U Click Me...I Click U Back

Friday, September 28, 2012

Budget 2013 | 6 Senarai Tuntutan CUEPACS bagi 1.4 Juta Kakitangan Awam

  1. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang
  2. Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
  3. Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
  4. Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
  5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
  6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan.

Andaikata daripada 6 tuntutan Cuepacs di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan supaya anda, anda semua yang merupakan penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini nanti tanpa sebarang ganjaran…

Butirannya ialah :
  • Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
  • Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran

sumber : Berita Semasa