U Click Me...I Click U Back

Friday, January 11, 2013

Countdown | 3 days to go

As salam..

Sudah Jumaat..alhamdulillah..
Hari ni genapla aku bercuti bersalin 88 hari..
So got another 3 days to go..
Tak sabar ke nak balik mengajar?
Nak kata tak sabar tu takdela..
Cuma rasa rindu kat anak2 murid cilik..hahaha
Tapi yang buat berat hati tu nak tinggalkan si dak Aish ni..huhu

So actually aku dah dapat pengasuh untuk dak Aish..
Cari last minit sebab patutnya dah ada pengasuh..
Tapi tetiba tak dapat nak jaga sebab anak perempuannya dah dapat keje..
Tak berani nak jaga baby kalau takde pembantu katanya..
So last 2 weeks dapat jugak cari pengasuh untuk dak Aish..
Bukan orang lain..yang jaga kakak Aish jugak..
Transit sebelum gie sekolah agama..

So settled satu masalah cari pengasuh..

So last week aku try letak dia sekejap kat Yumi (pengasuh)..
Alhamdulillah.. nampak macam ok..
So semalam try letak lama sikit..kul 12.30 sampai 5.30..
Aku try letak petang sebab aku mengajar petang..
Nak bagi dia biasakan keadaan petang..
Aku bekalkan EBM dalam 6oz gitu..
Dia minum hanya 3oz jek..
Sebab yumi cakap dia asik tidur je..

Alahai anak..nanti jangan tidur je manjang ek..
Nanti malam jenuh ummi nak dodoi bagi tidur..hahaha

Ok..fine...aku rasa dia serasi la so far..
Belum la rasa tak sedap hati ke kan?
Aku pun suka yumi tu sebab dia pembersih orangnya..
Dan aku pesan apa2 yang tak kena atau dia nak daripada aku..
Just bagitahu je..jangan simpan atau segan nak mintak..
Sebab aku dah lupa hingatan sikit bab2 sediakan keperluan hanta anak kecik kat pengasuh..

So far aku bagj semuala kelengkapan..
Tuala, toiletries baby, baju bajan, pampers 5 keping..
Dan aku bagi jugak rocker yang ads kat umah..
Tinggal terus kat yumi..
Sebab dak aish suka tidur atas tuh..
Aku pun takmo nak susahkan yumi sangat..
Sebab aku nak dia senang jaga anak aku..
Btw..kakcik Yaya pun aku letak sekali situ..
Senang..boleh teman adik diakan?

Panjang haih citer...hehehe

Korang doakan aku semuanya dipermudahkan ye..
Tahun 2013 ni aku diamanahkan mengajar sains tahun 1..
Fyi..this is my 1st time to teach year 1 pupils..
Agak seram..
Sebab actually bukan senang naj handle them..
Aku sebelum ni memang respect nak teachers yang mengajar tahun 1..
Derang semua penyabar je aku tengok..
Hopefully Allah kurniakan aku sifat sebegitu jugak..amin..

Ok2..ai nak gi selongkar baju2 kurung yang dah lama simpan kat kontena..hahaha
Rasa dah lama tak berkurung sebab almost 6 months and plus maternity leavekan?
As before pakai uniform je..hehehe..


gambar wajib sebagai penutup entry..hehehe
Dak aish dapat rocker baru dari Abah dia..
Beli kat JJ (AEON) semalam..
Yang lama dah selamat kat tinggal kat pengasuh..

Hmm..jadi parents zaman sekarang ni yang aku noticed..
Suka sangatkan memanjakan anak2..
Itu laki aku la tewww...hehehehe

posted from Bloggeroid

5 comments:

eima said... Reply Comment

kena la lebih sikit ni hero abah ni ...

Nad @ MamaZN said... Reply Comment

Aaaa lg 3 hari..
Kejap jek rase ek..

Ayu Firzara said... Reply Comment

wahhh dah nak masuk keje ker...huhu tak best kan...anyway selamat bekerja sis!

Teratak Hami said... Reply Comment

Semangat nak kerja :-)

TeacherAzimah said... Reply Comment

As for me and my hubby, suka belikan toys utk anak2 sbb percaya toys blh develope theirs motorskill... and brain. err tu kira manjakan anak ke? Hew hew...