U Click Me...I Click U Back

Monday, April 30, 2012

Cerita Pasal Amirah Plak


As salam..

malam ni saya tido awal.. tapi tup2 kul 12 bangun balik... bukak pc.. siapkan full text paper untuk sesi pembentangan saya pada bulan June nant..doakan saya ye..

dah setel hantar abstrak semua.. cuma kertas kerja sepenuhnya masih lagi diedit.. due date pertengahan Mei nanti insyaAllah..

dah lama kot saya tak bercerita pasal Amirah.. mentang2 nak dapat adik dah.. bukan tak nak bercerita.. kekangan masa saya nak menaip.. coz sekarang ni terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum due date menjelang tiba..*eceh*

gambar ambik pagi tadi semasa sukan mini SKTM2

inilah dianya sekarang.. sangat noty okeh.. perangainya sekarang dah kuat sangat menangisnya.. suka mengamuk.. lagi2 bila abahnya ada.. anak abah kononnya.. 

sekarang ni dah tak berapa nak dah ngan saya.. berkepik je ngan abahnya.. tido pun ngan abahnya.. sebab mungkin dia rasa saya ada baby.. so saya tak perlukan dia.. hmm.. very sadkan bila tahu anak kita pikir gitu??tapi macam mana pun she is still my naughty girl ever..dan saya sangat sayangkan semua anak2 saya..semoga Allah menjadikan mereka anak2 yang beriman dan sentiasa obey their parents.. amin..

chekguazrine ~ hari ni ngan esok saya cuti.. boleh rehat sepuas2nya... yehaaaa!!

 


Saturday, April 28, 2012

Fasha Sandha Sah Milik Jejai








Dengan dua kali lafaz, pelakon Nur Fasha Sandha, 28 tahun, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) Ramli, 36 tahun.

Upacara melafaz akad nikah pasangan itu berlangsung pada pukul 9.45 malam di Window of KL, Tingkat 30, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hassan bin Hj Moideen. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.

TAHNIAH UNTUK MEREKA BERDUA DAN SEMOGA BERKEKALAN HENDAKNYA!!

sumber : Gua.com



Friday, April 27, 2012

Jumaat Je Tunggu Ni... Wajib!!

As salam..

dengar tajuk je dah pikir macam2 la tuh..

sekarang ni ada drama best yang saya selalu tunggu setiap malam hari Jumaat..

drama yang dimaksudkan ialah
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

>
>
>
>
>
>

>
>
>
>
>
>

>
>
>
>
>
>

>
>
>
>
>
>
setiap Jumaat 9.00 - 10.00 malam di TV3

Sinopsis Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra TV3

Bunga–Bunga Syurga mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.
Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.
Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.
Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.
Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar?

sipnosis dan gambar dari google..

sekian.. selamat menonton k...





Wednesday, April 25, 2012

JANGAN ENGKAU KAHWINI WANITA ANANAH, MANANAH, HANANAH, HADAQAH, BASAQAH DAN SYADAQAH.


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Artikel iluvislam.com

ChekguAzrine ~ huhu.. nauzubillah.. kita tak perasan pun kadang2 kita pun perangai sebginikan??peringatan dan pengajaran untuk diri saya jugak.. 

Cerita Birhday Cikgu Ain Cute!!

As salam..

cerita dah basi.. dah belated tersangat..hahaha

kongsi2 gambar je la ye.. rasa sayang pulak terperuk gambar2 tak dikongsi dalam blog kesayangan hamba nih.. eheh..

 beday cake by Hajar.. sedap sangat!!

birthday girl.. cikgu ain aka Cahaya Mata Raja Musa..hahaha

 kami.. saya bertudung hijau.. dah tembun masa ni.. hahaha

 2nd celebration plak by kakak2 sibuk yang lain.. hehehe.. dari kanan.. kak rose, adik manja ah loy dan efa.. semua BFF saya nih!!

thanks sebab sudi baca dan singgah!!


Wordless Wednesday #22 | Sekempeng!!


ChekguAzrine ~ dah tak sanggup tengok badan sekarang.. macam dipam2.. lepas bersalin kena usaha gigih untuk menjadi slim river balik.. tapi takmo la sekempeng macam kat atas tu.. tu masa umur 18 tahun.. di UiTM, S.Alam sekitara tahun 1998..s.menyengih je pandai masa bergambar dulu.. hahaha

Tuesday, April 24, 2012

Laksa Johor | Hajat Sudah Dipenuhi | Alhamdulillah

As salam

sabtu lepas dapat jugak saya melepaskan tahap kemengidaman saya terhadap laksa johor yang selagi tak dapat selagi itu terliur la saya memikir-mikirkan tahap kesedapan laksa johor.. hahaha..(apa punya ayat daaa)

maka keteringinan saya telah pun diutarakan kepada Mr Hubby terchenta.. asyik bertangguh sebab Mr Hubby lately asyik keje malam.. so saya tak dapat nak gi sorang2 membedal sebab tak tahu jalan n tempat.. hehehe..

maka akhirnya dapat jugak merasa kesedapan laksa johor di Restoran Mak Tim di AU3.. sedapla jugak.. cuma bagi saya macam kurang lemak sikitla.. ke mulut saya??

saya pergi pada waktu malam.. so takde masa nak snap2 gambar bagai.. ini semua hasil menggoogle okeh!!

Mr Hubby oder Murtabak Singapore.. anak2 makan beriani gam ayam.. saya membedal laksa johor.. sebab dah katanya mengidam kan??


makanan kat situ boleh dikatakan ok2la.. tapi beriani gam dia saya rasa sedap..mungkin laksa johor tu sebab dh malam kot..macam ditambah dengan air.. so nampak cair je sikit... mungkin!!hehhe

ok sekian sahaja laporan orang mengidam..hiks..

thanks for reading dear!!


14 Weeks!!

As salam..

takde citer best pun actually nak citer pasal saya dah cecah 14 minggu dah.. gembira memang gembira tapi takde apa perubahan.. rutin harian yang membosankan.. hehehe.. saya kata bosan sebab saya ada peel malas nak bersiap ke sekolah.. sebab saya dah tak suka bersiap..hahaha..

masih belum memulakan rutin checkup untuk bulanan sebab dah anak no-4 kot.. saya akan pergi insyaAllah isnin ni di Pusrawi untuk memulakan rutin every months checkcup  and really hope everything will going just fine.. and pray for my baby in my belly ya..

cerita pasal anak saya yang bertiga tu pun banyak.. cuma saya takde mood nak menulis banyak2.. setakat update mana yang mampu jek.. sekarang ni amirah dah kurang sikit manjanya dengan saya.. mungkin dah terasa bakal kekurangan tumpuan dekat dia lepas dapat adik nanti.. dia noticed dalam perut saya ada adik dia.. selalu cakap.."sayang adik yah".. cute je kan??

pasal pemakanan saya.. belum betul2 stabil.. masih makan nasi sikit je.. sekadar utk lapik perut dan beri saya tenaga untuk jerit2 kat murid.. HAHA.. memang itu benda wajib kalau mengajar murid tahap 1 nih.. huhu..

sampai sini sahajala updatenya.. sekarang ni saya perasan saya menulis macam mengarang karangan UPSR.. hahaha.. entah apa2.. macam dah hilang skills menulis selamba erk??

thanks for reading ya..

Saturday, April 21, 2012

Khabar angin mengatakan Bob Kuman meninggal dunia adalah palsu..

Khabar angin yang tersebar di twitter yang mengatakan bahawa Bob Kuman telah meninggal dunia adalah tidak betul. Menurut rakan-rakan artis, Bob masih lagi stabil dan ada di rumah seperti biasa. Khabar angin yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu mengatakan bahawa Bob berada dalam keadaan tenat. Selepas itu tersebar pula khabar angin yang mengatakan bahawa Bob telah meninggal dunia. 



Ini disahkan sendiri oleh Bob Kuman yang telah menegeluarkan pesanan melalui gambar (di atas). Diharapkan kepada sesiapa yang sebarkan berita salah di FB, sila buang berita itu daripada ia tersebar.

sumber : Harian Metro Online

BE Berdangdut | Alhamdulillah..

As salam

mood gumbira nak lompat2 je rasa.. dan sangat bersyukur sebab baru lepas mengecek slip gaji online untuk gaji bulan April.. alhamdulillah.. tak disangka2 banyak jugak erk.. hehehe..syukur padaMU..

ada satu lagi kegembiraan yang buat saya senyum selebar2nya.. ada 2 BE tengah berdangdut kat blog saya nih.. syukur sekali lagi padaMU..

Terima Kasih Allah!!

Friday, April 20, 2012

Tekak Selera Dengan.....??

huhu.. tekak memang selera yang ini je skang ni.. nampak gaya nak kena order la sos kuning tu kat online.. n beli wedges kat pasaraya.. boleh selalu goreng makan banyak2 kan??

selera western ni boleh menggemukkan erk?? tak pe.. baby yang nak makan.. bukan saya..erk??

kalau gi KFC anak2 layan fried chicken.. saya melantak benda ni sorang2.. anak2 nak ambik pun kedezut Umminya nak kongsi.. serius.. teruk betulkan??

oh.. CHEEZY WEDGES!!

The VOGUE Dato' Siti Nurhaliza


Dato’ Siti Nurhaliza dipertontonkan dalam gaya elegan & authentic untuk majalah online E&F edisi ke-6.

sumber : Oh Bulan

Semoga Allah Sentiasa Melindungi Anak2 Kita.. Amin..


terkejut bila membaca keratan gambar nih.. nauzubillah.. kadang2 kita sendiri terlepas pandang kalau letak anak kecik atas katil.. so next time peringatan pada diri sendiri jugak.. 

p/s : dah 4 tahun tak menimang baby kecik.. tak tahula skil tu ada lagi ke tak.. huhu.. semoga dipermudahkan olehNYA..

Tuesday, April 17, 2012

Jadual-jadual Tangga Gaji SSM Kumpulan Pelaksana 2012




 

 


Selamat Mengira Semua Ye.. dan Tahniah Kepada Mereka Yang Bakal Nikmati Gaji Baru nih..


Alhamdulillah!!

Monday, April 16, 2012

Cantik dan Tahniah!!




Tahniah!! Semoga kekal abadi ye Natasha dan Khalid.. 

Selamat Pengantin Baru!!

Genap 4 Tahun dan Genap 13 Minggu.. alhamdulillah

As salam..

dah lama saya menyepi diri daripada berblogging.. its been a whilekan saya tak menulis apa2 pun kat sini..

banyak sebab tapi alasan paling BESAR adalah malas nak mengayat.. boleh??

alhamdulillah.. kandungan saya sihat.. dan badan pun dah makin berisi walaupun makannya payah..uhuk..

makin tak larat pun dah mula.. loya2 dah melanda.. dan paling pelik saya selalunya mabuk pada malam hari.. huhu.. ntah apa2.. nak loya pun selalunya pukul 6 atau 7 petang ke atas... hahaha.. malam start la melepek.. tapi tak boleh nak layan sangat.. sebab saya bukan mengandung anak sulong yang ko boleh lepak2kan.. dah mengandung anak no.4 ni suami pun tak manjakan sangat.. hahaha.. tak berasap la dapur kalau dimanja2kan..erk.. tapi seronokla sekali sekala suami manja2kan kita kan??

apa yang genap 4 tahun tu??

alhamdulillah.. hari ni genapla 4 tahun saya setia menjadi seorang guru.. yang sudah pun berkhidmat di 2 buah sekolah sepanjang 4 tahun perkhidmatan saya.. dan saya sangat bersyukur dengan kemurahan rezeki yang Allah bagi pada saya tahun 2012 ini..dengan rezeki sambung belajar.. dengan rezeki bakal menimang anak ke-4.. dan Allah murahkan rezeki para cikgu dengan kenaikan gaji yang bakal kami terima akhir bulan ini.. alhamdulillah... syukur sangat...

tak perlu dirungutkan kepada penjawat2 awam seperti kami yang dikatakan hanya kami aje yang naik gaji.. sedangkan pekerja swasta mempunyai basic gaji lebih tinggi daripada kami... dan sebenarnya cukup susah untuk kami mendapat kenaikan gaji seperti ini.. yang sebelum ini tak sampai RM100 pun setahun untuk pemegang ijazah.. bonus pun susah nak dapat.. jadi tak perlu merungut dengan rezeki yang Allah bagi kepada kami.. rezeki memasing katanya kan...bersyukur yang penting!!

dan hari ini genap 13 minggu baby chomel lote saya ada dalam perut saya ni.. alhamdulillah.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang saya membawa baby chomel lote ini dalam belly saya ye..dan doakan saya mendapat baby yang sempurna sifat dan sihat ok..

terima kasih sudi singgah dan baca!!