U Click Me...I Click U Back

Friday, January 13, 2012

"Cuba Pakcik Telefon Allah..Saya di Neraka Ke Berapa?"

As salam..

terbaca artikel best ni.. saya rasa patut dikongsi di blog kecil saya nih.. harap dapat menjadi pedoman kepada semua..

Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata :

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:

"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."

Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.

Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

sumber : Iluvislam

8 comments:

akuamir said... Reply Comment

dye dah sedar la tuh..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

sbb tu kadang2 saya mls nak tegur.mereka yg buat salah sgt angkuh.tegur dlm hati je kadang2.huhuhu

Mama Zharfan said... Reply Comment

sgt setuju dgn LM..memang tak berdaya nak tegur diaorg buat dosa terang2an...dunia akhir zaman..

AyuArjuna BiGoshh said... Reply Comment

kejadian ini pernah berlaku ketika ayu dan anaqi dan yana (masa ni anaqi umur 6 tahun) naik lrt...dlm lrt takdelah ramai sangat tapi ada satu couple bdk sekolah melayu.pompuan pakai tudung duduk atas riba bdk laki sekolah. saya nak bukak mulut tegur tak terkeluar suara, cina lelaki tua kat sebelah siap geleng2 kepala lagi. lepas tu anaqi die boleh ckp agak kuat depan muka couple tu "Mummy kakak ni tak malu ke, duk ats riba, owang semua tengok die. Cikgu die tak marah ke"....lps tu stesen seterusnya terus couple kuar..lalu depan ank saya bdk pompuan buat tanda tangan F* depan muka anaqi....menyirap gak aaa

Liyana Zahim said... Reply Comment

Smkin tua dunia ni semakin pincang perangai manusia.. Kdg2 kite pun tak sedar kite pnh mnjadi pincang namun sekurang2nya masih ada lg kesedaran pada kepincangan tu.. Sama2 kite beramal..

Cik Pulau said... Reply Comment

masyaAllah..
dah takde agama ke hape..

juelee said... Reply Comment

huhu kenpa la semakin jauh budak2 skang dr landasan allah... sama2 la kita doakan agar anak2 cucu cicit kita dijauhkan dr sifat2 gini.. amin..

Teratak Hami said... Reply Comment

Jawapan budak tu macam dah selalu dipraktikkan. Bila ler nak dapat bala on the spot?