Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan
pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk
Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena
dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.
“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya
mahu kerajaan meminda undang-undang terutamanya Akta Perkahwinan Kasta
agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar
Saif Ali kepada Mail Today
Sebelum ini kesemua perkahwinan berlainan agama dalam keluarga
Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad
nikah
Ibu Saif Ali sendiri, Sharmila Tagora yang merupakan keturunan
Banggali memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali
Khan.
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali dan Kareena akan diadakan di istana
Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk
melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.
sumber : Harian Metro
entah apa nak jadi dengan dunia sekarang erk?? kalau dikaji dan dilihat.. memang ramai je aktress dan aktor Hindi yang beragama Islam berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam.. boleh ke??
tertanya2 jugak sebab kalau dikaji juga.. Indonesia juga mengamalkan budaya yang samakan??
dan boleh pulak si SAIF ALI KHAN meminta negaranya meminda undang2 membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam..astafirullah..
maka saya telah membuat sedikit pencarian dan terjumpa hadis seperti di bawah ;
Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam
Umat
Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam
pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam
ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang
Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah
:
"Dan
janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman.
Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada
perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu
nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka
beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada
lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)
Ayat
di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim
tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang
dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan
Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang
mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :
"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)
sumber : SINI
sesapa yang datang ke sini dan ingin berkongsi komen2 anda.. dipersilakan.. saya pun tak berapa arif tentang benda2 cenggini.. tapi setahu saya HARAM berkahwin dengan wanita atau lelaki yang bukan Islam sebab dah tentu2 mereka orang2 yang menyekutukan Allah!!
wallahualam..

7 comments:
dunia skrang ni macm2 hukum islam pon nak dipermainkan
dalam cite my name is khan pun mcm ni kan...tak paham la mai.
kerna cinta sume boleh lupa..hahaha..hentah hapa-hapa..kehkehkeh
org india di negara sana mmg cmtu.dorg mcampur-adukkan agama....
Nuzubillah.minta jauhla bnda2 ni jd kt ngara kite...
tu kira berzina la tu kan..
ye dikk
jelas dan nyata dengan ayat2 allah tu .. memang bangsa macam nie x kesah islam atau tidak .. janji suke .. memang mereka nie nama je islam .. agama je islamm .. tapi mereka x mengikut landasan dan syarat2 islam iotu sendiri
mereka sama seperti kafir laknatullahh .. minta dijauhkannlah negara kita jadi seperti mereka ..
sbb tu india adalah salah sebuah negara yg x pernah makmur .. wallahualam
mmm..mcm2 sekarang ni akk..nway salam kenal dari saya ..terjah sini =)
Post a Comment