Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin
(Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan
Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang
keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada
datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa
Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk
menampung keluarganya.
Secara ringkasnya, drama Pelangi Kasih ini mengisahkan ikatan
persahabatan yang kukuh & murni menimbulkan persoalan apabila salah
seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri &
membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman.
Pelangi Kasih akan mula bersiaran Khamis ini pada jam 10.30 di slot
Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam
10.30malam.
*1st episode tengok drama ni malam Khamis hari tu memang sedapla..tambahan Beto Kushairy belakon memang best*


4 comments:
huhu selalu tak merasa nak tgk tv, sebab anak suka konquer tv ataupun mmg tak pasang hehe
ya..ai pun tgk..tp sbb ada Johan. huhuh :D
Kesian tina..kena beli tv lain kot..haha
Suka johan erk..hehe..dia skg tgh naik..
Post a Comment