Followers

U Click Me...I Click U Back

Friday, August 31, 2012

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

 

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
 

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

 

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.
p/s : ada merasainya kemarin...wuwu..memang tak selesa la sangat..
 
Sumber : SINI


Berdua Lebih Baik!!



YAYA with AINA..

muka sebijik kan??tapi caya tak dorang ni pangkat makcik dan anak sedara..??

Thursday, August 30, 2012

MC Today..

As salam..

kurang sihat semalam..balik dari sekolah perut memulas-mulas dan rasa sangat tegang..

baby pun asik bergerak2 non-stop..so sakit rasa macam contraction pun ada..wuwu..

through pembacaan..saya mengalami Brixton-Hicks Contraction..selalunya dialami seseorang yang hamil kurang daripada 37 minggu..

memang semalam ada rasa macam nk bersalin..wuwu..

hari ni memang ada appointment check up kt Pusrawi..alhamdulillah DR cakap semuanya ok..rupa2nya baby berpusing nak engage..alhamdulillah..

tak smpt BW..ni pun update pkai hp...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Perut Makin Membesar Setelah Masuk 8 Bulan @32 weeks..

As salam..

as before ramai yang tegur why perut kecik..ada bloggers cakap tak macam orang preggy pun...hehehhe..

sebenarnya kalau gambar duduk memang tak nampak kot..kalau saya berdiri.. memang ketara nampak..cuma perut tu tak berapa nak menonjol dengan jayanya.. hik..hik..

tapi since dah mencecah 32 minggu..dah 8 bulan kan??bila gi sekolah ramai dah tegur.."eh..perut dan besar".."perut dah kedepan"..."dah sarat erk??"..macam2 teguran la..dan saya sendiri feel yang dah semakin sarat dan tak larat nak berjalan.. rasa berat dah sangat perut.. wuwu..

ada masa lagi 4 minggu sebelum masuk 36 weeks / 9 bulan..so camnela besar gamaknya perut saya erk. sebab di usia kandungan 9 bulan.. DR selalu pesan..baby akan membesar dengan lagi cepat.. so sesiapa yang berada di usia kandungan 9 bulan..tak digalakkan berpuasa sebab baby tengah nak membesar.. nanti terbantut tumbesaran dia..nauzubillah..

 dah besarkan perut saya..hehehhe...membesar bagai johan dah..tengok pun seriau...ye dok??

Wednesday, August 29, 2012

Repeat Dinner di Restoran Kapitan, Perda, Penang

As salam..

masih mood berhari rayakan??hehehe..saya takde mood dah nak beraya sakan..mood nak mengemas rumah je tengah ON sebab tak lama lagi nak berpantang..so nak make sure rumah semua siap berkemas..baru sejuk mata saya dan baby memandang..eh??hehehe

nih cerita kali ke2 makan di Kapitan, Penang.. cerita pertama di entry INI

specialist dalam cheese nan tandorinya...wuwu..dan claypot beriyani pun tak kurang juga hebatnya!!

 kalau ada Fuza Musa... memang wajibla posing2 sakan..hahahha..semua ni minah kamera..pantang nampak!!

 anakanda2 dan cucunda2... hehehe.. semuanya monyok dan kelaparan menunggu makanan..

 posing lagi..hikhik..

special menu..claypot beriyani ayam.. ayam boleh pilih.. kalau nak tandori pun boleh.. instead of grill..

roti nan.. cheese nan dan habis katanya..maklumla musim perayaan.. pekerja pun kurang.. so mungkin pekerja yang buat cheese nan tengah bercuti kot.. hehehe

kalau sesiapa yang teringin nak makan di Restoran Kapitan..ada beberapa branches yang boleh anda kunjungi..

Restoran Kapitan (HQ)
93, Lebuh Chulia,
10200 Penang. 

Another Branch @
89G, Persiaran Bayan Bay,
Bayan Baru, Penang 

yang ini yang kami pergi.. tempat ni actually tempat baru berbanding yang alamat di atas..

Restoran Kapitan 
Bandar Perda
Bukit Mertajam, Penang
Phone
6045394911

jom terjah!!

Wordless Wednesday #35 ~ Gigi Saya Hantu Ambik!!


Ceritera Shopping Raya!!

As salam..

actually cerita dah basi..tapi nak jugak jadikan kenangan dalam blog kecik saya nih.. kenangankan..ini je tempat yang boleh diabadikan..heehhe..

nak kata beria2 shopping raya tak jugak..cuma cari beberapa lagi helai baju anak2 untuk dipakai semasa raya.. 

sebahagian saya dah beli masa bentang paper di Bandung dulu..so cari 2-3 pasang seorang cukup dah kot..

paling penting dapat juga ke Sogo cari keperluan baby dalam peyut.. wajib tuh..bagi kuat semangat sikit..jangan langsung tak bersediakan??buatnya bersalin awal..hahhh...cane??

tapi bila sampai sogo..sesak yang amat kat bahagian bawah..punyala ramai umat manusia..wuwu..nasib saya naik kat department baby takdela ramai sangat dan sesak..masa time bayar pun tak sesak dan tak perlu beratur panjang..alhamdulillah..

sebelum pergi Sogo saya ke KWC dulu.. cari baju anak2 dulu..kebetulan tak pernah ke situ..so ajak Mr Hubby pergi situ dulu..saje nak tengok best tak tempat tuh.. pendapat aku..cam biasa jek..lebih banyak baju orang dewasa than baju budak2..so 35% je tercapai apa yang dihajati untuk anak2..huhu..

next time kena pikio banyak kali nak ke situ.. sebab tak best!

 sempat bergambar di luar KWC sebelum gerak ke sogo..

then kami terus ke Jalan TAR dan misi mencari parking pun mudah.. alhamdulillah.. cuma berjalan agak jauhla sikit..merungut jugak anak2 sebab penat berpuasakan..nak parking dekat2 ngan sogo memang takdela..parking dalam sogo mahal sangat dan tak berbaloi kot..huhu

selesai shopping baju baby di SOGO..kami terus gerak ke Ibramsha untuk berbuka puasa di sana.. malangnya tempat penuh..dan saya cadangkan supaya husband tapau dan just makan di open air berdekatan dengan panggung wayang tamil..betul2 depan kamdar..

 anak2 kepenatan menunggu saat berbuka puasa.. hehehe.. sesekalikan berbuka open air camni..seronok jugak..

takde apa nak buat...posing2 jela..hehe

gambar makanan berbuka tak ambik sebab masing2 kelaparan.. huhu

selesai makan.. kami tumpang solat di surau berdekatan dengan kamdar..

dan Mr Hubby eager nak tgok Lee Chong Wei vs Lin Dan di Olimpik London malam tuh.. maka kami singgah minum teh di Lotus


beria2 Mr Hubby menonton..hehehe..saya hanya lihat dari jauh je..dan mintak Athirah tolong update..hehehe
 
boring2 menunggu...takde keje nak buat..posing2 jela..muka mak yong pun dah kepenatan tuh..huhu

sampai rumah je semua terlentang kepenatan..huhuhu..kesian anak2..nasib esok tu ahad..bolehla lepas sahur tido balik..:-)


Tuesday, August 28, 2012

Edisi Syawal Kami Yang Sederhana

As salam..

setiap tahun saya memang ikut Mr Hubby balik beraya di Penang.. sebab parents ada kat KL..dok dekat2 plak tuh... so nak berasa suasana meriah..kena beraya di kampung suami di Kepala Batas, Penang..

tapi tahun ni agak kurang meriah sebab kat Kepala Batas takde sesapa pun.. PIL dah tiada lagi di dunia ini..al-fatihah untuk mereka..

maka raya kali ni kami beraya di rumah anak Mr Hubby di Batu Kawan, Penang.. maka jadila raya secara sederhana sahaja tahun ni..sebab tiada persediaan untuk juadah hari raya seperti sebelum2nya..

tak sabar tunggu tahun depan.. insyaAllah.. tahun depan akan meriah raya kami sekeluarga..akan dikongsi bila2 masa k..di lain entry..

layan je la gambar2 yang sempat disnap..huhu..tu pun dah petang2 raya dah weyhh!!

 
 suasana beraya di Sidam.. sambil2 melihat kandang kambing...hehehe

candid!! 

tema hijau kami!!

tak banyak sangat snap gambar raya tahun ni..gambar saya sekeluarga takde langsung akibat keloratan di pagi raya...hehehe..

nasib ada jugak gambar mereka bertiga nih..

*nanti saya up beberapa keping lagi kat entry lain k..sebab tak sempat nak edit*

Siapa Suka Pakai Kasut Tumit Tinggi??Angkat Keyboard!!

nasib saya tak berminat sangat nak pakai heels..saya memang suka flat shoes je...selesa dan saya jenis yang jalan laju jek..hehehe..so makanya tak sesuai la nak berheels bagaikan??

anda pula bagaimana??

Monday, August 27, 2012

32 Weeks!!

As salam..

hari ni genap 32 minggu membawa si kecil dalam perut comel ku..ihikk..

kadang2 rasa tak sabar nak jumpa ngan si kecil nih..kadang2 feel nervous sebab nak dekat dah waktu.. huhu..

doakan ye kekawan saya mudah je bersalin si kecil ni.. insyaAllah.. edd saya jatuh on 22nd Oktober nanti..

 sekejap je rasa dan tak sabar nak jumpa si kecil ni erk.. rasa macam semalam je dapat tahu pregnant to him.. huhu

gambar saya minggu lepas..semasa 31 weeks.. tali pinggang membelit peyut comel ku.. hehehe..

*tangan ngan muka i tembam sangat uols!!*

4 BE Tengah Running...alhamdulillah

As salam..

actually tak perasan pun ada 3 BE lagi tengah running sebelum raya hari tuh..

sebab selama ni dok tengok account kat nuffnang.. dok tgok satu BE je dok running.. huhu

semalam suka2 check account nuffnang sebab tgok ramai sangat cerita pasal BE baru dapat..hehehe..

so bukak2 tengok 4 BE tengah running.. alhamdulillah.. 

rezeki ramadhan dan syawal.. tq nuffnang!!

BE ke 10, 11 dan 12 sepanjang 2012..alhamdulillah

p/s : belum cash out..tunggu BE jadi ME..mungkin dah RM100 lebih baru nak cash out..hehehe..

Sunday, August 26, 2012

Selamat Tiba di KL

As salam..

kami selamat tiba di rumah kami di KL jam 8pg tadi..

semalam bergerak dari Bt Kawan dah kul 11 lbh..huhu..lena kat r n r sampai suboh..then trus blk KL..

alhamdullilah traffic lancar even byk keta..

p/s : penat blm hilang lagi..huhu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 25, 2012

Masih di Penang..huhu

As salam..
masih setia di Bt. Kawan, Penang..balik hari ni juga..tapi tak pasti gerak pukul berapa..hope urusan Mr Hubby tak sampai ke malam..

p/s : kome semua masih beraya ke..ke open house sana sini?
p/s : selit gambar budak chomel suka bergaduh..hehe

Friday, August 24, 2012

Restoran Kapitan, Bandar Perda, Penang

As salam..

sepanjang seminggu di Penang..dah 2x dapat makan di Kapitan..alhamdulillah..

1st time gi berbuka puasa hari terakhir puasa..pekena nasi beriyani claypot..

then malam semalam pakat reramai dinner kat sana..hehe..

kalau tanya saya speciality kat sini ialah cheese nan dia..and beriyani claypot pun not bad..

kalau anda berkunjung ke penang..maila sini..google or gps je tempat dia..ada lg 1 kat island..

banyak gambar smpt saya snap kat sini..tapi semua dalam camera..belum boleh upload lagi..lappy tarak..

ni semua gambar dari hp jek..layanzzz!!




Tahniah!! | Ustad Don Selamat Bernikah

Tahniah diucapkan kepada Ustad Don dan isteri!!

credit gambar : beautifulnara


Thursday, August 23, 2012

Masih di Penang...

As salam..

kami masih lagi di Penang..nak masuk seminggu dah..actually ada urusan penting yang Mr Hubby perlu selesaikan di sini sebelum balik ke KL..

kalau semua urusan selesai..insyaAllah esok kami gerak balik ke KL..hopefully hiway clear..and tak jam..huhu..

p/s : ada ke yg dah bekerja hari ni?

Friday, August 17, 2012

Rezeki Ramadhan | Tudung Raya Free!!

As salam..

sudah pasti bukan tudung free untuk saya erk..

hahaha

ceritanya kemarin..hari rabu malam.. saya dan family berbuka di Pelita Nasi Kandar, Ampang..

saje nak berbuka kat sana sebab lepas tuh nak ke Jalan Tar nak beli tudung2 kami anak beranak..

masa tengah usha2 tudung si kakak.. adik pulak menagis suruh beli jugak kat dia..

memang nak beli..tapi kat situ takde jual tudung untuk kanak2..

maka pujuk2..bawak g satu kedai jual tudung murah2..

lepas 1-1 dia try.. berkenan 1 ni..dah takmo bukak2 dah..huhu

beli satu untuk kak ngah..untuk dipakai semayang raya nanti..

masa nak gi bayar..adik masih tak bukak2 tudung yang nak dibayar tuh.. terus tokey kedai tu cakap.. "ni kasi free"..sambil tunjuk kat adik.. hehe..

"cantik tak tudung raya saya?"


Salam Lebaran 2012

As salam

di kesempatan ini..BLOG CHEKGU AZRINE dan keluarga ingin mengucapkan...


dengan ucapan..

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
SAYA menyusun SEPULUH jari
Salah dan silap harap maafkan

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin

 kepada semua kawan2 bloggers yang mengenali saya.. silent readers.. atau sesiapa sahaja yang tersinggah di blog kecik ni...

Thursday, August 16, 2012

Balik Kampung!!

As salam

selepas ni semua entry auto publish..

maklumla dah berada di atas hiway untuk perjalanan selama 4-5 jam... insyaAllah ke Penang..

anda balik mana raya tahun ni...??

saya setiap tahun beraya di Penang.. almaklumla bila dah jadi orang KL..mak pak pun kat KL..maka hari raya harusla cari kampung2 untuk beraya...*ayat orang takde kg*.. hehehe

actually saya balik beraya di kampung Mr Hubby di Kepala Batas, Penang.. balik awal sikit nak elak daripada jam..kalau boleh elak la..huhu


kepada kawan2 bloggers yang balik kampung hari ke esok ke lusa ke.. 

HAVE A SAFE JOURNEY TO YOUR DESTINATION AND DRIVE SAFELY

Genap 11 Tahun | Selamat Hari Lahir Nur 'Alyaa

As salam..

hari ini genap sudah 11 tahun umur anak dara sulong saya.. alhamdulillah..

SELAMAT HARI LAHIR !!

NUR 'ALYAA HJ ABDULLAH

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Tuesday, August 14, 2012

Iftar at Sentul Curry House

As salam..

cerita Sabtu @11 Ogos lepas..

berbuka puasa di Sentul Curry House bersama anak2 Mr Hubby.. dan menantu campur cucu2 semua..

kami sampai dah lewat.. mujur semua dah ordered by them..alhamdulillah..

sumber gambar : google.com

tak banyak saya bergambar di sini.. tapi seriously..makanan kat sini semuanya sedap2 dan memenuhi tekak saya.. dah lebih 10x kot saya makan kat sini.. setiap kali tibanya ramadan..sure akan sekali berbuka di sini.. menu2 dia menyelerakan tekak saya.. 

semua ada.. nasi beriani.. nasi kandar.. pilihan ditangan anda!!


sumber gambar : turn-u-off.blogspot.com

ini antara gambar2 yang sempat saya snap guna hp jek

 my little sweety pie 'berbuka' awal2 lagi..hehehe

 nasi beriani saya untuk berbuka..

 murtabak yang di beli di PARAM..

'berbuka' awal jugak..hahaha

 my 3 daughters.. going to break fast.. alhamdulillah.. kakak2nya dua2 puasa penuh setakat ni..

our big family..having a great 'event' here..

more pictures to see.. click HERE

sesiapa yang berminat nak berbuka atau makan2 di sini..here are the details..

Lot 239 Section 8 Bt 2
Jln Ipoh
Kuala Lumpur

Lot 239, Section 8, RW Township, Bt 2, Jalan Ipoh,
51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
03-4044-0563

30 weeks!!

 As salam..

patut ada entry 29 weeks..tapi tak sempat daa nak draft..maka jadila entry 30 weeks sebab minggu ni saya genap 30 weeks.. alhamdulillah..

latest check up was last weeks.. on thursday.. tu pun postponed sebab saya terlupa supposedly on 2nd.. tapi bila bulan puasa ni badan jadi lemau..segala aktiviti melibatkan otak pun dah tak berapa nak berfungsi dengan baik..pfffttttt..haru!!

so telefon pusrawi mintak tukar appointment.. buat appointment baru yang make sure Dr Salleh is available on that day..

saya pergi bertiga je dengan Mr Hubby dan Yaya si kecik..

alhamdulillah.. walaupun lama jugak menunggu sebab Dr Salleh bertugas di wad..still tunggu jugak sebab nak jugak appoint dengan beliau..
 
berat saya turun 1kg..Dr cakap sebab puasa.. iyekan aje.. nasib takdela kena marah ke apakan??dan Dr bagi lampu hijau untuk teruskan dengan puasa.. syukur.. dan berharap lengkap sebulanla kan..hopefully..insyaAllah..
 
berat baby dah 1kg Dr cakap.. dan degupan jantung semua cantik.. cuma baby masih songsang..masih kepala di atas.. tapi like Dr Salleh said..too early to worry... sebab normally baby 29weeks belum pusing lagi.. dan saya pun penah mengalami kes yang sama sesama mengandungkan 2 anak saya sebelum ni.. bila by the time nak deliver..alhamdulillah.. baby engaged elok je.. hope takde apa yang serius..

doakan kesihatan yang baik untuk saya dan baby ye..

 me at 30 weeks..


Resepi Mee Bandung Simple

      
        Bahan-bahan
  • 1 peket mee kuning
  • 7-8 ekor udang basah
  • 50g udang kering ( blend )- untuk pekatkan kuah
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji telur
  • sawi
  • bawang goreng- tak letak
  • Hirisan cili merah- tak letak
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • tauhu goreng - hiris nipis 
       Cara-cara membuatnya

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan tauhu, hirisan cili dan. Siap utk dimakan. 

p/s ~ saya buat simple jek.. so takde bawang goreng.. tauhu..dan hiasan2 lain..sebab anak2 je pun nak   makan.. hehehe

Monday, August 13, 2012

Redha Seorang Suami

sekadar perkongsian di 25 Ramadan 1433

selamat berbuka puasa!!

No More Pink??

eh..kali ni takde pink plak..??

baru beli sikit2..slowlyla kan.. at least dah ada yg basic2.. tapi kali ni beli kompiden je beli takde pink.. hahaha.. entah..masa beli tuh ambik je warna plain2.. biru beli sepasang jek..yg lain mostly in white plus sikit2 warna merah..hehehe..

lepas raya nak tambah lagi collection sesikit..dan yang penting size mesti besar..bkn new born.. sebab sure pakai sat je.. dan rugi kalau beli jugak..

tilam saya akan beli by online je.. insyaAllah.. dah usha2 tilam kekabu.. boleh pakai sampai baby besar.. sampai 3-4 tahun pun tahan kalau tilam kekabu.. insyaAllah..

excited je kalau cerita pasal kelengkapan baby baru ni kan??

Oh Duit Raya!!!

As salam..

most of uols dah tukar duit rayakan?? same goes here..

seronok sebab dapat duit barukan??tapi duit2 baru yang dapat khas untuk diberi kepada mereka2 yang bertuah semasa hari raya nanti.. hik..hik

 duit raya ni saya tukar dengan SIL saya..kebetulan dia kerja bank.. mudah..setiap tahun tukar dengan dia..senang kerja saya setiap kali raya.. hehehe


korang dah setel tukar duit raya.. mesti banyak ek??