U Click Me...I Click U Back

Tuesday, July 31, 2012

Kisah Hati Perempuan

yeke??

pandangan anda??

Cuci Mata Di Nilai 3

As salam..

hari Sabtu yang lepas.. Mr Hubby ajak ke Nilai untuk tengok2 rumah di Desa Anggerik..

usai menengok.. kami decide nak cuci2 mata ke Nilai 3.. actually takde planning pun nak beli apa2.. saje berjalan.. cuma saya tak berapa larat sebab cahaya mataharinya sangat terik..mengalahkan KL.. 

so berjalan sikit je jadi penat.. yang kesiannya anak2 la.. dah la puasakan??

banyak jugak kedai yang kami singgah.. kedai perabut..kedai langsir la mostly.. saje nak cuci2 mata.. nak beli..belum menjadi keperluan kot lagi...huhu..as our perabut pun masih elok untuk duduk.. hehehe..

nanti dah beli rumah..baru cerita bab perabut baru erk..hahaha

tempek gambar2 yang sempat saya snap..sebab saya dah Mr Hubby adalah pecinta perabut jati.. hehehe

kat sini takdela berapa cantik sangat design dia...tp blhla setakat nak mencuci mata tuh..hahaha





the sisters busy menumpang main congkak plak.. haru...hehehee

setel di kedai perabut yang beberapa buah kami singgah...


kami singgah kedai langsir plak.. tengok2... usha2..riki2.. semuanyalah..hahaha..kata mencuci mata tadikan??

so takdela membelinya pun..


last but not least..gambar si kecik saya dengan kakaknya..masa ni jenuh suruh dia posing..dia takmo...dapatla gambar candid cenggitu.. hehehe.. sekarang dah sangat naughty sebab nak dapat adikkan..kata orang tua2..lagi nak dapat adik..lagi nakal..betul erk??

uols weekend ke mana??

[Petua] ~ Kalendar Cina Menentukan Jantina Anak


sesiapa yang ingin memiliki anak especially yang inginkan jantina yang berlainan.. bolehla buat rujukan di Kalendar Cina yang saya attached nih..

dulu saya pun tak sempat nak rujuk sebab planning nak baby baru paling tidak pun end of this year..tapi 'terbabas' daa..Allah itu maha mengetahui..mungkin tiba masanya saya dikurniakan zuriat dalam masa terdekat nih.. alhamdulillah.. kita hanya mampu merancang..

masa di awal pregnancy.. kawan2 ada bagitahu..kalau merujuk Kalendar Cina..saya bakal dapat baby boy.. masa tu adalah terdetik keexcitedan dalam hati saya.. "alangkah bestnya kalau betul"..sebab saya memang mendambakan boy bagi melengkapkan family saya..

alhamdulillah.. dan insyaAllah.. kalau menurut scan daripada Dr Salleh di Pusrawi.. saya bakal mendapat baby boy.. hopefully.. Allah akan kurniakan boy yang sihat dan sempurna untuk saya...amin

jangan segan2 ye merujuk dan mengira bilakah sesuai untuk anda memiliki cahaya mata anda..

SELAMAT MENCUBA!!


Monday, July 30, 2012

[Tips] ~ Khusuk Dalam Berdoa


Selamat Berbuka dan Selamat Beramal!!

Aidilfitri Warehouse Stock Clearance | Coach.. Prada...Ferragamo...Gucci!!!

Wow.. ramai kot yang menunggu untuk pakai handbag baru during raya nanti...hehehe

pssttt..orang Gomen.. boleh belanja dulu kat sini.. nati 9hb dapat balik duit bonus.. hahaha...

SELAMAT BERSHOPPING!!

Anak Lelaki Zed Zaidi | Ryan Ziqry


Pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi akui terharu selepas melihat sendiri proses kelahiran putera sulungnya yang selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Tropicana Medical Centre, Kota Damansara kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

"Alhamdulilah, saya berasa terharu kerana dapat melihat sendiri proses isteri saya melahirkan anak sulung kami. Isteri saya terpaksa melalui pembedahan kerana bayi kami agak besar iaitu seberat 4.32 kilogram"

Tahniah untuk Zed Zaidi dan isteri...

sumber : Murai.com

7 Bulan...

As salam..

hari ni genap kandungan saya 28 minggu @7 bulan..alhamdulillah..


saya dah mula makan set kehamilan salindah B3 sebab hari ni dah genap 28 minggu.. so terpaksa makan masa sahur dan waktu berbuka..

hari mi dah masuk ramadhan ke-10.. alhamdulillah.. diberi rezeki oleh Allah untuk merasai saat2 indah berpuasa walaupun dalam keadaan sarat.. semoga Allah permudahkan perjalanan saya sepanjang Ramadhan ini.. dan sehinggala menempuh saat hendak bersalin nanti.. amin..

 masa 27 minggu.. taken last Friday..

sekarang ni kalau nak bergambar...minta mahap la nak bergambar sorang2.. mesti si tecit nak menyelit.. hehehhe..

Salam 10th Ramadhan!!

Friday, July 27, 2012

Oh My Shoes!! | "Menang Membeli, Menang Memakai"

*abaikan peribahasa di atas*

bought yesterday just for RM15 at Uptown Danau Kota..

but it's really comfortable and fit with my feet..I'm wearing them because my feet had swelled...

like elephants legs!!hahaha

happy weekends uols...!!

*planning nak tido je esok..boley??*

Khas Kepada Peminat Tudung Ariani | Ariani Goes Online | Boleh Beli Terus Secara Online

As salam

nak dekat2 raya ni sure ramai di luar sana mencari2 tudung yang sesuai untuk dipakai semasa rayakan??

dan pastinya seronok kalau kita tak perlu keluar membeli belah secara penat lelah.. bolehla mencuci mata secara online..


TAHNIAH kepada Arini kerana berjaya membuka tempahan secara online.. senangla kepada peminat2 tudung Ariani untuk membeli belah dengan hanya klik2 sahaja.. dunia sekarang hanya di hujung jari anda!!

saya dah usha2.. memang lawa2 ler tudung kat Ariani.. belum pernah lagi merasa memakai Ariani..

sekarang tengah sales raya di Ariani





*pstt..saya ada dah berkenan nih..tunggu duit bonus masuk!!*

[Petua] Agar Sentiasa Seperti Anak Dara


selamat mengamalkannya.. insyaAllah..

Happy 7th Ramadhan...:-)

Thursday, July 26, 2012

L.E.M.A.U

As salam

entry luahan rasa kepenatan sikit dari semalam..

selepas sahur aktiviti menghantar anak2 ke sekolah kebangsaan dan sorang lagi ke sekolah agama setiap hari berjalan lancar.. tapi balik je terus flat..took a short nap until 9pm almost everyday.. bangun baru siap2 jemur kain semua.. 

kalau tak saya jemur kain masa malam.. sebab sekarang dah tak produktif sangat kerja rumah pun dah tak ontime.. sebab dah 27 minggu ni.. dengan puasa lagi.. dah agak LEMAU sikit badan untuk melaksanakan kerja rumah mengikut masa as usual..

nasib Mr Hubby faham keadaan saya.. tq laling!!

kadang2 Mr Hubby tolong saya jemurkan baju..at least he did house chores for me..

on weekdays ni kalau sempat saya masak simple2 untuk berbuka saya masak.. kalau tak PARAM jela.. tapi masalahnya.. saya susah makan..bayangkan nasi dagang 1 bungkus pun jenuh saya nak habis semasa berbuka.. terukkan selera makan saya??

so alternatif lain ialah..sediakan bahan2 seawal sebelum ke sekolah.. at least dapat la buat meehun ke mee ke..dan selepas berbuka saya proceed dengan lauk yg simple untuk dinner plak.. kadang2 MR Hubby ngan anak2 nak makan nasi.. so terpaksa la masak kan walau sesimple yang mungkin.. mana yang sempat la..huhu

pstt.. orang2 gomen semua tengah happy giler erk.. ada dapat tunggakan gaji baru.. plus dapat bonus 9hb nanti.. dan gaji bulan 8 ni dapat awalkan..13hb kalau tak silap saya..hehehe..

jangan lemau2 ye.. PM dah janji tu nak bagi BONUS RAYA!!

hahaha

Better Late Than Neverkan??

As salam..

actually saya dah lama nak makan supplement untuk sepanjang mengandung nih..

dulu dah pernah makan set hamil salindah semasa mengandungkan anak pertama.. alhamdulillah.. saya mengalami pengalaman mudah semasa bersalinkan anak pertama.. tak sampai 20 minit sakit bersalin.. tu anak sulong tuh.. dan paling best.. saya tak berasa sakit pun sangat.. teran je dah bersalin.. huhu.. 

banyak testimoni yang dapat dibaca... dengan mengamalkan supplement salindah nih.. dipercayai dapat membantu mencerdaskan otak bayi dalam kandungan.. 

lagi testimoni tentang produk salindah nih.. klik SINI

saya asyik terlupa je nak order set salindah ni dari awal pregnancy dulu..

maka saya terpaksa membeli set ceraian.. bermula dengan set B4 - B6 untuk kehamilan 28minggu.. sebab next week je insyaAllah.. saya akan masuk 7 bulan..

maka saya dah order secara online di stokis Salindah.. mudah je pembeliannya..

tunggu sampai je la via pos laju..

sumber : google

semua dengan kuasa Allah.. saya hanya merancang, usaha dan tawakkal..

semoga Allah permudahkan perjalanan kehamilan saya sehingga masa kelahiran..

due in OKT.. pejam celik je dah OKTkan??

Besarnya Ganjaran Isteri Solehah!!


sekadar renungan di Ramadhan ke-6...

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam | Bayaran Khas RM500 untuk Pesara

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. 

sumber : Bernama

alhamdulillah.. doa kita dimakbulkan...syukur sangat!!

Entry Lapuk ~ Kenduri Kahwin Kak Cik di Penang | Part 2

.********

sambungan daripada entry SINI dan SINI

cerita pakai gambar la erk.. mudah sikit.. hehhe..malas nak karang2 panjang!!

 seawal pagi kami dah bersiap2 nak ke kenduri.. sebelum tuh Mr Hubby dan anak2 besar singgah ke kubur dulu untuk membuat sedikit tahlil kepada arwah2..al-fathah..kami hanya menunggu anak kecik kami di masjid berdekatan..

setel semua terus gerak gi rumah kenduri di Sidam, Kedah.. 

pasangan pengantin baru berarak masuk.. yang perempuan tu kira pangkat sepupu dengan saya.. sepupu jauhla..







aksi2 pengantin baru semasa makan beradab.. tema ungu menjadi pilihan kedua mempelai..*macam melaporkan berita plak erk*

anak2 dara.. sama baya.. sepupu dua orang nih.. yang baju hijau anak sulong saya..


hantaran sebelah lelaki dan perempuan.. sebelah lelaki tema warna biru..

sekian sahaja entry lapuk di zaman silam.. hehehe

Salam 5th Ramadhan uols!!

Edisi Baju Raya | Radzuan Radziwill for Thepoplook!!

As salam

dapat email daripada Thepoplook yang mengatakan koleksi Radzuan Radziwill dah masuk Thepoplook

antara koleksinya di Thepoplook





jom usha2 di Thepoplook

chekguazrine ~ saya boleh tengok2 je.. sebab kena sedor diri sebagai mak buyung..huhu

Wordful Wednesday # 1 | Oh My "Ilish"

As salam..

anak2 saya suka sangat melayan "OH MY ENGLISH" setiap hari Ahad tuh..

saya pun layan sekali.. actually bagus untuk penambahbaikan grammar kita.. dan suka tengok semua pelakon dia berlakon dalam siri tuh...

dah melalot kot lain..

actually Yaya suka melayan jugak..bila dia bukak siaran citer ni kat astro.. cepat2 dia panggil kakak2 dia suruh tengok sekali..

yang bestnya siap menjerit.."kakak.. OH MY ILLISH  kakak"..

saya yang dengar ni memang gelak besar la.. sebab dia masih pelat.. tak boleh blah dengar dia tuko English tu kepada Ilish.. sebab dia tak boleh nak sebut perkataan tu dengan betul..hahaha

but at least she's trying kan??


anak oh anak!!

Tuesday, July 24, 2012

Set Selepas Bersalin | Dalam Dilemma

As salam..

saje nak mohon share pendapat korang kat sini yang dah biasa guna set selepas bersalin..

masa bersalin ketiga-tiga anak dulu...saya biasa guna Mustika Ratu je sebab murah.. tapi pakai dia memang best.. cuma bila dalam bentuk jamu ni saya rasa panas sikit.. dan tak sesuai utk breastfeedingkan??
inila set Mustika Ratu yang saya biasa pakai..tak hingat harga sebab kisah 4 tahun yang lepaskan..hehehe

********************************
sekarang ni ada riki2 set bersalin yang best dan affordable untuk saya gunakan selepas bersalin.. sebab saya plan nak yang terbaikla for this time.. this might be my last pregnancy.. 

cukupla 4 kot.. kalau Allah nak bagi lagi.. saya terima dengan tangan terbuka.. buat masa ni cukupla dulu empat.. takde perancangan nak menambah pun.. hehehe
so far dalam kepala ada beberapa set bersalin yang menjadi idaman kalbu.. cuma tak pernah guna.. dan sesiapa yang pernah menggunakannya.. diharap dapat drop your comment here k.. 
sharing is caring rite??
gambar2 semua cilok dari Pakcik Google


set bersalin TANAMERA
Harga: RM360.00

 set bersalin AMWAY
 Harga: RM 293.00


set bersalin SENDAYU TINGGI
 Harga: RM 386.00

set bersalin LEESA FORMULA
 Harga: RM 350.00

yang mana satu pilihan kalbu??

chekguazrine ~ berminat dengan TANAMERA.. tapi belum betul2 decided.. help me??

27 Weeks | Sesi Tayang Perut

As salam..

syukur alhamdulillah.. dah masuk Ramadhan ke-4.. dan alhamdulillah once again.. i managed to fast for the past 3 days.. 

camne ramadhan ke-4 kamu semua hari ni??

 saya agak kepenatan sedikit.. mungkin sebab mengajar pada sebelah petang buat kita agak liat sikit.. dan terpaksa turun naik tangga.. menjadi tarzan sekali sekala.. memangla penat kan??

plus bagi mereka yang berbadan dua macam saya..

actually tak sempat nak update kisah saya pergi check up masa usia kandungan 25 minggu kat pusrawi..

setia menemani saya si kecik Yaya.. sebab Mr Hubby ada job hari tuh.. lagipun dah biasa pergi ngan anak2 je teman.. 

berat turun sedikit.. tapi Dr kata its normal.. sebab berat baby semua ok.. kebetulan hari check up tu kena ambik darah.. tak sakit plak kena cucuk ambik darah.. kebal dah kot??hahaha

nadi baby semua ok.. DR siap tunjuk kali ni nampak burung segala bagai.. alhamdulillah.. even dah 2x check up DR cakap this time is boy.. macam susah je nak percaya.. terukkan saya??

 DR Salleh on purpose spotted this picture (on left side) just to show me the gender of the baby.. korang boleh nampak tak yang mana??.. to those yang expert are welcome to guess..hehehe..

so got another 90 days to go.. 

doakan saya ye..

saje2 bergambar sebelum puasa hari tuh.. konon2 gambar tayang perut la.. hahaha.. ado2 sajok korang nih!!..hehe

Bonus Aidilfitri Kakitangan Awam Dipertimbang

PEKAN 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang menimbang kemampuan kewangan sebelum memutuskan mengenai permintaan bonus kakitangan awam sebelum Aidilfitri ini.
Perdana Menteri yang tersenyum apabila diajukan soalan tersebut berkata, keputusan berhubung perkara itu perlu berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

"Itu nantilah, kita tengok buku kira-kira dulu. Namun apa-apa keputusan mesti berdasar kemampuan kerajaan," katanya.

Ditanya seterusnya sama ada kerajaan dalam kedudukan berkemampuan membayar bonus kepada kakitangan awam, Najib sekali lagi sambil ketawa kecil berkata:

"Itulah kita tengah semak dulu"

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Terdahulu, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Jentera Pilihan Raya UMNO Bahagian.

Pada 16 Julai lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) mengemukakan tuntutan bonus sempena Aidilfitri ini.

Sementara itu, ditanya laporan mengatakan lebih 50 peratus senarai calon yang dikemukakan parti komponen Barisan Nasional (BN) telah ditolak seperti disiarkan sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam, Najib berkata, perkara itu masih dalam semakan.

Katanya, soal calon termasuk yang dikemukakan UMNO juga masih belum dimuktamadkan.
"Kita hanya muktamadkan soal calon bila sampai masanya nanti. Maka semuanya (yang dilaporkan) bersifat spekulasi. UMNO pun kita masih tengok, semak dan belek lagi," jelasnya.

chekguazrine~ kalau tengok gaya macam dapat je kan??syukurla kalau betul..alhamdulillah..

Monday, July 23, 2012

Tahan Puasa Sebab..

As salam..

saya sekarang dah genap 27 minggu of my pregnancy.. alhamdulllah.. dan semangat nak berpuasa tu sangat tinggi sebab saya tak suka nak ganti2 ni.. macam susahla sikit.. tahun depan nak ada bb kecik.. menyusu lagi.. sure penatkan.. 

so sebelum puasa saya dah well prepared makanan2 yang boleh bantu saya tahan lapar..

sumber gambar dari google k..

bila dikaji2.. milo jenis Hi-Fibre ni boleh bantu kita tahan lapar sebab ia mempunya kebaikan serat yang diperlukan utk badan bagi membantu menggantikan makanan.. saya dah amalkannya.. alhamdulillah.. perut pun tak pedih..

saya memang hantu milo..so saya amalkan minum ni semasa berbuka dan sebelum habis sahur.. segelas je cukup..dan seriously sangat sedap.. dan 1 packet saya beli dalam RM10.70.. ada 10 stick pek.. beso plak tu.. blh buat 2 gelas sekali gus.. jimat di situkan??

kedua KURMA.. saya memang amalkan hampir setiap malam mengunyah kurma sambil tengok TV.. kat rumah saya ada stok kurma pelbagai brand dan rasa.. mostly orang bagi.. jiran dan kawan2 sekolah.. tak payah saya beli dah..hahaha.. jimat lagikan??

sekadar berkongsi cara saya menahan lapar semasa mengandung nih.. lain orang lain cara dan makanannyakan??

kongsila korang punya pulak..

Menu 1 Ramadhan | Simple

As salam

hari ke3 di bulan yang mulia...

alhamdulillah.. dah 2 hari saya berjaya puasa dengan jayanya..tapi memang kena tido la siangnya ye.. hahaha.. kalau tak sure penat nanti nak bersilat di dapur..

actually saya ada semangat berkobar2 untuk memasak menu2 istimewa kononnya di bulan mulia nih.. cuma kudrat yang membataskan saya.. uhuk.. macam2 masakan dan makanan bermain dalam fikiran almost every day.. semangat sungguh!!

1st of Ramadhan.. saya teringin nak makan mee goreng basah.. tanya anak2.. semua setuju.. Mr Hubby plak takde...bekerja.. so senang sikit kalau plan nak buat menu simple2.. kalau beria sangat nanti kompem tak habis.. tak baik membazirkan??


saya buat dalam 1 bungkus je.. tapi habis licin as memasing anak2 saya bertambah2 sorang 3 pinggan.. saya sendiri makan sepinggan je dah tak boleh masuk..huhu

yang paling dasyat makannya ialah orang yang kononnya pose!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*

 ini budak tecit pun 3x tambah wooo...hahahha

chekguazrine~ semalam kononnya nak masak nasi minyak.. kena postponed menu tu on next weekend sebab semalam berbuka di Subang..bersama anak2 Mr Hubby...

Saturday, July 21, 2012

Anak Kedua Catriona Ross...Jammal Raess Ross Iddin

sumber berita : SINI

Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita Catriona Bahrin Ross atau mesra dengan panggilan Cat yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama Jammal Raess Ross-Iddin, tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre pada Isnin lalu (16 Julai 2012)

TAHNIAH UNTUK CAT DAN SUAMI!!