Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd
Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam
sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman
Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.
Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah
dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah
kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin
berjumlah RM250.
Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak
perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju
melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah
iPhone dan sebentuk cincin.
Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7
dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah,
sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro,
sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.
Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir
bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.
tinggi lampai orangnya Farah Lee ni ye..
gambar sebelum bernikah..
semoga berkekalan hendaknya.. selamat pengantin baru buat mereka..






7 comments:
huwaaaaa.
jeles-jeles!
:P
muda lg wifenye
comeynya..
mudanya..
cute nyee..
Hihiks
asalam ... salam kenal ... saya new bie ... dah follow blog awak ... sudilah kira nyer menjadik follower saya plakk .. tq.
wahh jeleznyaa..tah apa nk jelez tah..haha
sbnrnya wah sukerrrnyaa..sepadan bangettt
comel + sama padan. Mungkin ini yang Ally cari2 slm ini..
sama padan kan sis! lawa la isteri ally...semoga bahagia dunia akhirat...
Post a Comment