Followers

U Click Me...I Click U Back

Friday, January 13, 2012

Tanpa Kita Sedar...

Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi..

Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan...

Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri...

Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan..

Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan..

Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka..

Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil..

Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha..

Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah..

Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan...

Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya..
Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya..

Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan  padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa..

TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....

Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....

Dan Tanpa Kita Sedar

Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya
 sumber : Iluvislam

5 comments:

lyza said... Reply Comment

Salam cikgu..:)
Adakalanya kita sedar tapi pura2 tak sedar...
Dan adakalahnya kita lena dalam sedar...

Aishah Jahirah said... Reply Comment

banyak yang tak sedar dr sedarkan.....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Reply Comment

kita manusia lemah..mgkin bnyk bneda yg kita x sedar skarang..

Alin Marlini said... Reply Comment

sangat benar kata2 cikgu itu..

Teratak Hami said... Reply Comment

Thank you cikgu sebab tolong sedarkan akak ni :-)