Followers

U Click Me...I Click U Back

Friday, May 25, 2012

Drama Siri AMEERA

As salam

satu lagi drama siri best menggantikan Mahabbah di TV3 dalam slot Samarinda.. 

semalam aku tengok cerita dia episode pertama nampak sedap.. kelas la TV3 main drama sure best2..syabas sesangat..

Sinopsis Ringkas AMEERA

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

3 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

rita sgt cantik ...

Farah Shamsudin said... Reply Comment

Rita berhijab sangat cantik.. suka sangat!

Cik Anita said... Reply Comment

oke. Rita yang semkin cantik bertudung..tp nak tengok tv malam2, memang tak dah..hish.. semua drama xleh nak layan. uwaaa