekian entry pagi jumaat.. selamat berhari JUMAAT semua~


Thursday, March 24, 2011

Suratan atau Kebetulan

as salam..

hari ni aku rasa sangat gembira sebab dah dapat geng nak ke Conference di Universitas Pendidikan Bandung, Indonesia (UPI)...

memula sekali tuh.. aku post email kat yahoo group under UKM bertanyakan tentang sesiapa yang berminat nak turut serta aku ke UPI untuk pembentangan kertas kerja memasing.. then adala 2-3 orang yang replied back.. kata nak join.. after dah keep in touch.. so semua jadi pergi bersama2..

nak dijadikan cerita kelakarnya.. 1 of students yang kata nak ikut tu nama dia Maliza, dia ni aku tak kenalla.. sebab kenal tru email je.. dia bagi no phone.. so aku cadang nak booking tiket Air Asia hari ni.. so aku pun sms dia tanya jadi tak nak pergi sebab those yang nak join dah booked tiket.. dia replied... nak ikut.. then aku tanya lagi dia part time master ke full timer and mengajar sekolah mana.. then she replied back... "part time.. sk taman melawati 2".. what??!!!.. eh takkan satu sekolah ngan aku.. aku tak kenal lak.. yelar.. aku pun baru 3 bulan kat sekolah SKTM (2)... so might be aku tak kenal sebab dia pagi.. so aku pun terus kol dia tanya further info.. and betul.. dia satu tempat mengajar dengan aku.. tapi dia masih belum habis master.. and dia buat kos Kurikulum dan Pedagogi while me sociology... so takperla kan.. dapatla kawan meronggeng di Bandung nanti.. kawan satu sekolah lak tuh..

nak cerita pasal tiket.. tunggu punya tunggu tak tiba2 pun promo daripada Air Asia ke Bandung.. so aku bedal je la beli tiket mahal.. pergi balik plus taxes semua... RM581.. nak wat camno... nak bentang punya pasal.. benda WAJIB.. syarat wajib convo UKM masters.. kena bentang di mana2 conference dalam atau luar negara.. tapi aku prefered bandung sebab nak kutip pengalaman di tempat orang...

SEKIAN.. nak ke sekolah.. dah lewat.. tak sempat BW...:-(

Wednesday, March 23, 2011

BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !


aku join Segmen Ben Ashaari lagi

nak join click SINI

Pajeri Terung - MR Hubby's Favourite



As salam

wah.. today bangun seawal pagi menyiapkan anak dara aku Alyaa g sekolah... then balik sambung tido balik... hahaha.. cam heaven okeh.. maklumla.. hangin senggugut mai.. aku kena rest sebab takut melarat.. kang kena MC.. sapa yang susah.. SEKOLAH ngan ANAK MURID aku gakkan??

nak citer pasal last week.. aku buat 1st attempt membuat pajeri terung fav Mr Hubby.. coz aku baru tahu dia suka makan pajeri.. all this while dia tak penah mention pun.. so aku pun menggunakan EN GOOGLE untuk membuat pajeri terung ni sebab aku tak penah buat weyhh

so jumpala satu resepi yang aku rasa mcm best je.. so aku pun print la.. dan terus pergi pasar cari bahan2... hehehe..

resepi aku ambik kat SINI

aku copy paste kat bawah ni na...

Resepi Pajeri Terung- cara cikmin

Bahan-bahan:

3 biji terung yang besar-belah dua

2 sudu besar cili kering kisar

1 sudu besar udang kering-ditumbuk

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 labu bawang besar *

2 cm halia*

kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga

2 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar kerisik

Asam jawa sebesar ibu jari,ambil airnya.

Garam dan gula-secukup rasa

Santan kotak kecil

Minyak untuk menumis

bahan bertanda * dikisar

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan bertanda * bersama rempah ratus sehingga naik baunya,masukkan rempah kari dan cili kering sehingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa dan terung,bila terung agak separuh masak,masukkan santan dan udang kering.Bila terung dah cukup empuk masukkan garam,gula dan kerisik.Masak seketika dan siap untuk dihidangkan.

>

>

>

>

>

>

>

>

INILAH HASILNYA.. NAMPAK TAKLA MENARIK.. BUT RASANYA... MR HUBBY CAKAP "SEDAP!!!"... terus kembang kempis hidung ke sampai tahap Mr Hubby pun nampak.. dah tak tahu nak sorok mana daa... layannnnzzzzz...



Tuesday, March 22, 2011

AKU SUKA SANGAT HARI SELASA SEBAB ADA....

GHOST WHISPERER
aku memang hantu tengok cerita nih.. since 1st season aku dah layan.. macam sekarang cerita dia more mature than previous seasons.. tak tahula kenapa.. sampai anak2 aku pun dh suka layan sekali ngan aku... sebab tu aku memang suka sangat bila hari ini hari SELASA

lagi satu
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

DESPERATE HOUSEWIVES

sekarang dah season 7 weyh.. mana tak layan.. aku layan pun since 1st season dulu... zaman dorang ni semua muda2... still pelakon utama tak berubah2... aku suka sangat watak GABY SOLIS tu... dia tu CHOMEL... dan sangat berterus terang!! hehehe.. so sebab itu aku suka sangat hari SELASA!!

~HAPPY TUESDAY TO ALLS~

Sekolah Bermula... dan mulala rutin harian sebagai CHEKGU AZRINE...

As salam

tenet aku mengong dah 3 hari.. sorry tak dapat nak berkongsi2 cerita di sini

rindu arrrr!!

dah la cuti sekolah dok hentam makan je..macam2 resepi yang aku godak dan aku masak.. sampai tahap MR HUBBY cakap.. "mahalnya resepi u.. siap kena bayar ink rm0.50 sen".. eleh.. nak perli aku la tuh... yelar.. kalau tak print camno eden nak nengok resepinya.. nak hangkut pc aku masuk dapor... ohhh.. sungguh tak efesien okeh...

semalam dah mula penggal kedua persekolahan.. dan aku seperti biasa rasa macam berat nya badan.. rasa berCHENTA TAHAP DEWA nak melangkah kaki ke sekolah.. dahla aku mengajar petang.. lagila berat.. huhuhu.. sungguh tak menggalakkan.. huhuhu.. yang seronok nak mai sekolah sebab nak jumpa kekawan yang havoc2.. serius.. adakah aku sudah hilang keseronokan menjadi seorang guru?? hmm...

sesi penggal kedua ini dimulakan dengan kebizian masing2 mengejar markah2 PKSR 1 untuk kelas masing2 dan aku dah berikan semua markah sains untuk kelas2 yang aku mengajar.. tp yang menjadi kepelikkannya.. sampai sekarang aku dok tunggu je bilala cikgu2 yang mengajar subjek2 lain kelas aku (2G) nak bg aku markah.. berjanggut jugak aku nunggu... tapi alhamdulillah.. nasib tak keluar2 janggut aku... hehehe...

dah 2 hari sekolah... aku baru dapat markah Math... hmm... camno.. dah la aku pesen manusia yang tak pandai meminta2 nih.. cam mintak sedekah lak kan...???

selit gambar tak de kena mengena ngan entry... just suka2 letak ~ pic gambar anak2 di Fahrenheit, Bukit Bintang.. anak2 posing dengan kereta lumba...


note : itu je kenangan anak2 cuti sekolah hari tu as kami pun tak kemana daa...

Friday, March 18, 2011

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI


pilih SATU BLOG yang palingggg korang suka dan kagumi !

tidak lain tidak bukan Santai Bersama BEN ASHAARI

1) aku sangat kagum dengan blog BA sebab beliau selalu mengupdate cerita2 dan pandangan2 beliau terhadap dunia blogging dan tak kurang jugak dengan tips berblogging.. i likeeeeee

2) bukti - sendiri mau ingat daa.. tengok je kat traffic feedjit aku... asyik ada je blog beliau aku akan klik satu hari 5-6 kali seyyy...

3) sejak aku aktif berblog.. iaitu sekitar bulan DECEMBER 2010

4) seorang MAMAT Handsome yang sangat santai... selalu update blog.. suka buat segment.. dan sangat helpful menaikkan traffic blogger lain...dan kerana beliau juga entry aku mencecah 40+ komen wooo... tak penah2 aku dapat tuh (ekon2 sikit)

5) Siapala aku??

6) a) Camne hang boleh femes dalam berblog?
b) boleh nak kenal ngan isteri En. Ben?
c) Tips2 lain berblog.. yang takleh kasi tahu orang lain??
d) Boleh review blog saya?
e) En. Ben ni umurnya berapa?

~ SEKIAN~

Seharian di UKM

As salam

actually ni cerita basi dah.. tapi disebabkan banyak gambar nak diupload.. so aku hold dulu untuk buat entry...

baru lepas setel lunch.. MR Hubby gi solat Jumaat.. baru berkira2 ada masa untuk update blog..

ohh.. btw.. today aku masak Tomyam Seafood, Kailan Belacan, Telur Dadar dan Ikan Masin Selar... gambar?? hmm.. MAHAP.. tak sempat nak snap.. anak2 dan Mr Hubby dah BEDAL dulu!!huhuhu..

eh.. alri tajuk da.. nak cerita pasal gi UKM selasa lepas.. pergi untuk setelkan hal2 kat fakulti, tanya pasal konvo biler.. buat pengesahan di Unit Kewangan Pelajar.. aku takde hutang dah.. alhamdulillah.. aku belajar ni pun alhamdulillah.. pakai duit sendiri.. tak mo citer panjang erk.. layan gambar2 kami sepanjang di sana...




mostly gambar anak2..

UMMI pun nak posing gak


busy main kolam ikan... nakal.. dah suruh jangan main.. itu jugak dia nak godaknya...

dah sakit jatuh baru dok diam.. hehehe


~ kesian anak2.. tak de apa nak buat cuti2 sekolah nih.. so layan jela UMMI g memana ye nak~

Indahnya Sabar

Sabar ialah salah satu akhlak yang mulia disisi agama islam.Ia merupakan pegangan bagi setiap individu mukmin.Orang yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang,tenteram,mampu menaha diri dari bencana dan ujian serta mepunyai daya juang dan ketabahan yang utuh dalam semua keadaan.

Keutamaan Sabar
Allah swt telah menggambarkan dalam al-quran tentang ketinggian sifat sabar sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa,maka sesugguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki agar diambil berat(melakukannya).”

Selain itu,orang yang sabar juga akan diberi ganjaran yang banyak daripada Allah swt.Ia juga boleh meninggikan nilai rohani seseorang.Nilai ini penting dalam kehidupan manusia,tetap malangnya kadang-kadang ia dipersiakan.

Keutamaan sabar dalam meniggikan nilai ini banyak disebut dalam al-quran yang mana kebanyakannya mengabungkan dengan keyakinan,syukur,tawkkal,solat,jihad,takwa,kebenaran,amalan soleh,rahmat dan lain-lain.

Rasulullah s.a.w perah bersabda bahawa sabar adalah sebahagian daripada iman.Apabila ia telah dikategorikan seperti berikut,sabar adalah tergolong dalam perkara wajip yang perlu dimiliki oleh mereka yang beriman.

Secara umumnya,sabar boleh dibahagi kepada dua:
1. Sabar daripada perkara yang disukai.
2. Sabar daripada perkara yang dibenci.

Selain itu,sabar juga boleh dibahagikan seperti berikut:

1.Sabar mengerjakan ketaatan
Kita perlu bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt kerana tanpanya kekuyukan dan penumpuan dalam ibadah akan hilang .

2.Sabar daripada melakukan maksiat
Cabaran yang biasa dihadapi oleh manusia ialah tarikan dan dorongan untuk melakukan maksiat yang bercaggah dengan syariat Allah.Oleh itu,untuk meninggalkan segala maksiat dan dosa,ianya memerlukan pengorbanan dan ketabahan.

3.Sabar atas segala takdir
Perkara yang di luar kemampuan kita sebagai manusia dan merupakan milik allah swt ialah Qada’ dan Qadar.
Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan segalanya.Justeru itu,abar dan redha diperlukan untuk menghadapi setiap takdirnya,
Memandangkan bertapa besarnya keperluan dan kepentingan sifat sabar,setiap individu harus memupuk sifat yang mulia ini dengan harapan iman mereka akan meningkat.

Kemuliaan sabar
Sabar adalah sifat yang mulia,namun terdapat salah faham di kalangan umat islam mengenai tuntutan sabar yang sebenarnya.

Kerana itu mereka mengambil sikap menerima dan menyerah apabila menghahapi rintangan dan halangan,padahal islam menghendaki kita berusaha dan berikhtiar bagi mengatasi halangan hingga mencapai kejayaan.

Para-para nabi dan orang soleh adalah individu yang memiliki sifat sabar yang tinggi.Meraka adalah contoh yang diciptakan oleh Allah swt untuk menjadi ikutan masyarakat seluruhnya.

Malah,dikalangan para nabi terdapat pula sekumpulan mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi yang dikenali sebagai Nabi”ulul Azmi”.

Sejarah hidup mereka yang penuh dengan perjuangan yang terpaksa dihadapi dengan sabar,cekal hati dan terus berusaha.

Contohnya,kesabaran rasulullah saw yang terpaksa menghadapi pelbagai halangan rohani dan jasmani dalam menjalankan tugas dakwahnya.

Suatu ketika dulu,ada seorang perempuan yang sering melakukan kejahatan dengan membuang ajis di hadapan rumah Rasulullah swt.Namun,berkat kesabarab baginda,akhirnya perempuan tersebut beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Demikian juga kesabaran baginda sehingga Berjaya menyakinkan para sahabat yang pada mulanya kurang berpuas hati dengan perjanjian damai hudaibiyah.

Ini kerana pada pandangan mereka perjanjian tersebut merugikan islam.Tetapi akhirnya ternyata perjanjian tersebut member kemenangan besar kepada perjuangan islam.

Selain daripada contoh kejayaan Rasulullah saw yang menggambarkan betepa tingginya tahap kesabaran yang dimiliki oleh baginda,kita juga dapat melihat banyak tanda dan bukti kejayaan yang dicapai oleh seseorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam hidup mereka.

Ini bermakna orang yang sabar bukan sahaja akan mendapat perlindungan dan hidayah daripada allah swt,malah akan Berjaya di dunia dan akhirat.

Oleh itu,marilah kita menghayati sifat sabar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya dan berdoa agar Allah sentiasa mengurniakan kekuatan kepada kita untuk terus menjadi orang yang sabar.

Panduan mengembangkan sifat sabar
Berikut adalah beberapa panduan untuk memampatkan sifat sabar dalam diri kita:
1.Jangan terlalu berfikir mengenai sesuatu masalah,sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2.Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara ini,lebih teruk keadaan anda nanti.semua perkara akan menjadi kelam kabut,hati terluka dan merasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3.Jangan fikir untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang dilakukan.
4.Terimalah hakikat bahawa sukar untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa.pastikan anda bersikap adil,wajar dan biarkan masa yang menentukan.
5.Jangan fikir anda mengetahui apa yang terbaik untuk orang lain.
6.Terimalah hakikat boleh terus memujuk,tetapi ada kesukaran dalam mengharapkan agar mereka apa yang kita kehendaki.Ini akan menceuskan ketidaksabaran kedua belah pihak.
7.Jangan fikirkan bahawa jika mareka tidak bersetuju dengan anda,mereka akan bersifat tidak wajar terhadap anda.
8.Terimalah hakikat bahawa manusia berhak ke atas pandangan yng dikemukakan.Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama.
9.Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk ke atas diri anda.
10.Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehat.cuba lihat di luar daripada diri anda.
11.Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12.Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu dalam diri seseprang adalah terlalu penting.
13.Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah dan tidak menentu.Hadapi dengan tenang dan cuba kawal sifat diri anda.
14.Jangan fikir bahawa citi-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15.Terima hakikat bahawa wujud kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup,terhadap diri sendiri dan orang lain.Jika anda terlalu berharap,kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar.

SABAR MENGHADAPI RINTANGAN

Makna sabar

Menurut kamus dewan,perkataan sabar mempunyai dua erti,pertama,sangup menahan penderitaan dan kedua tidak terburu-buru.Kedua-dua erti ini mengambarkan nilai atau sifat yang baik dan mulia.

Sabar pada erti pertama iaitu mengingatkan kita supaya mampu menghadapi kesusahan dan penderitaan dalam mencapai cita-cita untuk hidup bahagia.

Manakala sabar pada erti kedua mengajar kita supaya berwaspada dan melaksanakan tugasan dengan berhemah dan cermat.

Kita harus mengakui bahawa hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan rintangan.Apa yang kita mahu dan perlukan tidak akan sampai dengan mudah dan senang.

Malah kadang-kadang terpaksa bertungkus lumus mencurahkan tenaga yang banyak,namun hasilnya masih belum kelihatan.Inilah gambaran dunia yang mencabar kesungguhan,ketekunan dan kesabaran kita.

Untuk mendapat semua itu,Allah swt menyediakan kekuatan dalam diri kita supaya mampu menghadapi segala cabaran.Dorongan Allah supaya kita bersabar merupakan tanda kasih sayangnya kepada kita.

Walaupun erti sabar sangat jelas,namun masih terdapat di kalangan ummat islam yang tidak memahami atau keliru mengenainya.

Bagi golongan ini,sabar tidak memerlukan apa-apa usaha dan ikhtiar bagi mngatasi kesusahan dan penderitaan yang diterimanya.

Contohya,jika ditimpa sakit,dia hanya menahan kesakitan tanda apa-apa ikhtiar untuk menghilang atau mengubatinya.

Begitu juga apabila ditimpa kemiskinan dan tiada makanan,dia hanya berlapar tanpa berusaha mencari makanan.

Pemahaman seperti ini adalah salah dan tidak menepati kehendak islam sebenar.menurut islam,jika kita berada dalam kesusahan,kita hendaklah sabar dan cekal menerima kesusahan di samping berikhtiar mengatasinya dengan bijaksana.

Sabar dan manfaatnya

Sikap sabar dipandang mulia di sisi Allah swt kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

Sikap tersebut perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.Terdapat lebih 70 ayat al-quran yang menyebut mengenai keperluan sabar dan kebaikannya.

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu pertama,sabar menahan diri daripada perkara yang disukai tetapi dilarang oleh agama.Kedua,sabar menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.

Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan,menahan diri ketika penderitaan,sanggup melakukan perkara yang sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia manghadapi tempoh yang panjang untuk mendapatkan sesuatu.

1.Mendapat kegembiraan dan rahmat

Allah swt menyebut bahawa orang yang bersabar akan mendapat kegembiraan,petunjuk,keberkatan dan rahmat daripadanya.

Oleh itu,setiap orang mesti bersabar dalam menhadapi segala cabaran hidup.Janji dan jaminan Allah swt kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tidak ada tolok bandingnya.

Sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersia-siakan kesabaran setiap hambanya yang sanggup menanggung sesuatu masaalah yang dihadapi.

Setiap kesusahan yang menimpa adalah merupakan ujian daripada Allah swt.Sesiapa yang Berjaya melepasi ujian tersebut,nescaya akan mendapat balasan lebih baik daripada apa yang disangkanya

2.Mendapat kejayaan


Mereka yang menhadapi ujian dengan sabar dan sentiasa memohan rahmat daripada Allah swt,pasti akan mendapat pertolongan daripadanya.contohnya bersabar dalam usaha untuk mendapat sesuatu perkara yang dihajati.

Sesungguhnya melakukan sesuatu denagan sabar akan membuka peluang untuk Berjaya dengan lebih cemerlang.

Setiap usaha yang dilakukan dengan fikiran lapang dan berhemah akan membuahkan kejayaan yang lebih baik.

Kejayaan daripada hasil usaha yang lama dan menghadapi kesukaran adalah lebih baik bermakna dan dihargai.

Sememangnya sikap sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu usaha adalah tangga kejayaan.Jika dilihat pada diri tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang,kejayaan yang mereka kecapi itu dicapai hasil daripada sikap sabar dan tekun dalam usaha yang dilakukan.Mereka sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk mencapai apa yang dihajati.

Sabar dan ikhlas

Kesabaran akan lahir dalam diri orang yang ikhlas.Keikhlasan akan menimbulkan rasa minat yang mendalam dan sikap tekun melakukan sesuatu sehingga Berjaya.

Gabungan sikap sabar dan ikhlas akan melahirkan insan yang tidak mudah mengaku kalah kepada cabaran yang dihadapi.

Segala cabaran dan kegagalan yang dihadapi dijadikan azimat untuk terus berusaha dengan lebih gigih.

Allah swt berjaji kepada mereka yang bersifat sabar,sesungguhnya setiap usaha ada kejayaan dan setiap masalah ada penyelesaian.semua ini bergantung kepada sejauh mana kesabaran dan usaha yang dilakukan.

Sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersia-siakan hambanya yang bersabar jika apa yang diharapkan di dunia tidak tercapai,pasti kebaikan di akhirat tetap akan dinikmati.

Sabar sebagai bukti takwa

Sikap sabar dalam menghadapi apa jua keadaan,sebenarnya menzahirkan ketakwaan dalam diri.

Semua yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah swt.Hamba yang bertaqwa sentiasa melakukan perkar yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang.

Allah swt akan mengurniakan kepada mereka yang bersabda dan bertaqwa dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Sesuatu keburukan yang mungkin berlaku akan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan atas sifat rahmatnya.

Setiap muslim perlu mengamalkan sikap sabar dan taqwa sepanjang masa.Contohnya,sikap sabar ketika memandu.Elakkan daripada memandu terlalu laju dan berbahaya kerana sikap tidak sabar akan memberikan kesan yang buruk.Sebaliknya patuhilah undang-undang dan peraturan semasa di jalan raya.

Jika terjadi sesuatu perkara yang tidak menyenagkan seperti kesesakan lalu lintas,hadapinya dengan sabar.Jangan melakukan perkara yang menyalahi moral orang islam.

Sabar mengelakkan bencana

Kebanyakan kemalangan berpunca dari sikap tidak mematuhi undang-undang jalan raya.Kesabaran adalah jalan terbaik untuk mengelak daripada berlaku bencana yang tidak di ingini dan diketahui.

Mungkin kesukaran adalah penyebab berlakunya perkara yang lebih buruk.Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketetapan Allah swt.

Hakikatnya,sesiapa yang sentiasa mengamalkan sikap sabar dan taqwa,nescaya Allah swt akan mendampingi dirinya sepanjang masa dan member petunjuk serta pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Kesabaran Nabi Dan Para Sahabat

Abu Nuaim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya,pernah pada suatu hari aku melihat nabi saw bersembahyang sambil duduk.Maka aku bertanya kepada baginda,”apa sebabnya tuan sembahyang sambil duduk ya rasulullah?”

Baginda menjawap,”Aku tidak kuat bardiri kerana lapar.”

Apabila mendengar jawapan nabi saw,Abu hurairah menangis dan nabi saw berkata,”wahai Abu hurairah,janganlah kamu menangis,sesungguhnya perhitungan di hari kiamat tidak dapat dibandingkan dengan kesulitan lapar di dunia ini.”

PAda suatu hari ketika nabi saw merasa lapar,maka baginda meletakkan batu pada perutnya sambil bersabda:

“Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunuia,kelak akan lapar dan telanjang di hari kiamat.”

Saad bin Abi waqas berkata,”ketika kami masih berada di mekah bersama nabi saw,kami telah biasa menghadapi kelaparan,kerana itu setiap kali mendapat ujian kami akan bersabar.”

Dari Abu Hurairah menceritakan,”pada suatu hari aku merasa sangat lapar sehingga terpaksa menyendal perutku dengan batu.Aku diajak oleh rasulullah saw masuk ke rumah baginda.Di rumah baginda terdapat segelas susu.Rasulullah saw bertanya kepada orang yang berada di rumah,”dari manakah datangnya segelas susu ini?”kata mereka,”susu ini adalah pemberian seseorang.”

Kemudian rasulullah saw menyuruhku memangil ahli suffa yang tinggal di serambi masjid(mereka adalah tetamu islam yang tidak mempunyai harta dan keluarga).

Jika Rasulullah mendapat hadiah daripada seseorang,maka baginda mengambil sebahagian dan sebahagian yang lain diberikan kepada mereka(ahli suffa).Jika terdapat sedekah,maka Rasulullah bsaw mamberi kesemuanya kepada ahli suffa kerana baginda tidak menerima sedekah.

Dalam hatiku barkata,”Jika aku memanggil mereka dan mereka meminum bersama,pasti aku tidak berpeluang minum susu tersebut,tetapi jika aku tidak memanggil mereka aku tidak taat kepada perintah rasulullah,padahal taat kepada Allah dan rasul adalah wajib.Tetap aku ingin minum susu itu semua agar badanku menjadi kuat.”

Apabila mereka dating ,Nabi saw menyuruhku memberikan segelas susu ini kapada mereka terlebih dahulu secara bergilir-gilir dan mereka semu minum susu tersebut sehiangga puas.

Apabila selesai semuanya,barulah gelas itu diberikan kepada rasulullah saw.Kemudian Rasulullah saw melihat wajahku sambil berkata,”wahai Abu hurairah,sekarang tinggal untukku dan kamu sahaja.”

Jawabku,”Benar ya Rasulullah.”Baginda menyuruhku duduk dan minium dari lebihan susu itu sehingga aku merasa kenyang lalu aku berikan kepada rasulullah saw,tetapi Baginda tetap menyuruhku minum sehingga aku sendiri tidak mahu,selepas itu barulah Rasulullah saw minum susu yang masih ada.

SABAR MENAHAN NAFSU

Sabar sebagai perisai
MAKSUD ‘sabar’ dalam konteks amalan hati ialah menahan nafsu dari dipengaruhi oleh gelora,gempar hati,perasaan,rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak,gelisah,sungul,kecewa atau putus asa akibat kesusahan,ketudakselesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini.

Kesabaran harus meliputi empat tindakan iaitu:
1. Tabah dan tekun melakukan ketaatan.
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri dari godaan dunia,nafsu dan syaitan.
4. Tenang atau teguh hati menghadapi cubaan musibah.

Matlamat Dan Tujuan Sabar
Sabar adalah tuntutan agama dan perisai menahan diri daripada fitnah nafsu yang bergelora.Orang yang tidak sabar akan gagal di dalam hidup dan rugi di dunia dan akhirat
Antara ujuan sabar ialah:
• Beribadah dengan tenang
• Berfikir secara Rasional
• Melahirkan sifat takwa
• Melahirkan kekusyukan
• Mendapat kemanisan iman

Panduan Melatih Kesabaran
Langkah-langkah untuk memperolehi sabar bagi seseorang adalah:
• Ilmu islam yang sempurna dan tepat,agar segala tindakan dapat diselaraskan dengan syariat dan kehendak Allah swt melalui hokum yang telah ditetapkan.
• Yakin.Keyakinan sangat penting.Oleh itu,kita wajib belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan.Jangan biarkan keyakinan dicelahi oleh keraguan.keraguan mesti dilawan dengan ilmu pengetahuan bukan dengan akal semata-mata.
• Beramal dengan ilmu yang telah difahami dan diyakini.
• Istiqamah dalam beramal.Iaitu melakukan amalan ketaatan dan ibadah serta menjauhi kemungkaran secara berterusan.
• Sentiasa berdoa kepada Allah swt.Jika hanya dengan usaha zahir sahaja tanpa mengharapkan bantuan daripada Allah,maka mustahil bagi kita untuk membuang nafsu yang jahat yang ada di dalam diri kita.
• Bermujahadah.Iaitu melawan nafsu yang mendorong kea rah kejahatan dan menghalang diri dari melakukan maksiat zahir dan batin.

sumber : Pendidikan Islam

Wednesday, March 16, 2011

Zaman Hingusan.. Tapi Aku dah Kawen.. Korang percaya tak??

As salam

ni cerita zaman masa dok UiTM.. aku buat Diploma Bangunan kat Fakulti Senibina dan Ukur, S.Alam.. masa tu memang heaven la belajar kat UiTM Shah Alam sebab peraturan dia cam tak ketat sangat.. even nak pakai jeans pun lepas weyy..


ZAMAN ANAK DARA...

masa tahun pertama di UiTM.. duduk dom di Kolej Kenangan (sangat jauh nak menapak).. kawan aku komen kt FB..gambar ni muka suci giler.. hahaha.. masa ni belum kawen.. umur 18 tahun.. masa ni dok dom yang 25 orang sekali tuh... giler best!!

contracter to be tak menjadi.. sebab ended up jadi cikgu gak hambo.. hehehe.. masa ni aku kena melawat tapak projek nak buat bangunan.. buat tugasan kot masa nih.. bergaya dengan topi contractor (macam buroh kasar adelar... perasan!!)

aku tak hingat dah sapa dak yg ambik gambar ni... masa ni baru lepas bersiap2 nak pergi kelas.. dah la menapak jauh tau... sebab masa tu kolej untuk fakulti aku dh penuh.. so terpksa dorang suka2 hati letak kami kat sini.. adala dalam 4-5 orang yang satu fakulti ngan aku sesat kat sini.. hahaha... tp time kelas malam tu yang takut nak menapak tuh... walawehhh... (mujur ada abang sayang aka Mr Hubby tunggu sampai hbs kelas)

ZAMAN TAK DE DARA DAH... HAHAHA

ni BFF aku masa dok belajar sana dulu.. kami memang sangat rapat.. dari kiri.. aku, syidah, arine dan yati.. semua dah kawen.. tapi masa ni aku je yang dh kawen dulu.. korang caya tak aku kawen umur 18 tahun??PERCAYALAH!!

tengok.. kami lagi, tapi gambar kat atas tu tak de liana, sememangnya kami BFF 5 orang ler.. dorang dok kolej.. aku dok luar sebab aku dah kawen masa ni... hehehe.. gatai!!

ni kak aida.. kira pangkat kakak ler dalam kelas aku.. dia pun baik ngan aku gak.. SAYANG AKAK!! (muka kami sama tak??)

tahun 1999 kot - lawatan sendiri buat - at cherating, Kuantan with geng2 diploma in building..

finally, me was grad as a diploma holder and was carrying a second daughter in my tummy when i was 23 years old... great hah??

setelah aku mempunyai 3 anak dara.. barulah si kherul terhegeh2 nak kawen..wakaka.. kenangan tahun 2010 - TAHNIAH KHAIRUL dan NAD!!


~CAMNE ZAMAN KAMPUS KORANG??.. CITERLA SIKIT~



Aktiviti Semalam dan Hari Ini...

As salam

letih menunggu berjam2 di Jabatan Imigresen masih belum hilang lagi

fuhh!!.. tapi lega la passport dah setel..tinggal nak beli tiket je... hope tak de aral melintang and everything will be going just fine..doakan...

sambil menunggu angka giliran yang lagi 100+ orang, sempat aku singgah di Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di sebelah Jabatan Imigresen dan sempat membuat kad pengenalan baru sebab yang dok ada ni dan burok sesangat..buat malu je kalau gi bank ke mana2 yang perlu aku tunjuk IC.. hehehe... kenala rm10 hengget tadi..

tak de mood nak bercerita actually.. cuma just nak kongsi masakan yang aku masak malam semalam untuk dinner kami sekeluarga..sangat simple... layannn kan aje...

sardin marbeles chekgu azrine... walahhh

daging masak kicap.. hubby's fav

note: korang masak apa malam tadi??

Tuesday, March 15, 2011

Bloglist Cikgu dalam CATATAN TINTA EMAS 2011


jom join bloglist Cikgu2 dalam CTE 2011

nak join klik SINI

terbuka kepada cikgu cikgu sahaja ye...:-)

Tarikh tutup ialah 20hb Mac 2011..

tagged :
cikgu suraya
cikgu farha
pearl jade
and semua cikgu2 yang sudi singgah sini k...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


aku suka..aku suka..ada lagi segmen Ben Ashaari...syiokkk giles!!

nasib dah sudah masak ni...hahaha

sapa nak join jugak klik SINI

Aku ialah seorang cikgu yang mengajar subjek sains sejak 3 tahun yang lalu dan merupakan guru di sekolah SKTM (2), Gombak...

tanya mengenai blog feveret aku punyala banyak.. the list goes here :

1) Ben Ashaari
2) Miles Of Smile
3) Once A Bride To Be
4) Si Sengal Yang Jiwang
5) Citarasa Kehidupan SueJoshua

actually banyak lagi, tapi ini adalah the most yang suka aku baca....BESH!!

Blog yang paling aku tak suka nak masuk ialah blog yang suka kutuk2 orang, blog yang banyak sangat widget yang tak patut2, blog yang berat and lambat nak loading dan blog yang bila kita nak leave comment ada word untuk kita type as a verfied..sebab sangat lambat okeh...sorry

impian aku terhadap blog ialah aku akan terus berblogging dengan cara aku sendiri dan personaliti aku sendiri tanpa perlu mengikut cara blogger lain hanya untuk up traffic aku dan bagi aku traffic is not most important thing to me but the sincerity of blogger and readers who sincere to drop by and read my latest entry and of coz BLOGGING IS MY PASSION

TUTUP : TENGAH MALAM NI ( 15/3/2011 )

~ AKU BLOGGER SELANGOR!!~


30,000 guru ikuti Program Pengsiswazahan Guru (PPG)

As salam

Firstly, congrats to all my friends aka teachers yang dapat peluang dan rezeki sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda pengajaran..

specially congrats to Kak ros, hanne, amalina and ramai cikgu2 SKTM(2) kerana berjaya melayakkan diri untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar ijazah di pelbagai universiti-universiti dan IPG terpilih...TANIAH!!

Actually, program ini diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015.

menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman...

"Ini adalah program untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sektor perguruan di mana guru-guru ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun di institusi masing-masing dalam bidang sarjana"

~SEMOGA SASARAN KPM UNTUK MENCAPAI 60% GURU-GURU SEKOLAH RENDAH MEMPUNYAI IJAZAH PERTAMA MENCAPAI SASARAN MENJELANG 2015..INSYAALLAH!!~

cikgu-cikgu yang dah ada ijazah tu bila nak kawen jangan demand sangat erk..hehehe

Gegaran Kuat dijangka esok


TOKYO 14 Mac - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.

Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.

Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara.

Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.

Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak.

Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.

Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk.

Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.

Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa. - Reuters


sumber : Utusan Malaysia Online

Sunday, March 13, 2011

Korean Drama - Three Daddies and One Mommy

As salam

korang layan tak citer korea??

aku peminat TEGAR citer or drama korea ni, sebab aku sangat suka pelakon2 nya yang cute2 macam patung dan aku sangat suka Eugene Kim yang jadi mak seorang bayi comel dalam citer nih..memang comel sungguh..dah la citer ni kelakar

Eugene Kim sebagai Song Na Young (the mom)

Jo Hyun-jae sebagai Han Soo Hyun (The daddy 1)
Shin Sung Rok sebagai Hwang Kyung Tae (The daddy 2)

Jae Hee sebagai Choi Kwang Hee (The daddy 3)

LAYAN SIPNOSIS

Song Na Young dan suaminya, Jung Sung Min, sangat menginginkan seorang anak tapi suaminya tidak mampu untuk hamil. Rakan-rakan suaminya memutuskan untuk membantu mereka. Tapi Na Young tiba-tiba kehilangan suaminya dalam sebuah kemalangan kereta dan telah melahirkan anak perempuannya tetapi tidak tahu mengetahui tentang teman-teman suaminya ialah ayah kepada anak yang dia lahirkan. Boleh jadi ayah kepada Haseon ialah Han Soo Hyun, Choi Kwang Hee atau Hwang Kyung Tae atau.

this is the baby yang menjadi rebutan 3 daddies

selalu bergaduh dorang ni tau..tak caya tengokla citer dia..aku selalu gelak sakan

jom tonton setiap isnin hingga khamis jam 10.15 malam di KBS @astro..layannnnn

p/s ; korang layan citer korea tak??pesen korea pun aku suka tau..nice and sopan jek...