U Click Me...I Click U Back

Thursday, May 31, 2012

Sarapan dulu sebelum pergi check up..

As salam..morning uols..hari ni me got maternity check up..dah 19weeks..approaching 20weeks this coming Monday..


Semoga hari ni menceriakan uols semua..jemput makan..:-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

Payah Makan...

Sejak kebelakangan ni saya dah kurang selera makan..risau plak berat turun sebab saya pregnant ni..risau ada effect kat baby..yg gitu2 je saya lalu makan...nasi memang payah nk telan esp yg saya masak sendiri..huhu


HELP ME!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 28, 2012

Tak Sangka Ada 2 BE Menari2..Alhamdulillah..

ada 2 BE bergolek2.. alhamdulillah..

dari
Kimberly Clarke Kotex 2012 * lama dah dok bergolek2 since March rasanya*

&
RHB internet Banking GSC *yang ni baru perasan..hehehe*

thanks Allah atas rezeki nih..

Penang Mali


menu lunch untuk hari ni.. as requested by anak2..

dimakan dengan sambal belacan dan berulam timun

JEMPUT SEMUA!!

chekguazrine ~ uols masak apa hari ni??

Tiap-tiap Hari Tengok Muka Christine Hermosa

As salam..

1st week of school out rite??another 13 days to go..yehaa!!

anda ke mana??

bohsan ke duduk rumah?? hehehe..

best dok umah sebab tak kose sangat nak kua jejalan..mood takde..tggu weekend nak cuti2 Penang.. ada banyak kenduri menanti kehadiran kami.. cewah!!

cuti sekolah ni asik melayan drama philipines kat Astro Bella.. entahla.. aku suka giler tengok Christine Hermosa kalau dia berlakon.. bukan sahaja lawa.. mat salleh celup.. tapi dia memang pandai berlakon la..

korang layan tak drama dia sekarang tengah hot kat Astro Bella @133

 drama ini tengah main..dekat nak habis dah.. memang best sampai Mr Hubby pun layan daa..
hahaha

tengokla Christine Hermosa tu sebagai penjual ikan.. memang lawa la..tiap2 hari la habis ikan dia dijual kalau dia betul2 jadi penjual ikan.. hahha

cerita baru je main dalam 3 episodes kot.. berlakon dengan hero favourite jugak.. Jericho.. dia dua orang ni memang sepadan sangat.. tak silap memang kekasih depa dua ni kan??

ini cerita masa zaman aku belajar kot.."pangako sa'yo"...sedap and fofular giler kat Malaysiakan..semua demam drama filipine masa drama ni main kat tv.. hehehe...tengokla episode dia panjang giler.. 160 episodes.. dasat!!

korang layan tak drama philiphines??


Friday, May 25, 2012

Drama Siri AMEERA

As salam

satu lagi drama siri best menggantikan Mahabbah di TV3 dalam slot Samarinda.. 

semalam aku tengok cerita dia episode pertama nampak sedap.. kelas la TV3 main drama sure best2..syabas sesangat..

Sinopsis Ringkas AMEERA

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Thursday, May 24, 2012

6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?


Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya


Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."

4. Dengarkan kata-katanya


Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.


Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.



sumber : Iluvislam

Tuesday, May 22, 2012

Gambar-gambar kenangan Hari Guru 2012 di SKTM 2

 senyuman di pagi hari... 

 our beloved pupils..


 menjiwai..

 geng kaki bergambar... hahaha

 mendeklamasikan sajak hari guru khas untuk kami..

 kejiwangan.. 

 keayuan..

 kecomelan..

 kegebuan..

 kepink-an..

kegedikan.. hahaha.. *saya dah tembam*

chekguazrine~ tunggu entry kami makan2 lunch hari guru di PHA PHA GARDEN!!

Lunch and Dinner for Today..

actually masakan pajeri ni favourite anak2 dan Mr Hubby.. kalau masak camni..laju je memasing makan.. hahaha

masak sebelum gi sekolah tadi.. sebab kakaknya ada tusyen malam ni.. so kena masak awal..balik nanti just masak nasi je la..

dah 1 Rejab kan.. alhamdulillah.. kerana Allah memberi kesempatan kepada saya untuk merebut pahala di bulan yang mulia ini...syukur sangat...

Monday, May 21, 2012

Craving For Bandung Banana With Cheese

fuhh.. terangkat weyhh.. serius mengidam.. tapi saya nak yang kat Bandung punya jugak!! masa pergi Bandung tahun lepas.. kawan saya yang belajar Medic kat Bandung yang bawak kami makan kat sini....memang sedap dan terangkat.. kalau uols datang ke Bandung.. jangan lupa cari makanan ni okeh....

thanks for dropping by...

Hadiah Lagi!!

As salam..

saya jarang2 sekali naik ke bilik guru during waktu persekolahan bermula.. selalunya waktu free saya dihabiskan di makmal computer sebab ada ekon u.. hahaha.. biasalah mak buyung.. suka sejuk2 nih..

saya selalunya naik bila dah nak dekat waktu balik.. and kemas2 sikit meja sebelum balik.. jumaat lepas saya terkejut sebab banyak lagi hadiah hari guru yg masih diberikan oleh murid berada di atas meja saya.. terkejut sebab thought semua dah diberikan pada saya semasa hari guru hari tuh...

thanks pupils for your thought.. really appreciate it...

chekguazrine ~ tak de sapa yang tak suka kalau dapat hadiahkan??

Sunday, May 20, 2012

Hupdate Dinner

As salam..


Xda masa nk hupdate citer lain..hupdate dinner kami malam ni je lar...menu daging kicap..sambal tumis udang..n sup sayur petola utk Mr Hubby..


Jemput makan!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Aishwarya Rai Bachan ke nih??

lor.. kenapa dia jadi chubby semacam jek..memangla tahu baru lepas melahirkan anak...hmm...
sayang sangat...dahla dia ratu cantik dunia wooo.. hmm.. takpela bagi dia masa untuk ke 'slim world' versi India untuk kuruskan balik badan dia.. kalau kekal gini.. rasanya tak elokla untuk dia... gemuk tak bermakna tak cantik ye..*no offence*

cuma rasanya ni berisi sangat... nampak not so Aish Bachankan??

Hadiah Paling Besh Bila Jadi Cikgu Perempuan...

bila dapat tudung...warna plak belum penah ada.. suka tau!!eh.. semua orang suka hadiahkan..kan..kan??

cantik tak??

mak buyung dah rasmikan dah... hehehe.. i like the awning!!

thanks for reading...

Thursday, May 17, 2012

Ibu Mengandung Bolehkah Naik Kapal Terbang?

As salam..

tertanya2 sebelum ni..bolehke pregnancy women on board?

google2.. dapat info cenggini...

From Air Asia

This is one of the most frequently asked question when you want to fly whether through AirAsia or any other airlines. AirAsia has stipulated the following terms in respect of pregnant flyers :

Pregnant Passengers: It is the duty of pregnant passengers to advise us of the progress of their pregnancy at the point of booking of Seat and at the check-in counter. Our carriage of pregnant passengers are subject to the following conditions:
  1. Pregnancy up to 27 weeks (inclusive): we will accept without a doctor’s certificate subject to the passenger signing a Limited Liability Statement.
  2. Pregnancy between 28 weeks to 34 weeks (inclusive): passenger shall produce a doctor’s certificate confirming the number of weeks of pregnancy and that she is fit to travel which certificate shall have been issued not more than seven (7) days before the scheduled flight departure date. The passenger will be required to sign a Limited Liability Statement.
  3. Pregnancy 35 weeks and above: we will refuse carriage
We hope this is clear enough and will explain everything.

From Malaysia Airline System (MAS)

Travelling while pregnant
 
If you are travelling during pregnancy, you will require a letter from your doctor stating duration of pregnancy and any risk factors. The following are cases not recommended for women to travel:


    * After 32nd week of pregnancy for those with multiple pregnancies (e.g. twins).

    * After 35th week of pregnancy for international flights.

    * After 36th week of pregnancy for domestic sectors.

    * Until 7 days after delivery.
  

ChekguAzrine ~ Alhamdulillah.. sebab on5th nanti saya akan ke luar negara.. tertanya2 plak perlukah saya sertakan surat doktor sebab masa tu kandungan saya dah 5 bulan.. nampak gayanya tak perlula erk.. senang kerja saya..

Sekali Sekala Breakfast di Mek Dee

As salam..

sesekali perut rasa nak makan benda2 cenggini pagi2.. sebenarnya nak buang duit pun ada.. hahaha.. kalau masak kat rumah pun bolehkan??

 
tapi tak boleh tahan la dengan penangan kopi sedap nih..tetiba suka kopi hitam legam nih..

budak kicik tak mo bergambar... buat2 tutup mulut plak daa..

chekguazrine ~ uols selalu breakfast kat McD??

Bila Cikgu2 Posing Dengan Baju Sponsored

our Teacher's Day theme yersterday was pink and purple.. sponsored by our beloved GB..

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #25 ~ Tq Pupils!!


Belum sempat punggah dan bukak lagi..blk td lena dulu sbb tak larat sangat..huhu

THANKS PUPILS FOR ALWAYS REMEMBERING ME AS YOUR TEACHER..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday # 24 ~ Teacher's Day

Happy Teacher's Day 
 to all teachers out there and also to the bloggers' teachers

me and one of my colleague.. dua2 mak buyung.. and me exclusively at 17 weeks of my pregnancy after so long not into camera..hahaha.. gumuk dah saya!!

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Ibu!!

specially dedicated to all mothers out there..enjoy listening this song k..
 

Selamat Hari Ibu, Ummi, Mama, Mummy, Mak, Mek, Ceq.. dan apa2 panggilan anda kepada ibu anda.. semoga ibu kita sentiasa sihat.. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. amin

alhamdulillah.. syukur sangat sebab Allah kurniakan gelaran UMMI seawal usia saya 21 tahun.. dan semoga Allah sentiasa lapangkan hati saya dalam mendidik mereka menjadi anak2 yang solehah.. patuh kepada orang tua.. dan juga menjadi muslimin yang sejati..amin..

Thursday, May 10, 2012

She's going to be 4 and she's so naughty












lagi sebulan nak masuk 4 tahun.. alhamdulillah.. syukur kerana meminjamkan dia untukku ya Allah...

walaupun semakin nakal dan mengada2.. kami semua tetap menyayangimu Amirah.. semoga menjadi anak yang berguna..cerah masa depan.. patuh perintah Allah..amin.. 

Wednesday, May 9, 2012

Ibu Kejam!!

As salam..

tadi ada tertengok video budak kecil tak sampai setahun kot kena dera dengan ibu kandungnya sendiri..

untuk melihat video tersebut sila klik..


tak sampai hati nak share kat sini okeh.. nangis saya!!

memang giler la mak dia nih.. siap sepak2 anak kecik dia tuh.. memang lahanat okeh!!*mind my words*

yang membuatkan saya sedikit lega ialah..

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.


Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

credit : Facebook PDRM

Tuesday, May 8, 2012

16 Weeks..

As salam..

semalam genapla saya mengandungkan si kecil tomei2 ni 4 bulan.. alhamdulillah.. alahan pun dah kurang.. nasi pun dah bolehla makan banyak sikit dari dulu.. cuma perut je belum lagi membeso bagai johan.. tak tahula kenapa.. masa pergi cek up doktor pun cakap kecik perut.. baby ok je.. besar mengikut minggu..huhu

takpela rezeki perut kecik kali nih.. hehehe..

kalau tanya mengidam apa ke.. takdela mengidam beria2.. cuma kadang2 saya adala rasa2 teringin nak makan itu ini.. tapi tak bolehla mengada sangat.. sebab Mr Hubby tak selalu ada malam2... so perasaan ingin makan itu ini terpaksala disimpan sahaja.. takpe.. belum lagi tahap kempunan..

actually tak sabar dah saya nak berjumpa anak ke-4 saya nih.. jantina belum tahu lagi.. memang harapan besar saya untuk mendapatkan baby boy.. tapi saya hanya merancang.. Allah yang menentukan yang terbaik untuk kami sekerluarga..yang penting baby saya cukup sifat dan sihat walafiat hendaknya..

kakak2nya juga excited dok list out nama baby boy untuk rujukan saya.. hahaha.. lawaks pun ada.. bersungguh2 betul.. hehehe.. excited kot.. lama dah takde adik..

ini kalau time berbaik.. kalau time bergaduh.. maunya saya jadi isteri tarzan Malaya.. boley??

thanks for reading uols..

My Master's Friends Dah Kawen | Tahniah Baey dan Amy!!

As salam..

hari ni lambat update.. masa tak cukup.. hahaha...*salahkan masa seperti biasa*

lagi 2 minggu lebih sekolah2 bakal bercuti panjang.. 2 minggu tuh.. dan banyak jugala jemputan kawen kawan2 yang saya dapat daripada kad sampaila kat message FB.. thanks for remembering me..

just nak citer dua kawan saya semasa belajar sarjana dulu kat UKM dah kawen.. kedua2 majlis saya tak dapat nak gi.. maklumla jauh sangat..Baey di Kelantan while Amy kat Jerantut.. mintak maaf sebab really cant make it.. 

saya doakan semoga hubungan fasa baru kamu berdua berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan anak2 yang sihat dan comel..ok??

Selamat Pengantin Baru!!

Baey.. semasa majlis akad nikah..
credit : Facebook Baey

minah Amy ni takde FB.. yang tengah2 tu la dia.. tak banyak gambar2 saya dengan dia.. ni jela gambar yang sempat saya rakamkan semasa saya masih belajar di UKM dulu.. Amirah masa ni masih kecik lagi..alhamdulillah.. kawen dah adik2 saya 2 orang ni.. yang Amy kawen dengan cikgu yang Baey kawen dengan polis.. okla.. rezeki memasing.. 

Tahniah untuk kamu berdua ye..:-)