Pasukan produksi khas ntv7 bersedia berkongsi dengan rakyat Malaysia
tentang Will dan Kate melalui sebuah rancangan istimewa selama satu jam
“Will & Kate – The Malaysian Tour” yang akan bersiaran pada hari
Ahad, 16 September jam 9.30 malam.
Selain daripada rancangan khas tersebut,penonton pastinya lebih
teruja dengan rancangan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah
rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”,
yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13
September, jam 8.30 malam. Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut
mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi
fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September,
jam 8.30 malam.
Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella
juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan
segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan
The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate
Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka
terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan
perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual
tersebut.
Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan
Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30
September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk
menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan
mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam
bidang sukan dan alam sekitar.
Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita
dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita
ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12
September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan
menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu “#mywillnkate” –
dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.
sumber : Oh Bulan

2 comments:
wahhh.. putera william tuu..
waaaaaaa...betul ke ni kak..hehe
Post a Comment