Di
saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton
Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin
akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan
dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya
kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda
mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:
- Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’
- Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.
- Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi
- Berat badan menurun
- Sedikit peningkatan dalam tekanan darah
Walaubagaimanapun
cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda
tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap
wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya.
Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.
Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa
- Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat
- Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam
- Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja
Sekiranya
sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa
berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan
segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm.
sumber : alamhamil.com

3 comments:
Wlupun dah byk kali bersalin mesti tetap seram sejuk bila tiba masanya kar rine. Aduhhh ramai btl kawan2 yg tgh preggy, tgh tggu hari, tgh dodoi baby kecik. Isk isk..rasanya mcm dah tiba masa sy menambah lg ni hehe
fuhhh...seronok nye la baca sal pregnant n tngok preggy women...sue bila la nk merasa...hehehe
tak sabar rasanya ye nak jumpa orang baru ni...saya pernah sekali rasa sakit yang amat saat2 kehamilan minggu2 terakhir,namun demikian rupanya saya belum lagi nak bersalin,tapi perlu ditahan di wad..ye lah belum masanya lagi rupanya
Post a Comment