U Click Me...I Click U Back

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran 2011




As salam

di kesempatan ini Chekgu Azrine dan Family ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 2011..


ku mohon maaf sekiranya ada bahasa2 aku yang korang rasa mcm xboleh blah ke hape.. sepuluh jari kususun..

selamat pulang ke kampung..


selamat memandu secara berhemah ke kampung halaman memasing.. pandu cermat jiwa selamat kata orang...biar lambat asal selamat ye kekawan


last but not least.. kalau ada duit lelebih tu.. jangan lupakan chekgu azrine di sini.. hahaha

TAK MALU!!


p/s : selamat hari raya kepada all readers.. tak kisah la yg silence ke apa.. semoga syawal kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.. amin






Sunday, August 28, 2011

Kerana Semangkuk Bubur


"Kalau kau boleh pilih salah seorang daripada batch kita untuk dijadikan isteri, siapa yang akan kau pilih?" Spontan soalan itu terluah. Damak tergelak.

"Kenapa? Kau nak kahwin ke?" Adam menggeleng.

"Habis?"

"Saja. Nak tahu pendapat kau tentang ciri-ciri seorang bakal isteri."

"Memang sah kau ni buang tabiat." Damak tersenyum-senyum.

Mereka berdua baru sahaja selesai kuliah Fisiologi. Waktu lapang selama dua jam yang ada sebelum kuliah subjek seterusnya dimanfaatkan untuk sarapan walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 pagi. Di meja makan tersebut hanya mereka berdua.

"Okey, aku jawab." Damak akhirnya mengalah.

"Siapa?" Pantas Adam mengajukan soalannya semula. Wajah Damak dipandang tepat.

"Kau jangan nak buat gosip pulak. Ni contoh sahaja. Menjawab persoalan, bak kata orang." Damak meletakkan syarat.

"Okey, takde masalah. Manalah tahu calon kau sama dengan pilihan aku, sekarang jugak aku pegi melamar." ujar Adam sambil ketawa.

"Kalau dari batch kita, tak banyak choice. So, aku akan pilih Radin Rahmah."

Pelajar perubatan Malaysia tahun empat di Universiti Nil itu tidak ramai. Cuma dalam lingkungan 100 orang. Separuh adalah lelaki, menjadikan pilihan pelajar perempuan untuk dipilih Damak cuma 50 orang dan Radin Rahmah menjadi pilihannya.

"Sebab?" Soal Adam selanjutnya.

"Ya lah. Dia kan cantik, kuat agama, lemah lembut, sopan santun, bak kata kawan kita, Ikmal, ada class." jawab Damak selamba sambil menggayakan watak Ikmal dalam filem Syurga Cinta. Adam tergelak lagi.

"Kiranya pilihan kau mesti ada ciri-ciri tu la ek?" Damak mengangguk lagi. Kushari (sejenis makanan bangsa Mesir) di hadapannya sudah tinggal separuh.

"Kalau semua orang nak yang cantik, kuat agama macam kau nih, kesian la perempuan di luar sana yang buruk. Takde orang nak buat calon. Dah la buruk, minah bohsia pulak tuh." luah Adam.

"Habis, kau berani?" Cabar Damak.

"Lelaki, kalau suka berfoya-foya pun, nak kahwin mesti cari yang baik punya." sambungnya lagi.

"Kononnya."

"86.48% lelaki macam tuh." Damak melontarkan nombor secara rambang. Kemudian tergelak kecil.

"Ustaz aku dulu pesan, nak cari isteri, cari yang cantik."

"Walaupun akhlak buruk?" Soal Damak.

"Ya." Adam menjawab sepatah.

"Nak tahu sebab apa?" Soal Adam selanjutnya. Damak menceduk kushari sebelum menggangguk ingin tahu.

"Walaupun masa muda cantik, bila dah tua mesti kerepot kan?" Tanya Adam.

"Kalau ambik isteri cantik masa muda, masa tua nanti, sekurangnya dah menikmati kecantikan masa muda. Kalau masa kahwin dah hodoh, sampai mati kau sabar dengan kehodohannya tuh," Adam tergelak besar. Damak pun sama.

"Habis, apa hal pulak akhlak diabaikan?" Tanya Damak setelah ketawanya reda.

"Akhlak boleh diubah, muka kalau make-up macam mana pun, tetap hodoh." Adam gelak lagi.

"Sebenarnya ustaz aku gurau je tuh. Ciptaan Allah semuanya cantik, lawa. Cuma berbeza dari sudut pandang manusia. Bak kata Pemenang, cantik itu subjektif." Shawarma (juga sejenis makanan Arab, macam sandwich) di tangannya dihabiskan.

"Tapi dalam gurauan dia tu ada betulnya juga. Samada kita berani atau tak menyahut cabaran mengubah seorang perempuan."

"Kalau kau, confirm tak boleh. Cepat cair dengan perempuan comel. Dia panggil abang sikit, terus tak jadi nak tegur." Gurau Damak. Gelak besar dia.

"Tahu takpe," Adam hanya tersenyum. Dia memerhatikan pelajar-pelajar Arab di hadapannya yang sedang seronok berbual.

"Cumanya kalau kau nak yang cantik, kuat agama, lemah lembut, kau tu layak ke dapat jenis macam tu?" Soal Adam.

"Tak salah berharap kan?" Damak tersengih.

"Impian tak salah, tapi kena usaha juga. Mencari jodoh tak semestinya terhegeh-hegeh pergi mengorat. Ciri-ciri kau sebagai suami tu dah cukup ke belum. Orang kata, biar sekufu, biar ada kelas yang sama." hujah Adam.

"Seronok sembang." tegur satu suara dari belakang. Bahu Adam ditepuk. Sebungkus plastik berisi Tupperware diletak di atas meja.

"Eh, kau Bebe. Dari mana?" Soal Damak. Bebe mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Peluh di dahi dikesat dengan tisu di atas meja.

"Dari kuliah laa. Dari mana lagi? Ingat aku ponteng kuliah ke apa?"

"Tetiba je muncul. Ni apa?" Adam membuka ikatan plastik di hadapannya. Tupperware dikeluarkan.

"Wah, bubur kacang. Kau masak eh?"

"Takde ah. Akhawat yang masak. Kan ada parents yang datang sini, so dia orang masak bubur. Entah ape mimpi diorang, banyak yang lebih, diberinya kat aku. Mentang-mentang aku handsome." jelas Bebe.

Damak mengambil sudu lalu menjamah sedikit.

"Hampeh, dah lah cair, tawar plak tuh. Patut la dia bagi kat kau Bebe." Dia meneguk air masak di dalam gelas.

"Kalau tahu sape buat nih, aku terus reject jadi bini." sambung Damak. Kushari yang berbaki dicapai kembali.

"Radin Rahmah yang buat. Pergi complaint kat dia." jawab Bebe selamba sambil merampas shawarma dari tangan Adam.

Damak tersedak. Adam hanya gelak.

Coretan dari Editor: Lelaki mencari isteri yang cantik, kuat agama, tapi bila tidak pandai masak ada kemungkinan direject kerana tidak cukup sempurna. Lelaki-lelaki sekalian, sudahkah kalian cukup sempurna untuk menjadi imam dalam bahtera rumah tangga wanita-wanita yang bakal menjadi isteri-isteri kamu kelak? Renung-renungkan.

-Artikel iluvislam.com


Saturday, August 27, 2011

Mode Sedih Sangat


Mr Hubby tak berapa sihat..

kalau diizinkan akan cerita kemudian ye...

doakan kesejahteraan dan kesihatan kami sekeluarga

dan semoga kami dapat pulang berhari raya di Penang as planning

Thursday, August 25, 2011

Tak habis2 lagi shopink??... hehehe

As salam

takde mood nak buat entry baru..

sebab mood blogging mcm dah ke laut lak..

mood nak raya kot...!! hahaha

ok bebeh.. mari cekitdout weekend lepas kami buat apa??

sebelum keluar.. harus tembak satu!!

my precious in pink

amirah yang sakan tak dok diam kat KLCC.. geram je nak gigit...(oppss pose)

with her kak ngah

ummi tumpang sekaki

the sisters

suasana hari raya di KLCC

berbuka pose di sini.. sedap sangat!! tapi ramai umat takyah cakap ler..

kami melepak menunggu abahnya solat..

kakak with her youngest sis

ummi yang berlemuih.. hehehe




SEKIAN ENTRY SHOPPING EDISI KE 2...

p/s : bila uols balik kampung... harap jalan tak jam la erk


Al-fatihah untuk adik Dania Emelda Aqasha


masih belum terlambat untuk mengucapkan salam takziah kepada Leen di atas pemergian anakanda tercinta adik Damia Emelda Aqasha

doakan arwah tenang di sana..

AL-FATIHAH...

p/s : arwah adik Damia Emelda Aqasha meninggal kerana didiagnosis leukimia....

Tuesday, August 23, 2011

Shopping Raya...Uols dah??

As salam

sory for late update

might as well.. lack of ideas.. maklumla bulan pose nih.. hehehe (alasan xmunasabah)

sempat BW rumah kekawan.. and thanks sebab sudi baca entry2 mengarut chekgu azrine..

sepanjang Ramadhan ni.. ada la 2x kami berbuka di luar.. itu pun sebab shopping raya.. entahla tahun ni tahun tak berapa nak bernafsu nak makan itu ini.. banyak bersederhana.. lebih selesa berbuka di rumah dengan hanya dihidangkan dengan meehun dan sedikit kuih muih pembuka selera.. cukupla tuh.. nak makan best2.. kena tunggu weekend.. hehehe

ok.. back to tajuk daa..

semua dah shopping raya??

bila dah ada anak ramai ni (ramaila sangat!!).. tak boleh shopping sekali harung.. mau parak duit mak pak dia.. nasib la govt bg kat kami bernafas dengan duit bonus.. ada la lebihan sikit baju raya anak2 tahun ni.. nak kata raya sakan tu idokle jugak.. tapi aku beli banyak baju casual sbb boleh pakai banyak kali.. instead of baju kurung.. cukupla sorang sepasang kot..

during shopping raya pertama..

bila anak2 dah membesar bagai johan ni.. beli baju pun kena mintak pendapat dorang gak.. dorang pun ada hak memilih rite.. maklumla nak sarong pun kat badan dorang.. macam kak ngah kurang sikit kecerewetan dia berbanding dengan si kakak.. sangat cerewet.. nak baju semua lengan panjang.. aku dah ckp.. kalau lengan pendek still boleh pakai inner.. then barula ok.. sebab baju budak2 mostly lengan pendek.. lengan panjang ada.. tp kain tebal2.. tak sesuai utk cuaca di Malaysia.. hehehe

us at Ampang Park LRT Station.. going to meet Mr Hubby

operasi mencari baju anak2 bermula di Sogo.. tapi memula tuh operasi soping tingkap di Jalan TAR dulu sebab nak berbuka di Ibramsha Nasi Kandar... so dah dekat2 area situ.. takut fully reserved lak.. so kami jejalan area situ jek..

jejalan di Jalan TAR.. dapatla rembat 3 helai tudung wat pakai tukar gi mengajar.. tak beli tudung raya sebab baju tak ambik lagi kat tailor.. so kena ada 2nd shopping raya lak lepas ni.. hehehe

lepaking with anak dara Alyaa after penat bejalan at Jalan TAR

selesai Jalan TAR.. kitaorang terus ke Ibrahmsha.. nak cop tempat katanya.. nanti kompem takde tempat sebab dh tahu sangat.. setiap tahun sure akan berbuka sini sekali.. mmg penah tak dapat tempat.. so cepat2 gi duduk utk booking...plus anak2 nak rehat as dh penat bejalan sakan.. lepas berbuka baru terjah ke SOGO

anak2 yang kepenatan bejalan sakan.. esp muka kakak.. hancus!!

aku pun dah lomah segala lutut... yolah tuh.. ko paling banyak soping tau...(syhh pecah rahsia)

masa ni Mr hubby mencari belon Upin Ipin utk Amirah sebab anak dara kecik ni dok ngamuk sakan nak jugak.. dok nangis wat malu je dalam kedai tu.. haru!!

takde gambar makanan sebab kami makan tahap lapar 88 hari tak makan.. fuhh.. alhamdulillah...

keriangan sebab dapat belon upin ipin..

masa ni dah lepak kat luar... abahnya menunaikan apa yang patut.. aku menunggu giliran jaga anak dulu.. so apalagi snap2 gambar ler di tengah ibu kota yang indah permai... (gediks)

then.. headed to Sogo.. belila baju anak2 sorang 3 pasang.. rege tak yah cakapla.. nampak sangat pembohongnya.. asal less 50% - 70%.. kompem harga asal dh dinaikkan.. so sama mcm tak sales.. but we have no choice.. masa raya ni la nak beli yg branded sikit... ye dak??

cuma tak dapat beli jeans kak ngah sebab takde size.. later on cari jela dekat JJ ke.. tak pun Giant belambak.. hehehe

hasil rembatan...

walaupun nampak tak banyak.. tapi habisla $$$.. maklumla baju anak2 je nak dekat rm300 utk 3 orang.. bukan beli apa pun.. just baju2 jek.. dasatkan??(fenings sat..kurang darah)

sekian sahaja entry shopping raya edisi pertama...

thanks for reading...:-)

p/s ~ uols dah habis shopping raya??

Sunday, August 21, 2011

Cantik Raja Farah Bertudung.. alhamdulillah..!!


“Perubahan yang dilakukan oleh isteri saya memang telah dijangkakan, cuma saya tidak sangka perkara ini terjadi di awal perkahwinan kami. Saya gembira & bersyukur kerana isteri saya benar-benar ikhlas untuk memakai tudung. Satu hadiah yang terbaik sebagai ulang tahun perkahwinan kami yang pertama nanti,” kata Megat Bashirun Qayyum dalam nada gembira apabila memberikan komen mengenai penampilan Raja Farah.

sumber cerita dan gambar : Oh Bulan

Saturday, August 20, 2011

Simple Kek Batik

hampir everyday anak2 aku request kek batik kat aku.. asyik tergendala sebab tak dan gi cari bahan2 untuk membuatnya.. actually zaman anak dara dulu rajin giler buat.. sejak ada anak ni dah jarang buat.. adala buat sekali kot.. hahaha

lain orang lain caranya.. tapi aku punya kompem simple dan korang semua boleh cuba buat kalau belum penah cuba buat k...


Bahan-bahan :

1 paket milo (paket yg paling kecil)
1 tin susu
1 buku buttercup
1 cawan gula (boleh kurangkan untuk kurang manis)
1 biji telur
1 sudu serbuk koko
1 paket biskut marie (flavour biasa)

Cara Membuatnya :
  • masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk (kecuali biskut marie)
  • cairkan kesemua bahan-bahan dengan api yang sederhana dan kacau sampai pekat
  • tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
  • masukkan dalam loyang dan mampatkan
  • masukkan dalam peti sejuk dan keraskan
  • sedia untuk dimakan
p/s : senangkan nak buat?? apa lagi sekarang jugak gi buat.. sedap utk those yg ada anak2 kat rumah..leh jadi dessert .. hehehe

Friday, August 19, 2011

6 Petua Kejayaan

Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

- Artikel iluvislam.com

Resepi Kerutuk Daging

kerutuk daging ala2 kelantanese *abaikan keserebehannya itu ye*

resepinya...

500g daging
1 paket rempah kerutuk cap adabi
2 sudu cili kisar
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik

*bahan tumis*

1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara membuatnya :

1). Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2). Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3). Panaskan minyak
4). Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5). Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6). Masak sehingga pecah minyak
7). Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8). Akhir sekali masukkan garam dan juga kerisik.
9). Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.


p/s : uols pernah cuba tak.. this is my 1st attempt.. makan ngan nasi minyak.. dan jangan lupa sediakan sekali acar timun campur betik or nenas.. sedap baitu!!

Thursday, August 18, 2011

Resepi Agar-agar Roti Warna Warni




Bahan A :

Roti Gardenia 4 keping
Satu tin susu cair
3/4 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B :

1 paket (10mg) serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
3 cawan air
2 sudu marjerin atau mentega
2 sudu besar serbuk koko (milo pun boleh)
2 sudu teh pewarna merah jambu (optional)

Cara Membuatnya :

  • masukkan 1 paket serbuk agar bersama 1 cawan gula pasir dan 3 cawan air ke dalam kuali atau periuk
  • masak sehingga mendidih
  • samping itu blender kesemua Bahan A di atas
  • masukkan Bahan A ke dalam kuali atau periuk yang mendidih tadi
  • apabila pekat dan mendidih, masukkan marjerin dan asingkan kepada 3 bahagian
  • bahagian 1 - masukkan ke dalam loyang
  • bahagian 2 - masukkan serbuk koko
  • bahagian 3 - masukkan pewarna merah jambu tadi
  • masukkan bahagian 2 dan 3 ke dalam loyang tadi, dan gunakan garpu untuk membuat zig zag supaya ia menjadi seperti pelangi
  • sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais
  • sedia untuk dimakan..

p/s : agar-agar ni dah lama buat.. tak sempat nak kongsi2 di sini.. bolehla cuba erk kekawan..senang baitu!!



Tuesday, August 16, 2011

Family Wardina Macam Family Arab dah...

credit : Wardina Official Page

Wardina Saffiyah and her beloved family.. semua lawa2 and hensem2.. weeeeee...

Semoga Panjang Umur Alyaa...


wishing you a day
filled with pleasure
and a life filled with fun
for even though
you are a little older
you are still our little one!!


happy 10th birthday my dearest Nur 'Alyaa Hj Abdullah


Sunday, August 14, 2011

Doa yang Mustajab - Waktu dan Amalannya

Solat hajat merupakan amalan yang sinonim dengan masyarakat kita. Selalunya jikalau ada sesetengah perkara contohnya peperiksaan anak, solat hajat selalunya didirikan dengan bacaan-bacaan tertentu untuk memohon pertolongan Allah S.W.T di dalam sesuatu perkara ataupun selain daripada itu.

Namun pernahkah kita menyemak semula, adakah solat hajat itu dari amalan Rasulullah S.A.W? Apakah baginda S.A.W dan para sahabat pernah mendirikan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah S.W.T? Adakah para sahabat pernah mengamalkannya di kala kesusahan? Jikalau baginda S.A.W tidak pernah mengamalkannya, maka apakah amalan yang baginda S.A.W dirikan bagi memohon pertolongan Allah S.W.T semasa baginda mempunyai hajat ataupun ketika ditimpa kesusahan? Apakah waktu-waktu yang baik untuk kita berdoa, agar amalan kita selari dengan kaedah dan amalan yang telah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W? Apakah ada alternatif lain bagi kita untuk berdoa memohon hajat, selain daripada mendirikan solat hajat?

Sesungguhnya amalan solat hajat itu berasal dari hadis yang tidak berapa kuat sanadnya, atau dengan kata lain, hadis yang dhaif. Adapun bagi mereka yang mengatakan amalan solat hajat itu ada dalam amalan sunnah, dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa:

1) Tidak boleh didirikan secara berjemaah kerana bukan itu yang dilakukan di dalam hadis.

2) Tiada bacaan yang khusus di dalam solat hajat, iaitu rakaat pertama sekian bacaannya, rakaat kedua sekian bacaannya.

Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.

Waktu-waktu mustajabnya doa.

01.Satu pertiga malam

Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:

Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02.Sewaktu hujan turun

Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat

Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat

Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".

02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.

Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.Menghulurkan pertolongan.

Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.Sabar.

Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Doa-doa yang mustajab.

01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:

"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.

Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:

"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.

Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.

Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?

- Artikel iLuvislam.com


Dasat Nama2 Kuih Nih... hehehe

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput/mxlz
p/s : Kuih mana idaman hati uols?? ehehehe

Saturday, August 13, 2011

"Malaikat Izrail! Please bagi peluang, I nak solat dulu!"

Selalu kita dengar melalui ustaz, ustazah, ceramah agama, televisyen dan kita baca melalui iluvislam.com sendiri bahawa solat itu tiang agama, juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat, solat itu wajib dan banyak lagi tentang amalan yang satu ini..

Tetapi sekerap mana kita laksanakan amalan yang fardhu ini? Ada yang jawab, "Mestila aku solat 5 waktu.. Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak."

Ada juga yang jawab, "Eish, soalan ni budak tadika pun reti jawab. 5 kali lah. Tapi aku buat tiga kali je, kadang-kadang dua kali..ikut mood lah."

Mungkin anda juga pernah dengar ada yang menjawab, "Solat? Penting sangat ke..? Entah, aku tak pernah kisah pun nak solat-solat ni. Aku bukan alim pun nak solat-solat ni."

Excuse me! Minta perhatian ye saudari, saudara yang dilahirkan ISLAM dan didalam IC tertera perkataan ISLAM..

Solat diamanahkan BUKAN untuk orang alim-alim sahaja. Sesiapa sahaja yang beragama ISLAM, WAJIB menunaikan solat 5 waktu yang diamanahkan Allah S.W.T. Tidak ada wujud istilah terpulang pada diri masing-masing kerana kubur asing-asing. Walaupun kubur memang asing-asing tetapi sekurang-kurangnya kalau kita tidak diseksa kerana tidak menunaikan solat tak ada lah jiran sebelah kubur kita tu terpaksa tutup telinga dengar awak menjerit terlolong kena seksa nanti!

Dulu aku pun pernah terfikir sambil merungut, "Kenapa la kena solat.. kan leceh?"

Lepas tu bila aku sudah berilmu sedikit aku terfikir pula macam ni, "Nampaknya dah nak habis waktu ni, kalau solat pun belum tentu diterima. Takpe lah esok je lah solat."

Kadang-kadang otak aku berfikir juga macam ni dek kerana hasutan syaitan-syaitan durjana, "Aku ni dah pernah buat banyak dosa. Dosa besar, dosa kecil, kalau aku solat pun mesti tak sah. Jadi, tak payah la solat."

Ataupun begini, "Alah, aku ni muda lagi. Kalau tahun depan baru start solat pun takpe."

Astagfirullahalazim! Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa aku selama ini kerana sering mempersoalkan tuntutan-Mu suatu ketika dahulu!"

Rakan-rakan sekelian, tujuan aku menaip artikel ini bukanlah untuk memesongkan akidah sesiapa dan mengajar rakan-rakan berfikiran negatif seperti yang diatas. Tidak sama sekali! Aku cuma sekadar ingin mengingatkan antara satu sama lain dan diri sendiri kerana aku hanya manusia yang sering melakukan kesilapan. Aku juga jahil tetapi ilmu yang dipelajari serta nasihat yang berterusan Insya-Allah dapat mengurangkan kejahilanku dan menambahkan ilmuku terhadap Islam yang aku anuti sejak kecil ini.

Allah beri kita telinga bukan untuk dengar lagu-lagu favourite kita semata-mata. Allah kurniakan telinga kepada kita agar kita dapat mendengar AZAN iaitu seruan kepada umat Islam untuk menunaikan solat pada setiap waktu-waktunya. Ada juga alasan belum sampai seru untuk menunaikan solat yang pernah ku dengar daripada mulut-mulut mereka yang gemar memberi alasan. Come on! Kalau AZAN yang sekuat-kuat tu pun dikatakan tidak sampai seru lagi agak-agaknya nak kena kuat macam mana lagi ya?

Yang paling hairan bila Terawih bukan main laju pergi masjid. Siap ada yang kutuk-kutuk manusia-manusia yang tidak pergi Terawih pula.. padahal Terawih itu amalan sunat. Sedangkan amalan wajib yang 5 waktu tu tidak pula mereka laksanakan. Kalau laksanakan pun mungkin lopong-lopong. Lebih banyak lopong daripada yang terisi. Itulah realiti sebilangan umat manusia yang mengaku ISLAM tetapi tidak langsung menjaga amalan yang diwajibkan oleh Islam itu sendiri.

Tidak guna kaya harta kalau tidak reti bersyukur yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi rezeki.

Tidak guna pandai kalau tidak reti berterima kasih yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi kebijaksanaan.

Tidak guna dipuji dan berstatus tinggi jika tidak reti memuji Allah yakni menunaikan solat kepada Allah yang berhak menerima segala puji-pujian.

Tidak guna hidup lama jika tidak reti bertafakur yakni menunaikan solat kepada Allah yang mengurniakan ruh, jasad dan nyawa.

Tidak guna kita mengejar nikmat dunia semata-mata dan lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang tidak pasti. Gunakanlah kaki dan tangan yang Allah kurniakan untuk bersujud dan berdoa kepada-Nya.

Aku pasti semua yang membaca artikel ini masih bernafas dan hidup, samada sihat atau tidak itu tidak penting. Yang penting, rakan-rakan masih ada peluang untuk memohon keampunan-Nya dan bertaubat. Jangan nanti, bila ruh dah sampai ke tekak (dicabut) ketika itu barulah memikirkan dan berteriak....

"Malaikat Izrail! Please bagi peluang, I nak solat dulu!"

- Nasihat dan peringatan untuk semua umat Islam termasuk diri sendiri. Wallahualam.


-Artikel Iluvislam.com


Supper aka Sahur @McD

malam Jumaat yang lepas.. aku craving tetiba nak makan GCB mcD.. padahal berbuka dh membedal nasi ayam berempah hasil PARAM.. coz hari Khamis tu aku flat habis...

tetiba mood nak membedal makanan segera datang.. apalagas.. terus suruh anak2 siap..gi mcD nearby jek.. jalan kaki pun boley.. tapi dah katanya supper.. agak2la nak jalan kaki kan??hehehe

fuhh.. mmg sedap la.. ke pasal aku lapo.. entah!! *gambar drp pakcik google*

sempat lagi tuh.. ehehehe

anak2 aku pun membedal Mcchicken je.. habis licin weyh.. anak2 ngan Umminya sama jek.. hahaha

Happy Weekend and Happy Shopping!!

Friday, August 12, 2011

Amirah...amirah.. dan amirah..

As salam..

jumaat yang indah nampaknya hari ini..

semoga Jumaat ini memberi kebahagiaan kepada anda semua erk.. insyaAllah...

little update about my youngest amirah..

officially free diapers dah.. hehehe.. sometime tido malam tak pakai pun tak kencing.. and me will gerak dia bangun utk kencing...

bulan2 pose ni.. UMMInya tidoq agak mati.. so pakai gak malam2 incase tercicir.. hehehe

tengok.. dah pandai bergurau.. takde sapa ajar dia tuh.. makan mcD sambil buat lawak..

bab posing mosing bagi kat dia.. skang dh pandai request swh ambik gambar dia sorang2.. boley??

Amirah ni since nak melahirkan dia lagi aku dah dapat agak yang dia ni special sikit perwatakan dia sebab anak2 aku yang lain xda lak baran cam dia nih.. masa nak bersalin dia.. mmg lama aku sakit.. dan tersangat sakit.. comparing to my others'.. seriously... sehari semalam aku dok labour k.. huhu..

apa2 pun dia menceriakan hari aku bila aku balik keje.. penat pun tak rasa bila dapat menatap senyuman yang dia lemparkan kat aku setiap kali aku ambik dia dari rumah pengasuh.. mcm2 citer.. dengan pelat dia.. nyanyi.. selawat.. semua dh pandai.. tp awas.. kompem tak paham.. sebab pelat dia sangat pekat okeh.. abah dia sndiri pun failed utk memahami.. kehkeh..

~SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.. SELAMAT BERSHOPPING SEMUA!!~

p/s : planning masak apa today??

Video pelajar Malaysia Asyraf Haziq dibelasah di London


Episode Syukur Catriona Ross

Suatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup. Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.

Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupannya pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikitpun rasa syukur dalam hati sanubari. Bukan terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak penting pun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Begitu cepat namanya dikenali apatah lagi hadir dengan pakej lakonan berkesan berserta seraut indah wajah kacukan. Namun begitu, kenyataan perenggan pemula di atas pada hari ini sudah menjadi sebaliknya. Setelah satu demi satu episod kehidupan berlaku umpama sedang melakonkan babak telenovela, beliau yang senang disapa Cat mula yakin untuk mengubah paksi yang ditegakkannya sebelum ini. Di kala ujian datang bertimpa-timpa, satu persatu hakikat kehidupan kian diyakini. Sedar beliau memang sedang berada di pentas lakonan dunia yang penonton setianya cuma satu, yakni Allah SWT.

Mati Hidup Semula

Tanggal 14 Julai 2007 kekal terpahat dalam ingatan wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Pada pagi tarikh tersebut seluruh negara gempar dengan berita kemalangan ngeri melibatkan dirinya. Pelbagai andaian dan spekulasi timbul apatah lagi melihatkan keadaan kenderaan yang dinaiki Cat bersama seorang lagi temannya remuk teruk. Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Cat terselamat walaupun patah kedua-dua belah kaki, retak tulang rusuk serta patah pada jarinya. Cat sedar beliau masih diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua.


Pun begitu, ada yang lebih 'parah' terpaksa dihadapi dalam keadaannya yang masih terumbang ambing saat dugaan kemalangan itu menimpa diri. Hal itu benar-benar menyesakkan jiwanya. Sebak, takut, dan malu bercampur baur apabila dia seakan langsung terlupa bagaimana untuk mengucapkan dua kalimah syahadah bagi menenteramkan segala kesakitan dan gundah di hati pada waktu itu.

"Ketika sedang mengerang kesakitan di hospital, emak suruh saya banyak-banyak mengucap. Saat itu dalam hati saya rasa sebak sangat sebab keliru antara selawat dengan syahadah. Saya jadi blank. Sebabnya sebelum ini saya ingat syahadah hanyalah ungkapan untuk orang nak mati sahaja dan tak nampak apa perlunya mengucap ketika tengah sihat. Malah langsung tak pernah diungkapkan pun sebelum ini. Dalam keliru itu saya tersebut kuat-kuat dan emak menegur bahawa yang saya sebut itu bukan syahadah tapi selawat. Kemudian emak ucapkan dan saya perlahan-lahan ikut," ujarnya sebak mengenangkan keadaan ketika itu.


untuk mendapat cerita selanjutnya.. sila dapatkan ILUVISLAM Bil 74 : PELIHARA AURATMU DI DUNIA PASTI TERPELIHARA DI AKHIRAT NANTIyang berada di pasaran.

Thursday, August 11, 2011

Tiada Bil Dari Allah.. Maka Bersyukurlah..

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.

Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan, dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Setiap bulan pelbagai jenis bil akan menghiasi ruang hidup kita. Bil air, elektrik, insurans, kereta, cukai dan sebagainya. Kenapa perlu membayar bil?

Bil dibayar kerana kita telah mengunakan sumber atau perkhidmatan daripada pihak tertentu. Setiap perkhidmatan yang kita gunakan sudah tentu perlu dibayar.

Pembekal dan pengguna. Kitarannya adalah sama setiap masa.

Namun, sedarkah kita bahawa ada suatu perkhidmatan yang kita guna tanpa sebarang bayaran dari pembekalnya? Perkhidmatan itu ialah nikmat daripada Allah s.w.t. Segala macam nikmat yang diberikan Allah kepada kita, tanpa kita mengeluarkan satu sen pun.

Semuanya percuma. Ya, segala nikmat itu percuma maka sebab itulah kita semua jarang sekali bersyukur.

Cuba kita mengambil jalan untuk menghitung nikmat Allah. Pasti suatu yang mustahil kerana nikmat Allah itu sungguh luas dan tidak terkira banyaknya.

Firman Allah s.w.t :

"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia tidak akan terhitung." [brahim:34]

Ini adalah antara nikmat Allah s.w.t kepada kita tanpa bayaran. Mari berfikir bersama-sama.

Nikmat Tubuh Badan

1. Mata
2. Telinga
3. Hidung
4. Tangan
5. Otak
6. Perut
7. Kaki dan anggota lain
8. Bernafas
9. Melihat
10. Mendengar
11. Merasa
12. Bau

Nikmat Pada Alam Untuk Manusia

1. Haiwan dan tumbuhan untuk makanan
2. Oksigen untuk pernafasan
3. Matahari untuk sumber cahaya
4. Air sebagai minuman
5. Tanah sebagai kediaman dan nikmat yang lainnya

Jadi cuba kita renungkan sebentar, antara nikmat yang disenaraikan di atas, yang mana satu kita keluarkan bayaran kepada Allah s.w.t.?

Tiada suatu pun yang kita bayar. Semuanya diberikan Allah untuk kita secara percuma namun mengapa sedikit sekali kita bersyukur.

Firman Allah s.w.t :

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." [As-Sajdah:9]

Andai Allah s.w.t mengenakan bayaran di atas setiap nikmat yang diberikan pasti tiada siapa mampu membayarnya, hatta jutawan terkaya di dunia sekalipun. Sifirnya mudah sahaja, andaikan setiap nafas yang disedut dikenakan bayaran RM1.00 atau mungkin lebih rendah, RM0.10.

Dalam satu jam berapa kali anda bernafas? Satu bulan? Satu tahun? Selama hayat? Kajian menunjukkan manusia bernafas 18-30 ribu kali sehari. Itu hanyalah pernafasan.

Andaikan nikmat yang lain juga dibayar dengan kadar yang sama sahaja, kita tidak akan mampu membayarnya.

Allah berfirman dalam surah Yassin :

"Dan mereka memperoleh berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?" [Yassin:73]

Bayangkan pula jika bil yang Allah keluarkan tidak mampu kita bayar, dan tertunggak seperti bil air atau elektrik. Suatu masa bil amaran akan dikeluarkan untuk pemotongan.

Jika Allah melakukan sedemikian rupa, iaitu dengan memotong atau memberhentikan pemberian nikmat yang kita tidak bayar, bukankah kita pasti dalam ketakutan yang tidak dapat digambarkan?

Allah menggambarkan mereka yang tidak bersyukur adalah orang yang ingkar dan zalim dalam firman-Nya:

"Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." [Ibrahim:34]

Nikmat yang tidak dibayar ini menjadikan kita lupa dan lalai. Bersyukurlah wahai diriku dan sekalian saudaraku.

Sekurang-kurangnya lafazkan ucapan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) yang dinyatakan dalam al-Quran hampir 21 kali.

Taatlah pada perintah-Nya dan tinggalkanlah apa yang dilarang. Itu adalah tanda syukur kita selain daripada ungkapan Alhamdulillah.

Moga redha Allah sentiasa bersama kita semua, hamba yang alpa lagi penuh noda.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday#3 - Teka Teki Teka Tekuk...


why should I wrinkled my forehead??

a) Duit aku dah habis..??

b) tak cukup2 menyoping..??

c) Bengang sebab tak beli baju raya aku..??

mana satu pilihan jawapan anda??

p/s : nasib govt baik hati bagi bonus pertengahan bulan ni... kalau tak maunya terkemut2 aku sampai hujung bulan nih.. hehehe

Wordless Wednesday#2 - Menu Berbuka Ramadhan ke9

makaroni goreng...


p/s : semalam dah takde idea nak masak apa daa?? uols masak apa berbuka semalam?? any idea for today??

Wordless Wednesday - Doakan Saya...:-)

the graduation will be in September.. 27hb.. insyaAllah...

my 1st journey... doakan saya ye kekawan... semoga Allah permudahkan perjalanan saya... amin..

Tuesday, August 9, 2011

Penangan Bonus!!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

******************************************************************

rasanya masib belum terlambat mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan awam di Malaysia dan tak lupa juga kepada pesara2 yang bakal menerima bonus walaupun setengah bulan gaji...

oleh sebab itu... disebabkan penangan dan excited mendapat bonus.. saya telah pun mengorbankan duit gaji saya even bonus pun belum dapat lagi ke atas benda ini..

scroll down
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

sumber : pakcik google.. tapi lebih kurang gini la.. entah.. tetiba suka jam beso sikit.. nampak muda kata Mr Hubby... jam lama pun dh 4tahun aku pakai.. jenama yg sama gak tapi kecik je.. nak beli Guess belum mampu lagi... hikhik..

p/s : itu belum dapat bonus.. kalau dah dapat tak tahula.. nasib Mr Hubby nolong nengok2kan.. kalau tak kejenya perabih je.. tp aku noticed skang aku dah semakin jimatla... hehehe