U Click Me...I Click U Back

Tuesday, August 14, 2012

Resepi Mee Bandung Simple

      
        Bahan-bahan
  • 1 peket mee kuning
  • 7-8 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )- untuk pekatkan kuah
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng- tak letak
  • Hirisan cili merah- tak letak
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • tauhu goreng - hiris nipis 
       Cara-cara membuatnya

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan tauhu, hirisan cili dan. Siap utk dimakan. 

p/s ~ saya buat simple jek.. so takde bawang goreng.. tauhu..dan hiasan2 lain..sebab anak2 je pun nak   makan.. hehehe

5 comments:

Sherwieyna Muzzawer said... Reply Comment

nak cuba masaklah pula,nampak macam sedap je..nyummm nyummm..heheeh

♥cikmOt♥ said... Reply Comment

kat rumah tu ada pes mee bandung ni...
tapi ya Allah, malasnya nak buat...hehehe

MRS. K said... Reply Comment

nampak menariksss la mee nih.. kite ujung2 ni gantung periuk la.. singgah param je le huhu

Nana said... Reply Comment

bole tak nk tgk sambil ttp mata sikit ahahah

Cinta Misteri said... Reply Comment

CiM slalu buat mee bandung. Feveret tu...resepi simple je. 1 peket mee, 4 bj telur, 1 peket perencah siap mee bandung muar Agromas. Sos tiram skit, pstu tabur biskut lemak gantikn dgn kacang tanah.