U Click Me...I Click U Back

Tuesday, February 28, 2012

Mawi dan Ekin Dapat Baby Girl!!


PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.
Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.
Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

sumber : MStar

TAHNIAH!!

9 comments:

Hanis MY said... Reply Comment

tahniah! mesti comey kan...

sakila's craft said... Reply Comment

tahniah...mesti comei cam mak dia kan?

nur anis said... Reply Comment

x sabar nak tengok anak dorang..:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Reply Comment

misti comeyyy sangattt!!

Si DauN CeRi said... Reply Comment

waa... dah jadi parents dah mawi ngan ekin~

LadyBird said... Reply Comment

tahniah :D kepada mawi dan ekin..

Mysara Ab Rahman said... Reply Comment

msti comel n cantik anak they all kn..

nway, baru join cni...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

lama mereka menanti..akhirnya dpt baby girl.tahniah

Cik Anita said... Reply Comment

bestnya! mesti anak comel kalau ikut mama diaaa..