U Click Me...I Click U Back

Saturday, December 31, 2011

Welcoming Two Thousand Twelve!!!



 
New Year brings in new promises. We look forward to a new beginning and hope things to improve from the last year and hope will help you make a better person. 


My forever resolutions ~ I would try to become my daughter's best friend and will focus more on giving rather than taking.

Friday, December 30, 2011

Bila Hati Diguris

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

sumber : Iluvislam

Drama Aduh Sayang Gandingkan Remy Ishak dan Tiz Zakiyah


Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat. Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka. Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak.




saksikan malam ini di slor cekerama pada pukul 9 malam..

selamat menonton!!

Thursday, December 29, 2011

Ombak Rindu Full Movie | Boleh Tonton Sekarang!!

Alhamdulillah | SBPA | Markah Prestasi Diturunkan Kepada 65 Markah Untuk Dapat Kenaikan Gaji

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi suntikan semangat bagi semua penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Hashim Adnan berkata, langkah itu membuktikan kerajaan tidak pernah membelakangkan keperluan dan kehendak semua penjawat awam di negara ini. 

"Ia satu tawaran yang cukup menyeronokkan terutama bagi warga pendidik dan saya bagi pihak 450,000 ahli merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan JPA,” katanya.

Beliau diminta mengulas keputusan JPA semalam untuk menurunkan markah penilaian prestasi daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan hampir lima jam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.
sumber : Utusan Online

Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Makan Di JOMBALI, Setapak

As salam..

dah lama tak blog pasal aktiviti kami erk??

ni semua mood M melanda saya 2 hari yang lepas..hahaha

last Saturday we went to JOMBALI..saje2 nak lunch kat situ for the 1st timela kat Setapak yang baru bukak tuh.. actually biasa makan kat Carefour Wangsa Maju.. memang sedap ler.. kena ngan tekak saya.. hehehe.. but rasanya dah lama pun tak makan kat situ..

JOMBALI ni lagi dekat kot dengan rumah saya.. so lagi senang nak pergi

 cantik sebab open air kan.. kalau kat Wangsa Maju.. indoor gituuuu...

 the siblings active berposing.. ummi layankan aje..

 
tak ramai orang pong.. so kami gedik2 gak bergambar di sini.. hehehe


ok2..udah2 ler berposing.. lets see what we had there..

 mine was nasi goreng ayam.. not so bad la sedapnya,..cuma kureng pada ayam gorengnya.. tak berapa freshla..*kongsi dengan si kecik*

2 kuey teow soup.. for my kids..

athirah's - sirap lychee

 mine..:-)..soya cendol 1!!

bali lychee.. was alyaa's

kesimpulannya.. just ok2 la makan kat JOMBALI cawangan Setapak ni.. sebab to me.. the soup was not so delicious.. tak kick gituu.. tapi tak bermakna menu2 lain dia kurang sedap.. dan akan cuba bila mai makan sini lagi.. insyaAllah.. panjang umur.. murah rezeki..amin

uols biasa makan kat JOMBALI..ok tak..sedap tak.. lain orang mungkin lain seleranyakan??

thanks for reading and dropping by...

Monday, December 26, 2011

Habis RM 2k Untuk Kecantikan

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.

Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.

Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.

chekgu azrine : apa pandangan anda??

Cacing Gergasi | Geliii!!!

Cacing spesies polychaete ini dikatakan berasal dari laut beriklim tropika.

sumber : Berita Bulan

Saturday, December 24, 2011

Romantika Yusry & Lisa..





Menurut Gua.com.. mereka bakal berkahwin pada23  Feb tahun depan.. manakala majlis resepsi akan diadakan pada 26 Feb 2012.. 

earlier congrats to both of them.. semoga selamat ke jinjang pelamin..

At HKL

As salam.


Selamat hari sabtu semua..


Planning nak jalan2 KL..jalan2 cuci mata..hehe


Singgah HKL jap...cek athirah tangannya gatal2..might be alergic kot..


Tengah tunggu DR panggil ni..


HAPPY SATURDAY TO ALL!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

Acara Wajib | Berposing Dengan Pokok Krismas

As salam..

lagi 2 hari je nak cuti krismaskan.. kita pun dapat cuti lebih sehari pada hari isnin.. banyak syiok!!

uols ada planning bercuti ke mana2 ke?? saya duduk rumah jek.. makan..membesarkan badan.. nikmat!! hahaha...

takde plan nak pergi mana-mana pun.. Mr Hubby suka buat plan last minute.. itu memang kepakarannya.. hahaha.. ampun!!

last Monday nite.. kami pergi makan di Pelita Nasi Kandar.. selepas makan kami pergi jalan2 di sekitar bukit bintang dan singgah ke Fahrenheit kononnya nak masuk butik uniqlo.. tapi tiada apa yang menarik untuk dilihat atau dibeli.. maka kami berposing dengan pokok krismas je la.. deco pun cantik.. sekali setahun.. so harusla tumpang berposing gitu..

outside Fahrenheit, Bukit Bintang..

ummi yang gedik jugak nak bergambar.. look at Amirah.. takleh dok diam!!

kakak with amirah..

outside Pavilion.. the sisters..

inside Pavilion.. jalan2 cuci mata jek..

biasa la.. nak dekat Krismas ni.. mana2 mall pun banyak sangat deco krismas.. teringin nak bergambar dengan deco krismas kat KLCC.. tak tahula dapat ke tak..

uols suka tak posing2 dengan pokok krismas ni??

thanks for reading and dropping by..

Our Supper

 nugget goreng..

with chile sauce + mayonnaise..walahhh!!!

layan our supper malam semalam.. biasa la bila sejuk2.. anak2 request benda2 cenggini.. kena sentiasa ada stock dalam fridge.. 

korang selalu supper tak??

Back To School | Doakan Saya

As salam

semalam lagi dah bermula meeting kami di SKTM (2)

ada pelbagai pesanan daripada GB kami..

part paling best.. saya tak pegang kelas dah tahun depan.. lega la sikit even saya amat merindui saat mengambil kedatangan murid.. menghias kelas.. mengisi nama dalam register.. semua saat2 itu tidak akan saya kecapi lagi tahun depan.. huhu..

ada beberapa jawatan penting menanti saya bila bermulanya tahun 2012..doakan saya buat yang terbaik.. mungkin pentadbir percayakan saya dan memberikan tugasan ini kepada saya.. insyaAllah.. saya akan buat yang terbaik.. SAYA YANG MENURUT PERINTAH.. gitu!!

tahun depan juga saya ditugaskan mengajar subjek SAINS dan PJ sahaja dan waktu pun takla pack sangat.. alhamdulillah lagi sekali.. yang tak dapat nak nolong..saya masih lagi kena mengajar ex-pupils saya iaitu 2G dan tahun 2012..mereka akan berada di 3G..huhu.. nampak gaya saya tak boleh lari daripada dia orang ni.. panjang betul jodoh saya dengan mereka ye.. hahaha..maunya jadi tarzan saya lagi sekali...hehehe



doakan yang terbaik untuk saya sebagai seorang pendidik untuk tahun 2012..dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.. amin..

thanks for reading and dropping by..

Thursday, December 22, 2011

Gambar Anak Marion Counter & SM Nasarudin

 congrats on their new baby born... anak Marion ini dilahirkan pada 16 Disember lepas dan diberikan nama Leia Rose Caunter Nasarudin menggabungkan nama kedua ibu-bapanya.

credit : Oh Bulan

"Yah Pun Nak Gi Sekolah Gak"

 bila dah dapat colouring set yang ni terus tak pedulik dah apa yang berlaku around her..hehehe

suka sangat colouring activity.. siap cakap.."yah nak gi sek gak ummi"

happy when seeing them happy rite??

thanks for reading and dropping by..

Duit RM Baru Malaysia

rasanya ada yang tak berubah kot.. cuma nampak cantik dan quite weird duit RM20 warna cam kuning keemasan kan??

credit : Harga Emas's FB

Wednesday, December 21, 2011

Pekena Nasi Kandar Pelita


As salam

hajat nak pekena nasi kandar Pelita dipenuhi jugak pada malam Isnin yang lepas..

mahap.. gambar nasi kandar pelita tak ambik pun sebab manusia ramai gak kat Pelita tuh.. so tetiba Mak segan nak ambik gambaq.. hahaha

maka gambar ini sahajala yang menjadi tatapan anda semua!!

layanszzzzzzz!!


uols layan tak Nasi Kandar Pelita??anak2 saya sangat suka.. even dah kenyang pun kalau mai sini... terus jadi lapaq nooo...

thanks for reading and dropping by...

Tips Kurus | Makanan Yang Meningkatkan Metobolisme Badan

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.

Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.

artikel : Iluvislam

Tuesday, December 20, 2011

Download Tangga Gaji SBPA

As salam

sesiapa penjawat awam yang mahu melihat tangga gaji baru SBPA 2012 berpandukan gred masing2..


atau boleh lawat web site http://www.nutpkedah.net/

semoga memberi manfaat kepada semua!!

selamat berSBPA!!



Kami Yang Teruja Naik LRT

As salam..

semalam punya kisah..... Mr Hubby ajak dinner nasi kandar kat Pelita, KLCC.. punyala gigih Mr Hubby nak bawak sebab sang isteri teringin katanya nak makan nasi kandar Pelita..

maka selepas maghrib aku pergila parking kereta kat area LRT nak gi Ampang Park..Mr Hubby tunggu kat sana.. sebab kebetulan dia pun dah ada kat area sana.. so tak membazirla kami bawak sampai dua keretakan??

 ummi yang terlebih excited dok suruh anak2 posing sebelum naik LRT..

tren tu dah jadi macam kami punya.. takde sapa sangat.. hahaha.. lengang jek.. so berposing atas tren plak gitu...

 dah sampai di Stesen Ampang Park.. 

umminya pun nak jugak posing.. gitu... hahaha..

cerita makan nasi kandar next entry...:-) alhamdulillah!!

thanks for reading and dropping by...

Tips Kurus | Apa Itu Kalori??

Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.

Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.

Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan.

Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.

Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.

*kesimpulannya.. kurangkan la memakan makanan yang sukar dicernakan untuk mengelakkan kegemukan*

sharing is caring...

Just a Window Shopink!!

Had this at JJ Wangsa Maju..then me and the kids were strolling around..cuci2 mata..had fun together..


Just a cheerful Tuesday..:-)


*BW jap*


Published with Blogger-droid v2.0.2

Setiap Tahun Bersilih Ganti



my former pupils - 2 Gigih..*gigihla sangat!!*


mood nak masuk sekolah is coming back..:-)

I am very excited to know which pupils will be my pupils.. and which class i will teach!!

hopefully better than last year (2011)... and  really hope will not become a Tarzan again.. hahaha

really missing them so much eventhough they already drove me like crazy!!

I am trying to improve my skill of teaching and child psychology skill as well.. pray for me..amin..

thanks for reading and dropping by...

Monday, December 19, 2011

"Ummi...yah pun nak jadi cikgu"

Ada satu malam tuh..dia pakai tudung macam kat atas..kakak2nya punya keje la tuh..hehe


Siap ckp kt ummi dia..


"Ummi..yah nak jadi cikgu mcm ummi!!"


*haru*


Published with Blogger-droid v2.0.2

Cantik Abby Abadi Bertudung

cantikkan??? kalau pakai terus lagi cantik nih.. hopefully...:-)

Pencinta Mekdee...:)

Having McD with the little sweety pie. Just the two of us.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Zaman UPSI Dengan 2 Orang Anak | Did I Survive?? | Part 1

As salam..

dah janji dengan kawan2 bloggers nak cerita pasal kisah saya buat 1st degree dengan mempunyai 2 orang anak..

nak baca entry sebelum ni.. ada kat SINI dan SINI

"tula.. kalau belajar pandai2..konfem saya buat degree masa mudakan"..monolog saya dalam hati..

tapi berbalik kepada agama.. dah rezeki Allah beri kepada saya untuk mengecapi degree pada usia yang agak lewat..memang la bukan tua sangat pun..

saya dipanggil memasuki UPSI pada bulan November 2003 pada usia 24 tahun.. saya ingat lagi  sesi pendaftaran adalah pada bulan puasa.. dan masa tu sangatla janggal sebab saya mendaftar dengan membawa anak sulong saya yang ketika itu berusia dua tahun lebih.. alhamdulillah..

memang excited sebab masa tu dah mula suka dengan kerjaya guru dan paling best saya tak perlu memikirkan perihal selepas graduate.. perihal nak apply kerja.. perihal gaji... sebab saya tahu selepas graduate saya akan menjadi seorang cikgu..

teringat semasa orientasi 1st week before kelas bermula.. ada beberapa students yang menegur saya adakah saya memang seorang cikgu dan diminta sambung degree..bukan seorang.. tapi lebih kurang 5-6 orang kalau tak silap menegur saya sebegitu.. mereka mungkin ingat saya cuti belajar untuk sambung belajar ke peringkat degree..hehehe..

wah... mungkin saya born to be a teacher kot!!... hahahha

bercerita tentang bagaimana saya menjaga dua orang anak saya semasa sama ke kelas.. at first my mom willing to take care of them while i am studying in UPSI.. but unfortunately.. saya tidak mampu menanggung rindu dengan anak2 saya masa tuh.. yang kecik Athirah baru 8 bulan.. huhu

setiap minggu kena balik dengan menaiki bas.. sebab masa tu saya nak jimat.. tambang bas dari Tg Malim (TM) ke KL dulu hanya dalam 4.50 ke 5.50 sahaja.. dan Mr Hubby akan menunggu saya di KL untuk fetch up saya.. tiap2 minggu rutin yang sama.. sampai jadi penat sangat!!

then, saya dan Mr Hubby decided nak bawak anak2 ke TM dan saya boleh jimat duit minyak kereta atau tambang bas... tapi masalahnya nak cari pengasuh plak..

saya pun try survey nursery di UPSI dan mereka setuju untuk mengambil anak saya yang berumur 2 tahun iaitu Alyaa dan tiada kekosongan untuk anak di bawah 1 tahun.. masalah still belum selesai.. then saya survey pengasuh sekitar taman perumahan di rumah yang saya sewa di Rumah Awam 3.. most of them not too interested nak jaga anak students due to waktu belajar yang tak menentu sebab kami memang ada kelas malam...masalah lagi...

nak dijadikan cerita.. dalam tempoh saya survey dan mencari2 tempat pengasuh untuk anak saya.. dengan izin Allah.. saya diberitahu ada seorang makcik ni nak jaga anak orang.. dan tak kisah anak student ke apa.. then saya gigih pergi cari rumah dia dan bila jumpa dia.. dia cakap dah takde kosong sebab dia jaga ramai.. aikk.. saya dapat maklumat salah ke??

tapi alhamdulillah.. dia cadangkan saya sorang akak ni kepada saya.. saya pun gigih jugak mencari rumah..dan berkenalan ngan akak tuh.. dan alhamdulillah.. dia tak jaga anak orang lain langsung.. anak saya la yang pertama dia nak mengasuh.. baru mula nak jadi pengasuh katanya.. lagi sekali ALHAMDULILLAH... *Allah sentiasa bantu mereka yg dalam kesusahan*

dah panjang berjela plak entry ni.. 

saya sambung lagi nanti di Part 2 ye...nantikan sambungan seterusnya ye..*budget ramai peminat*

sekian..

thanks for reading and dropping by...

Finally..Hari-Hari Yang Ditunggu Pun Tiba..:-)

As salam..

Tahniah kepada penjawat2 awam yang dapat bonus hari ini..

walaupun tak de la banyak sehingga 3 bulan gaji ke apa.. tapi masih bersyukur dengan 1/2 bulan gaji yang kita dapat.. kebetulan nak bukak sekolah dah ni.. so dapatlah mengurangkan beban kita sedikit kan??

jangan marah tentang keexcitedan saya ye.. hehehe..

mood sekarang memang mood shopink!!

yeayyy!!



 gambar di atas membuktikan mood shopink melanda!!sekian... 

thanks for reading and dropping by... 

chekgu azrine : sebab dah kemaruk since cuti sekolah hingga sekarang takde gi memana due to Mr Hubby busy.. tapi hari ni dah janji nak g jejalan cuti mata.. to alls.. jangan perabihkan pulak.... menyimpan tu penting untuk jaminan masa depan.. hehehe..*peringatan utk saya jugak tuh*

Sunday, December 18, 2011

Gaji Pemegang Ijazah Sarjana RM2,600 Sebulan


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kebanyakan pemegang ijazah sarjana muda yang bakal bekerja menjangkakan gaji mereka adalah sekitar RM1,800 hingga RM2,600 sebulan, menurut kaji selidik terbaru Jobstreet.com.
Manakala bagi pemegang diploma, gaji yang diminta adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.
Menurut kaji selidik itu, dari jumlah 1,830 lepasan universiti berkata, mereka memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.

''Terdapat 29 peratus responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.

''Realiti sebenarnya, sebanyak 54 peratus pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35 peratus lagi kurang dari RM1,800 sebulan.

''Manakala sebanyak 37 peratus pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan,'' katanya.

Sementara itu, lepasan universiti tersebut berkata, sebab utama menyebabkan mereka tidak diterima bekerja adalah persaingan sengit (32 peratus) diikuti oleh kekurangan kemahiran yang diperlukan (31 peratus).
Sebanyak 23 peratus daripada responden merasakan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris dan selain skil komunikasi rendah (22 peratus) merupakan antara sebab kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan.
Dari segi mendapatkan pekerjaan, sebanyak 74 peratus dari 773 lepasan universiti yang sedang bekerja berjaya memperoleh pekerjaan kurang dari tiga bulan dan 16 peratus menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Bagi mereka yang tamat pengajian pada 2011, 65 peratus pemegang ijazah sarjana muda dan 59 peratus pemegang diploma masih belum bekerja dan 70 peratus dari mereka baru sahaja menamatkan pengajian tiga bulan lalu.

sumber : Utusan Malaysia Online

chekgu azrine : harga barang sekarang mostly dah naik.. apa sangatla kalau gaji 3k pun.. huhu.. hope dengan adanya skim baru SBPA ni dapat sedikit sebanyak membantu us as a goverment servant..insyaAllah..

Jemput Sarapan!!


As salam..

Pagi semua..jom sarapan sesama ye..dah lama tak buat nasi lemak..jemput makan semua..:)

Uols masak apa for breakfast today??

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 17, 2011

Testing Update Blog via Blogger-Android

As salam..

Mintak mahap..org jakun tumpang lalu..dah lama pakai samsung galaxy..i think almost 3 months..baru terhegeh2 tahu pasal update blog via android..hehe

Orang jakun tumpang lalu erk..

HAPPY WEEKENDS!!

Published with Blogger-droid v2.0.2

BMW Fasha Sandha kena curi

KUALA LUMPUR: Kereta mewah jenis BMW 3 Series milik pelakon popular, Fasha Sandha bernilai lebih RM200,000 dilaporkan hilang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa bersama ibunya dikatakan baru tiba di salun kecantikan milik keluarganya di pusat beli-belah berkenaan untuk bersiap menghadiri majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Penanggal di Bukit Bintang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kereta aktres berkenaan.
“Berdasarkan laporan dibuat, kereta itu diletakkan di tepi Jalan Delima berhampiran Wangsa Walk dalam keadaan berkunci.

“Ketika mahu kembali ke keretanya, mangsa mendapati kereta itu hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Fasha ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem Penanggal, lewat petang semalam, mengesahkan kehilangan keretanya dan memaklumkan laporan polis sudah dibuat oleh ibunya.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya. Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, kehilangan kereta terbabit hanya disedari Fasha ketika bergegas mahu ke lokasi majlis pelancaran filem di Bukit Bintang.

“Fasha tidak ada sebarang penggambaran dan menghabiskan masa menguruskan salunnya sambil bersiap untuk menghadiri majlis pelancaran filem terbaru.

“Bagaimanapun, ketika mahu bertolak ke lokasi majlis, Fasha mendapati keretanya hilang menyebabkan beliau panik, malah terlewat ke lokasi majlis,” katanya.

sumber : HarianMetro Online

Ariff Alfian..Pelajar 'Hilang' di Dublin Berkahwin dengan Jonathan

As salam..
 
saya dapat email berkenaan dengan Ariff Alfian.. pelajar perubatan di Dublin yang dilaporkan 'hilang' oleh keluarganya di Malaysia..

saya agak terkejut sebenarnya setelah melihat gambar2 perkahwinannya sebab diakan seorang Islam.. tak ingatkah dia dengan pegangannya.. ibu bapanya..nauzubillah..
 
Mungkin ramai yang dah tau kesah seorang pelajar perubatan di University College Dublin (UCD) bernama Ariff Alfian Rosli yang dirayu kepulangannya oleh keluarganya di Malaysia selepas dia telah di laporkan ‘hilang’ di Ireland dan tidak habiskan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan di UCD. sekarang keluarganya telah menganggung saman dari Petronas untuk membayar balik bayaran hampir satu juta ringgit berikutan dari ‘kehilangan’ Ariff Alfian Rosli.
 
inilah yang dikatakan gambar perkahwinan Ariff Alfian dengan Jonathan..





NAUZUBILLAH..

aku terus speechless dan teringat kat family dia kat Malaysia.. kesian sangat..

thanks for reading and dropping by..

Friday, December 16, 2011

She's quite HELPFUL

As salam..

dok berkira2 menghitung hari nak dapat bonus erk??hehehe*ke saya sorang*

nak cerita pasal anak perempuan sulong saya nih..

alhamdulillah.. she has been good to me recently .. siap tolong lepas habis makan atas meja makan.. basuh pinggan..sapu bawah meja makan.. alhamdulillah...at least without my instruction..


.."eh..dah besar anak dara Ummi"*tetiba mcm baru tersedar jek*

sekadar entry santai JUMAAT.. thanks for reading and dropping by...

SELAMAT HARI SABTU TO ALLS!!