Followers

U Click Me...I Click U Back

Monday, December 31, 2012

2D1N for 2 for RM178 at Charming Hilltop Cameron Highland at Equatorial Hotel

As salam..

Banyak syiok deal terbaik 2012 kata Groupon...hehe..

Sapa nak bagikan...saya tengok dah ada 60 people yg dah bought...

Saya teringin tapi haruslah bincang dengan my other half dulu...mana tahu boleh jadi pakej hanimunnnn giteww...*gedikssss*

Lambat lagi habis deal nih..tak silap until April 2013...

Cepat2 sebelum kehabisan stock!!!

Click HERE for further details and dont forget to browse through calmly ye...jangan excited sangat..nanti tersalah info...

Gambar Majlis Persandingan Apek dan Leuniey

Tahniah lagi sekali untuk kedua mempelai...semoga berkekalan hendaknya..majlis ini berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Credit pic : rotikaya.com

Duit Bonus

As salam

Sure masih ada yang tengah bercuti ni ye...ramai kot yang ambik cuti sampai selasa..seronok uols!

Iols cuti tak gi memana..settlekan persiapan anak2 nak masuk sekolah je lar...syukur..Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dengan dapat berbelanja untuk keperluan anak2 untuk sesi persekolahan tahun 2013..insyaAllah...dengan keberkatan rezeki yang diperoleh..semoga anak2 dapat belajar dengan bersungguh2 untuk tahun depan..amin...

Alhamdulillah juga rezeki lebih tahun ni memang dah planning nak belikan Yaya Samsung Galaxy Tab 10.1 tu..tapi bila survey2 kat Times Square..terjumpa plak dengan Play Tab..yang harga dia cheaper than..so rasanya sesuai kot untuk Yaya buat setakat nak main games..lepasla duit bonus saya dapat gaji December baru ni..untuk habuan dia bermain ngan gajetkan?

Actually dah lama dah Yaya mintak nak samsung galaxy tab..sebab sekarang kalau g memana kompem ramai budak2 ngan gajet memasing..dia pun teringin sangat...tapi dapat Play Tab pun dah cukup ok..sebab CPU dia better than tab 10.1 tu..1.6 instead of 1.4 for samsung tab..so Mr Hubby pun bagi green light belikan play tab je untuk Yaya..rupa dia macam ipad..dan kat pasaran sekarang harganya rm899.. okla untuk Yaya mainkan?


budak Yaya kegembiraan nak dapat Play Tab...hehe..

me candid by kak ngah..huhu

konon2 ler tuh..suruh posing buat2 lentok plak..

seronok!!

ni jela kerjanya kat rumah..kalau ajak makan pun dia kata dah kenyang..penangan gajet!!


apa2pun rezeki anak2 penutup 2012 ni... hopefully Allah sentiasa murahkan rezeki saya dan suami demi menyara 4 orang ank di zaman yang serba berteknologi ini..bukan niat nak memanjakan anak2..tapi zaman teknologi di hujung jari ni kadang2 membuatkan kita sebagai parents perlu melabur lebih sikit demi anak2..kan?

Korang yang dapat bonus..dah habis ke atau simpan?

posted from Bloggeroid

Saturday, December 29, 2012

It's sooo TRUE!!



kadang2 kita perlu menjadi hipokrit untuk menjaga hubungan baik silaturahim antara kitakan..even kita tak suka atau tak setuju cara seseorang tu..begitula kehidupan..

SENYUM2 SELALU & HAPPY WEEKEND!

posted from Bloggeroid

Friday, December 28, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

As salam..

Sumber : beritasemasa.com

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Apex & Leuniey

TAHNIAH!!

Semoga berkekalan sehingga ke hujung nyawa..

Sumber : ohbulan

Jumaat Dah!!

As salam..


tepek gmbo dak tecit ni dah semakin bolat..

Adoaiiaaii..dah nak semakin dekat cuti sekolah nak habis..even saya lambat lagi masuk sekolah..tapi dah rasa bahang kesibukannya sebab kakak2 Aish yang beso2 dah ke sesi pagi..jadi makin sibuk la saya pepagi sementara nak dptkan van..saya akan hanta mereka ke sek every morning..huhu

Alhamdulillah..buku sekolah ngan baju sekolah derang dah settled..tinggal nak beli beg sekolah je..sebab umminya cerewet sikit..biar beli beg yg elok terus..klu beli tu harus menang memakai giteww..beli biar blh pakai lamakan?

Actually banyak lagi benda belum settled..ada hutang dengan SV saya di UKM..sepatutnya saya kena bt temujanji dengan pihak INFRA untuk menjadi responden tesis PhD saya nanti..tapi nampak gaya dah bukak sekolah nanti baru dapat gi..once setel saya dapatkan pengasuh untuk Aish..patutnya dah dapat..tapi ada masalah sikit..nanti cerita kat entry lain..

Dah2..takmo pikir pasal tesis..mood ke laut dah nih..tunggu dapat mood dulu baru pikir..Mr Hubby selalu bising and tnya bila nak jumpa Dato' Razaq (SV)..huhu..betulla org cakap..kalau dah tua2 ni study..mmg ikut mood..

Semoga dipermudahkan untuk saya..amin..


dak Aish sekarang..tidur tak penah lekat bantal..buas jugak!!

Esok Sabtu..mungkin akan ke Muadzam..Happy Weekend!!

posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Muat Turun Bahan KSSR Tahun 3

As salam..

Tahun 2013 merupakan tahun pertama guru2 tahun 3 menggunakan bahan KSSR bagi pengajaran dan pembelajaran tahun 2013..

Cikgu2 boleh memuat turun bahan2 mengikut subjek yang diajar di blog cikgu Syazalina ok..dari tahun 1 sampai tahun 3 (tahap 1) boleh dimuat turun..

Klik link di bawah untuk terus muat turun..

http://syazalina83.blogspot.com/2012/07/kurikulum-standard-sekolah-rendah-thn-3.html?m=1

Selamat mengajar!!

Cek Nuffnang | BE

As salam..finally tiba jua cek yang ditunggu2..hehe

tak banyak sangat jumlahnya..bolehla lps bil broadband bulan ni..hehe..syukur sangat.

Duit hasil blogging ni walau tak banyak tapi bolehla tolong2 sikit dan penyuntik SEMANGAT nak update entry at least 1 entry per daykan?

Cerita pasal BE..tadi cek acc dah tinggal 1 je BE dok running..satu lagi dah credited..kalau perati ngn kaji..macam lembap sikit BE kali nih..dok lama pun tak dapat kumpul banyak..huhu..rezki memasingkan.


Korang dah cash out bulan ni?

posted from Bloggeroid

Feeling Lisa Surihani

As salam..hehe

Sesekali chekgu pun nak cantik jugakkan..al maklumla..nanti bila ai mula ngajar nanti..ai nak feeling baby face sikit sebab ai dapat tahu ai kena ngajo sains tahun 1 untuk tahun depan..so ai nak feeling muda giteww..nanti sesuai sikit muka baby face ngajo bdk2 tecit giteww!!*muntah hijau

Tahun 1?huhu..belum penah seumur hidup ai ngajar tahun 1..uhuk!!

Ok..abaikan citer tu..

Sejak bersalin dan umur pun dah 30-an ke atas2 giteww..ai noticed kulit ai dah mula ada cam jeragat tau..jeragat ni mgkn keluar sebab hormon kan..maklumla..ank pun dh ompek..bila jadi perempuan ni emosi ngok ngek sikit mulala stress..bila stress..hormon pun unstable..maka bila belek2 muka kat cermin dah byk kedut2tan cubit2tan melekat kat muka ai..huhu

So bila masuk gardian last monday..ai pun try capai satu krim..murah je..sbb ai is tak mampu nak pakai SKII bagai..maka marilah kita feeling Lisa Surihani instead of feeling Haruka..ek?



nila krimnya..Garnier Light Overnight punyer...

Ai try baru 3hari..so nak kena tunggu 2minggu nak tengok perbezaan dia k..n insyaAllah akan cerita kat sini if ada perubahan positif..

Sapa feeling Lisa Surihani jugak??angkat keyboard!!

TAKE CARE..*feeling Lisa Surihani

*tetiba!!*

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 26, 2012

Tuesday, December 25, 2012

Another Boring Holiday..

muka dak Aish ptg semalam lepas mandi..tepek bedak banyak2..nanti Abh balik..cium wangi jek ank bujang dia..hehe..

As salam uols..cuti g mana?

Kalau tanya saya memang sama je kekdahnya..hehe..sebab tiap2 hari pun cutikan?masuk ngajar pun pertengahan january nanti..insyaAllah..

So tak payah nak holiday sangat..cuti2 ni pun tak gi mana..

Semalam dah setel beli buku sekolah anak2..tinggal nak beli baju sekolah aje dan keperluan stationery mereka..patut nak pergi hari ni..tapi Mr Hubby banyak kerja plak..hari ni dia ke JB..so tak dapatla nak menyopink hari ni..kita tggu esk plak..hope Mr Hubby freela esok..huhu

Ohh..semalam rumah saya riuh rendah..ank2 tiri saya datang melawat adik Aish mereka..planning kami nak berjalan ke Festival City..tapi kereta saya tetiba buat hal..batery dah kong..tak dapek nak bergedik2 semalam..huhu..

Finally kami hanya bergedik2 di..














bawak mereka pekena laksa kedah yg mabeles kat belakang umah saya

Boleh tengok entry di blog http://fuzamusa.blogspot.com tentang cerita di sebaliknya..haha..

Korang gi memana ke hari ni..ada blogger yang bercuti sakan ek..

selamat bercuti semua!

P/s : tak tahu camne nak backlink guna perisian bloggeroid ni..huhu

posted from Bloggeroid

Monday, December 24, 2012

Pertimbang Imbuhan Khas untuk Guru Lulusan Sarjana dan PhD




As salam..

Baru baca paper yang dibawa balik Mr Hubby..

Ada berita baik untuk guru2 yg mempunyai master atau PhD..alhamdulillah..

Saya copy sikit apa yang diusulkan oleh NUTP kat sini ye..

Kerajaan diminta pertimbangkan imbuhan khas untuk tangga gaji kira2 30k guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi, dan IPG yg memiliki ijazah lanjutan

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata ramai guru dan pensyarah menyahut seruan KPM untuk memperoleh ijazah lanjutan demi transformasi pendidikan negara.

"Mereka sanggup berkorban masa dan kewangan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD), malah ada yg berjaya dari universiti luar negara".

"Justeru pemberian imbuhan khas dengan kenaikan dua tangga gaji untuk sarjana dan tiga tangga gaji bagi pemegang PhD adalah wajar sebagai pengiktirafan".

To me..this is the better way to treat those masters and PhD holder rite?.. and this is the rite time to give them some appreciation for their sacrifice..

Semoga pihak kerajaan dapat mempertimbangkan usulan ini supaya pihak yg terlibat dapat manfaat yg sepatutnya..insyaAllah..

P/s : daripada ambik guru asing yg memerlukan kos yg tinggi better beri imbuhan pada guru sendirikan?

posted from Bloggeroid

Cerita Hari Ahad

cam biasa tempek gambar dak Aish dulu..

As salam semua!!

apa khabar?sure ada yang tengah bercuti keriangan sempena hari Krismaskan?ai is dok rumah je mengerjakan rumah yang tak pernah kemas tu..huhu

oh..hari Ahad semalam kami anak beranak sarap meehun goreng ngan ayaq teh..Mr Hubby koje dr kul 5pg..huhu..tiap2 hari kerja..so cuti dok umah je..

tengahari pulak bawak adik Aish gi jab 2bulan kat Klinik Kita tu..alhamdulillah..setel jab even lewat sehari..berat dah 5.6kg..syukur sangat Allah permudahkan segalanya..

then bawak ank2 gi makan Burger King baru bukak di Wangsa Maju dekat ngn Wangsa Walk, Carefour bersebelahan dengan NZ Curry House..fofular kedai mamak nih..hehe..

rasa dah lama tak banje ank2 makan fast food kot since lps bersalin tu..


tempat baru..so pekerja yang ambik order pun cam lambat je..baru habis training kot..





tak dan nak ambik gambar menu yang kami makan sebab adik Aish takmo dok dalam stroller..huhu..kena pegang..so pyh nak ambk gambar..


yaya makan burger tak habis..huhu

in conclusion Burger King ni burger dia not so bad la..tp harga perset cam mahal la sikit compared to mcD..black coffee dia not so BLACK..and set paling murah pun rm10++..

korang selalu makan ke kat Burger King?

posted from Bloggeroid

Saturday, December 22, 2012

Minyak Yu Yi Tak HALAL?



As salam.


baru noticed kat page Dr Zubaidi yang memohon penjelasan daripada pihak Jakim mengenai status HALAL minyak yu yi nih yang dipercayai mengandungi lemak babi..belum sempat google lagi mengenainya..

secara peribadi saya mengaku pernah menggunakannya masa saya melahirkan anak saya yang ke-3..masa tu minyak ni tengah glemer dan Mr Hubby beria2 beli suruh pakai kat baby..

2 anak sebelum ni saya hanya pakaikan minyak kayu putih yang kotak hijau tuh..




then bila dapat adik Aish..saya tak gunakan minyak yu yi atas sebab baru saya noticed that minyak yu yi ni panas kot..macam tak sesuai.untuk bayi..so saya guna minyak telon daripada produk mustika ratu..

kira nasib baikla saya dah tak guna minyak yu yi lagi sebab keraguan status HALALnya mula timbul..

diharap pihak Jakim dapat merungkaikan isu lemak babi ini dan dipercayai di tin minyak yu yi memang takde logo HALAL pun..

any comments uols?

posted from Bloggeroid

Anne Ngasri Sah Bergelar Isteri


Dengan sekali lafaz, Nasriah Binti Hj. Ngasri atau dikenali sebagai Anne Ngasri, 28 telah bergelar isteri kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40 di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor, tepat jam 11:08 pagi tadi.

Mohd Sumali telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Hj Ngasri Bin Sain dengan mas kahwin RM 22.50 beserta hantaran berjumlah RM11 111.

sumber : www.ohbulan.com

sumber gambar : www.rotikaya.com

Senaman Untuk Wanita Hamil



Selamat bersenam & Selamat Berhujung Minggu!!

p/s : saya tak ke mana..Mr Hubby kerja sampai xmas..huhu

posted from Bloggeroid

Friday, December 21, 2012

Dato' Siti Nurhaliza dan Shila Amzah Bakal Berentap di World Music Award 2012

Malaysia harus merasa bangga kerana kita mempunyai 2 wakil dari negara ini iaitu penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Shila Amzah dan juga Dato’ Siti Nurhaliza.

Kedua-duanya bakal berentap untuk memenangi kategori Artis Wanita Terbaik Dunia dan bakal bersaing dengan nama besar seperti Adele, Alicia Keys, dan lain lain lagi.

Majlis anugerah ini akan berlangsung di Miami..

Rezeki Anak2 Kita..

As salam..


entry ni sekadar perkongsian sahaja..


cuma saya teringat zaman masa memula kawen dulu dan dpt alyaa anak sulong saya 3 tahun selepas tu..sebab masa tu buat Dip kat UiTM..so planning utk dapat anak terpaksa ditangguhkan..kalau tak sila kira berapa umur alyaa dah skang..*tetiba*


ohh..masa tu kehidupan kami suami isteri boleh dikategorikan agak senang la..masa tu Mr Hubby ada bisnes sendiri..tapi takdela kategori kayo raya..cukupla untuk kami 3 beranak..boleh beli baju bajan kakak Alyaa..excited dapat ank 1st..haruslah segalanya baru..stroller..walker...segalanya la baru..rezeki kakak Alyaa..alhamdulillah..boleh sambut birthday setahun beli kek beso..hehe..


kakak masa umur 7 tahun..

after 1 and the half year..saya mengandungkan k.ngah Athirah..masa tu Mr Hubby jeles sebab asyik saya je berkepit ngn ank..so nak bg adil..dapatkan lg 1 ank..bila jejalan..bolehla sorang satu pegang ank..harukan?hehe..*laki sapa la tuh*


masa umur k.ngah 8 bulan...saya mendapat tawaran sambung 1st degree di UiTM.. dan selepas tu saya dapat tawaran 1st degree jugak di UPSI tapi dalam bidang perguruan..UiTM 2 tahun je sebab dh buat Dip 3 tahun..while UPSI 4 tahun..


bincang punya bincang..discuss punya discuss..the decision was made by choosing UPSI sebabnya lps keluar dah tentu dapat kerja giteww..kalau pilih UiTM belum ada kerja yg menanti..kena pulun mntk la kan?hehe..and the main reason is..Mr Hubby tak berapa suka binik dia kerja sbg QS..sebab dah tentu byk kerja kt site..oh nehi..nehi!!


maka masukla saya belajo UPSI..dok ler situ jadi pelajar Kertu selama 4 tahun..hikss


balik pada tajuk entry..bila dah ada 2 anak..perbelanjaan pun dh meningkat..plus saya tak kerja..Mr Hubby punya bisnes down lepas tu..so selama setahun jgk hidup terkontang kanting..Allah kalau nak duga hambanya ini dengan pelbagai bentuk..dah 'bahagian' kami cenggini..syukur..


selama 4 tahun tu..kehidupan kami on n off..susah senang kami redahi jugak..planning nak try for baby boy kena tangguh due to financial problem..but we still happy..syukur sgt..


even k.ngah tak dapat keselesaan mcm kakak dia..but we still gave her the best that we can give to make her happy..walaupun tak dapat byk benda2 baru mcm kakak dia dapat..rezeki memasing..kami redhoo..:-)



when k.ngah was 5 years old..


memang perit jugak semasa duduk di UPSI sebab segalanya terbatas..kira harapkan Mr Hubby je yg menampung keluarga masa tu...nak beli benda2 untuk ank2 pun kena peram je..simpan je dalam hati..kena ukur baju di badan sendiri..masa tu kira dah tak sabar dah nk kerja..nak bagi ank2 pkai lelawa..orang laki bnda2 cenggini takdenya dia heran..kalau emak2 ni kan selalu hover benda2 camni..hehe..*fitammm*



sweet little sisters!!


panjang sangat dah entry ni..kena buat part 2 la ek..to be continued..

posted from Bloggeroid

Spaghetti Carbonara Versi Campak2..

As salam..

last Tuesday kot..saya ngn Mr Hubby gi ke Carefour untuk shopping barang dapur..al maklumla dah gaji..

teringin plak nak makan spaghetti carbonara..cz all these while dok buat yg bolognese je..so ambkla brand prego carbonara tu yg perisa cendawan..ambk 2 tin terus..kang tak cukup kalau buat setin..then ambk spaghetti je senang..kalau beli yg lain..sure anak 'perak' sikit..

tapi yg tak beshnya..jenuh saya cari daging cincang brand ramly tu takde weyhh..carefour sebesar alam tu buleh takde..huhu..frust jgkla..

esok tu saya buatla tanpa daging cincang..kira xcukup bahan la kalau xda daging tu..sebab lagi sedap kot kalau ada daging..so ganti dengan isi ayam dipotong dadu..

saya tambah dengan sosej sebab yang nak makan ni budak2 kat umah ni..so takde paedah pun kalau boh cendawan bagai..hehe..

tumbuk lada hitam ngn bawang putih sikit..tumis guna marjerin atau minyak sapi..kalau nak hebak sikit boleh guna olive oil ye..saya tak penah beli giteww...hehe

dah garing kekuningan boh bawang india tu yg telah dipotong..garing sikit bolehla masuk isi ayam atau daging cincang..masak bagi garing sikit dan boh suku cawan air..

dlm seminit boleh tuang sos carbonara tu sebanyak mulut yang nak makan..masak sehingga gelegak dan pekat...masukkan hirisan sosej dan 2 sudu besar susu pekat..nak guna susu segar pun boleh..no hal..hehe..

dah pekat lagi..tutup api dan sedia dihidangkan..opss..spagetti tu harus di rebus dengan air yang dititik minyak sikit supaya spaghetti tu tak melekat k..semua tahukan?..haha..

ok..ready to ngappp!!

p/s : ini just simple recepi..kalau lagi banyak bahan dan ada cheese ke bulehla tambah ye..jgn segan2..hehe..

Thursday, December 20, 2012

Dah lama tak makan daging..

As salam..


since berpantang asik makan ikan je..memang daging tak sentuh pun even dalam pantang memang boleh makan daging..tapi nak wat camne..Mr Hubby yang ke pasar..nahh..sekali beli ikan tenggiri ngn ikan merah tu sekor buat stok untuk berpantang..huhu


keinginan nak makan daging tu memang tak yah cakap ler..tingin sangat sebab ai is suker giler daging..


dah 60 hari berpantang hari ni..dapatla ke pasar cari daging..dan hari ai is teringin sangat nak makan sambal daging..makanya buatla sambal daging takde serai sebab bila cari kat luar rumah..rupa2nya Mr Hubby dah tanam yg lain pokok serai..sbb dah naik semak kat tepi rumah..huhu..


takpela..okla kot..rasa sedap jugak even tak cukup bahan..bahaha...sedap sebab anak2 makan nasi bertambah2..saya tengok si kakak tu dah makin beso pehanya..asyik menternak lemak je ko ye kakak..huhu..lepas ni kena diet..WAJIB!!


UMMInya xyah nak gatai diet..nyusu anak tu pun dah kira diet secara semulajadi giteww...hehe






sambal daging...walahhh!!

posted from Bloggeroid

20122012 ~ Genap 60 hari

As salam..

alhamdulillah..hari ni genap saya melahirkan Aish 60 hari dan genap juga Aish 2 bulan..insyaAllah esok baru cucuk 2 bulan..

perkembangan Aish takdela banyak sangat..cuma sekarang lagi kuat menyusu..tak cukup maka tak lena la tido..huhu

dah pandai tegur2 ajak orang sembang ngan dia..senyum sengih pun dah pro anak ummi nih..hehe..kalau hulur tangan nak ambk..kaki tangan terus gedik2 suruh ambik..cerdik!!

alhamdulillah..memang jarang menangis..actually memang susah nak dengar Aish nangis kecuali lapo..nangis memang meneran2 giteww...huhu..bolehla tinggal dia kt tilam atau rocker even tak tido pun..yg pnting..kenyang!!haha

sangat suka tidur dalam kereta..ekon kot..sejukkan..so sepanjang jalan Aish akan tidur je..sonang ummi dia...hehe..

syukur alhamdulillah..Allah masih memberi peluang untuk saya membesarkan mereka..

Wednesday, December 19, 2012

WW # 42 ~ Mamai

p/s : asik nak bergantung sambil tido..camno umminya nak wat koje nih!!??

Jom Body Massage..RM18 sahaja

As salam...

macam terpikat dengan tawaran milkADeal dengan hanya rm18 sahaja..

hmm..kalaula ada yang jaga Aish..maunya saya dah grab dah..haha..as lately..badan selalu lenguh2.. walaupun berurut masa pantang..tapi maklumla..badan ni bkn makin muda..lagi banyak ank..lagi banyak urat terputus..laki apa depa tau?

fuhh..dah terbayang2 badan diurut secara luxury...walahhh!!!

p/s : dah ada anak kecik nih..kena pikio empatpuluhratuskali nak ke situ ke mari..

Tuesday, December 18, 2012

Tak sempat...

As salam..

fuhh...penat ngan ting tong tak habis2 lagi nih..tapi dapat setel basuh baju 3 trip..hopefully keringla..

sampai kul 6 pg tadi dari Penang..belum sempat update lg cerita di Penang..

lunch for today pun very the simple..sambal tumis sotong, sayur goreng ngn ikan pekasam..terangkat jugak ek!!

nanti saya BW ye kekawan..ai is FENATTT!!!

Monday, December 17, 2012