Followers

U Click Me...I Click U Back

Wednesday, September 19, 2012

Drama Siri Baru 'Runtun Qalbu' di Slot Zehra TV3

As salam

Akan datang slot zehra baru di tv3 Runtun Qalbu lakonan Fasha Sandha (Idayu), Shah Iskandar sebagai Qalbu dan Kamal Adli. Dijangkakan akan ditayangkan pada pertengahan bulan September ini dengan 13 episod.

Sinopsis

Qalbu (Shah Iskandar) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu(Fasha Sadha)  yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah.

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.


SELAMAT MENONTON!!

5 comments:

♥cikmOt♥ said... Reply Comment

jarang dah nonton drama...skang dok pulun sinetron...minggu depan dah nank abis...

|| NaFiRaa || said... Reply Comment

lama dah rasanye tak layan drama.. kalo hari cuti baru layan TV.. hehehe

eima said... Reply Comment

CM ni sinetron plak yg dilayannya ... alahai ..hehehe


pesal ade nama kelabu, qalbu cam lebikuarng je bunyi nye ..silap2 aku terkonpius....

jrg benar aku lyn drama ....

inazamri said... Reply Comment

Qalbu dan kelabu..konpius lak ni.takpe nnt kita tengok sama2

Kesuma Angsana said... Reply Comment

cam best jer